Komedi itu adalah apabila manusia normal berada di dalam situasi yang aneh atau manusia yang aneh berada dalam situasi yang normal. Dan dalam Tolong! Awek Aku Pontianak, kedua-duanya menjadi satu lantas melahirkan sebuah naratif komedi yang menghiburkan!
Manusia itu, jika dilihat - tingkah lakunya sememangnya aneh dan kadang-kala atau mungkin selalunya melucukan.
tengok poster filemnya sahaja sudah memberikan sensasi Rasa yang aneh./menarik bukan?
Tolong! Awek Aku Pontianak (TAAP), filem ke-tiga Tayangan Unggul Sdn. Bhd. arahan pengarah dari kelompok gelombang baru (new wave generation) pembikin filem Malaysia, James Lee menganjurkan sebuah naskah naratif yang magis sifat hiburannya. Tetapi ketiga-tiga filemnya punya gaya pada elemen yang sama, horror. Jika Filem pertamanya, Hysteria, James memberikan kritikkan sinikal pada system pendidikkan negara dengan membentangkan naskah “horror”nya dengan sangat serious, dan filem kedua James pula menganjurkan kritikan sosial pada sudut pandang budaya sosial masyarakat Malaysia yang lebih subtle sifatnya dan diberikan sentuhan komikal, dan subtle dalam Sini Ada Hantu! dilihat sebagai kritikan sinikal pada industri filem Malaysia ketika itu. Filem Tolong! Awek Aku Pontianak, filem ketiga James menganjurkan sebuah homage pada filem Kala Malam Bulan Mengambang, arahan maestro pembikin filem Malaysia, Mamat Khalid dan James kali ini membuka ruang komedi itu dengan seluas-luasnya pada ruang-masa naratif dengan sebab *cause and effects yang menarik. Homage Kala Malam Bulan Mengambang, jelas kelihatan se-awal scene kedua, apabila watak Bob lakonan Zahiril Adzim dan Pian lakonan Sufian Mohamed bercerita tentang metafora mimpi Bob sambil bermain videogame play-station dengan berlatar-belakangkan poster filem Kala-Malam Bulan Mengambang.
Kata Alexis Tioseca *antara idola aku sebelum beliau meninggal dunia, katanya “..When you talk about a movement or a wave generally the idea is that people are going in the same direction. In Malaysia you have several that are going in the same direction and a few who are going out on their own. In the Philippines, I don’t know if you can call it a movement in terms of aesthetics or style because the filmmakers are doing very, very, very different things and I think that’s a good thing. If we look at the case of Malaysia, I think there are a few filmmakers there that are pretty special and have a unique voice: I’m mainly thinking of Amir and some of the works by Tan Chui Mui. But when you see a film by [Woo] Ming Jin or [Liew] Seng Tat, they are not bad films, but the style of the films is very similar—by that I mean the editing, the rhythm of the editing, the style of cinematography, the distance of the camera to the subject. Amir is on his own planet, [Ho] Yuhang is trying very different styles of filmmaking, Yasmin [Ahmad], again, does her own distinctive things, James Lee does a lot of the same things fairly often but I think some of his experimental shorts are quite extraordinary.” Jelas karya James punya voice/suara/ juga gagasan pemikirannya namun James sentiasa terperangkap dalam satu gagasan suara/idea dan dalam konteks ini horror. Semacam ada yang James horror sangat dalam fikirnya!
James Lee bersama Helmi-Director of Photography filem Tolong! Awek Aku Pontianak
Sebelum kita bersembang lebih panjang tentang naskah filem TAAP, kita harus sedar dan menerima TAAP sebagai mana ia berdiri. Filem TAAP berdiri sebagai sebuah filem romantik-komedi dan romantic-komedi ini lah yang harus kita lihat dalam naskah filem TAAP. Tidak pula kita harus mengharapkan naskah naratif filem TAAP akan menganjurkan sebuah cerita cinta yang lebih dramatik dan mengharapkan agar kisah cinta watak Bob dan Maya lakonan Sazzy Falak ( watak utama dalam naskah naratif filem TAAP) jika tidak sepenuhnya mengusik jiwa dan mencetuskan sensasi Rasa dan inspirasi pada penonton sehebat kisah cinta agung Jake dan Rose dalam Titanic atau mungkin Noah dan Allie dalam The Notebook. Naskah filem TAAP adalah romantik-komedi dan romantik-komedi ini lah yang dianjurkan James - sebuah kisah cinta watak-watak yang punya elemen yang luar-biasa dan unik yang terperangkap dalam situasi yang aneh dan lucu-komikal. Dan bila kita melihat naskah komikal filem TAAP hasil dari pengarah prolifik yang kita tahu punya pemikiran yang kritis, dilihat pada gagasan filem-filem terdahulunya (The Beautiful Washing Machine, Room To Let, mungkin juga Bernafas Dalam Lumpur *Shorts dll), pasti ada sesuatu yang lucu dilihat oleh James lantas diangkat sebagai sebuah bahan kritikal yang sifatnya subtle dan sinikal. Nah, yang subtle itu kita sebagai penonton kena cari sendiri, kerana kita punya lain-lain minda dan daya interpretasi. Ada yang melihat naskah filem TAAP ini dari sudut pandang kehidupan, atau mungkin lebih dalam pada konteks kritis budaya sosial masyarakat.
