Rebiu filem ApokalipsX ; Falsafah kemusnahan dunia, hakikat dan kehidupan .


Review aku tentang dunia Apokalips Mamat Khalid ; falsafah kemusnahan dunia, hakikat dan kehidupan.


Pembukaan filem Apokalips, bermula dengan visual komik yang memperlihatkan dunia imaginasi penuh kerakusan. Yang pada aku, komik adalah medium yang digunakan untuk menyampaikan sesuatu yang tersirat untuk remaja ( golongan mereka yang meminati komik ). Untuk mereka mudah menerima sesuatu yang berat dalam keadaan subconcious. Filem bermula dengan dunia dalam kegelapan. Watak-watak komik yang memberikan gambaran dan penjelasan hyper-reality imaginasi Mamat Khalid dalam dunia Apokalips. Udara dipenuhi bahan radioaktif. Manusia ditelan kemodenan yang kemudian menghancurkan dunia yang didiami. Alam memakan kehidupan dan yang tinggal hanya masa depan. Masa depan anak-anak muda berdiri dengan kuasa yang tercipta oleh kesan dari kerakusan manusia terdahulu.

Secara amnya, naratif filem Apokalips disampaikan dalam idea komik, yang di pinjam dari “Japanese mangga” dan membawa fantasi imaginasi Mamat Khalid yang jiwanya rebelious yang pada aku jujur. Struktur,konsep idea dan tekstur dipinjam dari filem Jepun, Crow Zero. Mamat Khalid menjangkau imaginasi kelaziman penceritaannya dalam filem. Malah aku kira, Mamat Khalid mengeluarkan segala-gala dalam dirinya dan meninggalkan jauh gagasan pemikiran filem-filem terdahulunya seperti "Man Laksa, Rock, Kala Malam Bulan Mengambang, Zombie Kg. Pisang dan Hantu Kak Limah" yang secara amnya mengangkat kritikan sosial yang bersifat sinikal. Mamat Khalid mengajak kita melihat filem dari sudut pandang yang baru ( neo-postmodernism ) dengan naratif yang lebih agresif dan bersifat futuristik. Seperti bagaimana Kubrick dalam 2001, Space Odyssey, mengangkat tema dan gagasan pemikiran jauh dari kelaziman filem-filem terdahulunya.

Dunia Apokalips Mamat Khalid memperlihatan "the matter of space and time" yang datang dari gagasan persoalan sama-ada kita ini sebenarnya mewarisi dunia ini dari nenek-moyang kita atau adakah kita hanya meminjam dunia ini untuk anak cucu kita? Dan dari gagasan persoalan itu, naratif filem Apokalips bergerak dari persoalan, pernahkah anda terfikir bagaimana agaknya kehidupan di masa hadapan dari kaca mata anak Malaysia? Dan bermula dari premis ini, Mamat Khalid cuba mengajak kita untuk menjenguk Apokalips - dunia kehancuran dan falsafah dari kesan kehancuran ini dari kaca mata dan jiwa anak-anak muda. Tanpa dinding perkauman dan idealogi politikus. Hanya pertelagahan anak-anak muda menuntut kehormatan yang dapat dilihat pada awal 10 min filem ini.  


Farid Kamil yang membawa watak "X"

Naratif Apokalips berlegar dalam realiti ciptaan pada ketika; mentari terbit dari barat, pertempuran hebat berlaku di seluruh pangea. Waktu semacam menuntut emosi dan intelek watak anak-anak muda dalam Apokalips. Jasad bergelimpangan dan udara di seluruh pangea berbaur hemoglobin, selain bintang berguguran. Homo sapian yang mewakili puak-puak yang menguasai empat sumber utama kini bertempur untuk memonopoli, menjadi keadaan anarki. Tiada lagi undang-undang, hanya mereka berpegang pada janji. Maka pendita telah memberi perintah, supaya menjemput semua ‘Pengutus Pesanan’ untuk hadir ke satu taklimat berkaitan apa yang terjadi di Ground Zero, Apokalips dan penerangan mengenai kejadian letupan nuklear yang telah menyebabkan mentari terbit dari Barat hampir 23 hari lepas. Letupan nuklear yang telah menghamburkan partikel CK (Cyanogen Chloride) ke udara dan membunuh mereka yang berumur 30 tahun ke atas. Keadaan cukup kritikal.

