Review aku tentang filem Seru arahan Woo MIng Jin dan Pierre Andre
“Death plucks my ear and says, live – I am coming!” Virgil, Minor Poem, Copa.
Woo Ming Jin dan Pierre Andre mempersembahkan bahan yang hanya mampu menggetarkan separuh perasaan aku, seperti mana getaran “cedokkan” gaya visual naratif realist modern "founded footage" yang asalnya dari Daniel Myrick dan Eduardo Sánchez. Aku tak ada masaalah dengan cedokkan idea itu, hanya biarlah ia cukup benar-benar untuk aku mempercayainya. Dalam erti kata yang lain, alang-alang kau dah nak masak makanan yang pernah di masak oleh orang lain, dah tahu ramuan dan bagaimana rasa masakan itu, buat lah masakan itu lebih sedap dari masakan yang pernah dibuat itu!!.. Aku tak nak membandingkan filem Seru dengan filem-filem yang sama strukturnya seperti filem Haunted Changi (2010), Blair Witch Project (1994), Querantine (2008) atau REC (2007), atau mungkin juga Cloverfield (2008) dan lain-lain.
Namun pada aku, pengalaman menonton filem Seru aku rasa semacam pengalaman timbal-balik antara rasa aku tentang watak dalam naratif filem Seru dengan kematian manusia bikin filem muda yang berjuang dalam hutan rimba yang dilihat seperti Industri perfileman Malaysia sendiri. Kematian dalam filem Seru juga aku lihat semacam kegagalan manusia tentang menangani sesuatu yang terbuku dalam benak hati yang resah dan gelisah dan yang menjadi mangsa adalah manusia bikin filem "jangan bernafas" yang rata-ratanya dalam usia muda! ( muda yang sifatnya masih mentah yang aku rasa dapat dilihat pada tata-laku mereka yang meloyakan ketika menghadap ancaman kematian itu ) . Atau mungkin juga kegelisahan pembikin filem muda ini yang resah tentang ancaman kematian itu dapat dilihat seperti keresahan mereka tentang kegagalan untuk membebaskan diri dari ancaman yang mengurung mereka dalam alam hutan rimba yang gelap ( malam yang pasti ada terang esok, tapi dapatkan mereka survive hingga esok yang menjadi kegelisahan mereka yang sebenar ) dan merimaskan yang aku lihat sebagai signifier industri perfileman pada ruang dan waktu yang tercipta ketika sedang menghasilkan kerja bikin filem itu ). Filem Seru bermula dengan naratif dari pembikinan filem yang dilakonkan oleh Awal, Pierre and Nora Danish – dalam keadaan ketakutan, memberikan signifikasi hebat tentang kegelisahan pembikin filem muda yang menghadap masaalah kematian dalam pembikinan filem dan industri itu sendiri. Ia aku lihat “the real reflection of emotion direction” yang aku lihat semacam a disturbance in the symbolic rite apabila kematian dilihat sebagai satu masaalah. Dan kemudian menjadi signifier terhadap keseluruhan naratif filem Seru. Filem Seru melihat kematian semacam perjalanan watak ke the house of death untuk mencari Tiresias dalam naratif Odyssey ( perjalanan katabasis ) – the essent of horror dan ketakutan manusia tentang kematian atau mungkin kegagalan dalam naratif filem Seru.“Death is a rendez-vous” . Kematian dalam filem Seru aku lihat sebuah indeks yang sangat besar dan kematian ini melibatkan manusia bikin filem muda dalam alam hutan rimba yang gelap. Atau mungkin dilihat dalam dimensi dan sudut pandang yang lain sama-ada dalam permasaalahan sosial, atau dunia seni atau atau atau.. dan kematian itu juga harus dapat dilihat sebagai indikasi kegagalan dan kesan terhadap kegagalan itu yang akan ada kelahiran baru! ( fundamental teks Seru untuk menghidupkan kembali )
lihat bagaimana Mamat Khalid juga melihat kematian sebagai indeks of semiotics in film sebagai permasaalah dalam industri perfileman kita. ( marah en. hassan baca apa aku cakap ni.. hehehe )
lihat bagaimana Mamat Khalid juga melihat kematian sebagai indeks of semiotics in film sebagai permasaalah dalam industri perfileman kita. ( marah en. hassan baca apa aku cakap ni.. hehehe )
lihat paradox yang sifatnya orthodox ini juga di parody oleh Hassan Muthalib dan Yasmin Ahmad
Anyway back to the film, Filem Seru pada rasa aku, membuka dan cuba untuk menyentuh realiti manusia bikin filem yang kulit dan isi hati mereka dicarik untuk sesuatu itu ( dapat dilihat secara literally dalam naratif ) dan sesuatu itu menjadi kegelisahan yang menganjakkan ketakutan pada watak-watak dalam naratif filem Seru. Filem harus membuka teks “the truth of reality” yang mana-membuka kepada pendedahan peribadi pengkarya ( Ming Jin dan Pierre ) sama-ada mereka sedar atau tidak. Kalau mereka tak sedar, tugas kita sebagai penonton/pengkritik untuk mencari apa yang menarik tentang Seru dan timbal-balik realiti yang dekat dengan Rasa kita sendiri ( belajar mencari dan meneroka Rasa sendiri ) dan kita sebagai penikmat yang menonton tidak harus bersifat rigid dengan intelektuilitas kita ( an intellectual attitude ) yang sifatnya aku lihat seperti untuk mendapat pengiktirafan keintelektuilan dalam masyarakat. Masaalah bukan itu?
