kenapa kita menonton filem?
*sebab gua suka sangat rasionaliti & persoalan yang di perkatakan ku seman, jadi gua cuba kongsi petikan artikel nukilannya ini, kalau ada yang belum sempat baca.
oleh Ku Seman Ku Hussain dalam getaran ; utusan malaysia 15 nov 2011
APABILA terdetik di hati untuk menonton filem, ada yang terpaksa bersesak di jalan raya dan beratur panjang untuk membeli tiket sebelum masuk ke pawagam.
Kita sudah pasti mempunyai jawapan kalau ditanya, “Kenapa menonton filem?" Adakah kita terpaksa membuang masa dan duit semata-mata untuk mendapat “mesej” seperti yang dijaja oleh sesetengah pengarah? Mesej penting apakah yang kita cari hingga sanggup memberi satu ruang waktu bagi tujuan ini?
Kalau semua filem mahu menyampaikan “mesej” seperti perutusan yang disiarkan di RTM, kita boleh mendapatnya dari saluran lain dan tidak perlu menonton filem. Malah kalau “mesej” yang dicari kenapa pula pengarah berlumba-lumba meletakkan pelakon popular dan tidak pelakon terbaik? Adakah makna menonton filem bagi sesetengah daripada kita adalah menonton pelakon dan bukan lakonannya?
Tetapi kalau sekadar menonton pelakon, apa lagi pasangan yang dijaja sebagai “bercinta” digandingkan dalam sebuah filem, tentu sahaja kita boleh menonton mereka di akhbar, majalah dan sekian banyak rancangan hiburan di televisyen. Jadi, apakah sebenarnya yang kita cari dari sesebuah filem yang menarik kita ke pawagam atau melanggan menerusi Astro First? Maka tentulah ada suatu yang lebih besar daripada “mesej”, jauh lebih penting daripada pelakon popular.
Sebenarnya kita tidak perlu menonton filem sekadar mengutip mesej yang boleh disampaikan menerusi sistem pesanan ringkas (SMS). Kalau sekadar mesej yang baik dibalas baik dan jahat dibalas sewajarnya, gunalah SMS sahaja, tidak perlu membuat filem. Pada umumnya filem adalah karya seni. Sementara manusia pula pada umumnya memerlukan karya seni sebagai makanan jiwa selain makanan zahir untuk mendapatkan tenaga dan kesihatan.
Manusia yang waras memerlukan seni, bukan sebagai makanan tambahan tetapi sebagai makanan ruji mempertajamkan pemikiran. Filem tidak sekadar ditonton tetapi dibaca. Siapa yang akan membaca filem? Penonton yang “membaca” filem melihat melampaui paparan di layar. Mereka membaca sistem tanda atau semiotik. Tanda-tanda yang mempunyai makna yang lebih besar daripada yang terpancar di layar.
Meminjam pemikiran Jostein Gripsrud dalam buku Film Studies: Critical Approaches, filem adalah penggerak sosial. Filem katanya, hanya bahan mentah tetapi istimewanya ia menyediakan pengalaman dan makna yang boleh dimanfaatkan oleh manusia. Maka tujuan menonton filem adalah menggiatkan fikiran kita terus bekerja dan mengutip pengalaman baru dari karya seni ini.
Untuk itu, penonton mesti memilih filem yang menjadikan mereka lebih banyak berfikir. Buatlah pilihan sekarang, tontonlah filem yang tidak membazir masa dan juga wang.
p/s : best jugak kalau dapat sembang apa yang cuba di sembang ku seman ini?