Memahami alam Apokalips bukan perkara remeh. Ia lebih besar dari disangkakan. Yang aku pasti, Mamat Khalid sudah haul dengan idea apokalips. Dan sudah pasti Mamat Khalid tahu akan jawapan dimana tuhan dalam dunia Apokalips ini. Dunia Apokalips memperlihatkan suatu enigma yang penuh sarat dan terlonggok pada akal takkala menonton. Maka akal harus dibuka supaya ia tak berselaput dan terbendung. Emosi visual dalam ruang dan masa, dunia dalam alam Apokalips menganjakkan perasaan pemberontakkan dalam diri, di signifiedkan pada watak dalam teks dan milieu mereka. Mamat Khalid cuba mengajak kita ke alam-imaginasinya ( jika lebih besar, teorinya tentang apocalyticism yang akan membabitkan Hegel, Marx maupun Nietzsche, yang pada saya tak perlu saya nyatakan dalam review ini, kerana ini akan membawa persoalan yang lebih besar dan dalam tentang "the end of world and the death of god" dari pemikiran postmodern nihilism tentang apokalips dari Nietzshe ), tentang bayangan dunia, kehidupan dan kehancuran manusia di masa hadapan melalui watak-watak anak-anak muda ini. Persengketaan dan pertelagahan darah anak muda, cuba untuk berdiri gah dalam kemegahan untuk dihormati dan disanjungi. Mungkin pada aku, itu yang sebenarnya kita mahukan dalam hidup, dihargai, disanjungi dan dihormati. Tanpa batas perkauman dan idealogi politikus usang. Mungkin pada aku, Mamat Khalid mempersoalankan tentang kehidupan anaknya sendiri, sekiranya selepas pemergiannya, yang pada aku lebih jujur jika itu yang Mamat Khalid resahkan. Kita melihat Milieu alam anak-anak muda ini dalam Apokalips, bangunan usang dengan dinding-dinding dipenuhi kata rasa hati anak muda, tanah kontang, bangunan hancur dan kotor. semacam memberikan index keresahan kehidupan dunia anak muda. Adakah mereka mampu untuk survive dan meneruskan kehidupan. Yang pada hakikatnya, hanya ilmu yang diperlukan.

Terangkat emosi apabila aku melihat scene pergaduhan dan pertelagahan anak-anak muda ini dalam ruang yang diperlahankan ( slow motion effects ) dalam fotografi hand-held dengan melodi kesayuan, in accelerated slow motion yang memberikan ritma imej ( an expression of vision content ) yang mana Mamat Khalid sebenarnya ingin membawa penonton kepada kepada faktor, yang kita kerap disogokkan dengan cerita dan imaginasi jiwa remaja kini sama ada di media cetak, filem, mahupun televisyen. Segala yang dipaparkan kasar dan gelap mengenai remaja kini. Semacam memperlihatkan dunia yang tidak selamat untuk kehidupan bagi anak-anak muda. Dunia yang tidak selamat untuk mereka terus membesar tanpa bimbingan. Dan bagaimana pula kiranya anak-anak ini dilepaskan dalam keadaan bebas. Adakah ilmu dunia,agama dan moral mereka kental untuk mengharungi kehidupan tanpa bimbingan mereka yang lebih dewasa. Aku kira itu yang Mamat Khalid mahu ceritakan dalam filem Apokalips. Apokalips semacam merupakan eksperimantasi Mamat Khalid untuk mencuba idea imaginasi dunia remaja, menjangkau akar jiwa anak muda dalam dunia apokalips, dunia kebebasan, lantas meletakkan jiwa dan raganya dalam naskah teks filem ini. Mamat Khalid mencabar keupayaan dirinya untuk mengangkat imaginasi, imej dan naratif dalam pembikinan filem jauh tinggi, mencari kelainan dan ini memerlukan displin yang sangat tinggi. Mamat Khalid mengambil resiko untuk menghasilkan Apokalips tanpa menghilangkan identiti karyanya.

