filem dan arkitektur



" ... and they go to the movies. To hell with everything else.." Morris Lapidus




Aku rasa, seni-bina punya karakter dan filem adalah tentang karakter. Sedar atau tidak, ia berhubung antara keduanya. Apa pun, ia bermula dengan mimpi ( dreams ) yang mana dibentuk oleh imaginasi. Kemudian mimpi itu direalisasikan dalam bentuk pengisian ( content ), kemudian lakaran yang mana memberikan gambaran ekspresi asas idea. Content itu secara asasnya sudah pun mempunyai jati tentang fungsi pengisian yang telah dilakarkan itu. Bagaimanapun naratifnya berubah-rubah dalam pengalaman, yang mana ia memberikan pemahaman yang lebih jelas terhadap idea of the space. Sama-ada dalam filem mahupun seni-bina, naratif itu menghasilkan struktur pada pandangan yang mana di lihat pada ruang dan masa. Dari pandangan mahu-pun minda.




".. films helped pave the way for new ideas and popular acceptance of new ideas. Architects could do "pure" architecture, without worry. Its is an ideal fulfilment of what architecture can be about and is always aspiring to... " Dietrich Neumann.




Lantas kesedaran ini, aku melihat pada filem klasik noir, yang mana banyak mencetuskan aspirasi terhadap seni-bina. Fritz Lang sendiri mempunyai asas arkitektur dan Metropolis adalah merupakan semacam testimoni terhadap pengalamannya tentang seni-bina. Aku melihat Metropolis semacam sebuah ekspresi terhebat Fritz Lang terhadap metafora seni-bina.




Tanpa sedar, filem menjadi medium untuk kita meneroka dunia seni-bina dan bagaimana seni-bina itu memberi kesan terhadap individu ataupun masyarakatnya. Filem mampu mencipta perasaan yang realistik terhadap alam yang mana kemudian mencipta meaning and defining factors of architectural expression.




Penerokaan tema pada ruang dalam filem menghalalkan eksperimentasi dalam imaginasi serta rekaan seni-bina. Filem juga memberikan kita pemahaman terhadap apresiasi realistik ( three-dimensional occupation existed as captives of text and two dimensional representation )




Dalam filem, manusia bermain dengan ruang visual yang mana digunakan dalam juxto. Manakala seni-bina juga bermain dengan ruang yang mana ruang itu juga digunakan oleh manusia. Maka filem harus belajar dari seni-bina dan seni-bina juga mengunakan filem sebagai medium aspirasi. Filem mampu menembusi akar ruang yang membenarkan kesedaran ruang itu melalui naratif dan karakter yang mana memberikan elemen pada ruang lantas memprojekkan imagi dan visual realistik. Menyampaikan informasi tentang emosi dan kesedaran ruang ( yang mana pada aku dalam ruang itu mempunyai pengisian/content ). Ia bukan sahaja merupakan pengalaman pembelajaran dalam proses konstruksi dalam filem, malah juga memberikan kesan terhadap pengalaman proses konstruksi seni-bina yang melawan arus tradisi.




Yang pada akhirnya, memahami sesebuah imagi dari filem bermula dengan perincian terhadap pengisian pada ruang. Bagaimana material/bahan bertemu dan digunakan di atas permukaan yang mana penting dalam signifikasi imagi dan perkembangan naratif ( idea ). Menghasilkan perhubungan dan semacam pemahaman terhadap manusia dalam ruang itu. Melalui lensa, ruang dan masa di abadikan. Dan aku melihat seni-bina juga mengabadikan ruang sebagai sesuatu yang kekal. Satu tanggung-jawap yang besar untuk mengabadikan sesuatu bukan?




p/s : ... dan kalau nak dikupas, 50 tahun aku tulis tentang filem dan seni-bina, tak kan habis. Banyak lagi sudut-sudut untuk melihat bagaimana filem dan seni-bina mampu memberi kesan terhadap masing-masing. Dan lebih dalam kalau nak masuk. Oh, aku bukan student architecture, ini semacam pandangan naive seorang pecinta filem dan bagaimana filem mampu terkesan dari seni-bina - juga on contrary.

No comments:

Post a Comment