Naskah naratif filem TAAP, memperlihatkan James menyusun pergerakkan naratif dengan sangat tersusun, kemas dan baik apabila 15 minit pertama pergerakkan naratif, James menekankan dan mengisi ruang-masa naratif itu pada perincian dan pengenalan watak dalam naratif tanpa mengelirukan dan memaksa penonton untuk berdepan dengan konflik se-awal naratif, tanpa meminggirkan persoalan premis naratif itu sendiri *lelaki berdepan dengan kekecewaan apabila kekasihnya adalah pontianak sama-ada secara langsung juga tidak langsung. Contoh filem Stagecoach arahan John Ford menggunakan pergerakkan naratif yang sama, apabila Ford hanya memberikan perincian pada karakter-karakter yang akan menggerakkan naratif dan yang akan di-ikuti oleh penonton serta membuka paradox interpretasi watak serta perwatakkan. Pada gaya bahasa-tutur-kata watak, pada pakaian, tingkah-laku dan hubungan pergaulan watak dalam alam naratif juga timbal-balik hubungan watak dalam kelompok masyarakatnya. Perincian ini yang akan membenarkan penonton melihat lebih jauh (3-demensi) pada goal/desire watak/naratif, konflik juga emosi watak yang akan membenarkan penonton untuk sama meRasai dan mendekati watak dengan lebih dekat dan semacam disentuh dan diRasa pada layar lebar, untuk penonton jatuh cinta dan menyintai mereka, tanpa dikelirukan dengan konflik dan rentetan naratif yang membebankan. Dan selepas 15 minit pertama itu, baru lah di anjurkan konflik apabila Bob ditemukan dengan Maya serta Liyana lakonan Liyana Jasmay yang kedua-dua mereka ini adik-beradik dan merupakan Pontianak. Kemudian Maya mula jatuh hati pada Bob melalui sifat dan keikhlasan watak Bob.
Lakonan komedi/comical characterization/action yang baik oleh Zahiril Adzim dan Sufian Mohamed
Se-awal naratif, pada shot pertama, James bermula dengan kabus malam, yang dingin, kamera tilt-down dari langit gelap berlatarkan kota Kuala Lumpur *establishment lanskap naratif, pada kereta merah *icon kenderaan yang akan menggerakkan naratif, milik Bob, yang mana pada momen itu diperkenalkan watak Bob yang baru mengecapi kejayaan dalam karier bersama kekasihnya Ina lakonan Faezah Elai dalam situasi Bob sedang melamarnya. Dan kemudian situasi dikejutkan apabila Ina bertukar menjadi lembaga yang menakutkan (Pontianak). Kemudian, kita sama-sama dikejutkan bersama watak Bob yang mana scene pertama itu adalah sebuah mimpi, yang memegang gagasan premis naratif naskah filem TAAP, dan mimpi ini memberikan indikasi yang jelas bahawa naskah naratif adalah sebuah mimpi yang sifatnya magis seperti sifat asal filem. Naratif kemudian bergerak menelusuri kehidupan Bob, dengan memperkenalkan watak-watak disekeliling Bob. Antara watak yang paling berkesan dalam naskah filem TAAP adalah watak Pian, lakonan Sufian Mohamed. Scene di kedai mamak apabila ketika Bob dalam situasi realiti kehidupannya berhajat melamar kekasihnya Ina, Pian muncul dan merenung mata Bob sambil menganjurkan kata-kata nasihat pada Bob tentang keputusannya untuk melamar Ina itu yang pada Pian, Ina itu sendiri seperti Pontianak yang menghisap kudrat darah Bob hidup-hidup kerana cinta Bob pada Ina, atau mungkin harapan Bob