Yang menarik tentang filem Seru, ia mengangkat genre “horror” tetapi tiada hantu dalam Seru. Hanya manusia bikin filem yang dirasuk oleh kelemahan diri mereka sendiri, berlegar dalam dunia naratif seperti zombie. Membunuh manusia-manusia bikin filem kerana terseru oleh sesuatu itu. Semacam “the walking death” yang secara ironi membunuh atas dasar dirasuk oleh keinginan manusia lain. Yang terseru dan dirasuk pada aku semacam intrisic pada subject matter filem Seru. Fundamental naratif filem Seru yang aku lihat dan rasa semacam memperlihatkan “the fantasy of the return of the living dead”. Filem Seru berjaya menjelaskan visual dan paradox cinematic pada assent perasaan tema dan naratifnya ( structured form yang berjaya menjayakan kepentingan space and time ). Dalam kegelisahan di awal filem, Bidin terlihat kerdipan lampu dari tingkap rumah rehat pembikin filem itu dalam kegelapan hutan. Kerlipan lampu itu semacam “the light house that indicates the storm” dan semacam signified dan menjadi petanda ( index ) kepada perjalanan naratif filem Seru seterusnya.
Filem Seru meneroka kegelisahan manusia tentang sesuatu. Dan kegelisahan itu berjaya mengajak penonton untuk melihat refleksi sebenar manusia-manusia di belakang tabir ( pembikin filem muda ) dengan perasaan mereka. Kegelisahan ini juga yang membuka permutation of tension antara mereka.
Ming Jin dan Pierre berjaya meletakkan kebenaran dalam lakonan watak-watak dalam Seru dan mereka juga berjaya mempersembahkan rasa asal fungsi filem untuk menjadi medium reflexsi “human being and their problem”. Dan tanpa sedar Ming Jin dan Pierre telah memberikan kekosongan pada ruang naratif serta landskap alam Seru untuk dibongkar, apabila watak dan landskap serta naratif terbuka untuk kita merasa, meneroka idea naratif Seru. Naratif Seru terasa dekat dan tersentuh dan kadang-kala menggetarkan perasaan.
Aku terkesan dengan watak yang dibawa Azman Hassan kerana pada aku Azman Hassan berjaya memberikan suatu kebenaran yang jujur sehingga watak Man menjadi signifikasi kepada manusia yang lemah ( dilembukan ). Sadly "horror and death" is constantly used as ploy to create fear in the weak-minded.. Ironi watak Man adalah seorang pengurus produksi yang mana dalam dunia realiti produksi filem, pengurus produksi merupakan orang yang paling dibenci crew kerana kepentingannya menjaga produksi dan kepentingan syarikat penerbitan. Pertengkaran Man dengan Sam ( watak pengarah ) yang dilakonkan oleh Ezzendy memberikan indikasi region of the past melalui rasa dan perasaan mereka ( terlihat ketika pertengkaran tentang pemilihan lokasi yang sangat signifikasi terhadap naratif ). Cuma aku terasa lakonan watak Sam yang dilakonkan Ezzendy agak kecil untuk seorang yang paling berpengaruh dalam set pengambaran tersebut. Dan perasaan watak dalam naratif Seru pada aku kadang-kadang patut dikawal sikit kerana aku agak terganggu dengan teriakkan dan kekeliruan yang tanpa arah terlalu banyak dan berulang-ulang. Namun, credit untuk penulis lakon layar ( Pierre dan Ming Jin ) kerana mereka bijak mengatur watak dan gerak kerja melalui view point of story telling dalam lakon layar yang saling bertukar-tukar membawa paradox pada entity cinematic naratif yang berkesan.
