Rebiu filem Budak Pailang – Naif Dalam Bentuk & Isi Yang Jelas.





Semalam kami ke panggung selepas kami persis ular sawa berlengkar tak keruan melahap set Steam Boat terbaik seluruh pangea kota ini! Kami sampai di TGV KLCC jam 1030 malam. Dengan satu tujuan ingin menonton sebuah lagi filem Me-layu terbitan Metrowealth. Huh. Skyfall dan Cik Zaiton juga punya temptation yang mengundang. Mungkin esok dan lusa. Tanpa fikir panjang, tanpa beratur panjang, kami beli tiket, berbekalkan satu cup large Coke, kami berlenggeng masuk ke dalam panggang.


Trailer Istanbul! Aku datang! sedang di putarkan di layar lebar. “dari trailer – premisnya memperlihatkan sebuah rom-com yang terbentuk dengan baik sekali!” bisik aku pada halwa telinga awek aku yang sedang melihat penonton yang berada di dalam panggung tersebut. Hampir 40 budak-budak bawang mengisi ruang dalam panggung yang separa gelap itu. Ini satu tanda positif untuk sebuah filem Me-layu! Aku gembira. Aku pasti mereka juga turut sama gembira. Kah Kah Kah.



Filem bermula dan ini pengalaman/pengamatan gua menonton filem ‘Budak Pailang’ arahan Hashim Rejab.

raya kat rumah SAM ; sebuah rebiu kontot

malam raya semalam, gua di jemput ke rumah SAM. tak ramai yang datang malam itu. mungkin jemputan SAM tak berapa nak expandables? gua dengan awek gua je yang ada dalam rumah tu. Oh. dengan seorang lagi lelaki. *nanti gua cerita pasal lelaki ini.

okey, gua nak cerita pengalaman gua ke rumah SAM. mula gua langkah masuk ke dalam ruang rumahnya, dalam hati gua "wah. rajin SAM hias ruang rumah dia. dengan gajet yang paling canggih. anak kesayangan ketua polis bahagian 'gerak khas' lah katakan. apa lu nak semua lu dapat. gua tak ada masaalah dengan 'kerajinan' itu. baik. ada effort. kali pertama buat open house lah katakan. gua suka juga beberapa idea SAM mengisi ruang itu. Dalam tandas, gua melayan awek gua mengomel tentang macam mana lah SAM  boleh dapat awek cun macam Lisa. Tapi dalam pada itu, SAM letak kamera depan cermin, tapi gua tak nampak kamera itu. voyeur? big bro? melonkolik the worst toilet? apa pun. SAM tergelincir di sebelah kiri cermin, yang besar. dan ruang kosong cermin melihat gua dan awek gua. Tapi gua tak nampak diri gua dalam ruang itu. menarik, idea SAM tu.


SAM layan gua dengan baik sekali. Awek dia, Lisa macam tak bersemangat aje layan gua dengan awek gua kali ini. Mungkin dorang letih bersenggama sebelum gua datang? baharu berkahwin lah katakan. Tapi abang SAM, Syamsul pada gua sangat membantu SAM untuk mengisi ruang dan energi dalam rumah itu. komitmen dia sangat gua rasa dan gua appreciate itu. SAM juga patut berterima kasih sebab punya abang yang sangat sayang pada duit bapa dia.

balik pada cerita ruang, gua terasa design ruang itu, persis template yang di cedok dari majalah ikea atau video youtube mungkin. tak terasa punya karakter. hanya barang-barang cantik dan mahal, di isi dengan semangat berkobar tak tentu hala. chillax. simple lebih baik. tak perlu nak stylize dan exaggerate tak tentu hal. bila terlampau sangat. mungkin menyenakkan benak mata. lagi pun. lu bukan etis french new wave. so dont try to be one. walaupun lu isi ruang dengan lagu classical bagai. tak menyumbang pada ruang yang sepatutnya lu isi itu.