untuk punya cinta. Pada momen itu, teringat kembali pada naskah filem pendek James “Bernafas Dalam Lumpur” apabila scene renungan Hariry pada Namron yang sangat memberikan sensasi Rasa yang hebat pada layar naratif, lakonan dua susuk pelakon hebat tersebut, namun renungan Sufian pada Zahiril jika tidak sepenuhnya, mungkin sedikit memberikan sensai Rasa yang sama, tetapi dalam keadaan lebih komikal apabila cinta man to man-BFF antara watak Bob dan Pian di perlihatkan dan dikomedikan. Dan sepanjang selepas adegan itu, watak Pian-lakonan Sufian Mohamed sangat benar wujud sebagai side-kick/teman baik Bob, atau mungkin kerana realitinya Sufian adalah bekas PA Zahiril sendiri, maka hubungan antara Zahiril dan Sufian sudah lama punya keserasian, dan melalui watak Bob dan Pian telah membenarkan lakonan mereka menjadi lebih punya Rasa dan sangat baik. Mungkin sebaik Jay and Silence Bob dalam Mallrats. Lakonan Sazzy Falak juga dilihat sangat berkesan, dan ini sangat menarik kerana untuk buat pertama kalinya Sazzy Falak berdepan dengan Zahiril yang jauh lebih muda, dan hubungan yang diwujudkan antara Zahiril dan Sazzy sangat menarik, semacam selesa dan benar perhubungan yang diwujudkan antara mereka dalam naskah naratif. Satu pencapaian/cabaran yang telah digalas Sazzy Falak dengan sangat baik! * and i'm telling you seriously, i really did fall in love with Sazzy Falak in Tolong! Awek Aku Pontianak.. thats how good Sazzy Falak in this films. wah! ckp omputih? betul-betul punya serious.. haha
Hubungan yang baik yang telah diwujudkan oleh Sazzy Falak dan Zahiril memberikan keadilan pada naratif filem Tolong! Awek Aku Pontianak.
Apabila melihat gagsan naskah filem TAAP, ia bukan sebuah naskah yang hanya memberikan indikasi bahawa hanya perempuan yang sifatnya makan darah *pada lelaki (pengkikis emosi dan harta ) walaupun dalam naskah naratif hanya diperlihatkan wanita yang menjadi Pontianak. Tetapi, sublime naratif ini membenarkan penonton melihat bahawa bukan semua wanita “Pontianak” yang sifatnya makan darah. Ada antara mereka yang benar ikhlas dan jujur *dan masih punya harapan pada cinta Bob! Menarik apabila melihat scene ketika Bob dan Pian duduk di Central Market, sambil makan ice-cream, James meletakkan seorang pemuzik jalanan (buskers) sedang memainkan gitar sambil menyanyi lagu yang sangat memberikan konotasi pada situasi yang dianjurkan dan kamera kemudian track-left perlahan dan di perlihatan kan seorang lelaki yang kurus-tidak bermaya (seperti darahnya dihisap hidup-hidup) sedang menundukkan kepalanya sambil melihat dan membalas sms dengan nada dan nafas yang pilu. Dan kamera terus track left *indikasi negativity memperlihatan Bob dan Pian memakan Ice-cream dengan mata mereka lebam akibat ditumbuk watak Eddy lakonan Jehan Miskin, kekasih baru Ina selepas Ina putus hubungan cintanya dengan Bob. Dan kemudian kamera terus kembali track-right selepas Bob dan Pian mencari ketenangan mereka sambil makan ice-cream *macam perempuan tetapi punya sebab kerana mereka itu Loser, kamera perlahan kembali ke pemuzik busker itu memberikan indikasi *ada harapan dalam pergerakkan naratif cinta Bob!