Gerak kerja ( sinematografi kalau perlu disebut ) filem Seru yang dicedok atau dalam bahasa yang lebih manis “dipinjam” dapat dilihat digunakan dengan baik, mencari hubungan di antara subjek-objek dalam ruang dan waktu dengan berlatarkan hutan rimba yang merimaskan. Secara literal, teknik ini ( hand-held camera from the founded footage ) mewujudkan hubungan yang lebih dekat antara penonton dan watak serta perasaan mereka. Penonton diberi mata ( semacam falsafah Dogma ) dan perasaan terhubung dengan ruang dan masa. cuma.... theres nothing new about it anyway.. Pierre dan Ming Jin telah menjentikkan perasaan mistik pada keseluruhan naratif filem Seru dan mengheret penonton sama-sama merasai the accelerated of the space and time. Dunia Seru semacam an emotional trip of cinematic experience oleh Ming Jin dan Pierre. Dunia Seru benar-benar memberikan suasana dan keadaan hyper reality kegelisahan manusia bikin filem. Hanya Ming Jin dan Pierre, tidak dapat benar-benar membawa naskah filem Seru dengan jaya kerana mereka tidak memahami bahawa pengarah itu adalah a photographic mutant. A director ( auteur ) is a total illusionist. Kerana “reality Seru” yang dicipta dan yang dipersembahkan dengan menggunakan founded footage structured film oleh Ming Jin dan Pierre hanya akan berjaya sebagai hiburan semata, dan tidak sebagai “an illusion of reality” seperti mana yang telah dilakukan oleh Daniel Myrick dan Eduardo Sánchez untuk naskah Blair Witch Project.
Walau bagaimana pun, aku tetap rasa, kerana tema dan konsep idea, latar filem Seru itu dapat dirakam dengan baik apabila the internalities yang terlindung dan tersembunyi pada watak ( manusia bikin filem yang hampir kesemuanya muda ) dapat dibongkar dengan fotografi indulgent seperti sebuah dokumentari waktu yang hidup ( bukti yang terjadi pada mereka ). Seluruh alam dalam ruang filem Seru yang dirakam melalui gegaran "frame video camera oleh pembikin filem muda" melebarkan kegelisahan dan psikologi jujur watak-watak dalam naratifnya yang menggerakkan kegelisahan mereka tentang sesuatu dalam kegelapan malam rimba yang merimaskan perasaan.
Aku rasa ; filem harus imitates realiti yang menjadi reflexi masaalah manusia tentang kehidupan, tak kira pada teks mahupun subteks, dan filem itu pada hakikatnya bersifat sebuah illusion of the imitation of reality that reflex our own problems! Pembikin filem harus melakukan apa sahaja untuk illusion ini! untuk membenarkan penonton sepenuhnya "mahu mempercayai" bahawa realiti yang dicipta dan di imitate dalam filem harus terasa benar dan dapat disentuh dan dirasa tanpa rasa tertipu! Ya. aku cakap apa sahaja termasuk menyimpan rahsia illusion itu.
Walau bagaimana pun, aku tetap rasa, kerana tema dan konsep idea, latar filem Seru itu dapat dirakam dengan baik apabila the internalities yang terlindung dan tersembunyi pada watak ( manusia bikin filem yang hampir kesemuanya muda ) dapat dibongkar dengan fotografi indulgent seperti sebuah dokumentari waktu yang hidup ( bukti yang terjadi pada mereka ). Seluruh alam dalam ruang filem Seru yang dirakam melalui gegaran "frame video camera oleh pembikin filem muda" melebarkan kegelisahan dan psikologi jujur watak-watak dalam naratifnya yang menggerakkan kegelisahan mereka tentang sesuatu dalam kegelapan malam rimba yang merimaskan perasaan.
Aku rasa ; filem harus imitates realiti yang menjadi reflexi masaalah manusia tentang kehidupan, tak kira pada teks mahupun subteks, dan filem itu pada hakikatnya bersifat sebuah illusion of the imitation of reality that reflex our own problems! Pembikin filem harus melakukan apa sahaja untuk illusion ini! untuk membenarkan penonton sepenuhnya "mahu mempercayai" bahawa realiti yang dicipta dan di imitate dalam filem harus terasa benar dan dapat disentuh dan dirasa tanpa rasa tertipu! Ya. aku cakap apa sahaja termasuk menyimpan rahsia illusion itu.
Sam : Siapa yang pilih lokasi bodoh ni?
p/s : i always have this thing about Malaysian horror movies that i hated ( sebenarnya nak cakap i'm not a horror flicks fan ) but Seru are not like the others.. or maybe a bit.. kene tgk lah baru tahu..
*TerSeru untuk menulis kerana masih ada yang menarik tentang naskahnya ( maka pada aku ia tidaklah kosong ) walaupun ia bersifat pretentious. Tapi buat apa nak cerita pasal pinggan yang digunakan bukan? Tak kan pinggan pun jadi masaalah yang memualkan kau untuk makan?
p/s : i always have this thing about Malaysian horror movies that i hated ( sebenarnya nak cakap i'm not a horror flicks fan ) but Seru are not like the others.. or maybe a bit.. kene tgk lah baru tahu..
*TerSeru untuk menulis kerana masih ada yang menarik tentang naskahnya ( maka pada aku ia tidaklah kosong ) walaupun ia bersifat pretentious. Tapi buat apa nak cerita pasal pinggan yang digunakan bukan? Tak kan pinggan pun jadi masaalah yang memualkan kau untuk makan?
No comments:
Post a Comment