Ulasan filem songlap
cuma gua nak cakap ; SONGLAP filem yang sangat baik! Yang belum menonton Songlap, gua rasa GSC masih memutarkan filem ini, walaupun tempoh wajib tayangnya sudah berakhir. Dengan kadar segera lu orang bergegas ke panggung untuk menonton filem Songlap. gua tak nak cite pasal issue yang dibawa oleh naskah Songlap, atau watak juga filsuf kemanusiaan yang sangat besar dalam naskah Songlap. Jadi gua boleh cite kat sini, storyline Songlap ( atau dalam bahasa yang konon lebih berpelajaran, screenplay Songlap sangat baik, kah kah kah ) berdiri di atas naskah penulisan yang baik oleh Fariza Azlina Ishak. Dan gua rasa sbb penulis juga turut bersama mengarah bersama Effendee Mazlan, teRasa sungguh watak dan alam naratif Songlap hidup. Mungkin ramai yang kompang tentang art directionnya seperti sebuah filem indie, tapi gua rasa film indie sendiri slalunya low budget dan tak mampu nak mock-up set besar2, jadi mereka ini indie filmmaker cuba untuk dapatkan latar set yang real dengan kadar kos yang paling minimun * kalau boleh nak free. dan kerana itu gua rasa latarnya hidup dan punya hubungan yang simentik * atau apa jugak istilah lu org nak ckp, dengan alam naratif dan Songlap punya gugusan idea ini. Tapi Songlap bukan sebuah project indie, nama pun produce by redfilms & grand brilliance, tak kan low budget jugak kot.. apa yang gua nak cakap kalau ade yang tak faham gua belit2, art direction songlap sangat bagus! ada style lah. Dan yang penting style brader. tak kira apa pun, sama-ada bahasa, direction, camera work, acting, art direction@production design, wardrobe, editing, dan dan dan. Semua kena ada style brader, baru terbaik tok! tapi style Songlap belum lah sehebat Tarantino bukan? pendek kata, script songlap sangat bagus, di bawa ke layar oleh fariza dan effendee dengan sangat baik. Tapi itu pendek kata, panjang tak kata apa-apa.d.o.p Songlap, abg harris dan art director Songlap, Angie Choo dengan sangat baik dapat memahami kerja dan kreativiti masing2 *sekepala lah dalam bahasa pasar tani, dan dapat memahami dengan baik naskah lakon layar fariza dan effendee, dan ternampak di layar dengan sangat baik. Tu yg bagus redfilm/redcomm ni, sbb dorang tahu apa yang dorang nak, dan dorang ada syle, gua applause Lina Tan dengan team nya skali! opss. dgn team GB skali lah! marah fuad onah baca blog gua nanti.
dan pada gua juga watak-watak nukilan Fariza hidup dalam alam naratif dengan lakonan yang baik oleh pelakon2 yang tahu tentang kesedapan dalam lakonan mereka.gua tersenyum2 melihat filem ini dalam panggung macam kera kena belacan. Begitu sedap dan sungguh-sungguh gua suka filem ni. Kalau lu orang ade perasaan yang Sam hero melayu popular tahap URTV, buang lah pemikiran kurasan lu orang tu jauh dalam lubang tandas trainsporting, sbb gua rasa Sam sangat2 berbakat dan lakonan Sam dalam Songlap sangat baik, di bantu dengan pelakon-pelakon yang tak kurang hebat mcm Syafie (terdidik baik di bawah pengaruh yasmin ahmad, dan gua rasa dia juga sangat bagus), Hasnul (otai terbaik ni tak payah cakap lagi lah kehebatannya), oh! fared ayam pun jugak sangat bagus berlakon. kah kah kah.
p/s : tak kan aku nak kencing orang hensem macam kau mat!
re-fresh
ok. sbb gua lama tak menulis atau apa pun istilah lu orang nak cakap, tahun ni gua cuba tulis sekerap yang gua "mampu".
*cuma gua nak lu org tahu, kalau ada org yang membaca blog picisan gua ni. gua tulis blog gua ni bukan untuk self glory gua sendiri der. dan gua cuba untuk tak tulis benda-benda yang personal sbb gua rasa blog gua ni bukan personal sifatnya atau at least rasa gua sendiri.
*cuma gua nak lu org tahu, kalau ada org yang membaca blog picisan gua ni. gua tulis blog gua ni bukan untuk self glory gua sendiri der. dan gua cuba untuk tak tulis benda-benda yang personal sbb gua rasa blog gua ni bukan personal sifatnya atau at least rasa gua sendiri.
Subscribe to:
Posts (Atom)