Rebiu filem pendek kelompok (Malaysian Young filmmaker’s) - THE REAL HIPSTER & HIPSTER PALSU



Itu hari gua terdetik untuk turun menonton sebuah tayangan filem pendek (filpen). Di anjurkan oleh sekelompok pembikin filem muda/young filmmaker’s. Antara filpen-filpen yang ditayangkan malam itu, adalah Bandar Jahil, arahan Harris. Perempuan, Hantu dan Skandal, arahan Ridhwan Saidi, Bebas, arahan Aishah Abdullah, filpen Tivi, Kotak, Sudu dan Garfu.




Rata-rata, pada pendapat gua, kerja filpen mereka ini baik. Dan gua rasa filem-filem pendek yang ditayangkan pada malam itu adalah antara yang terbaik dari beratus filpen dari sekolah-sekolah filem. Tapi pada Rasa/pendapat gua, filem-filem pendek ini masih tidak mampu diangkat lebih tinggi dari tayangan kecil-kecilan, kerana pada gua, kerja filpen mereka ini masih kecil dan tidak di-isi sebaik-baiknya. Mungkin mereka cuba, tapi ruang yang di-isi pada ruang-masa-pemikiran naratif masih kecil. Kecuali Perempuan, Hantu dan Skandal. Gua suka nahu cinematic yang dilihat pada gaya/style yang disampaikan dalam visual (ruang-masa). Pada rekaan sound yang digunakan dan di-isi pada visual, juga bentuk dan isi yang digunakan dalam menyampaikan naratif. Film Idioms filpen Perempuan, Hantu dan Skandal, punya latar set yang sangat minimum, membenarkan naratif berkembang dan meletakkan visual-image melalui gerak kerja kamera di atas gagasan naratif yang membentuk satu authorial role! Dan ironi kerja kamera itu sendiri dikerjakan oleh Ridhwan sendiri, juga sebagai director/tuhan naratif Perempuan, Hantu dan Skandal. Gua tidak rasa Ridhwan sedar bahawa Perempuan, Hantu dan Skandal dilihat semacam homage filem Kurosawa, Rashoman, bila mana empat struktur naratif diangkat lantas menjadi sebuah naratif, sebuah pencarian kes pembunuhan dan struktur ke empat-empat sturktur naratif itu memerlukan interpretasi, dan kita penonton membuat penilaian terhadap naratif yang disampaikan melalui ke empat-empat strukur naratif tersebut. Teringat filem GEDEBE, arahan Namron juga mengunakan pendekatan non-linear naratif yang sama, tapi mungkin Namron menggunakan struktur naskah naratif yang diadaptasi dari Julius Cesar, Shakespeare sebagai gagasan pemikiran naratif GEDEBE. Dan ironi gagasan naratif Julius Cesar juga adalah tentang penerokaan kes pembunuhan Julius Cesar! Dan gagasan naratif GEDEBE juga memerlukan interpretasi penonton untuk meletakkan dimana pemikiran kita sebagai penonton harus berdiri, mempercayai kata-kata watak dalam naratif. Dan jika dilihat, filem Rashoman juga merupakan cedokkan gagasan struktur naratif Julius Cesar dari Shakespeare. “.. Its structure caused such an effect that the murder story told in the film implies many interpretations, and is surprisingly both simple and complex due to the different versions, yet connected to the realm of facts, told about the murder and the reasons. Every character, from the murderer to the murdered, describes the story in a different manner and, in each of the four versions presented ( as in the case of Perempuan, Hantu dan Skandal were the element of life), the details allow completely different conclusions. The principle claims the following: truth is hard to find and relative, since every different point of view may be valid.”. Gua boleh letakkan Perempuan, Hantu dan Skandal seperti sebuah kerja pseudo-counter cinema yang mana pada gua apabila Perempuan, Hantu dan Skandal dilihat sangat anti-plot dan punya image yang sangat dialectical (punya hubungan dan argumentation yang jelas pada naratif). Dan gua terima sebab katanya, Ridhwan Saidi/Bin Filem sangat gemar kepada kerja-kerja filem The 1950’s French New Wave filmmakers seperti Truffaut, Godard, atau mungkin Bresson! Jadi gua boleh agak macam mana gaya/bentuk naratif kerja beliau! Perempuan, Hantu dan Skandal jelas memperlihatkan ruang yang di-isi sangat menongkah rules of cinematic language. Lazimnya kita ketahui bahwa kerja-kerja filem the French new wave filmmaker’s dilihat sebagai anti-establishment, anti-tradition, menongkah arus mainstream dalam bentuk juga content (form over content). Selain Perempuan, Hantu dan Skandal gua juga suka filpen Bebas arahan Aishah Abdullah, kerana kerjanya jujur mengangkat imaginasi beliau tentang rasa beliau sendiri terhadap pengalaman peribadi beliau. Gua faham dan gua suka terutama visual-image “kelambu” yang dibentuk menjadi “kenderaan” imaginasi watak utama, dan gua quoted tulisan Anuar Nor Arai suatu ketika dulu “…. Melayu yang hidup dengan mimpi sosial, ketika dan waktu ingin memperbetul kehidupan dan mengangkat diri sendiri, terpelosok di sudut diri sendiri dalam kelambu kusam berpijat-pijat..”. Dan gua juga teRasa beberapa shot imaginasi Aishah yang berjaya memberi sensasi kekaguman. Gua harap Aishah selepas ini, akan lebih berani meneroka dunia visual-image melalui medium filem! Dengan naratif yang lebih jelas dan lebih inspiring! Tivi dan Sudu dan Garfu gua rasa masih kecil dan tidak berjaya memberikan sensasi rasa yang hebat. Dan filpen Kotak, yang cuba memperlihat dunia Noir, yang gua rasa Noirnya masih tidak punya isi yang kukuh. Sehingga gua rasa dunia noir itu hanya template semata-mata. Maaf kalau gua cakap, gua pernah terlibat dengan produksi Ronggeng Rokiah arahan Dr. Anuar Nor Arai di Istana Budaya suatu ketika dulu, dan tiap-tiap malam gua lepak dengan arwah serta Hassan Muthalib dari hari pertama latihan sehingga ke hari terakhir persembahan. Jadi jangan nak cong gua kalau gua kata the ascent of Noir atau mungkin neo-Noir dalam filem pendek Kotak masih tidak jelas! Atau sekurang-kurangnya pada pendapat gua sendiri! Dan, Bandar Jahil, arahan Harris, pada gua filem tersebut punya Rasa yang sangat baik pada lakonan juga gerak kerja kamera, tapi. gaya filem tersebut masih belum mampu memberikan gua sensasi Rasa kekaguman sama-ada pada naratif mahupun nahu bahasa filem/cinema! Sehingga ia gua lihat sebuah drama tentang sesuatu yang punya isu yang sering diangkat dalam short, pendek kata isu/gagasan idea/statementnya agak klise. Dan ia masih “drama” bukan? Gua bosan melihat filem-filem pendek dibentuk sebagai sebuah DRAMA! Atau jika ia drama sekalipun gua masih boleh menerima jika ia punya unsur yang memberikan sensasi kekaguman sama-ada pada naratif, visual-image atau mungkin nahu filem dan juga pemikiran naratif tersebut! Dan itu sahaja yang mampu gua katakan, tiada yang lebih dari itu.


Namun yang menjadi masalah pada gua adalah bukan pada pembikin filem dan filpen yang ditayangkan tetapi pada beberapa individu pembikin filem muda yang hadir (juga sebahagian dari kelompok kumpulan pembikin filem yang menayangkan filpen mereka malam itu) ; mereka buat screening dan memanggil kami manusia pecinta filem untuk melihat karya mereka dan sama-sama berkongsi sensasi Rasa menonton filem pendek mereka itu, tetapi di akhir tayangan, ketika diskusi tentang kerja filpen mereka ini, mereka hanya berbicara tentang aspek teknikal wal-hal kami datang dengan membawa harapan untuk di isi dengan aspirasi, melalui inspirasi mereka untuk bercerita, kerana bukankah itu fungsi asal filem, dan kami yang menonton filem? Untuk terus di-isi dan di jentik dengan inspirasi mereka (the young inspiring filmmaker’s) bercerita tentang sesuatu/karakter itu? Apa dan bagaimana mereka bercerita, itu yang kami mahukan dari kerja filem. Yang menjadi masaalah yang lebih teruk, bila mana di akhir diskusi, mereka ini mula bercerita tentang “keburukan” industry filem Malaysia dan mula menghukum pembikin mainstream filem Malaysia, yang sepatutnya mereka yang merasakan diri mereka lebih tahu/berilmu harus lebih sedar bahawa bukan hak mereka untuk menghukum industry filem Malaysia. Wal-hal kerja mereka itu (Filpen) masih punya kekurangan/floss. Mereka ini tak sedar diri dan tidak berpijak di bumi yang nyata, bahwa mereka masih mentah dan ilmu yang mereka rasa mereka ada hanyalah sekecil setitik air di lautan yang besar! Baru ada ilmu sikit berlagak hips macam mereka lah the real hipster of young filmmaker’s dan yang mereka rasa pretentious harus diperkecilkan!


Namun yang buat gua lagi sedih bila melihat kelompok “the young filmmakers” yang tak sedar diri ini merasakan diri mereka “berilmu” dan menghukum sesuatu yang mereka rasakan betul pada mereka sendiri, wal-hal sedarlah bahawa mereka ini belum lagi sedar diri mereka siapa? Gua sedih bila “the young filmmakers” ini merasakan diri mereka berilmu “hanya kerana mereka tahu tentang asal usul lagu Negaraku”, yang menjadikan mereka benci pada lagu KEBANGSAAN NEGARA MEREKA SENDIRI! (Itu pun sebab mereka dengar argumentasi dan pendapat orang lain yang bercerita tentang isu tersebut!) Hanya kerana mereka rasakan mereka tahu tentang teori dan sedikit falsafah pemikir dunia, mereka mula berlagak hips! Mereka ini terbentuk untuk membenci mainstream (anti-mainstream) sehingga melihat industry mainstream filem Malaysia seperti taik! Jadi bagaimana pula dengan U-Wei? Dain Said? Mamat Khalid? Wan Azli? James Lee? Woo Ming Jin? Osman Ali? Dan beberapa lagi pembikin filem mainstream yang berusaha menghasilkan filem-filem yang punya kualiti? Bukan kah mereka juga mainstream? Mereka juga bermula seperti mana “the young filmmaker’s” ini. Dengan menghasilkan filpen/filem ketot. Tidak pula mereka menghukum industry mainstream filem Malaysia, kerana mereka tahu dan sedar disitu juga akhirnya mereka akan berada, dan berusaha untuk menghasilkan sesuatu yang berkualiti. Bukan menghukum dan membenci! Wal-hal mereka ini “the young filmmaker’s” sendiri tidak melihat dan menonton filem Malaysia!


Macam mana lu boleh kata lu tak suka dan lu benci kalau lu sendiri tak pernah nonton filem Malaysia? Lepas tuh sembang pasal kebencian lu terhadap lagu Negaraku! Hips lah sangat lu ni!


