trajektori falsafah dalam naratif visual picisan

“A paperclip can be a wondrous thing. More times than I can remember, one of these has gotten me out of a tight spot” McGyver
aku tulis sebab nanti aku lupa. Tak nak tulis tentang filem-filem besar, lebih baik bagi orang-orang yang lebih bijak tulis pasal filem-filem tu.. sebab yang tertulis itu nanti akan sama seperti teori yang dipetik sana-sini.

Peduli apa kau nak kata, apa yang aku lihat/rasa; naratif visual sebagai perjalanan yang membawa aku meneroka kemungkinan dan eksperimentasi idea, juga membawa aku bukan sahaja kepada pengisian yang sebenar, malah juga aspek perasaannya. Aku terbawa kembali ke tahun 1992, ketika aku berumur 10 tahun. Waktu bila aku balik sekolah, aku disajikan dengan drama televisyen bersiri McGyver. Yang tanpa aku sedar pada ketika itu, ia sebenarnya mempersembahkan di depan mata sebuah indikasi falsafah yang di sampaikan dalam bentuk naratif visual dalam drama picisan bersiri Amerika. Dan pada ketika ini, aku sangat terkesan bila aku sedar bahawa McGyver memberikan jentikan kesedaran inspirasi. McGyver membawa aku melihat bagaimana , yang dulu tak pernah aku sedar, betapa segala yang ada didepan kita berhubung. Membantu-membentuk kita. Hanya kita sendiri sedar atau tidak bagaimana kita perlu “McGyver” kannya.
McGyver pada aku bermaksud bagaimana kita berfikir, mencari solusi dengan hanya menggunakan apa yang ada pada diri dan disekeliling ( the landscapes of our interior world of mind ). Sedar atau tidak, kita sebenarnya setiap hari “Mcgyver”kan kehidupan, pada ketika kita dihadapkan dengan permasaalahhan. Ditempat kerja, dalam perhubungan ( sama-ada keluarga mahupun rakan ). Cuba keluar dari belengu pemasaalahan dalam sesebuah situasi dengan hanya menggunakan apa yang ada disekitar/apa yang ada, dengan menggunakan akal!. Hanya yang aku rasa, McGyver bijak untuk melihat kemungkinan pada situasi/permasaalah itu. Apa yang aku nak sampaikan kat sini, untuk meng”McGyver”kan kehidupan, kita harus bijak menggunakan akal pemberian tuhan. Dan untuk menggunakan akal itu juga harus di perlengkapkan dengan ilmu. McGyver tanpa ragu-ragu adalah seorang yang bijak menggunakan akal pemberian tuhan, tetapi akal itu harus dilatih secara praktikal dengan di lengkapkan dengan ilmu/latihan. Untuk mampu menghasilkan sebuah bom dengan hanya menggunakan sebiji telur ( indikasi McGyver ) itu harus dimulakan dengan akal yang berilmu, kemudian baru mampu “McGyver”kan apa yang mampu dilakukan dengan sebiji telur itu.

"....If I had some duct tape, I could fix that." – McGyver

Aku rasa, naratif McGyver itu aku sebut sebagai Vista yang berkesan memaksimakan segala kemungkinan sesebuah naratif yang mana Panofsky katakan sebagai dynamization of space.  Untuk Mcgyver adalah untuk berfikir mengunakan akal. “To think is what it means to reason and to do inquiry. To do inquiry is to do philosophy”. Berfikir untuk menggunakan akal adalah untuk memahami sesuatu. Ia adalah percubaan untuk menganjakkan minda dari ruang kekeliruan kearah ruang yang lebih jelas, untuk mendapatkan jawapan itu dan bagaimana untuk menggunakan jawapan itu ( untuk membebaskan diri dari belenggu kebodohan- a simulacrum of the psyche by plato-republic ).




p/s : the more i know - the less i know. masih jauh lagi. Aku suka bila dipanggil naif - yang mana aku sedar bila aku naif, masih lagi segar cinta aku itu!


"Every child is an artist. The problem is how to remain an artist once he grows up."- Pablo Picasso

No comments:

Post a Comment