buat mereka yang masih belum sedar akan kedatangan filem Malaysia hebat 2011

BUNOHAN antara filem yang gua tunggu sangat nonton di pawagam tahun ni!





Warga kerja bikin filem BUNOHAN
Penulis dan Pengarah : Dain Said
Penerbit : Nandita Solomon
Penerbit Bersama : Tim Kwok
Pengarah Penggambaran : Charin Pengpanich
Penyunting : HK Panca
Perekabentuk Penerbitan : Dain Said
Muzik: Tan Yan Wei
Penyuntingan Skrip dan terjemahan : Joe Kidd, Wan Azli Wan Jusoh and Hushairy Hussin




Barisan Pelakon BUNOHAN

Zahiril Adzim sebagai Adil/‘Bunga Lalang’
Pelakon Harapan (Festival Filem Malaysia 2009) Kredit Filem : Kami the Movie, Karaoke, Gadoh, Senjakala.

Faizal Hussein sebagai Ilham
Pelakon Sokongan Terbaik (Anugerah Skrin 2003) Kredit Filem : Abuyah, Dukun, KL Menjerit, Gerak Khas the Movie 2, Gila-Gila Remaja and more than 20 other films.

Pekin Ibrahim sebagai Bakar
Kredit Filem : Apokalips.

Bront Palarae sebagai Deng
Pelakon Terbaik (FFM 2010 & Anugerah Skrin 2010) Kredit Filem : Kongsi, Belukar, Setem, Anak Halal, Dukun, Bilut, Man Laksa, Castello.

Namron sebagai Pak Wah
Kredit Filem : Gadoh, Gubra, Dukun, Paloh.

Wan Hanafi Su sebagai Pok Eng
Kredit Filem : Hikayat Merong Mahawangsa, Susuk.

Amerul Affendi sebagai Muski
Kredit Filem: Gadoh, Karaoke.

Soffi Jikan sebagai Awang Sonar
Kredit Filem: Setem, Zombie Kampung Pisang, Dukun, Man Laksa, Bilut, Malaikat di Jendela, Bukak Api, Paloh.

Tengku Azura sebagai Mek Yah
Azura adalah salah seorang supermodel Malaysia yang terkemuka. Ini merupakan pembabitannya yang pertama di dalam sebuah filem rencana.


SINOPSIS FILEM BUNOHAN
BUNOHAN adalah sebuah kisah tragik kasih sayang antara tiga beradik dan bapanya yang kian uzur. Kisah pergelutan mereka untuk merapatkan ikatan kekeluargaan dan restu, beransur ke arah keganasan, korupsi dan pembunuhan. Filem ini bermula jauh di kampung pedalaman bahagian selatan Thailand, berdekatan sempadan Malaysia. ‘Bunga Lalang‘ atau Adil (ZAHIRIL ADZIM) mengambil bahagian dalam pertandingan tinju Tomoi yang melibatkan pertaruhan wang, maruah dan nyawa. Sahabat lama Adil sempat menyelamatkannya dari pinggir maut, mengubahkan mereka menjadi pelarian penganjur pertinjuan haram tersebut. Ilham (Anugerah Skrin 2003, Pelakon Sokongan Terbaik, Faizal Hussein), seorang pembunuh upahan dihantar untuk memburu mereka sesedang kedua-dua sahabat itu berada dalam perjalanan pulang ke Kampung Bunohan. Kampung Bunohan juga merupakan kampung halaman Ilham yang sudah lama ditinggalkan. Ilham tidak pernah pulang walaupun ketika ibunya berada di anjung nyawa. Pada waktu yang sama, Bakar ( PEKIN IBRAHIM) abang sulung Adil juga pulang ke Kampung Bunohan kononnya untuk menjaga bapa mereka yang uzur. Perwatakan solehnya tersembunyi niat buruk seorang usahawan bercita-cita tinggi. Bakar seorang yaang berhati kejam yang sanggup melepaskan segalanya untuk mencapai kekayaan. Sekembali mereka bertiga ke kampung halaman di mana takdir mereka menunggu. Dalam bayangan kegelapan diri masing-masing timbul, memori silam yang dipenuhi keinginan, penghukuman, dan perasaan kehilangan. Dalam BUNOHAN, di sinilah bermulanya segala keperitan.

Tentang BUNOHAN
BUNOHAN dinamakan berdasarkan nama sebuah kampong di Kelantan di mana kisahnya bermula. Kampung Bunohan terletak berhampiran sempadan wilayah Narathiwat Thailand. Kawasan sempadan di Kelantan ini telah lama dikenali sebagai “the badland’ Malaysia. Panggilan ini diberi berdasarkan sejarah pertelingkahan di antara rakyat Thailand yang sebelum ini telah menyebabkan banyak pembunuhan. Ada juga yang berpendapat bahawa pertumpahan darah semasa Penjajahan Jepun yang menghasilkan gelaran ‘Bunohan’. Hari ini, penglibatan keganasan di dalam kampong tersebut lebih berlandaskan cereka dan bukan fakta. Walaubagaimanapun namanya telah memberi satu anggapan yang ranggi kepada penduduk-penduduknya. Terdapat satu pepatah yang berbunyi: “Menghina seseorang dari Kampung Bunohan, adalah seperti menghina penduduk sekampung.” Kampung tersebut juga merupakan tempat asal ritual pemulihan tradisional yang dikenali sebagai “Main Puteri”, sebuah upacara yang dilangsungkan untuk mengusir roh-roh yang dipercayai sebagai punca penyakit psikologi.


*gambar gua rembat dari Ibrahim Iskandar.



*gua nak sangat tengok Azura berlakon, dengar macam sangat hebat lakonan Azura dalam Bunohan!


*apa lagi yang boleh dikatakan, kalau dah bagus tu bagus jugak! Tunggu dapat awards je lah korang nanti!





p/s : gua cuba review filem ni lepas gua tonton di pawagam nanti lah!

*usha tengok website Bunohan click http://www.bunohan.com/ 

No comments:

Post a Comment