Teringat waktu gua kerap bertandang ke screening yang dianjurkan ketika the new wave Malaysian young filmmaker’s aktif melahirkan screening filem-filem pendek mereka yang berpusat di Kelab Seni Filem Malaysia, Help Institute, kira-kira pada awal tahun 2001 hingga 2006. Di zaman-zaman Malaysian Video Award (MVA) di Balai Seni Lukis menjadi platform utama gelombang baru pembikin filem muda (The New Wave Generation of Young Malaysian Filmmaker’s). Mereka (the new wave young Malaysian Filmmaker’s) ini tidak pernah membenci dan menilai sesiapa/mana-mana filem/idealogi, kerana melalui pengaruh arwah Yasmin Ahmad ketika itu, mereka sedar bukan hak mereka untuk menilai sesuatu, lantas membenci! Mereka ini lebih hips dan sedar diri! Oh pada mereka yang tak kenal siapa antara kelompok the new wave young Malaysian Filmmaker’s ini, antara mereka adalah Tan Chui Mui, Amir Muhamad, James Lee, Ho-Yuhang, Deepak Kumaran, Azharuddin, Osman Ali dan lain-lain. Kemudian baru disusuli dengan Aaron, Sheikh Munasar, Linus, dan beberapa lagi kelompok pembikin filem muda dari Akademi Filem Malaysia sebelum (AFM) bergabung dengan ASWARA. Dan waktu itu, Ridhwan dan Samad masih kecil dan masih menuntut lagi! Abror dan kelompoknya pulak ketika itu giat membuat tayangan dan diskusi filem di KBU bersama Hisham (otai-otai terror of terrorist Malaysian Filmmaker’s)!


Mereka ini (gelombang baru pembikin filem muda Malaysia) lebih hips kerana pada ketika itu, mereka sudah pun punya hubungan yang baik dengan Asian Young Filmmakers seperti, Raya Martin, Ben Slater, Marimar, John Torres, Apichatpong , Faozan Rizal, atau mungkin Alexis dan beberapa lagi. Kerja mereka di-ikhtiraf di Rotterdam, Sundance, Berlin, Pusan dan lain-lain. Dan mereka tidak pernah/jarang bercerita tentang aspek teknikal pembikinan filem dan lebih gemar bercerita tentang kenapa mereka bercerita dan bagaimana mereka bercerita. James, Ho Yuhang, Tan Chui Mui, Deepak, juga pernah suatu ketika dulu berada dimana mereka (the young filmmaker’s) ini berada sekarang. Mereka juga punya harapan yang sama, cita-cita yang sama, pemikiran yang sama. Namun, pada ketika gua pernah lepak dengan kelompok ini, tidak pernah pula mereka cuba mempertikaikan/menilai sesuatu kecuali dalam karya mereka. Mereka juga tidak pernah berlagak hips dan menilai mana-mana pihak juga idealogi, kerana sebenarnya mereka ini lebih hips dari budak-budak the young filmmaker’s baru ini!


Ini belum apa-apa dah nak memperkecilkan golongan yang konon-konon pada mereka pretentious! Dan mereka lah The Real Hipster Young Filmmaker’s! Tolong lah! Buka lah mata, sedar diri! Lihat mentality dan pemikiran senior-senior the new wave young filmmaker’s dulu macam mana! Dan lihat sejauh mana mereka bawa diri mereka dan kerja filpen mereka dulu! Dan sekarang mereka-mereka ini di arus mainstream industry filem Malaysia yang lu orang dok kutuk!


Yang lebih sedih bila “the young filmmakers” sekarang ini lebih banyak bercerita tentang teknikal, tentang kamera apa yang digunakan, masaalah-masaalah kamera dan teknikal ketika pengambaran! Aduh. Berat!, itu lu orang cerita sendiri lah beb, gua datang nak dengar lu cerita tentang “kerja” filpen dari sudut pemikiran dan aspirasi lu orang! For us to be inspired! Dan di-isi dengan sesuatu yang mencetuskan Rasa sensasi/inspirasi! And please stop talking shit bout the things you think hips! Macam apa yang mereka rasa tentang lagu Negaraku? Dan Rasa mereka tentang industry “mainstream” filem Malaysia! Yang sebenarnya mereka sendiri pretentious! Tak sedar diri dan defensive apabila sangat mahu diangkat sebagai the real hipster filmmakers! Ada lagi golongan macam ni yang lebih macam kacang putih yang belum masak! Jangan lah nak menunjuk-nunjuk sangat yang kau real! Apa benda yg hips sangat? Bila buat film discussion, korang sembang macam budak2 mentah, cerita pasal teknikal dan yang paling kelakar, mempertikaikan kenapa sesebuah visual naratif di tamatkan begitu dan kenapa tidak begini! Sedih dengan soalan-soalan bodoh yang mahu menunjuk bahawa mereka hips! Kalau duduk nak macam hips! Kaki di atas bangku, menunjuk-nunjuk seperti mereka ini (the young filmmaker’s) punya attitude! Bukan lah gua harap mereka ini duduk bersopan-santun seperti dalam kelas ceramah agama, tapi, relax sudah. Tak payah lah nak tunjuk yang mereka ni hips sangat! Aku tulis ni pun dah sedih mengingatkan kembali gelagat mereka! Kelakar tengok mereka yang tak sedar diri ini! Jauh sungguh mentality the young filmmaker’s ini dengan mentality pembikin filem muda the new wave young filmmaker’s suatu ketika dulu!


“The Young Filmmakers” yang tak sedar diri ini merasakan diri mereka anti-socialist, anti-segala-gala yang membutuhkan dan menghukum lantas meletakkan diri mereka di atas segala-gala yang tidak hip. Mereka meletakkan diri mereka sebagai “The Real Hipster Filmmaker’s” dan menghukum mereka yang dirasakan sebagai Hipster Palsu! Sedih melihat mereka masih lagi mentah, menilai dimana “The Real Hipster” juga “The Pretentious Hipster!”. Macam budak-budak hingusan!!


Sedarlah bahawa kerja filpen atau filem ketot kamu itu juga sebahagian dari industry filem Malaysia. Tiada siapa pun berhak menghukum siapa-siapa waima pilihan yang ada. Siapa kamu untuk menghukum dan menilai? Bahwa diri kamu itu juga belum cukup bagus lagi! Baru tahu sedikit pasal teori dan sedikit tentang pemikiran pemikir dunia, berlagak hips dan menghukum mereka yang kamu rasa hipster palsu! Sedih melihat gelagat mereka yang tak ubah macam kacang putih! Nasib baik ada antara mereka yang hadir masa diskusi itu cuba menjentik mereka tentang aspirasi dan cuba membawa perbincangan kearah diskusi yang lebih inspiring! kalau tidak hingga ke sudah mereka ini dok cerita pasal teknikal! Sia-sia lu orang buat tayangan dan diskusi filem kalau kesudahannya asyik dok cerita tentang teknikal dan tiada benda yang meransang minda atau sekurang-kurang inspiring untuk kami yang datang! Dan yang paling menyenakkan, di akhir diskusi yang sepatutnya menjadi ruang ilmiah menjadi perbincangan yang menjijikkan apabila diskusi terarah ke perbincangan “mengutuk” industry filem mainstream dan pembikin filem mainstream! Kalau ada senior-senior dari kelompok mainstream untuk berdebat, at least aku boleh terima! Ni yang bercakap pun budak-budak hingusan setahun jagung, yang Rasa diri berilmu dan hips, yang sebenarnya tak pun!





*gambar gua rembat. jumpe ntah mana kat bini lebai google






p/s: maaf jika ada yang tersinggung. Gua tulis sebab gua rasa mentality yang menyenakkan sebegini harus tidak ada pada pembikin filem muda, kerana ia akan membunuh mereka juga suatu hari nanti.

Degub nafas Pierre Andre mencari roh Jangan Pandang Belakang



Selepas kejayaan filem Jangan Pandang Belakang (2007) yang mana naskah lakon layar ditulis Pierre Andre dan telah di-arahkan oleh Ahmad Idham, Pierre kemudian dilihat sebagai bakat muda yang punya potensi lantas diberi kepercayaan oleh David Teo (Metrowealth Sdn. Bhd.) untuk menghasilkan beberapa lagi filem - 9 September (2007), I'm Not Single (2008) dan kemudian disusuli filem Jangan Tegur (2009).

6 OKTOBER 2011 ini akan menyaksikan kembali sebuah filem seram arahan Pierre Andre *yang akhirnya berjaya beliau habiskan pengambaran. Selepas kejayaan filem Seru arahan-bersama Pierre bersama pengarah filem dari kelompok gelombang baru (new wave generation) pembikin filem Malaysia, Woo Ming Jin, tebitan Tayangan Unggul Sdn. Bhd. Bagi yang tak pernah mengenali siapa Woo Ming Jin? Beliau merupakan seorang pengarah muda yang penah menghasilkan filem seperti Monday Morning Glory, The Elephant And The Sea, dan filem The Tiger Factory pernah diangkat untuk tayangan The Director's Fortnight, Cannes Film Festivals tahun lalu. Untuk baca review gua tentang filem Seru, click link review filem Seru!



Lagi awek pontianak James Lee yang sedang tunggu tayangan!

Tengah-tengah nama James Lee hangat di pasaran mainstream sekarang, James punya lagi "awek pontianak" nya yang baik punya, tengah tunggu tayangan di pawagam atau mungkin kalau takde sambutan, tayang kat ruang tamu Doghouse73pictures je nanti! *kidding. Sebab kali ini, filem-filemnya ini beranjak lebih jauh dari ketiga-tiga gagasan filem mainstream industri filem Malaysia yang pernah James direct.

Rebiu filem Tolong! Awek Aku Pontianak ; sebuah kritikan sosial yang subtle dan menghiburkan!

*Buat mereka yang masih belum menonton filem Tolong! Awek Aku Pontianak ini, sebelum baca review gua ini, gua sarankan untuk pergi tonton filem ini di panggung dengan kadar segera!

Komedi itu adalah apabila manusia normal berada di dalam situasi yang aneh atau manusia yang aneh berada dalam situasi yang normal. Dan dalam Tolong! Awek Aku Pontianak, kedua-duanya menjadi satu lantas melahirkan sebuah naratif komedi yang menghiburkan!

Manusia itu, jika dilihat - tingkah lakunya sememangnya aneh dan kadang-kala atau mungkin selalunya melucukan.



tengok poster filemnya sahaja sudah memberikan sensasi Rasa yang aneh./menarik bukan?

Rebiu filem Sekali-Lagi ; struktur naratif yang mentah dalam ruang-masa yang sempit


Sekali Lagi, filem romantik komedi, arahan Hashim Rejab. Lakonan hebat Mia Sara dan Shaheizy Sam. Juga Lisa Surihani dan Bront Palare. Terbaik apabila melihat variasi filem yang dianjurkan pembikin filem Malaysia selepas longgokan filem-filem aksi dan horror di panggung juga kesesakkan filem besar Hollywood Transformers, The Green Lantern, Pirates dan lain-lain. Namun ;

what hassan muthalib "told before" about FDAM


I hate to tell you I told you so but I gotta say - I TOLD YOU SO!  According to a newspaper report, the venerable President & Vice President of FDAM have tendered their resignation. And if you believe their reasons for doing so, then there really is a tooth fairy & Samy Velu is actually very poor & needs wang ehsan. Below is the article I wrote after the previous AGM, a session that compared very favourably with the bangsawan (Malay opera) of the 1950s. Perhaps the next episode of the bangsawan might turn out to be even more interesting. I hope the same chairman for the proceedings will be used. That will be hilarious - just like the earlier one!