SAM menjelaskan permainan konflik terlalu awal sampai gua cepat lengit mengadap hidangan tersebut.

dalam pada gua sedang lenang berlengkar dalam ruang itu, tiba-tiba lelaki yang seorang lagi yang turut sama di jemput ke rumah SAM malam semalam, tak pasal-pasal menjerit "aku bunuh kau nanti". gua dan awek gua mula meredap, paranoid untuk berada dalam ruang yang sama dengan lelaki itu. Awek gua halus mencebik dan berbisik di telinga gua. "jum gerak. tak selesa lah dia ada kat belakang kita ni."  gua pandang awek gua, dan melihat jam. masih awal lagi ni. belum pun selesai beraya kat rumah SAM ni. tapi tengok awek gua dah lengas sangat. gua ikutkan sahaja langgamnya. gua dan awek gua meninggalkan rumah SAM tanpa menyelesaikan rutin raya yang lazim. bersalam-salaman. maaf SAM. raya tahun depan gua datang lagi. insya'alah.



p/s : semenjak dua menjak ini, sweetcorn yang gua beli di panggung dah tak berapa nak sedap lah. bisik hati cengeng gua yang ralat.

sambal nasi lemak hantu gangster!


Pagi tadi gua sahur. Kat kedai nasi lemak 2.0 yang di jual hantu gangster. Tak ramai datang makan kat kedai tu. mungkin sebab ramai org kata sambal nasi lemak dia pedas. Gua dah sedar benda ni lama. Tapi saje gua bosan-bosan, menonong pegi lah try makan. Pedas woi… boleh kene hemorrhoids sampai tahap terbujur ke negeri China! Dan, member gua org cina, yg sememangnya tak makan pedas tanya. Asal pedas sangat ni? Gua jawap. Pedas-pedas mcm ni baru org ingat!! Semberono member gua balas. “ nak Ingat ape?” Sambil tengok sekeliling. “Kan dah kena boycott.!” Kah kah kah.

Hantu gangster bentak, bertempik “Orang tua-tua jangan makan pedas lah! Pergi makan bubur ayam lah! Orang muda-muda meh makan nasi lemak saya. Kalau lu orang muda dan berani!!”

Dalam benak gua “chillax. asal menyalak serupa anjing?”

pada gua tak ada apa pun sebenarnya. gua dan member gua bayarkan lah juga apa yang kami makan. dalam hati mengomel. "tak ada lah kami nak datang makan sini lagi!"




p/s : kami menapak balik, sebab duit yang kami ada, kami bayar untuk makan sahur tadi. sebab sekarang, gua terpaksa fikir dua tiga kali nak belanja. sampai nak tengok total recall pun nak kena recall dulu dua tiga kali. dalam kami menapak tu member gua cebik, gua rasa gua faham. dia gangster sbb dia susah. tapi niat dia baik. tak susahkan orang. apa salahnya jadi seorang opportunist yang idealis radikal persis durian bagak belagak?". dan ini jawap gua. "gua tau lu langsi. tapi pasal sambal lu. gua cirit birit. kan dah kena boycott dengan perut gua yang sangat cengeng!." kah kah kah

tags - 13 batu botol geliga politic demo-kerasi arumugam 1969 melayu negaraku farid parang adflin diversion kamil nasi lemak pedas may durian kurang taiyuddin tnb ajar hantu najib david gangster india cincin berlian terbang cina