"... perlu ada seseorang dalam industri filem Malaysia yang harus menghasilkan kelainan dalam karyanya"

x, sri gala dan pendita sedang mencari konklusi

Cuma pada aku, landskap Apokalips kelihatan kosong. ( the camera consciousness memperlihatkan dunia plastik imaginasi Apokalips ). Seperti tidak bernyawa. Jiwa landskap Apokalips dibuat-buat dan tidak benar. Hanya kelihatan cantik dalam kemusnahan CGI. Production design, Apokalips tidak cukup benar meyakinkan aku. Semacam plastik dunia yang di letakkan dalam landskap Apokalips. Production design Apokalips yang pada aku, belum bersungguh-sungguh menyumbang kepada perkembangan ruang dan masa alam naratif Apokalips. Mungkin imaginasi dunia Apokalips yang dicipta Mamat Khalid agak besar dan tak tertanggung dalam bajet rm 1.2 juta untuk menghasilkan filem Apokalips keseluruhannya. Namun naratif Apokalips cukup dalam dari segi teks, perasaan visual dan kata-kata rebel Mamat Khalid terang kelihatan pada tembok-tembok dinding ( *the wall ) yang melindungi anak-anak remaja ini ( *pastikan anda perhatikan setiap tembok dalam frame filem ini ), juga pada gesture serta dialog yang disampaikan oleh watak-watak dalam teks filem ini. Cuma aku agak takut bagaimana nanti penerimaan penonton filem kita untuk menerima filem dan teks yang sebegini. Tapi yang pasti, untuk menghasilkan filem sebegini adalah amat sukar. Jadi kudos kepada Mamat Khalid dan mereka yang menjayakan filem Apokalips. Sinematografi filem Apokalips kemas dan tidak kosong ( direct photography ). Semua yang terlihat dalam fotografi dan juxtaposisi setiap frame jelas dan terang dalam gelap. Kudos kepada Raja Muhkris ( director of photography ) dan crewnya. Gerak kerja Raja Mukris memberikan stail dalam shot/frame yang menghasilkan ruang untuk watak menguasai ruang itu ( the entity of acting space ). Aku kira, the expression of the visual images saling berhubungan dan melahirkan the blending of space-time-thought Mamat Khalid. Sinematografi Apokalips juga aku rasa berjaya mengangkat sensasi rasa, pada watak, naratif juga emosi pemberontakkan dan kehancuran manusia dalam pertelagahan antara alam yang didiami mereka dan juga watak-watak. Lakonan dalam Apokalips pada dasarnya meloyakan. Maksud aku pada watak-watak sampingan yang cuba-cuba tanpa arah dan hala tuju, dalam gelap, berusaha meyakinkan bahawa mereka ganas dan punyai "attitude". Yang sebenarnya attitude yang mereka cari itu datang dari state of mind. Mungkin itu sebenarnya gambaran remaja Malaysia kini ( atau sebuah index generasi pemimpin negara akan datang ) yang masih belum matang,  mencari-cari identiti mereka dalam kebebasan diarus kemodenan. Terdetik rasa kecewa, apabila melihat watak "X" yang dibawa Farid Kamil, kerana pada aku watak "X" itu sangat besar. Watak "X" berlapis-lapis dan mampu sampai ke langit lapisannya itu. Tiada signifikasi yang lebih besar dari watak "X", hanya watak komik yang mati dalam teks. Namun aku sangat mengkagumi Peter Davies yang membawa watak Sri Gala. Lakonan jiwanya benar-benar hanyut dalam alam Apokalips.


Abang Mamat Khalid - Director filem Apokalips

Nampak industry filem kita telah beranjak ke satu tahap yang lebih tinggi. Dengan terhasil filem-filem seperti Merong Mahawangsa, Hanyut ( Almayers Folley ), Bunohan, dan Apokalips. 


Peter Davies membawa watak Sri Gala

Apokalips 2011
Penerbit : Tayangan Unggul & Naga VXS
Director : Mamat Khalid
Pelakon  : Farid Kamil, Jehan Miskin, Peter Davis, Adam AF, Iqram Dinzly, Vasanth,
                Pyan Habib, Zoey Tan, Miera Liyana, Ayez Shaukat Fonseka

          


“Pagi itu mentari terbit dari barat… Bintang gugur dari langit… Dan aku perlu mati…” dipetik dari filem Apokalips.


p/s : kagum dengan Mamat Khalid bila abang Mamat dah makan makna Apokalips. Aku dok baca tak terkhatam pun makna Apokalips.

No comments:

Post a Comment