Hmm, I may yet be deemed an oracle!


Teaser filem Apokalips X arahan Mamat Khalid

gua tunggu sangat filem Malaysia ni di pawagam.


Apokalips X directed by Mamat Khalid


click link untuk baca review gua untuk filem ni yang gua sempat tonton dulu  http://jonijualfilem.blogspot.com/2011/04/pembukaan-filem-apokalips-bermula.html

Rebiu filem KL Gangster ; naratif yang terang dan jelas menerusi emosi yang tenang dan terkawal


*Selepas lima buah filem dan yang terakhir, kejayaan filem Khurafat tidak lama dahulu, Syamsul Yusof kini kembali dengan siri KL nya, filem KL Gangtser, mengangkat tema “gangsterisme” dalam genre aksi. Di tangan Syamsul, dunia gangster di-komersial kan dengan denyutan deras adegan aksi yang padat. Dari ucapan patah-kata hipster watak Dragon, lakonan Adam@Corrie dalam filem ini pada watak “Shark” lakonan Syamsul Yusof sendiri “.. lu budak baru, gigi pun baru mau tumbuh mau langgar semua orang kah?”. Namun gangsterisme kali ini diberi sudut pandang yang menarik oleh Syamsul, lebih menarik dari filem “Gangster -pengaruh Alejandro”, oleh Bade Hj. Azmi.  Dan lima-kali ganda lebih baik dari filem M.I.G, “Kongsi”, arahan Farid Kamil .

"... gigi pun baru mau tumbuh, mau langgar semua orang kah?"

bercerita tentang arah tuju filem Malaysia

Melihat perkembangan industry perfileman negara kini, semacam memperlihatkan gelombang positif era baru kebangkitan kegemilangan filem Malaysia. Industri perfileman di warnai dengan kepelbagaian genre, tema, dan juga bentuk persembahan naratif. Yang diberikan pengisian yang tersusun mengikut rentak sang pemalu gendang (FINAS) meletakkan dan menyusun filem-filem malaysia yang ditayangkan (mengikut peraturan wajib tayang) mengikut rentak penonton filem kita. Pada zahirnya, penyusunan strategi ini adalah usaha positif yang dibuat untuk mengawal serta membantu industry filem negara agar terus deras berdenyut, bernyawa dan memberikan kesan positif pada ekonomi negara. Melihat sambutan penonton di pawagam kini meyakinkan, apabila filem-filem Malaysia berjaya mengutip kutipan jualan tiket yang tinggi dan memberansangkan. Lihat filem-filem Malaysia yang berjaya di panggung (Box-Office) seperti  filem Kongsi yang berjaya mengutip kutipan sebanyak RM 10 juta, Hantu Kak Limah Balik Rumah, mengutip kutipan RM 8 juta, Khurafat - RM8.1 juta, Adnan Sempit – RM 7 juta, Hikayat Merong Mahawangsa - RM6.5 juta, Sini Ada Hantu - RM1.3 juta, Kembar Siang - RM1.2 juta, Cun - RM1.1 juta dll. Ini jelas memperlihatkan bahawa filem Malaysia kini berjaya menarik tumpuan penonton tempatan, walaupun dilonggokkan bersama filem-filem besar Hollywood, Hong-Kong, Jepun dan lain-lain. Filem Nur Kasih The Movie yang baru-baru ini di tayangkan di pawagam juga memperlihatkan sambutan yang menggalakkan dari penonton tempatan. Corak pergerakkan dunia wayang di negara kita kini sudah mula bergerak deras, menganjurkan kepelbagaian bentuk filem, genre serta tema, semacam kilang fantasi kepada masyarakat dunia pasca moden yang tersepit dan dihimpit, mencari eskapis dari kehidupan. Apa lagi yang mampu mereka buat di malam Jumaat selain menonton wayang.  Kilang fantasi yang menganjurkan jutaan ringgit pada si-pemodal! Sang-pemodal ini pula mengangkat bintang bagai kilang dengan memberikan modal gosip personalitas, untuk dijual kepada masyarakat. Yang aku kira, perkara ini berkesan, dapat dilihat pada kejayaan filem Kongsi, Adnan Sempit, Hantu Kak Limah Balik Rumah yang meraih kutipan yang amat memberansangkan, selepas bintangnya di keluarkan oleh kilang (industry) sebagai bintang paling popular. Ini juga tidak menjadi masaalah kerana bintang yang di anjurkan itu juga adalah ciptaan masyarakat sendiri. Namun dalam kepelbagaian yang di anjurkan kilang fantasi ini, kemana kah arah tuju industry  filem Negara kita? Quo Vadis?

filem pendek Cinta Akhir

Dah tengok filem pendek terhasil anjuran program kempen kerajaan Anti-Rokok, melalui agensi ASAP dengan kerjasama Yayasan 1Malaysia Dana Belia. Judulnya "cinta akhir" arahan Aron Koh. Lakonan Pierre Andre dan Liyana Jasmay.



 
Liyana Jasmay nampak cool lepak di club sambil tak putus-putus menghisap rokok. Eh? Bukan kerajaan menyarankan supaya adegan merokok tidak boleh di paparkan dalam imej naratif filem ke? 




Kalau iklan (PSA) ini gua kategorikan sebagai filem pendek. Maka gua lebih terkesan dengan imej dalam naratifnya yang dipersembahkan sebagai kempen anti-merokok.


p/s ; ".... dan kita zombie-zombie mestilah katakan tidak pada rokok.." *dialog ucapan ketua zombie dalam filem zombie kg. pisang.

Joni Jual Filem untuk Dana Belia SapuMalaysia!

Rebiu Nur Kasih The Movie ; Tangisan Cahaya Nur Yang Menyenakkan


Nur Kasih The Movie arahan Khabir Bahtia, lakon layar ditulis oleh Mira Mustafa, menganjurkan unsur melo-drama pada tema cinta agung Nur dan Adam yang berlandaskan keindahan nilai estetika ketuhanan.  Di lihat semacam kesan pengaruh filem-filem dari negara jiran seperti filem arahan Hanung Bramantyo – Ayat-Ayat Cinta atau filem Ketika Cinta Bertasbih. Retetan kesan dari filem Ayat-Ayat Cinta, semacam mencetuskan pengaruh yang membentuk representasi naratif filem/drama di negara kita yang mendorong ke arah unsur ketuhanan. Dan unsur ini jugalah merupakan paksi, drama bersiri Nur Kasih menjadi ikutan jutaan peminat dan tidak dinafikan energy cinta Nur dan Adam juga Aidil pada Nur itu jelas memberikan signifikasi pada segala yang ditentukan itu adalah datangnya dari yang maha-esa. Khabir menyajikan keindahan nilai bahasa tuhan melalui watak Nur, Adam dan Aidil. Namun, tiada apa lagi yang menarik tentang Nur Kasih The Movie selain itu. Tidak seperti drama sirinya, Nur Kasih The Movie tidak berjaya mencengkam perasaan dengan momen-momen dalam naratif yang lebih hidup dan segar.Contoh, konflik di antara anak dan ayah, abang pada adik, juga konflik cinta sepasang suami-isteri,  di-utarakan jelas, mengangkat argumentasi moral dan nilai ketuhanan, sehingga memberikan impak emosi yang menggegarkan masyarakat Malaysia.

Rebiu filem pendek kopitiam kurang manis ; penerokaan unsur seksual dalam seksualitas nostalgic ruang-masa.

Semalam, gua telah berjaya mendapatkan salinan dvd filem pendek Kopitiam Kurang Manis yang sebenarnya antara yang gua ingin sangat menontonnya selepas ketinggalan tayangannya yang dibuat oleh Angkatan Pembikin Filem Baru di stor DBP tempoh hari. Dan sejurus sahaja menonton filem pendek ini, gua terasa untuk menulis sedikit tentang apa yang gua Rasa (mungkin tidak benar pada yang lain) dan yang menjadi argumentasi gua tentangnya dari sudut pandang penggunaan bahasa filemnya mengangkat naratif, kerana itu yang pada gua sangat menarik tentang filem pendek ini.