kata mereka yang dah baca novel epilog 3 naga




 "... Hari tu saja boring , pegi la kedai buku hassani kat giant , tgk dalam 2 3 rak jgak la.... adoiy , apa semua novel cinta cintan nie , kebanyakkan mcm tu la.... Haissshhh ... pastu aku tertarik dgn tajuk ni : epilog 3 naga ~~  ...... Haaa ni baru la mcm best sikit nak baca dari layan novel cinta n novel jiwang ..tp bkn la bermakna aku x suka jiwang , cuma novel ja hehe... seminggu ja masa utk aku khatam buku tu lagi pun time aku beli tu cuti midsem break ...hehe Haaa , ni buku alaf 21 bkn mcm buku member aku tu yg underground ... Buku ni aku rasa sesuai dibaca oleh budak lepas spm dan ke atas... jalan cerita dia menarik ditambah lagi dengan bahasa dia ... 3 naga tu melambangkan tentang 3 org kawan yg berjanji sehidup dan semati walau apa pun yg terjadi ...kesnya , dorg ni budak lepas spm then masalah dtg skit2 ... entah mcm mna pastu tersangkut dgn  kongsi gelap...ada jugak yg diselitkan dgn bab percintaan .... na tahu lebih lanjut cerita dia ??.... so beli lah ~~haha ..." Neon Tetra @ blogspot


"Bahasa yang digunakan memang cantik, kreatif, banyak perkataan yang sangat jarang kita gunakan, ada dalam buku ni.. Jalan cerita simple tapi tepat. Sedih. Ingat Sean mati.. rupanya Fazarul. Baca Epilog episod 1.. 2... 3... first impression is "uuumaik aii, mamat ni, mana dia korek perkataan ni, limitasi akal, kubikel kesedaran, takah tiga, gentala, dan entah apa-apa lagi, macam idea yang melimpah ruah yang datang dari pelbagai arah untuk dizahirkan.." Siti Mawar Mansor


"Baru jer habis baca novel "Epilog 3 Naga"... Best giler!!! Kalau korang terjumpa novel ni kat mana2 kedai, aku sarankan korang agar beli novel ni!!! Novel mengenai 3 sahabat sehidup semati yang mengalami konflik apabila mereka tersalah pilih jalan hidup... Gaya bahasanya yang gramatis dan plotnya yang MANTAP tidak akan membosankan korang... Of course, aku sarankan novel ini kepada mana2 insan yang bergelar 'ulat buku'..." Azim Abdullah dari azimabdullah.blogspot



"This book is quite confusing, really but you'll ENJOY their epic friendship. The plot centers on Fazarul, a close friend to Khalid and Sean. It has a lot of scenes of teenagers going to clubs, smoking, and doing drugs.Chaos happened when Sean's girlfriend was caught cheating on him with Chris. Second and BIGGER chaos happened when Khalid's girlfriend, Natasha, is secretly in love with Fazarul. After that not-so-smooth episode, Khalid changed. Personality still the same, only more stubborn. While he was dealing with the conflict he had with Natasha, he went to The Soul Club (his favorite hangout) to calm his pressure. There, he was introduced to cocaine and he was given a job offer, drug distribution. Khalid, not in his right mind, accepted immediately, despite the fact that his parents are rich. Khalid thought that he should tell his friends about his new job and asked Sean and Fazarul to work along with him. Fazarul had a hard time choosing as he knows what they are doing is something that could get them hanged. Not wanting to throw their friendship away, Fazarul agreed to be Khalid's colleague.Later, the plot was followed by a list of beatings, smoking drugs, and the usual stuff we thought never happened in our country." Nadia from goodreads


".. terlalu banyak intro..bunga2 bahasa tanpa jalan cerita..cerita ini bagai 1 luahan perasaan..sebenarnya bagus sbg panduan, tp terlalu byk ayat2 lewah..rasanya karangan puitis lg byk dr jalan cerita.. Penat membaca.. Ayat paling best:Jangan kerana seorg perempuan, kita pecah p'sahabatan (lebih kurglah)...Kepada yg dh membeli, selamat membaca.." Hazliana Zahar dari buku tiga lima