Dan buat kali pertama, aku meminati lakonan Jalaluddin Hassan dalam naskah filem TAAP. Kita tahu bahawa Dato Jalaluddin punya stylist acting yang sangat baik dan aku bukanlah peminat lakonan stylist Dato Jalaluddin ini. Namun stylist acting ini di komik kan oleh James dengan sangat menarik, dilihat pada scene Dato Jalaludin di dalam pejabatnya bersama Bob bercerita tentang perwatakkan Bob. Menarik melihat portrait gesture Dato Jalaluddin pada bingkai emas berlatar-belakangkan warna kuning, sebuah index yang memberikan makna yang jelas, yang pada aku memberikan hubungan yang baik pada the comical action of characterization/acting yang di-anjurkan James melalui watak Dato Jalal dan bingkai gambar portrait itu dan lantas memberikan konotasi yang sangat jelas antara hubungan watak pada bingkai gambar *the signifier dan makna *signified dengan elemen komikal yang dianjurkan pada space-time-thought naratif. Nah, kita bukan hanya gelak terbahak-bahak kosong. Bak kata Mamat Khalid *ini tahap internationale. *lihat betul-betul bingkai gambar (juga digunakan pada poster filem, kalau ada yang terlintas kenapa digunakan bingkai gambar pada poster filem TAAP) itu juga punya perlambangan - apa perlambangan/simbol itu, emm, itu kita fikir sendiri lah, sebab masing-masing ada Rasa dan interpretasi sendiri.
Menarik juga melihat watak Pak Harun@Aaron Slam Bach lakonan Harun Salim Bachik dan Pembantu Pak Harun lakonan Bell Ngasri. Watak mereka Berjaya mengisi ruang komedi dalam naratif. Juga watak Faizal lakonan Rashidi Ishak. Gaya lakon serta gerak tubuh lakonannya sebagai lelaki yang menjengkelkan/poyo sangat berkesan, menarik dan melucukan. Dan tanpa perlu di ulas lagi, lakonan Liyana Jasmay masih berdiri sebagai status pelakon wanita terbaik Malaysia, kerana kewujudannya dalam naratif tanpa perlu di pertikaikan lagi, telah berjaya mengisi ruang naratif dengan baik dan mudah/selesa/selambe sifatnya!
Ruang adalah emosi dan emosi itu punya karakter. Naratif adalah tentang karakter, dan production designer filem TAAP, Nazrul Ashraff Mahzan, juga merupakan production designer filem Kala Malam Bulan Mengambang, sangat berjaya membantu James mengisi ruang-masa naratif dengan baik. Terutama pada set juga dekorasi ruang rumah Maya dan Liyana yang punya Rasa ditelan masa/zaman yang mengisi ruang tersebut dan menghasilkan suasana dark and gloomy juga set rumah Bob dan Pian yang masih belum tersusun/unfinish work *lihat dengan teliti barang-barang yang masih belum tersusun di dalam rumah Bob dan Pian itu. Latar set ruang rumah mereka mengangkat emosi watak yang mendiami rumah tersebut dan memberikan penonton perasaan tersebut dengan jelas. Juga latar set bangunan yang mana Bob, Maya, Pian dan Liyana diami. Sangat baik diberi nafas yang kelam dan mistikal dalam suasana kota Metropolitan, dimana masih ada manusia pendatang asing diami (*yang juga sebuah konotasi bahawa bangunan itu adalah tempat manusia mencari ruang untuk menyendiri dan bersembunyi sendiri untuk lari dari realiti), yang mana pada aku elemen ini yang ada pada watak Bob, dan Maya diberikan dengan jelas dan baik oleh production designer - Abg Ashraff dan art director Raja Azrul Nizam, filem TAAP!
Dalam naskah filem Tolong! Awek Aku Pontianak ini, James mungkin tidak sepenuhnya dapat mengisi ruang naratif sebaik Mamat Khalid menerusi filem Hantu Kak Limah Balik Rumah maupun filem-filem terdahulunya seperti Kala Malam Bulan Mengambang juga Zombie Kg. Pisang, namun James tahu bahawa ruang naratif naskah filem TAAP itu telah di-isi sebaiknya dengan nada yang sinikal dengan nafas yang tidak mendesak dalam naratif komikalnya dalam gaya-nahu filem yang punya style yang sangat baik.
Mungkin James sebenarnya menerusi filem Tolong! Awek Aku Pontianak, bercerita tentang penonton filem Malaysia yang sentiasa mahu di-isi dengan filem komedi-seram/fenomena seramNya dan bagaimana penonton filem Malaysia seperti watak Bob, yang jatuh cinta pada Pontianak (*icon yang memberi signified/tanda yang membawa makna sebagai filem-filem Malaysia), yang mana isu ini juga pernah dibawa Mamat Khalid dalam naskah filem-filemnya terdahulu.