Pengalaman menonton filem pendek Kopitiam Kurang Manis yang dihasilkan oleh seorang pengarah muda, Azri Abu Hassan (salah seorang pelopor gerakkan angkatan pembikin filem muda), adalah seperti pengamatan meneroka sensasi Rasa kopi. Rasa digambarkan melalui visual. Alam Kopitiam Kurang Manis pada aku berjaya meletakkan sensasi Rasa kagum bila mana segala yang diletakkan dalam frame juga “ruang” diisi dengan perasaan semacam orthodox menginjakkan paradox naratif kearah nostalgic “masa” yang dianjurkan pada watak. Untuk seorang pengarah muda yang mungkin pada aku tidaklah pula secara keseluruhan memahami bahasa filem yang sifatnya infiniti, menggunakan “nahu filem” membuka lembar naratif yang cuba dikomunikasikan melalui cinematic signifier. Menghidupkan karakter space-time-thought-relationship dalam alam naratif Kopitiam Kurang Manis. Pengarah mengangkat kopitiam ini mungkin kerana intrignya pada sensasi yang dibawa bersama pada emosi  situasi stuktur ruang kopitiam yang hampir semuanya mempunyai rasa nostalgic, yang terkesan pada dirinya.
Shot pertama dalam setiap filem adalah shot yang paling getir. Ia harus bersifat significant yang mana shot pertama itu harus memperlihatkan dan memberikan qualisign (semacam kualitas) pada icon yang memberikan Rheme dan akhirnya sebuah pragmatic (kesan) terhadap keseluruhan naratif. Shot pertama dalam filem pendek Kopitiam Kurang Manis, dua buah cawan (yang juga punya karakter semacam orthodox yang nostalgic ) sebuah cawan berdiri dan sebuah lagi tumbang yang kemudian diberi hubungan antara signifier (cawan) dan signified (cawan yang tumbang itu dan tertumpah air kopi meleleh/menitis di hujung meja adalah merupakan sebuah negativiti) memberikan sebuah argument pragmatic yang jelas bahawa ia tentang kopi dan negativiti yang dibawa oleh kopi itu, the sorrow of emotion pembikin filem (berbangsa Melayu) tentang sesuatu yang telah menumbangkan isi hatinya (bercerita tentang manusia berbangsa Cina yang memiliki sebuah perniagaan Kopitiam). Kemudian imej itu diberikan hubungan antara manusia dan psikologi depth melalui serbuk kopi yang dijadikan signifier ( dilihat pada shot yang disambung selepas shot pertama ) iaitu kotak tin serbuk kopi terjatuh yang menyelerakkan serbuk kopi pada sinki dan serbuk kopi itu terbancuh pada air yang mengalir deras dalam sinki itu yang menjadi sebuah signified, yang aku lihat semacam sederas semangat pengarah untuk meneroka psikologi depth alam naratif Kopitiam Kurang Manis. Mungkin elemen-elemen ini semacam pendekatan nosographic oleh pengarah tentang sensasinya mengenai psikologi manusia atau mungkin dirinya sendiri.  
Setiap dalam dunia punya pasangan. Dan itu yang disampaikan melalui dialog pertama diucapkan dari watak yang paling dominan dalam naratif Kopitiam Kurang Manis iaitu pada dialog Leez ; “Keong, kopinya dua!” lantas memberikan indikasi yang sangat significant pada naratif tentang manusia itu mencari pasangan mereka. Dan kemudian kamera perlahan track masuk ke dalam kopitiam semacam membuka lembaran penerokaan dunia Kopitiam Kurang Manis. Dunia imaginasi sang pengarah meneroka ilmu, yang mana ilmu itu juga menjuru kepada pasangannya. Melieu watak diperlihatkan melalui sebuah set kopitam yang sangat nostalgic memberikan semacam rasa sebuah imbasan hidup manusia yang terhambat oleh ruang nostalgic itu sendiri. Dan kemudian papan tanda Kopitiam yang juga punya karakter yang tersendiri, jatuh di depan sebuah lori yang diberi tanda isyarat ( sebuah signifier) memberikan semacam tanda kejutan untuk kita melihat bahawa ada sesuatu tentang Kopitiam itu yang hendak diperkatakan dan harus diberi tumpuan. *Setiap karakter yang dianjurkan punya konotasi. Terasa unsur memecahkan ruang-masa naratif yang kerap kali digunakan oleh Godard, yang mana watak dalam ruang-masa naratif merenung panjang terus ke arah penonton di luar naratif dan penonton merenung watak kembali, dan unsur timbal-balik ini, memberikan ruang untuk penonton membuka ruang paradox intuisi interpretasi. Textur stuktur ruang Kopitiam Kurang Manis memperlihatkan karakter authenticity semacam legasi yang dihambat masa membenarkan penonton meletakkan watak dalam naratif punya sesuatu yang terhambat oleh ruang-masa itu. Dan ruang-masa itu membuka paradox ke-egoan manusia yang mendiami alam naratif Kopitam Kurang Manis.
Kopitiam Kurang Manis bercerita tentang kopi dan kopi semacam simbol pada anjuran pilihan manusia. Kopi adalah mainan orang tua-tua, yang sifat mereka lebih makan garam dari kita yang muda. Dan untuk bercerita tentang kopi adalah seperti bercerita tentang sesuatu yang sifatnya matang. Dan kematangan itu dalam Kopitiam Kurang Manis adalah mengenai sexual intrigue. Kopitiam Kurang Manis merupakan sebuah naskah yang mengangkat tema sexual desire melalui watak Ah Keong, lelaki berbangsa Cina, berusia 60 tahun, mencari semula sensasi Rasa sexual desire, selepas dihambat kelesuan hidup anjuran kematian isterinya. Namun tidak terasa pengarah cuba mengangkat isu perkauman atau  kesan dari mana-mana aspek  kaum itu dan yang paling menarik pengarah tidak berniat pun untuk mengintip isu tersebut. Leez lakonan Mislina, pembantu kedai Kopitiam merupakan keturunan Jawa,Indonesia (*juga dapat diRasai pada signifier kopi) cuba membantu Ah Keong mendapatkan kembali sensasi Rasa kopinya hanya dengan menggunakan ilmu hitam, terlihat pada ketika scene yang sangat aku kagumi, apabila watak Leez membancuh kopi melalui visual yang memperlihatkan reflexi tone bayang hitam watak pada colour template orange di dinding ( yang mana merupakan Rheme yang mewakili interpretasi negativity). Terasa benar tata-pencahayaan chiaroscuro (tone bayang yang kuat ) yang lazimnya dilihat pada elemen film noir. Menerusi Kopitiam Kurang Manis, Azri Abu Hassan ingin bercerita tentang lelaki digambarkan berbangsa Cina (semacam sebuah penerokaan psikologi manusia) dan mengangkat wanita digambarkarkan berbangsa Jawa sebagai sebuah indikasi kuasa hebat (disampaikan dalam bentuk tarikan seksual & ilmu hitam) yang mampu memberikan impak hebat terhadap manusia yang bergelar lelaki berbangsa Cina itu. Juga merupakan antara elemen film noir yang banyak mempengaruhi kerja bikin filem pendek Kopitiam Kurang Manis. Secara tidak sedar kita, penonton juga dibawa untuk mencari dan kemudian meneroka alam seksual dalam naratif Kopitiam Kurang Manis. Setiap kita itu adalah sebenarnya sang peneroka ilmu yang mencari sebuah denotasi dan tentang kebenarannya. Namun seksualitas itu sendiri boleh dibuka pada pelbagai interpretasi yang mungkin pada (personal point of view) melihatnya sebagai keinginan manusia, atau mungkin juga perasaan resah-gelisah yang mencari makna pada kewujudan selepas kehilangan sesuatu yang bermakna dalam hidup, dipijak masa yang nostalgik. Dan bancuhan kopi itu sendiri sangat terbuka pada ruang interpretasi. Azri Abu Hassan bijak menggunakan cinematic signifier itu tanpa sedar, hanya yang menjadi argumentasi aku adalah disini, ruang textual system yang cuba diteroka tidak hampir sempurna, tidak lah pada keseluruhan momen dalam naratif. Namun ada momen-momen yang di letakkan dalam ruang dan masa semacam memperlihatkan icon yang tidak punya indeks atau mungkin dilihat semacam ketidak-sempurnaan pada komunikasi antara bentuk sintatik pada icon (cawan, kopi, basikal, imej burung layang, etc) dan kesan pragmatic pada legisign (sexual desire) yang aku lihat tidak punya ground (sejarah kualiti latar, fakta juga habit watak dan karakter). Juga contoh imej-imej cut-away yang dipersembahkan tiada dialectic pada perkembangan naratif waima ruang-masa. Yang mana, mungkin pada aku merupakan percubaan Azri Abu Hassan untuk meneroka the unconscious signification on cinematic textual system yang pada akhirnya pada Rasa aku, memberikan sedikit kekeliruan pada cinematic element pada form and space to paradox characterization.
Yang menarik pada aku, keruntuhan perasaan manusia pada watak yang diparalelkan pada elemen aroma kopi yang dipersembahkan se-awal scene Ahmad (pelanggan kopitiam itu yang arif dan mahukan sensasi bancuhan kopi yang terbaik untuknya) menghidu aroma kopi lantas menolaknya itu pada aku merupakan sebuah sintaks, diangkat dalam visual naratif melalui sudut pandang yang menarik, dan dipersembahkan dengan baik. Simpati keruntuhan watak Ah Keong itu kemudian di lihat terkesan pada watak Leez (Mislina) pada ruang-masa juga pada shot Leez ketika mengemas sisa kopi yang tidak terusik di atas meja. Lantas memperlihatkan Kopitiam Kurang Manis punya sesuatu dalam bentuk falsafah pragmatic yang mahu dan mampu diperkatakan dan dibuka. Pengarah dan penulis bersikap jujur dalam berkarya, mengangkat Rasa manusia meneroka sensasi sexual yang cuba diparalelkan menggunakan nahu filem dan cinematic signifier. Mungkin penerokaan itu belum habis diteroka dalam anjuran masa yang singkat, namun ia memperlihatan reflexi pengarah yang semakin matang. Bercerita tentang seks (bahan yang menjadi taboo untuk pembikin filem Malaysia). Menarik apabila adegan seks di konotasikan oleh pengarah, dilihat pada ketika apabila imej dielektik pada long take scene Leez menaiki tangga menuju ke dalam bilik dan disusuli oleh Ah Keong yang sedang menghisap paip ( *asap itu memainkan peranan yang jelas menerangkan karakter watak ) masuk ke dalam bilik Leez, dan kemudian pengarah menghasilkan juxtoposisi imej membancuh kopi dan telur kuning yang pecah dijadikan semacam komunikasi di paralelkan dalam ruang dan masa yang memberikan pragmatic signifier kepada klimaks sexuality. Dan imej-imej yang dianjurankan itu disertakan dengan alunan muzik opera Cina sudah cukup kuat untuk penonton mengingati filem pendek Kopitiam Kurang Manis sebagai sebuah kerja filem yang menggunakan sepenuhnya ilusi magis space-time yang dihasilkan dengan baik. Gambar dan poster Rose-Chan bergelimpangan di dinding kopitiam dan secara amnya, Rose-Chan itu sendiri merupakan simbol seks masyarakat Cina pada zaman 50-an. Dan secara terang, seluruh alam Kopitiam menjurus pada simbol seks itu.
Sinematografi Kopitiam Kurang Manis oleh Saiful Zul-Ariff kemas, lembut dan nostalgic. Gerak kerja kamera Saiful berjaya memberikan Rasa orthodox pada ruang dalam perkembangan karakter watak melalui hubungan antara tata-cahaya dan gerak kerja frame kamera yang bertimbal-balik memberikan signifikasi pada ruang-masa. Saiful benar memahami arah Azri Abu Hassan dan ia sangat membantu pada gerak kerja naratif. Dan yang paling memberikan unsur kekaguman pada aku dalam alam Kopitiam Kurang Manis adalah pada latar set dan props production design hasil kerja production designernya Nordin Ismail, telah berjaya membantu dalam memberikan reflexsi Rasa watak dan sensasi kualiti photographic Image dalam pergerakkan dan perkembangan naratif. Bancuhan kopi oleh Azri pada alam Kopitiam Kurang Manis sangat terasa pada sensasi nostalgic yang lazimnya dapat dilihat pada filem-filem arahan Riri Riza mahupun Nan Achnas contoh The photograph *studio dalam filem photograph. Sudah cukup baik benar produksi filem pendek anak Malaysia mampu untuk dibandingkan dengan produksi filem besar oleh nama sebesar Nan Achnas bukan?
Kata Antonioni, anything like that, if the nature didn’t put it, then it must have a purposed. Somebody did and somebody wanted it there. Kebenaran kewujudan setiap rekaan latar set mahupun props dalam ruang-masa Kopitiam Kurang Manis berada di atas permukaan naratif memberikan bentuk (form) dalam ruang yang punyai paradox. Setiap satu frame dalam juxtoposisi Kopitiam Kurang Manis punya karakter. Asap (index of signifier that give a connotation of negativity human sense) yang terhembus oleh Ah Keong itu sendiri punya perasaan dan perasaan itu adalah antara elemen karakter. Lihat juga pada jenis kopi yang di gunakan (*Cap Burung Layang ) yang pada aku,juga merupakan icon yang punya karakter. Karakter yang punya konotasi, menarik. Hanya yang menjadi masaalah pada aku adalah pada pergerakkan naratif Kopitiam Kurang Manis yang sebenarnya terletak pada watak, tetapi watak dalam Kopitiam Kurang Manis tidak punya arah dan hala tuju. Point of argument aku disini, setiap watak itu juga adalah naratif, dan naratif watak Ah Keong tidak punya arah tuju, atau mungkin samar dilihat pada permukaan naratif. Persoalan tidak dianjurkan dengan jelas pada permukaan, juga paradox entity space-time-thought-relationship hingga naratif itu kelihatan lesu dan tanpa persoalan itu, naratif tidak mampu mempunyai hala tuju yang jelas. Kata Godard, filem itu sendiri harus bermula dengan persoalan dan naratif/watak adalah tentang persoalan itu. Dan the comical of characterization pada watak dalam naratif Kopitiam Kurang Manis semacam kelihatan didesak tanpa asas (cause and effects yang lebih jelas sama-ada pada watak mahupun naratif) dan disebabkan itu lakonan watak pada aku hampir mati dalam ruang-masa yang menghasilkan kelesuan naratif dan akhirnya kelihatan meaningless. Aku mengambil contoh yang jelas menerusi filem Weekend, oleh pengarah agung Godard, mengangkat human class struggle dan diberikan parody melalui comical of characterization watak dalam situasi/scene ketika jentera tractor berlanggar dengan sebuah kereta yang mengakibatkan kematian seorang manusia class borjuis. Sebab dan kesan comical itu jelas dan kukuh dikembangkan dalam naratif. Perkembangan psikologi watak tergambar jelas pada imej (cinematic signifier) namun tidak di paralelkan pada paradox naratif (perkembangan setiap watak) yang menjadikan Kopitiam Kurang Manis sedikit pretentious dari segi lakonan waima naratif, kerana seperti yang aku katakan, watak (dilihat pada lakonan) dalam Kopitiam Kurang Manis itu adalah naratifnya.
Mungkin pada aku, bentuk dan isi, filem pendek Kopitiam Kurang Manis, belum lagi cukup benar berada pada ruang yang lebih total ( dari aspek isi dan bentuk yang merangkumi aspek human psikologi yang punya lebih depth dan memberikan kesan pada realiti dari sudut argumentasi sosial, budaya dan pemikiran yang punya kritikal sintesis tentang manusia untuk membuka lembaran argumentasi human philosophical dan memberikan sebarang hujah tentangnya) namun ia sebuah kerja yang jujur dan percubaan yang menarik dan harus di ambil kira sebagai usaha untuk meneroka ilmu bahasa filem. Namun pada aku, punya sebab mengapa Kopitiam Kurang Manis dihasilkan dan ia sangat bermakna buat mereka yang mengerjakannya terutama pengarahnya. Teks Kopitiam Kurang Manis adalah landasan mereka untuk meneroka ilusi space-time dunia filem, terkesan dari anjakan ilmu filem yang mereka pelajari untuk digunakan sebagai medium meneroka psikologi manusia. Yang menjadi masaalah ruang tidak ter-isi dan dirasai untuk meneroka unsur yang lebih total sifatnya menjadikan naratif Kopitiam Kurang Manis agak tersasar dari mencari arah tuju yang utuh. Namun sifat filem pendek Kopitiam Kurang Manis pada aku sudah cukup lengkap pada permukaannya sebagai sebuah hasil kerja filem, sebuah idea yang cuba disampaikan melalui bahasa filem kontemporari di satukan dalam juxtoposisi yang menarik menceritakan tentang human problem melalui psikological depth.