"... ok..pendapat saya..buku ni menarik..dr cover buku saja dah buat saya cukup teracun..jalan cerita bagus..cuma saya perlu tegur dr aspek penggunaan bahasanya..agak santai dan bersahaja..tapi ni bukanlah salah satu buku yang boleh saya cadangkan kepada anak2 murid saya untuk dibaca...ayat2 yg digunakan terlalu terbuka dan tidak mendidik anak2 remaja harini menggunakan bahasa yg baik2 apabila bergaul..jadi saya harap penulis2 yg ada di sini alert..penggunaan bahasa mencerminkan siapa diri penulis itu sendiri..elakkan penggunaan perkataan seperti carut atau perkataan negetif..jadi dr 10 bintang saya boleh bg 6 bintang...ini pendapat saya..selepas menilai menggunakan teori maslow..huhu.." 
Shahrol Nizam Zulkifli dari buku tiga lima



".. mula susah nak hadam gaya bahasa, tinggi melangit. Tapi lepas dua tiga bab, gaya bahasa kembali sederhana. senang nak faham. lepas tu kembali dengan cerita mimpi berbau pengaruh alegori george orwell animal farm. Di selang-seli pula kemudian antara kedua gaya bahasa. Faham apa yang cuba di lakukan penulis, untuk mencari keseimbangan antara sedar dan mimpi. Antara tulisan picisan dan temberang gaya bahasanya yang tinggi melangit. cerita mudah di hadam. Anak-anak bawang pun boleh faham dengan mudah. kisah remaja urban, dalam mencari diri juga kematangan hidup dalam ruang kota. Watak di bentuk sedang elok, terpinggir dalam ruang bebas tak terkawal. akibat dari gelandangan anak muda kota urban yang pada zahirnya sempurna, tapi hakikatnya kosong. Kosong macam tin milo yang digendangnya, mencari irama untuk mengisi tekak mualnya. bukan cerita cinta. bukan cerita gangster. bukan cerita politik. bukan cerita keluarga. Epilog 3 naga hanya sebuah cerita yang 'seronok' untuk di baca." elyana dari goodreads


".. Epilog 3 NAGA bwk aku balik ke 13 tahun lepas, SJI, sahabat, skateboarding.. saat2 indah bersama papanselaju dan sahabat tak lupa juga changkat.. haha.. but 1 thing yg menjadi tanda tnya, sama ada penulis ni peminat tegar malique ataupun malique peminat penulis? aku peminat tegar Ritma Atas Puisi Malique. cara penulisan korg seakan2. SALUTE!" Shazril Ezani


".... cerita yang penuh erti sahabat sejati, membuka minda kita untuk berfikir, memilih sahabat" mikail andre


".. apabila anda membuka helaian pertama, anda akan terasa seperti membaca sebuah hikayat pahlawan-pahlawan kuno. pada awal, naskah harus di baca dengan pengamatan yang melangit dan cuba adapt bahasa melayu yang tinggi digunakan oleh penulis. sangat seronok dapat hadam setiap bait tulisan dalam novel ini. selepas beberapa helaian, pembaca di sajikan pula dengan gaya tulisan yang lebih santai dan ringan. diselang-seli pula selepas itu. kenapa pula begitu? kena bacalah naskah novel epilog 3 naga." muhammad aysraf blog kisah si gemok


".. nice way of using words. but yet. falls into un-clear fragment of sentence. such a relieve to have a very light realist, that tell stories of young urban tenagers, with such (with a room to be more mature in his writings) well digest world between real and dreams. and to be honest, i can feel the story more like gus van sant paranoia park" verona from goodreads


"... sedap baca sampai habis. mimpi & realiti saling timbal balik. erti dan pengertian dalam perjalanan ke arah kematangan anak muda. kudos!" azmin hussain dari goodreads


"... ringan tahap 0.1 kg beratnya. tiba-tiba terasa pulak sensasinya apabila disulam sesedap suka penulis. antara ruang-masa & idea-mimpi. " emran dari goodreads


"... fuck man u remind me old days ah..ko tulis citer pasal aku ke manchester plak lah" raafiz rosli









#dapatkan di kedai buku berhampiran ada! sekarang di pasaran massa!





p/s : gua cuba update dari masa ke semasa!

ajinohmotor ; kerja bikin filem yang seronok untuk di tonton!