Kita juga tahu, dari kata James sendiri naskah filem TAAP punya pengaruh dari filem Shaun Of Dead arahan Edgar Wright. Shaun Of Dead adalah kisah tentang zombie dalam gaya komikal. Lazimnya, atau mungkin sepenuhnya gagasan Idea zombie adalah tentang the social criticism kelompak manusia yang bergelar masyarakat, yang hidup seperti mayat hidup yang dalam naskah naratif Shaun Of Dead diberi nafas komedi! Dan nafas komedi ini digunakan James dalam filem TAAP untuk bercerita tentang masyarakat. Kisah cinta lelaki pada wanita yang merupakan seorang Pontianak ini pula diangkat dari filem Kala Malam Bulan Mengambang, lakonan genius Rosyam Nor dan cintanya pada Umie Aida, seorang Pontianak, pada interpretasi aku merupakan cinta penonton filem Malaysia pada filem-filemnya, yang mana persoalan dianjurkan oleh pembikin (Mamat Khalid), dapatkah kita penonton filem Malaysia menerima sekiranya filem kita diberi suatu kebenaran pada asas karyanya, yang lebih drastik sifatnya? (wajah Pontianak yang sebenar disebalik kejelitaan seorang wanita). Mungkin Rosyam telah menerima cintanya namun Pontianak itu tidak. Mungkin ini yang di-interpretasi dan yang telah mencetuskan inspirasi pada James *dilihat pada scene Bob dan Maya menonton filem Kala Malam Bulan Mengambang, babak Cik Putih/Umie Aida memperlihatkan wajah sebenar dirinya sabagai Pontianak pada Salleh/Rosyam, dan mengangkat gagasan idea Mamat Khalid ini lantas dijadikan homage dalam naskah filem TAAP. Dan yang sebenarnya tajuk filem Tolong! Awek Aku Pontianak pada interpretasi aku adalah Tolong! Filem Malaysia Pontianak! Dalam keadaan komikal yang sifatnya sinikal bukan? Filem Malaysia yang mungkin bukan semua mencekik darah! Suara James menerusi naskah naratif filem Tolong! Awek Aku Pontianak adalah, masih ada harapan!
Hanya yang menganggu dalam naskah filem TAAP adalah suara Liyana yang diberi dub *sangat janggal lantas membunuh komedi dan membawa momen ke ruang yang menjengkelkan pada scene ketika Liyana terbang mencari Bob untuk meminta pertolongan Bob, ketika Maya di hambat Nadia, juga merupakan Langsuir lakonan Nurul, juga kakak kepada Maya dan Liyana. Selain itu, terdapat scene yang agak klise seperti scene berteduh di perhentian bas, yang sudah hampir membosankan melihat adegan tersebut dalam filem-filem terdahulu Yasmin Ahmad, Tan Chui Mui, Woo Ming Jin dan banyak lagi. Kita tahu apa sublime pada scene tersebut.
Namun, naskah filem Tolong! Awek Aku Pontianak sangat menarik, dan sangat magis elemen hiburannya. Magis kerana sifat naratifnya seperti *sebuah mimpi yang menghiburkan! dan tak terduga pada keberatan komedinya yang juga sangat menghiburkan! Kudos buat James, Gayatri, warga kerja bikin filem Tolong! Awek Aku Pontianak, juga warga kerja Tayangan Unggul! Sebuah naskah filem yang di-isi ruang-masa/space-time-thought dengan naratif yang sangat baik juga menghiburkan namun masih mampu diberi identik social criticism yang subtle dalam gaya-nahu yang menarik oleh James Lee.
p/s ; Atau mungkin James tidak sepenuhnya berada dalam ruang-masa-pemikiran seperti di-mana Mamat Khalid berada kerana budaya hidup mereka berbeza bukan? Dan kalau ada yang fikir subtle kritikan sosial dalam naratif filem Tolong! Awek Aku Pontianak adalah mesej, gua sangat nak jelaskan yang filem tak pernah ada mesej. Posmen banyak bawak mesej dalam surat. Atau kat handphone kita ada mesej/sms. yang selalu orang cakap mesej tu ialah subteks pada gagasan idea filem tersebut. atau lebih direct "bingkai" idea itu sendiri! OK?
*lepas nonton, gua terlayan pulak lagu ni yang merupakan salah satu ost filem Tolong! Awek Aku Pontianak
boleh saya tahu latar muzik semasa bob baring dirumah selepas dibelasah dan ketika saat2 akhir bob cakap saya cinta maya?
ReplyDelete