Lagi awek pontianak James Lee yang sedang tunggu tayangan!

Tengah-tengah nama James Lee hangat di pasaran mainstream sekarang, James punya lagi "awek pontianak" nya yang baik punya, tengah tunggu tayangan di pawagam atau mungkin kalau takde sambutan, tayang kat ruang tamu Doghouse73pictures je nanti! *kidding. Sebab kali ini, filem-filemnya ini beranjak lebih jauh dari ketiga-tiga gagasan filem mainstream industri filem Malaysia yang pernah James direct.


Yang pertama ; filem Claypot Curry Killers, sekali lagi terbitan Tayangan Unggul Sdn Bhd & Hadir Dinamik Sdn Bhd. Lakonan, Debbie Goh, Mandy Chen, Olivia Kang, Pearlly Chua, Steve Yap, Jeff Chin, Wong Wai Hoong, Ernest Chong, Elvis, Sunny Pang, Alan Cheong, Kok Jia Xian.  Claypot Curry Killers, sebuah filem Horror-Suspens Thriller yang lebih serious dari James Lee.

Claypot Curry Killers

*lagi antara gambar dari scene filem Claypot Curry Killers





*untuk mengikuti lebih lanjut tentang filem Claypot Curry Killers, click link facebook/claypot curry killers

Dan yang kedua ; filem If Its Not Now, Then When? terbitan, Doghouse 73 Pictures, yang masih dalam proses akhir post-production, atau aku rasa by this time, dah siap agaknya! Filem If Its Not Now, Then When? ini adalah sebuah filem yang telah berjaya mendapat tajaan/bantuan dari Hubert Bals Fund melalui Dana Digital Production Grant. Yang tak pasti Hubert Bals Fund itu apa? Ia adalah dana yang direka melalui gagasan The International Film Festival Rotterdam, untuk membantu pembikin filem yang punya potensi untuk melahirkan dan merealisasikan mimpi mereka, menghasilkan naskah filem yang punya kualiti untuk tayangan di peringkat antarabangsa, khususnya festival-festival filem antarabangsa seperti Rotterdam.

*gambar dari scene filem If Its Not Now, Then When?




Untuk mengikuti lebih lanjut tentang filem If Its Not Now, Then When? ini, click link facebook/doghouse73pictures


Lagi filem arahan James The Collector juga terbitan Tayangan Unggul Sdn Bhd & Asia Tropical Films Sdn Bhd sedang menunggu tayangannya dipanggung. Sebuah filem aksi/action lakonan Sunny, Mohan, Yeo Yann, Nigel, Olivia Kang,Mak, Patrick Teoh, Brandon Yuan, Elvis Chin, Michael, Chen Pui Kong, The Fabolous, Chew Kin Wah, Ian Salleh, Tong & Wong Wai Hoong.



*untuk mengikuti lebih lanjut filem The Collector, click link facebook/the collector juga click  insight into the filming of a fight scene in James Lee’s The Collector. by Allan Koay/The Star


Oh! lagi satu filem James Lee yang sedang beliau usahakan "Petaling Street Wariors" - filem kung-fu moden Malaysia!

on set 'petaling street wariors'



Menarik juga bila James cuba untuk menghasilkan sebuah filem Kung-Fu moden melalui nafas komedi dalam latar landskap Malaysia. A period kung-fu comedy set in 1908, Petaling Street, Kuala Lumpur. Lokasi pengambaran di Siputeh, Ipoh. Mungkin bentuknya ala kung-fu hustle? Tak sabar melihat hasilnya nanti di panggung!




p/s ; mungkin gua cuba review, kalau sempat gua dapat tengok filem-filem James ini nanti di panggung!



Long Live Malaysian Cinema!

No comments:

Post a Comment