Film pertama Razif 'Ajiboy' Rashid. AjiNohMotor. punya rencah dan fungsi Rasa yang baik. Pada tajuknya sahaja dapat kita Rasa indexical yg punya konotosi jelas bahwa filem ini punya kelainan dari naskah filem-filem dari brand MIG sebelum ini. Lihat dari posternya sahaja, punya semacam nada soft/halus/lembut/ringan yang menghiburkan! Pasti ringan je benak kepala menonton filem ini nanti!

Dan dari trailernya! nampak cool filem ni. jelas satira komedi terisi dengan moment yang mencuit hati dan dalam masa yang sama menjentik kesedaran. tak ada lah lawak-lawak kosong yang bangang dan membangangkan. sebuah filem untuk rakyat!

Jom kita sama-sama raikan filem pertama dari pengarah muda Razif 'Ajiboy' Rashid' di panggung 20 Sept. 2012 ini!


epilog terakhir 3 naga



... buat mereka yang dah baca atau sedang baca novel epilog 3 naga!





.. ini merupakan fragmen epilog terakhir naratif novel epilog 3 naga yang tidak ada dalam naskah!

"... yang lihat tulisan, nampak dakwat. Dan yang lihat dakwat, nampak tulisan."



EPILOG TERAKHIR

MEREKA bertanya pada aku lagi, kenapa aku sangat suka berahsia? Seraya ini jawabku.

FAZARUL meneruskan perjalanannya dengan nada lelah, lesu, lengit, atau apa pun istilah yang menggambarkan dia berbangsa Melayu, bersama deretan banduan penjara yang lain, dalam aturan barisan sistem yang menyenakkan, dari ruang kantin penjara, masuk ke dalam sel penjaranya. Tiba pada saat ketika Fazarul melangkah masuk ke dalam sel penjara yang menjumudkan itu, di hadapan pintu sel penjara di hujung koridor, kelihatan susuk tubuh seorang lelaki. Wajahnya di selimuti cahaya kelam. Tengkuk Fazarul meremang sayu melihat ke arah susuk tubuh tersebut. Seorang lelaki berbadan tegap, tinggi lampai, punya warna kulit gelap. Entah mengapa Fazarul terpaku kelu melihat susuk tubuh tersebut. Seperti melihat cahaya malaika melintasi pinggir hatinya. Lelaki itu memandang Fazarul dan kasyaf tersenyum.

Fazarul perlahan sayu melangkah menuju ke arah lelaki tersebut. Semakin dekat Fazarul berjalan ke arah lelaki itu, semakin jelas dia melihat wajahnya. Wajah lelaki itu samar di bias cahaya neon kelam, namun masih punya mirip wajah arwah Khalid. Fazarul menghampiri lelaki itu dan tiba betul-betul di hadapan wajah lelaki tersebut. Benar, susuk tubuh lelaki itu adalah Khalid. Lidah kelu Fazarul terkamit rindu. Rindunya pada resah gelisah hatinya yang dimamah ego masa silam. Perlahan lelaki tersebut menghambur kata paling pilu pada jiwa kaku Fazarul.

“Maafkan aku Rul..” bisik Khalid di telinga sahabatnya itu. Fazarul memandang Khalid perlahan dan membilas “..Aku tak akan pernah bencikan kau Khalid. Kalau ada pun yang kau buat salah, aku dah lama maafkan.” Jawap Fazarul khilaf.

Degub hati Fazarul rebah pilu dan menangis di ruang koridor penjara yang punya ranah sayu, yang membias naratif paling indah. Fazarul menundukkan kepalanya, tewas pada ego Rasa pada benak rusuk kirinya dan tertumpah tangis gembira hatinya yang telah melepaskan seksa Rasa salahnya yang telah menghantui dirinya. Beban seksa yang telah lama terhumban jauh dalam benak hatinya. Dia tersenyum sambil Khalid berjalan menuju ke pintu keluar di hujung koridor penjara tersebut. Fazarul hanya mengekori Khalid sehingga di muka pintu keluar tersebut. Khalid dengan nada indah, melangkah keluar dari penjara tersebut meninggalkan Fazarul keseorangan dengan muka kosong yang baru. muka surat satu.