p/s: apa yang gua rasa gua tahu dan apa yang sebenarnya gua tahu, gua tulis melalui displin sudut pandang yang gua rasa terbaik dan ia membuka ruang argumentasi. Mungkin apa yang gua tuliskan betul pada gua dan mungkin tidak bagi 10 orang yang lain. Namun, pada gua itu yang hebat tentang filem, sifatnya magis menganjakkan perasaan untuk meneroka ilusi space-time yang terbuka dan tidak ada apa lagi yang terselindung disebalik layar hanya pembikin filem dan kerja bikin filemnya itu.

cakap-cakap kosong tentang Kongsi

Gua bosan-bosan tengok tv, terlintas rasa gua untuk sembang tentang filem Malaysia yang baru gua tonton di panggung kelmarin.




Jauh lagi untuk membandingkan filem Kongsi yang sifatnya character driven dengan filem-filem yang sama sifatnya seperti Fargo, Pulp Fiction atau mungkin Taxi Driver. Tiada alasan untuk menghalalkan filem picisan di hasilkan sambil lewa. Kongsi. Character driven film yang sesak dan senak dengan kekeliruan. Tiada paksi pada keseluruhan filem. Yang menggerakkan naratif adalah karakter tapi dalam naratif filem Kongsi, character driven itu tidak dikembangkan dengan baik. Dalam erti kata, Farid Kamil gagal menyampaikan asas bentuk character driven melalui perkembangan naratif Kongsi, menerusi watak Tumulak lakonan Shaheizy Sam. Film is about character. Kongsi bercerita tentang karakter. Dan tiada lagi yang mampu diperkatakan mengenai filem Kongsi melainkan Tumulak. Tiada apa yang mampu di"kongsi"kan lagi melainkan kilauan bintang popular yang menyinari kegelapan naratif hambar, memberikan sensasi Rasa pada manusia yang mencari escapism, dari terhimpit kesesakan bernafas. Untuk bercerita tentang character driven, maka kita akan melihat pada watak yang menggerakkan naratif lantas memperlihatkan perkembangan watak dalam ruang dan masa pada fisikal atau pemikirannya. Kita juga akan melihat pada gaya nahu filem yang dikembangkan melalui watak oleh pengarah dalam ruang dan masa dalam naratif untuk menganjurkan sensasi Rasa dan getaran emosi di layar. Membuka ruang entiti interpretasi dalam diri penonton, meneroka dunia alam watak dalam character driven story play itu.

Jika action comedy itu yang hendak disampaikan, pada pengalaman aku menonton filem Kongsi, Emosi dan Rasa manusia dalam alam naratif filem Kongsi tidak memperlihatkan comical of characterization in a situation/action yang lebih matang dan jujur. yang lantas melahirkan kekosongan pada depth dalam naratif cinematic experience. Pergerakkan naratif di choreograph kaku dan tidak bernyawa seperti adegan-adegan aksi dalam filem itu juga. Latar naratif, kota Kuala Lumpur tidak kelihatan benar dari kaca mata Tumulak (*sangat penting dalam perkembangan characterization of character driven story play ). Kata Antonioni, ruang geografi latar naratif harus dibentuk melalui camera consciousness untuk memberikan kesedaran tentang perkembangan naratif tentang watak.

“… the value of acting depends on the abilities of others, such as cinematographers and etc; to probe deeper into the nature of acting’s contribution we need to see performances relative to images..”
Namun pada aku, Lakonan Shaheizy Sam amat membenarkan aku untuk mempercayai watak Tumulak telah berjaya memijak reflexi, menguasai ruang kesedaran lakonan (the entity of acting space) pada permukaan dan lapisan dalam naratif filem Kongsi. Shaheizy Sam telah memijak watak ASP Shariff lakonan Fizo, Detektif Maya lakonan Norliana Samsudin, dan lain-lain dengan lumat, dan meletakkan dirinya jauh di atas naratif filem itu. Dalam filem, tenaga lakonan seseorang pelakon itu terletak pada hubungannya di antara kamera, latar set dan kesedaran dirinya menguasai ruang antara pada ketika dirinya berhadapan dengan watak yang bermain dalam shot. Shaheizy Sam telah memijak kesemua hubungan itu dan berdiri di atas segala-galanya.  Aku dapat merasakan Tumulak bukan sahaja memperkotak-katikkan dunia alam Kongsi, malah Tumulak telah berjaya keluar dari alam itu serta melonjak dirinya jauh di atas permukaan naratif lantas menganjakkan sensasi Rasa watak itu keluar dari kesedaran ruang dan masa, tanpa kesedaran pengarah.  Menjadikan dirinya benar wujud dalam ruang dan masa ketika melayar dunia Kongsi. Sekiranya kongsi mengutip jumlah kutipan panggung sebanyak RM7 juta dalam masa 7 hari ( *yang pada aku satu perkembangan yang sangat positif industry filem Malaysia ), ia hanya disebabkan kerana watak Tumulak yang dibawa Shaheizy Sam telah benar-benar memijak lumat naratif alam Kongsi. Hampir sikit lagi untuk aku bandingkan Tumulak, Shaheizy Sam dengan Edward Scissorhand, Johnny Depp. Namun, character driven dalam Edward Scissorhand, Tim Burton lebih hidup dan ruang masa alam naratif digerakkan benar oleh ( punctuated flow of character with permeative personal historical myths ).
Kepincangan dalam bentuk persembahan naratif filem Kongsi mula terasa se-awal , pada ketika pergaduhan di depan warung, yang telah mengakibatkan kematian seorang adik kepada “Abg  Long” yang kemudian di akhiri melalui shot Big Brother, seperti filem Gedebe dalam tandas ( high angle wide shot on black and white). Yang kemudian shot itu disambungkan dengan shot/adegan ASP Shariff dan Detektif Maya yang melihat rakaman pergaduhan itu melalui shot Big Brother tersebut yang pada aku mengjengkelkan. Kemudian disusuli dengan pergerakkan naratif yang tiada paksi langsung berlengkar kosong. Premis naratif filem Kongsi terang dan jelas namun digarap tanpa Rasa sehebat sensasi Rasa Tumulak. Farid Kamil telah membawa alam Kongsi (juga penonton) ke jalan yang merewang-rewang dengan fotografi picisan. Tiada langsung dialectical of shots on juxtoposition. Farid Kamil mahu bercerita tentang watak, tapi tidak tahu menggunakan bahasa untuk bercerita. Maka terjadi cakap-cakap kosong mengenai sesuatu, yang mana itu sahaja yang aku lihat untuk memperkatakan tentang filem Kongsi. Kongsi harus lebih utuh pada perkembangan watak Tumulak, jika character driven itu yang hendak di sampaikan seperti mana Scorsese meneroka watak Travis Bickle dalam Taxi Driver. Bagaimana Scorsese meneroka alienation and self discovery pada watak Travis Bickle. Atau mungkin Marge Gunderson dalam Fargo. Penonton menantikan dan hampir mengharapkan agar diberi ruang kesedaran untuk meneroka isi ,pemikiran dan perasaan Temulak. Dendam Tumulak pada ASP Shariff tidak dikembangkan dengan matang dan sifatnya mengjengkelkan. Sesebuah naskah sebaik-baiknya membuka ruang interpretasi dan memberikan penonton ruang untuk menyentuh lantas sama-sama merasai watak Tumulak, hanya bila ia dibenarkannya apabila pengarah dan penulis membuka ruang itu. Tidak lah aku mengharapkan seperti, The Wind Will Carry Us oleh Kiarostami. Sekurang-kurangnya perkembangan sejarah watak itu harus terbuka, dan mungkin Kongsi mampu disampaikan secara lebih matang jika perkembangan sejarah itu dibuka luas.

