Selepas kejayaan filem Jangan Pandang Belakang (2007) yang mana naskah lakon layar ditulis Pierre Andre dan telah di-arahkan oleh Ahmad Idham, Pierre kemudian dilihat sebagai bakat muda yang punya potensi lantas diberi kepercayaan oleh David Teo (Metrowealth Sdn. Bhd.) untuk menghasilkan beberapa lagi filem - 9 September (2007), I'm Not Single (2008) dan kemudian disusuli filem Jangan Tegur (2009). 6 OKTOBER 2011 ini akan menyaksikan kembali sebuah filem seram arahan Pierre Andre *yang akhirnya berjaya beliau habiskan pengambaran. Selepas kejayaan filem Seru arahan-bersama Pierre bersama pengarah filem dari kelompok gelombang baru (new wave generation) pembikin filem Malaysia, Woo Ming Jin, tebitan Tayangan Unggul Sdn. Bhd. Bagi yang tak pernah mengenali siapa Woo Ming Jin? Beliau merupakan seorang pengarah muda yang penah menghasilkan filem seperti Monday Morning Glory, The Elephant And The Sea, dan filem The Tiger Factory pernah diangkat untuk tayangan The Director's Fortnight, Cannes Film Festivals tahun lalu. Untuk baca review gua tentang filem Seru, click link review filem Seru! Intrig Pierre pada genre horror akan menyaksikan beliau kembali dengan filem AL-Hijab terbitan Empat Semudera, lakonan Pierre Andre, Nur Fathia , Maimon Mutalib. Lakon layar ditulis Pierre sendiri, Al-Hijap akan menyaksikan kebebasan Pierre menghasilkan sebuah naskah naratif horror di-luar bingkai dan bayang Metrowealth juga Tayangan Unggul! Kali ini, menerusi Al-Hijab, Pierre mengeluarkan segala dalam dirinya dan hampir menjadikan Al-Hijab semacam kerja personal nya tentang perasaannya yang semacam punya 'anugerah' untuk melihat apa itu horror dalam konteks dan budaya masyarakat Melayu. Dan Al-Hijab akan membawa penonton melihat pencarian terhebat Pierre, mencari rentak dan degub nafas filem horror pertamanya "Jangan Pandang Belakang" fenomena seram yang pernah menggegar industri filem Malaysia tidak lama dahulu. Pierre dengan jujur membuka dan memperlihatkan bagaimana beliau melihat horror dan bagaimana manusia itu sekiranya "hijab" yang menutupi dan memisahkan kita manusia dengan dunia halus dibuka? Al-Hijab akan memperlihatkan sebuah naskah naratif yang mengisahkan tentang watak Rafael merupakan seorang pelakon yang tidak mempercayai kewujudan hantu. Suatu hari dia ditawarkan watak utama untuk membintangi sebuah filem seram. Dia yang terkejut dengan tawaran tersebut sangat teruja dan berusaha untuk menjiwai peranannya sebaik mungkin. Malangnya Rafael tidak berjaya memperolehi perasaan takut yang dapat memuaskan hatinya. Puas dia berkunjung ke tempat-tempat yang ...dikatakan berhantu tetapi tidak pernah melihat kelibat makhluk itu. Teman wanita Rafael, Qiss yang pelik dengan Rafael itu mengadu perkara tersebut kepada ibunya. Ibu Qiss kemudiannya memberitahu Rafael mengenai apa itu hijab. Rafael berpeluang untuk melihat makhlus halus jika hijabnya dibuka. Namun, hanya orang tertentu saja mampu membuka hijab tersebut. Rafael yang semakin buntu mencari seseorang yang boleh membuka hijabnya akhirnya menerima mesej aneh yang mengarahkan dia untuk pergi ke suatu tempat. Hanya di tempat tersebut hijabnya akan dapat dibuka. Sejurus sampai di tempat yang dikatakan, Rafael disambut oleh seorang makcik tua bersama anak perempuannya. Rafael hairan bagaimana makcik tua itu mengetahui hajatnya untuk membuka hijabnya. Rafael dibawa ke suatu tempat di ceruk hutan. Di situ makcik tua tersebut mula membuka hijab Rafael. Dari pandangan yang kabur, perlahan demi perlahan akhirnya Rafael dapat melihat sesuatu yang menggerunkan. Dia berasa cukup gembira berbaur takut. Rafael meminta masa sehari untuk dia menggunakan ‘kelebihan’ yang ada pada dirinya itu untuk tujuan menjiwai watak lakonannya. Pulang kembali ke rumahnya, Rafael tidak menyedari ada ‘sesuatu’ turut menumpangnya pulang. Mula berasa tidak selesa, Rafael cuba untuk tidur namun gagal. Ada saja benda yang seperti mengganggunya. Setelah hampir 24 jam hijabnya dibuka, Rafael kembali ke rumah makcik tua tersebut untuk menutup kembali hijabnya. Berjayakah hijab Rafael ditutup semula atau dia terpaksa meneruskan hidupnya dengan ‘anugerah’ itu? *Untuk mengikuti filem Al-Hijab arahan Pierre Andre ini, click link Facebook / Filem AlHijab |
Long Live Malaysian Cinema!
No comments:
Post a Comment