Setiap kita bermula dengan hati yang kosong,
Hati yang kosong itu mudah retak tanpa cinta,
Maka bila ia retak, Kita berjuang,
Perjuangan untuk mengisi kembali hati yang kosong dengan cinta.


Perjuang cinta itu satu cerita,
Cerita itu memberi makna,
Makna yang mengisi hati,
Hati yang berisi lebih keras,
Dari hati yang kosong,
Hati yang berisi agar tidak mudah retak kembali.


MEREKA bertanya pada aku lagi, kenapa aku sangat suka berahsia? Seraya ini jawabku. Di dalam sangkar besi ini aku terhumban. Melunaskan harga kebebasan yang aku kecapi dahulu. Yang aku pohon agar dapat menebus dosaku sehingga nanti akhirnya sempurna, bila mana dapat aku kembali, bertemu dengan anak kecil kakak ku Sofia. Agar dapat aku ceritakan semua rahsia cerita yang aku simpan dalam penjara yang menjumudkan ini. Agar lagu yang aku dendang ini, cerita yang aku gebangkan ini moga-moga jadi yang terakhir buat anak bangsaku yang punya jiwa sang gentala naga. SALUT!


THE END






melankolik 'the worst toilet' ; skodeng sikit epilog 3 naga

 










mak gua pernah cakap! benda free memang sedap!!




p/s : ini cubaan melankolik gua tentang "the worst toilet' dalam penulisan pulpa gua yang panjangnya hampir 500 muka surat pertama! harap dapat di terima! tak terima, boleh singgah bagi sedikit teguran yang membina pembangunan manusia-gua?

antara filem malay-sia akan datang yang harus di tonton di panggung!





29 February - "... satu anugerah atau satu sumpahan?" kita saksikan nanti di panggung!  


lakonan hebat Remy Ishak sebagai ‘Budi’, pencinta sepanjang zaman yang pasti memukau dan merintih hati setiap yang menonton!

".. Apa nak kena dengan kau ni? Sejak kau berkawan dengan budak cina tu, macam-macam perangai kau! Kau ni memang nak menyusahkan semua orang lah!" kata nya.


29 FEBRUARI
sebuah naskah filem
arahan 
Edry Abdul Halim 
di pawagam mulai 30hb Ogos 2012!



ayuh zomba sekalian!


....


sebuah filem
arahan
Datin Paduka Shuhaimi Baba
di pawagam mulai 13 september 2012!



tanda dan petanda-kedatangan seorang putera. "..suatu dilemma melayu"


*Antara peristiwa yang di isi dalam gagasan naratif filem Tanda Putera


*Perjuangan memartabatkan bahasa Melayu telah melalui sejarah yang panjang. Keranda 152 adalah satu episod dari rantaian perjuangan meletakkan bahasa Melayu di tempat yang selayaknya. Peritiwa 13 Mei 1969, kemudiannya seakan menjadi penyelamat apabila bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar utama dalam dasar pendidikan negara. Kemuncak perjuangan ini menyaksikan lahirnya Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1970 yang menyaksikan buat kali pertama, bahasa Melayu digunakan sepenuhnya sebagai pengantar utama.




*Pada bulan April 1969, seorang petugas pilihanraya UMNO, Encik Kassim Omar telah dibunuh dengan kejam oleh pemuda-pemuda Parti Buruh. 

 "... Dan mayatnya diconteng dengan cat merah dan ditulis ‘Jangan Mengundi Dalam Pihanraya’. Hal ini menunjukkan pengaruh komunis dan sikap mengagung-agungkan Mao Zedong.



p/s ; dan kedua-dua naskah filem ini punya simili pada gagasan naratif-satu paksi pada ruang-masa dan latar landskap ( milieu ) yang berbeza.