Angan Farid Kamil untuk mengangkat isu gangsterism/politic perkauman dan yang cuba diparodykan-nya lemas dalam kelesuan dirinya untuk menggarap naratif itu dengan lebih matang. Tiada langsung kesedaran minda yang bijak/matang dalam garapan Farid Kamil. Dari awal hingga ke akhir naratif, hingga ketika pada saat Tumulak terjun ke dalam sungai dan dihambat lumpur selepas adegan kejar mengejar, semacam Tiada “rosebud” dalam bentuk dan isi keseluruhan naratif Kongsi.  Tidak pun aku mengharap paradox "rosebud Orson Welles of Charles Kane" itu ( juga a character driven narative), namun setidak-tidaknya sesebuah watak yang cukup hebat, dalam a character driven story play harus hidup, walaupun, watak itu mati di akhirnya. Hidup dalam erti kata pada paradox atau intuisi interpretasi ruang naratif. Atau lebih dekat, lihat bagaimana Yasmin Ahmad menghidupkan terus paradox cinta Orked dan Jason pada pengakhiran filem Sepet.

p/s : gua pun sama-sama belajar melalui apa yang dihidangkan di depan mata.

mencari sublime of humor dalam filem

Ninotchka ( 1939 )
Aku janji kat diri sendiri tak nak tulis tentang filem-filem besar dunia. *Atau mungkin kerana belum ada lagi filem tempatan baru yang mendesak untuk aku luahkan Rasa. Namun sementara itu, aku baru jumpa filem ni. Hebatnya filem ni pada aku seperti degupan adrenalin yang memuncak, pada dialog, sensasi rasa manusia dengan cinta apabila cinta di parallelkan dengan dunia idealistic kapitalis dan komunisme, bagaimana kapitalis melihat komunisme dan komunisme melihat kapitalis. Pengalaman menonton “Ninotchka” oleh Ernst Lubitsch, seperti melihat Stalin senyum. Menakjubkan bukan? Stalin senyum wey..  review aku, Ninotchka bunuh komunisme!

yang pegang cigar tu Lubitsch

Oh, yang tak kenal Ernts Lubitsch, dia banyak mempengaruhi kerja-kerja Yasujiro Ozu, dan Ozu banyak mempengaruhi kerja-kerja Yasmin Ahmad. Balik pada Ninotchka, sebuah filem komedi lakonan Greta Grabo, tentang comrade Rusia*idealogy komunisme, di Perancis, menemui sense of humor dalam dirinya! Pada bentuk, mungkin ia Hollywood “golden age” cinema. Tak dapat lah jumpa Chungkin Express atau Bande A Part dalam Ninotchka, Tapi pada isi, menakjubkan! Ninotchka tidak lah sehebat Citizen Kane, tapi bagaimana Lubitsch membuka ruang, mencari masa dan mempersoalkan tentang humor? *yang kita sekarang dok gelak tengok Maharaja lawak? sangat menakjubkan. Terkesan pada watak leonne lakonan Melvyn Douglas ditemukan dengan Ninotchka, bagaimana mereka jatuh cinta apabila Leonne meneroka sense of humor Ninotchka. Di Eiffel Tower aku mendengar dialog paling tragis dalam Ninotchka, kata Leonne ; untuk naik ke puncak Eiffel Tower, di tingkat 2, ada 1520 anak tangga yang akan membawa ke puncak Eiffel Tower, namun ada juga elevator yang boleh membawa kita ke puncak, dengan bayaran admission! *sangat kapitalis dunia ini!! Aku juga terkesan bagaimana jam dinding menjadi parallel pada situasi dalam Ninotchka, dan keadaan dan ideology menjadi batasan dipecahkan oleh perasaan jujur manusia. Ninotchka membawa kita melihat bagaimana apabila sang kapitalis menemui komunisme dan si komunisme menemui kapitalisme. Dan ia saling terkesan! Dalam humor! Aku terkesan dengan topi wanita yang di pamerkan di lobi hotel, juga topi 3 comrades (ascot & gatsby hat) yang disangkut bertukar/dissolve menjadi topi (beaver/english top hat), dimana aku lihat topi menjadi icon pada kuasa idea dijilat kapitalisme tamadun sosial! Lihat juga pada ketika Ninotchka yang telah di hantar pulang ke Moscow oleh kuasa Kapitalis, kemudian dengan usaha Leonne *yang tidak dibenarkan ke Russia kerana Leonne merupakan orang kenamaan Perancis, Ninotchka di hantar kembali ke Perancis, untuk membuat laporan tentang Russian comrades yang telah ditugaskan dengan misi ke Perancis yang juga sebenarnya merupakan konspirasi Leonne. Ninotchka yang tidak mahu menderhaka pada rakyat Russia (idealoginya), di pojok dengan ancaman, jika dia pulang ke Moscow, dan selagi Ninotchka menolak untuk menetap bersama Leonne di Perancis dan meninggalkan Moscow, Leonne akan terus membawa ramai lagi rakyat Russia ke Perancis dan akan wujud lah longgokkan restoran masakan Russia di Perancis. Tapi filem Ninotchka bukan propaganda kapitalis mahupun komunis, ia adalah tentang asas komedi tentang mencari humor dan makna humor! pada sosialis!

"...there two type of comedy. There's silly comedy and stupid comedy..." Ninotchka

p/s: pada yang sedang mencari sublime to humor.. (PAUSE)  jom tengok maharaja lawak?

retrospektif filem Seman dan Gedebe

Filem mereka yang dikatakan mengambil masa 10 tahun persediaan dan pembelajaran untuk menonton dan memahaminya sahaja.  Yang aku maksudkan ialah filem pendek Seman arahan Mansor Puteh dan Gedebe arahan Nam Ron.
Maka aku ingin berkongsi apa yang telah di Rasa oleh Hassan Muthalib dan Dr. Anuar Nor Arai yang aku anggap master in film, tentang Seman dan Gedebe. Sabar Abror, kamu pengganti mereka..

Dari aku merewang-rewang bercerita tentang Man Existential dan fungsi filem sebagai Critical Observation on Man World dalam filem mereka, petikan ini adalah tunjang isi sebenar tentang filem Seman dan Gedebe.
mansor bin puteh

Rebiu filem Apa Dosaku ; sebuah naskah ambiguiti tentang manusia bergelar wanita

Semalam selepas lepak di kedai kopi, aku pulang dan cuba merungkai sedikit rasa aku tentang filem Apa Dosaku arahan Bernard Chauly yang kini sedang dimainkan di Astro Citra.


Apa Dosaku sebuah diskripsi penuh manusia yang bergelar wanita. Di pijak oleh karakusan manusia di zaman kekaburan oleh perebutan kuasa dunia. Dan umat Malaya menjadi mangsa, yang mengaburkan mereka, disebabkan kelemahan jati diri. Dalam zaman dipijak kuasa asing ( Jepun pada tahun 1941 - 1945 ) yang terlihat dalam frame hanya umat manusia Malaya yang menjadi lembu kuasa asing. Tidak langsung kelihatan watak penganas tentera Jepun dalam rangka naratif hanya sehingga Capt. Yashimura lakonan Doppo Narita muncul untuk meneroka kecekalan hati seorang insan yang tetap dengan keimanannya bukan sahaja pada tuhan tapi pada etika dan moral kemanusiaan. Setiap watak yang hidup dalam naratif “Apa Dosaku” itu punya kebenaran dalam kewujudan mereka. Kerana mereka itu manusia yang terusik dan terkesan pada anjuran nasib yang menimpa dan yang telah ditentukan itu. Setiap mereka adalah nenek moyang kita yang terkesan oleh zaman itu, namun terdapat saat-saat dalam ruang “Apa Dosaku” itu kelihatan rapuh pada lakonan sehingga ia mematikan alam naratif yang tercipta antara perhubungan lantas memecahkan kesedaran kita ketika menonton. Bernard tidak berjaya membentuk a contemplative actor pada sebahagian momen lakonan pemainnya yang mana sebahagian kecil pemain itu tidak terasa dan ber fikir dalam ruang masa yang dicipta. Mungkin juga Apa Dosaku adalah filem untuk tv maka terjadi masaalah yang mengganggu aku ini. Tapi aku kagum pemain-pemainya khususnya Elaine Daly sebagai Sybil Kathigasu, juga Khatijah Tan ( Mak Som ) dan lain-lain pemain seperti, Beto Kushyairi (Mat Yunus), Zahiril Azim (Rahmat), Mark Teh (Tu Lang San),  dan Cheryl Samad (Hamidah) yang aku fikir berjaya membenarkan aku untuk mempercayai lakonan mereka itu dalam naratif ruang dan masa Apa Dosaku. Mungkin juga aku buyers kerana aku mengkagumi budak-budak KoKen.
Degupan rasa kemanusiaan dibuka luas dalam naratif membawa menyelami rasa itu untuk membongkar tunjang rasa manusia yang tersepit dan dihimpit pada anjuran nasib. Bukan sahaja pada Syibil, malah setiap watak yang wujud dalam naratif.  Memahami latar zaman 1940-an pada zaman pemerintahan jepun di tanah Malaya bukan perkara remeh. Dunia zaman yang sarat dan terlonggok dalam akal kita hingga ke saat kita sedang bernafas kini, dibuka dan terasa senak, sesak, sempot yang berselaput pada rasa. Tetapi untuk memperkatakan tentang zaman itu, agak besar dan sifatnya ambiguous. Kerana ia akan terkait dengan segala fakta sejarah tentang zaman itu. Naratif Apa Dosaku itu sendiri sebuah ambiguity kerana faktanya kabur dan semacam dirombak terusik oleh masa. Maka aku hanya akan focus tentang naskah filem itu sendiri. *walaupun untuk memperkatakan tentang filem harus meliputi segala-galanya yang di letakkan dalam ruang dan masa yang tercipta. Apa Dosaku sebuah fragmentasi dari petikan riwayat seorang wanita. Sebuah strategi adaptasi yang jelas dan terang untuk masyarakat umum, tidak hanya menuntut kepada masyarakat Melayu. Untuk memahami Apa Dosaku adalah untuk memahami dimana kita berdiri dan kemana arah kita sebagai umat Malaysia. Dalam Naratif Apa Dosaku, Bernard meraba-raba emosi dan secara tak langsung mencari jawapan untuk mencetus rasa baru dalam pembikinan filemnya yang jauh meninggalkan gagasan pemikiran Pisau Cukur, Gol & Gincu atau mungkin juga Goodbye Boys. Tapi pada fikir aku, Bernard tidak benar-benar mengusik naskah sebesar alam Syibil Kathigasu itu, kerana hanya jiwa dan emosi Syibil disampaikan secara terang dan jelas dan tiada yang tersembunyi lagi dalam filem itu. Segala-galanya semacam docu-drama ( an expository documentary ) dalam frame yang jelas dan terang. Dunia yang gelap dan kelabu langsung tidak terusik oleh Bernard. Namun, aku sangat mengkagumi momen-momen kecil dalam naratif Apa Dosaku yang merupakan signifikasi besar tentang pergerakkan naratif itu sendiri yang mampu disentuh dan dirasa, semacam dekat dengan hati ( an essential nature bound up with process that we feel and want to be part of ).
Namun, perasaan pada perjuangan Syibil Kathigasu di letakkan di hadapan naratif secara jelas. Terasa ambiguity Syibil dalam naratif yang dibentangkan oleh Rafidah dan Nik Jasmin. Dan ambiguity ini digerakkan di atas fakta sezaman yang sengaja di longgarkan supaya emosi dapat disentuh pada apa yang tersembunyi pada ketika itu ( the disguise of time  that been recreated). Segala yang disentuh pada naratif adalah ( the special significance in all the actions ) pada zaman itu yang diterjemah oleh Rafidah dan Nik Jasmin lantas disampaikan secara terang oleh Bernard. Yang jelas mereka menghidupkan wajah keberanian pada manusia di zaman itu dengan baik. Pergerakan naratifnya menentang arus pemikiran tradisi tentang zaman itu. Dunia yang kucar-kacir itu dibentuk dengan jujur, dapat dilihat pada manusia zaman itu yang di kala di himpit dengan nasib anjuran pada mereka, ada juga di antara mereka yang terhimpit itu mengambil kesempatan merompak dan merogol  sesama bangsa sendiri. Yang indah tentang watak Sybil, ia di bentuk semula dengan membuka ruang interpretasi pada ketidak sempurnaan watak itu seperti manusia yang tidak terlampau iconic. Seorang wanita yang cekal tapi masih punya kelemahan. Masih berbisik-bisik di telinga pada kata-kata Syibil “…. Aku benci perempuan, mereka ingat mereka kuat!...”

“Apa Dosaku?’ is a story of courage amidst chaos and a struggle for sanity in a Malaya turned upside down…” katanya..

Terkesan dengan watak Tu Lang San dilakonkan oleh Mark Teh *wajip dirasa untuk difahami. Watak Tu Lang San mengangkat kejujuran perasaan manusia pemberontak kerana segala yang dilakukan oleh manusia yang bergelar lelaki adalah kesan dari aspirasi tentang wanita. Di lihat pada asas perjuangannya untuk menuntut kebebasan dan perjuangannya itu kerana cintanya pada Eng Ming Cheng. Secara jelasnya ia mengangkat martabat wanita yang juga merupakan gagasan idea naratif Apa Dosaku. Aku juga mengkagumi watak Mak Som lakonan Khatijah Tan, dimana ketika Mak Som dirogol umat bangsa tanah Malaya sendiri dan mengakibat dirinya mengandung. Mak Som sengaja menyimpan rahsia dirinya mengandung bukan kerana malu, tetapi keinginannya untuk tidak menafikan kisah hidupnya yang tercalar yang aku kira merupakan sebuah kekuatan ( *yang mencetus rasa filusifus ) yang harus ditempuhi oleh manusia yang bergelar wanita. Walau bagaimana pun, anak itu adalah darah dagingnya yang harus dipelihara yang merupakan kesan yang tercalar pada nasib yang dianjurkan padanya. Lihat bagaimana penerimaan Syibil pada ketika Mak Som memberitahu tentang anak kandungannya itu dan juga bagaimana tindak-balas masyarakat Melayu tentang anak yang dilahirkan Mak Som itu yang aku fikir merupakan signifikasi hebat tentang masyarakat yang terhumban pada najis sendiri.  Watak Mat Yunus yang dimainkan oleh Beto Khusyairi juga meletakkan naratif Apa Dosaku pada intrigue of intuition on the ambiguity of narative yang bijak dan terbuka untuk meneroka rasa asal manusia yang tersepit dan dihimpit itu. Didesak untuk terus survive atau terhumban pada kelemahan jati diri. Aku juga mengkagumi Rafidah dan Nik Jasmin meneroka rasa manusia yang ketakutan dan berani untuk berhadapan dengan anjuran nasib mereka. Lihat scene apabila Olga ( anak Syibil ) menyangka dirinya akan ditangkap Jepun dan bersedia dengan berpakaian yang berlapis-lapis.


Aku juga terkesan bagaimana Bernard mengangkat proximity biblical pada naratif seperti mana Bunuel dalam Viridiana atau mungkin juga The Discreet Charm of the Bourgeoisie, ketara dilihat pada scene sebelum Syibil melaporkan dirinya dibalai polis, dimana Syibil bersama keluarga dan pengikut rapatnya makan malan *the last supper. Dimana, selepas scene itu bermula segmentasi dari petikan riwayat hidup Syibil Kathigasu yang diseksa. ( an proximity of segmentation of Jesus Christ been crucified ) ironi naratif itu ditulis oleh umat Islam sendiri ( Rafidah dan Nik Jasmin ) * yang aku fikir ia tentang akar keimanan dan kepercayaan Syibil pada tuhannya. The lamp are different but the light are still the same.. Jalaluddin Rumi

Proximity Biblical ini juga dilihat apabila anak-anak Syibil (satu penyemaian keimanan tentang tuhan juga etika dan moral kemanusiaan kepada anak-anaknya *atau mungkin dilihat pada anak-anaknya yang lain yang sedang menonton persembahan itu) mempersembahkan cerita epik Joseph dan Maryam dalam bentuk bangsawan. Manusia, alam dan tuhan menjadi akar naratif Apa Dosaku dan Bernard berjaya mengaturkanya sebagai an inspirations from the interplay of background and story dengan jelas dan terang untuk mengangkat etika dan moral kemanusiaan dalam memperjuangkan bukan sahaja tanah air malah lebih besar perjuangan membela jati diri umat Malaya.

Secara tak langsung, naratif “Apa Dosaku” membuka perspektif tentang kelemahan bangsa Melayu/Malaya yang tunduk dan berserah pada anjuran nasib yang menimpa umat tanah Malayu sendiri. Namun pada fikir aku, itu bukan akarnya, kerana bukan hanya Melayu, malah umat tanah Malaya sendiri itu runtuh kerana gagasan nasib yang menimpa mereka. Kerana tidak berdaya, lemah jati diri dan akhirnya sama-sama di humban pada najis sendiri. *tak kira Cina, India mahupun Melayu sendiri.

"...... Syibil Kathigasu is not a guerilla but she is a mother to all guerilla...." 

p/s : yang menarik tentang Apa Dosaku, ia membuka ruang rasa dan interpretasi untuk di teroka. Fungsi asal filem telah benar berada di landasan dalam naratif Apa Dosaku. Ia menghalalkan perdebatan dan diskusi ilmiah.

Mengimbas tulisan tentang filem dari dia yang lebih halus


Aku teringat pada tahun 1995, aku berusia 12 tahun. Aku dibawa ke panggung Odeon, Kuala Lumpur oleh arwah ayah bersama ibu serta abang dan adik-adik aku. Di panggung yang satu itu penuh dengan manusia-manusia seperti terdapat sebuah pesta yang meraikan malam mereka di kota Kuala Lumpur. Keriuhan manusia di lobi panggung itu, di kedai cina yang menjual air tin sejuk dan keropok serta penjual kacang yang berbangsa India di lobi itu. Di dalam panggung masih aku terasa kelemasan di kerusi class 2 di tingkat bawah panggung itu dengan makcik di sebelah aku memakan nasi lemak yang di bekal dari rumah. Sambil kedengaran tangisan anak kecil ketika menunggu filem bermula. Masih segar lagi ingatan aku pada kemeriahan malam itu dan tidak lama kemudian filem mula diputarkan. Di panggung itu memainkan filem Jimi Asmara! Masih teringat aku kesedapan menonton filem itu di panggung Odean, Kuala Lumpur.

Petikan kritikan dibawah ditulis oleh Dr. Anuar Nor Arai. Apa yang dia Rasa tentang filem Jimi Asmara filem pertama arahan Erma Fatima yang petikan tulisan kritikan ini telah dibentangkan pada Forum Filem Kuala Lumpur pada tahun 2001.

rasa tentang filem





Makan untuk Rasa filem.

Aku ke rumah member, dan dihidangkan dengan Magee Mee sambil menonton filem. Sedap Rasanya. Terlihat dalam mangkuk Magee, kuahnya tidak terlalu cair dan mee tidak terlalu lembab. Sedang-sedang enak. TeRasa bila makan. tapi Magee makanan Instant bukan? aku tak ada masaalah dengan itu, Magee itu kosong takde isi, sedap jugak. Tapi kalau di letak udang, sayur, telur, dll lagi sedap bukan? kata member aku ketika aku sedang enak makan Magee sambil menonton filem yang dekat dengan hati ( bukan Trainspotting ).  Aku tersenyum.

Kita Rasa apabila makan dan minum, ketika menonton, melihat, mendengar, menyentuh dan juga membaca tulisan dan lain-lain. Rasa itu harus ada “based”nya. Magee mee pun ade rencahnya nya! Kalau tidak sesuatu itu tidak akan terasa, dan yang mungkin terasa hanya masin, manis, pahit atau kelat yang tidak secara keseluruhannya. Maksudnya ada sesuatu yang tidak kena atau there something missing kepada mereka yang peka tentang rasa.

Filem yang baik pada aku adalah apabila ia mengangkat perasaan dan terasa seperti mana apabila kita menikmati rasa terhebat tentang sesuatu. Aku paralelkan rasa itu dalam filem dan makanan. Dalam makanan, rasa yang terbaik adalah apabila ia terhasil dengan sempurna pada diri kita sendiri, sedap mata memandang, sedap lidah merasa, sedap hati tersentuh. Ya, pelbagai jenis makanan yang sedap! Ada Fast-Food yang rasanya juga sedap, datang dari pengilangan dan rasanya hampir sekata, tiada yang baru atau rasa yang lain-lain dapat dirasa dalam makanan fast-food, tiada cabaran untuk kita meneroka deria rasa dalam makanan fast-food. Atau mungkin kita sedar atau tidak bahawa fast food mendatangkan obesity dan ia bukan makanan yang sihat! Kita jadi addict dengan fast food kerana MSG nya? Tapi ia sedap bukan? Ada orang suka dan sememangnya aku sendiri kadang-kadang makan makanan fast-food ini. Sedap! Tapi terdapat pelbagai lagi jenis makanan yang lebih sedap dari fast-food ini. Ada juga makanan yang lain lebih sihat! Tiada lansung MSG. Tapi tak sedap sangat pun sebab bahan-bahan yang digunakan tidak lansung mementingkan tentang Rasa dan ia terlalu mementingkan kesihatan sehingga tiada rasa yang seimbang, hanya bahan-bahannya sahaja yang seimbang! Ada juga Italian cuisine, French, German, Chinese, Indian, Malay, Western, Asian dan lain-lain ( yang cukup besar skopnya dan hampir infiniti sifatnya ). Yang mungkin kita tak pernah rasa, kerana kita tak pernah tahu dan didedahkan. Maka deria rasa kita tidak dibentuk untuk merasa makanan itu. Deria rasa kita itu dibentuk ketika kita membesar dalam budaya persekitaran, dalam pengalaman hidup, kita disajikan dengan makanan kelaziman, sehingga apa yang disajikan menjadi kegemaran kita. Ya, kita dibentuk untuk mengatakan bahawa kelaziman itu sedap dan tiada yang lain lebih sedap. Manusia lain-lain bukan? Sebab kita dibesarkan lain-lain.. dibenua yang lain-lain.. dan bahan-bahan dari makanan kelaziman itu datang dari alam di sekitar kita. Dan deria rasa kita juga terbentuk oleh itu. Di Eropah dengan gandumnya dan di sini, dengan santan dan kelapanya! di Jepun dengan hasil lautannya.. Tapi dari benua atau pelusuk mana pun datangnya masakan itu, sifatnya tetap sama. Yang kita cari pada "Rasa" itu adalah satu nikmat yang sama. Ia tetap dimasak/disediakan dengan menggunakan "bahan masakan yang datang dari "alam" benua/persekitaran manusia masing-masing yang mungkin juga kadang-kadang bahan itu juga dipinjam untuk digunakan yang asalnya dari benua yang lain" untuk menghasilkan "Rasa" pada makanan. Bagaimana ia dimasak/disediakan itu yang harus kita cari/nilai/rasa untuk menikmati Rasa terhebat itu. Apa rencahnya? Apa bahan-bahan yang digunakan? Apa teknik masakan yang digunakan untuk meneroka Rasa bahan itu? Apa pemikiran dan kreativiti yang digunakan terhadap bahan serta teknik masakan itu? dan lain-lain.. Orang Cina dengan teknik masakannya, orang Melayu dengan cara dan bahan-bahannya, orang India dengan cara mereka, orang Itali dan lain-lain lagi bangsa dengan cara dan bahan masakan yang menjadi kelaziman mereka tersendiri. Maka kita tidak seharusnya bersifat prejudis dengan menolak untuk meneroka cara mereka untuk kita sama-sama meneroka deria Rasa kita bukan? Kalau tidak, sampai bila pun kita dengan makanan kelaziman kita sendiri dan kita juga tidak akan dapat mencabar dan meneroka bukan sahaja deria Rasa malah kita juga tidak akan dapat membuka minda kita untuk menerima dan menikmati makanan yang mungkin lebih sedap dari makanan kelaziman kita itu dan meneroka serta menikmati Rasa terhebat dalam hidup yang singkat ini! Rugi bukan? 

Aku nak cerita tentang makanan yang memberi rasa terbaik! Setiap masakan itu ada mise-un plus nya. Segala-gala yang menyebabkan makanan itu terhasil sangat penting! Dan the assent adalah setiap makanan itu perlu ada “based”nya. Seperti sebuah bangunan yang perlu ada asas dan dasarnya. Sekiranya based itu tiada maka runtuh lah sesebuah masakan itu. Kosong! Yang mungkin terasa adalah MSG nya sahaja, atau terlalu masin, atau terlalu manis dan lain-lain. Atau mungkin yang terasa dalam makanan itu hanya pada rasa bahan-bahan makanan yang digunakan dan rasa itu sifatnya tidak secara keseluruhannya. Tanpa based makanan itu tidak akan seimbang dari segi rasanya ( lagi sekali semacam ada sesuatu yang hilang ). Dan based ini datang dari stock/rencah, the mother of all stock adalah rencah ayam. Mungkin juga rencah udang,seafood, tulang daging dan lain-lain. Maka based ini yang perlu ada dalam sebuah makanan. Tukang masak harus pandai menggunakan based ini dalam setiap makanan. Setiap bahan yang digunakan dalam masakkan itu, ada rasanya sendiri juga. Hanya tukang masak itu sedar atau tidak untuk menggunakan rasa bahan itu yang boleh juga dijadikan alternate based. Atau mungkin tukang masak itu akan mematikan tanpa sedar membunuh rasa itu. Contoh, daging/ayam kalau direbus terlalu lama, akan menghilangkan juice dan rasanya.

Terlalu besar untuk aku explain tentang the art of culinary kat sini, maka aku hanya akan focus pada bagaimana masakan yang baik itu terhasil. Tak kira budaya apa pun, makanan yang sedap apabila rencah atau based nya cukup kuat untuk memberikan rasa terhebat, dan letak apa sahaja bahan, sekiranya based itu sudah cukup kuat pasti makanan itu akan sedap. Biar pun hanya mee Magee kosong. Kalau rencahnya sedap, sudah cukup kuat untuk aku katakan bahawa makanan itu sedap. Tapi Magee ada MSG bukan? Maka ia tidak lah makanan yang sihat untuk dimakan pun. Tapi pasti, yang sedap itu harus juga mempunyai bahan-bahan lain yang menyedapkan lagi rencah tersebut. Yang jadi masaalah apabila bahan-bahan yang sedap dimasak tanpa based/rencah yang kuat! Maka rugi lah bahan-bahan itu kerana rasanya tetap akan kosong seperti there something missing. Tapi ada juga yang kadang-kala, tanpa rencah, bahan yang digunakan itu juga mampu menjadi rencah ( alternate based seperti yang aku explain di atas ), tapi tukang masak harus pandai menjadikan bahan itu sebagai rencahnya! Maka aku boleh juga menerima itu sebagai masakan yang sedap! Di dunia moden sekarang, segala-galanya ada instant! Seperti rencah instant Adabi dan lain-lain! Segala-galanya dah ada software dan template yang menginstant kan sesuatu sesuatu itu! Itu juga tak jadi masalah pada aku kerana apa yang aku cari adalah intipati rasa ( perasaan dan pemikiran pada idea/bahan ). Kalau dah sedap, sedap jugak walaupun instant macam Magee Mee. Yang menjadi masaalah bila dah guna instant pun tak sedap! Kan ke masaalah namanya tu? Belum lagi suruh estract meripua untuk stock rencah untuk dijadikan sebagai based..
Kita terlalu rigid dengan makanan yang kita selesa dengan. Wal hal, ada yang lebih besar untuk kita teroka tentang makanan. Sama-ada fancy fine-dining cuisine yang bahan-bahan masakkan di explore sehingga ia menjadi minimum dan semacam atom, ( makan pun tak kenyang ). Tapi fine-dining bukan untuk kenyang pun.. kita makan untuk menikmati kreativiti rasa dalam masakan. Nak kenyang pergi kenduri lah brader.. Atau kita masih lagi selesa dengan nasi goreng kampong, atau rendang daging dan gulai ayam? Aku tak ada masaalah tentang ini, aku bukan golongan manusia melayu yang terasa diri ini yuppies yang tak sedar ruang. Kerana aku juga suka makan makanan yang menjadi kelaziman itu. Yang jadi masaalah apabila kita menolaknya seratus peratus makanan yang aneh itu tanpa mencubanya dulu. Wal-hal ia lebih sihat dan lebih kreatif! Kalau orang Belanda boleh datang Malaysia dan suka makan durian, kenapa kita tak boleh menerima makanan pelik-pelik mereka juga? Kita tidak mempunyai pemikiran yang terbuka untuk menerima masakkan makanan yang lebih fancy dan kreatif yang mana apabila bahan,ramuan, rempah dan rasa serta method masakkan di teroka hingga ia menjadi sesuatu yang ganjil dan aneh yang kadang-kala bersifat minimalist dan pelik.

Untuk penonton filem kita ;
Sama seperti filem, bahan-bahan harus dimasak untuk menghasilkan sebuah filem. Dari idea ke script ke lakon layar ke visual. Dan untuk memasak, tukang masak itu harus tahu bagaimana dan apa bahan-bahan yang baik untuk menghasilkan makanan yang baik dan sedap! Ya memang benar, bahawa tukang masak harus juga tahu untuk siapa masakkan itu di buat. Bermaksud kalau kita masak Tonerelli Quail with Safron Foam Sauce  untuk Cik Kiah dan makcik Milah, mungkin Quail itu akan di buang tanpa di makan pun. Rugikan? Dah lah Quail tu mahal! Maka terjadi lah kelaziman apabila kita dihidangkan dengan jenis makanan yang sifatnya stereotaip.Tapi kalau Quail itu dimasak dengan method kita bagaimana? Rendang Quial??.... *tapi pada rasa aku, masak je apa-apa pun dan pasti ada orang yang akan makan, menghargai dan menikmati Rasa itu sekiranya ia sememangnya sedap dan terbaik.. Tapi sama-ada fast-food atau apa pun makanan, biar pun makanan kampung yang kadang-kadang aku suka kerana dimasak oleh tukang masak yang bijak menggunakan bahan secara kreatif. Aku tak ada masaalah nak makan apa pun. Yang penting.. Sedap. Yang penting kita dapat menikmati Rasa itu dengan baik. Lagi bijak kita dapat menilai sesuatu rasa itu, lagi besar nikmat yang kita dapat. Tak kira pada makanan ke, minuman ke, filem ke, lukisan ke, kerja seni ke, penulisan ke. Semuanya ada rasa, dan rasa itu datang dari.. segala-gala yang disatukan. Bagaimana segala-gala itu disatukan yang memberikan rasa yang terbaik, itu kena belajar lah beb.. Ada orang belajar dari pengalaman, ada yang diberi kurniaan tuhan dengan pengamatan yang tajam ketika dibesarkan, ada yang pergi sekolah! Tapi ada juga yang belajar, tapi tak reti-reti masak. Tu Masaalah!

Teringat Yasmin Ahmad pernah juga paralel kan filem dan masakkan


“Kau bagi aku batu pun aku makan”.. Aziz Satar dalam Bujang Lapok.

Yang terakhir selepas makanan itu siap dimasak, ia akan di letakkan di atas pinggan untuk dihidangkan. The final touch ( the platting stage selepas sous chef meletakkan masakan yang telah di masak oleh chef du parte dan asst cook/commis di depan head chef ) yang selalunya merupakan tanggung-jawap head chef ( dalam sesebuah kitchen ) akan juga menentukan kreativiti masakan itu. Bagaimana masakkan itu dihidangkan di atas pinggan dan menarik perhatian kita yang mahu makan/menilai/menikmati Rasa makanan itu. Di atas pingan itu lah kita dapat lihat sama-ada makanan itu dimasak dengan cara yang terbaik atau mungkin dimasak dengan cara yang malas, yang mana tiada perasaan atau pemikiran yang diteroka pada bahan-bahan dan mungkin tiada lansung kreativiti pada gabungan bahan-bahan masakan yang mampu menjadikan ia sebuah makanan yang sifatnya seperti atom pada Rasa ( atom pada Rasa itu sifatnya lebih bijak dan ada ruang untuk explorasi meneroka Rasa pada asas pemikiran idea yang digunakan pada bahan serta method masakan untuk bahan yang digunakan dalam masakan itu yang pada aku lebih baik untuk sebuah makanan ). Yang menjadi masaalah penonton kita, kreativiti di atas pingan itu yang menjadi isu atau yang lebih bijak sampai pinggan pun nak dipersoalkan dan menjadi isu untuk diteroka. Kenapa pakai square plate tidak round plate. Kenapa pakai fancy long plate tidak babyplate. Lebih baik lah dari bercerita pasal pinggan, kan lebih baik kita cari Rasa based yang digunakan, apa rencah dan rempah yang di satukan Rasanya dengan bahan ( ikan,daging,ayam,salad,dll ) dengan gabungan herba ( tyhme/rosemary/oregano/fernel/dll ) atau sauce yang bermacam-macam yang bukan sahaja tomato dan kecthup. dan lain-lain. Bagaimana ia bersatu yang memberikan atom Rasa terhebat!

p/s : Yang aku boleh bagi ialah sebuah makanan di atas pinggan dan mungkin ramuan/resepi serta cara masakannya tapi akhirnya kau sendiri kena Rasa untuk tahu bagaimana Rasanya. Tapi tolong jangan lah bercerita pasal pinggan atau benda-benda lain yang kau boleh nampak atas pinggan tu je. Cari Rasa dia lebih baik. kan?