Long live Malaysian Cinema!

Rebiu filem 8 jam








semalam gua ke panggung pukul 8 malam tontonyang filem 8 jam. gua sampai panggung kul 8! Gua dah lambat sampai! gua beratur panjang, nak beli sweetcorn dan air pepsi. seraya dapat sweetcorn yang awek gua 'tolong' bayarkan, gua gegas membontot awek gua yang berlari masuk ke dalam panggung hall 3. bila gua buka pintu panggung, air pepsi gua terjelepuk jatuh depan pintu masuk panggung. angin satu badan gua tengok air pepsi gua yang berlimpah tuh. gua gagah kan jugak masuk panggung. buat bodoh sambil awek yang duduk kerusi belakang sekali ( house-seat namanya ) pandang-pandang gua yang tengah ralat menonong air pepsi gua tu. ( yang entah mana macam mana pulak dorang dapat duduk seat VIP tuh? ) getus gua tengok awek dua orang tu! dalam gelap, gua duduk kerusi tengah panggung, mula melayan sweetcorn gua tanpa air pepsi  sambil menonton 10 minit pertama filem 8 jam. disusuli dahaga gua memuncak sepanjang 80 minit yang berikut, menonton filem 8 jam ni.

awek gua tanya. "...sweetcorn ni macam tak sedap lah." Gua balas. "...mungkin tak cukup 'garam'." "... atau mungkin tak cukup 'marjerin' agaknya!" bentak awek gua yang memang pandai sangat kritik pasal makanan. Gua senyum ( dalam hati ralat sangat ) dan terus melayan sweetcorn gua yang tak berapa nak 'sedap' malam tuh sambil mata gua terkuak menontonyang filem 8 jam terbitan M.I.G arahan Ahmad Idham. kah kah kah.



p/s : hanya apa yang gua rasa ketika menonton.

astro ; my home town?



lu org bikin! dorang tayangkan! dorang nak dengar citer lu org pasal pekan lu org!!!




gua bosan-bosan, cuba mengisi kebosanan lepas layan biskut kering, loya-toya, ketar lutut. budak cengeng nak cari idea. nampak pekan aku macam menarik malam ni. lain macam dia buat gua pening-migrain. gua amek kamera gua. layan rakam. jom kita layan benda ni?? 


gua sayang pekan gua!! kenapa gua sayang pekan gua? sbb kat pekan gua ada uncle wong. lelaki cina, umur 58 tahun, fasih berbahasa melayu, jual nasi lemak daun pisang siap bukus pakai kertas surat khabar tamil press!, sambal ikan bilis terbaik seluruh pangea!




click bawah ni pun boleh, tengok macam best je layan. ".... bila pekan kampung simpang siur nampak menarik tika-mana gelap-bosan-kosong melanda republik benak budak cengeng macam aku neh!" jom layan!  







Rebiu filem ; aku, kau dan dia




semalam, sebelum gua pergi menonton euro, gua ke panggung dengan awek gua! layan filem yang dikatakan naskah terbaik dari pengarah muda Pierre Andre, Aku, Kau dan Dia. Lakonan Remy Ishak, Pekin Ibrahim dan Zarinatasha Jamal apa ntah. lu org pi tanya lebai google lah nama pelakon baru ni, sebab dia maha mengetahui bukan?!

dalam panggung, tengah gelap, gua sibuk melayan sweetcorn gua yg kesedapannya tahap sedang elok di lahapkan tekak gua yg loya pada visual-image yang di momok kan oleh emosi watak dalam naratif yang semacam melankolik yang membutuhkan benak gua. Namun dari se-awal naratif bermula, gua faham juga apa yang hendak diceritakan Pierre dalam ruang-masa watak Mia ( lakonan Zarinatasha ) yang semacam "the beautiful mind' ini. Membuka sudut pandang dari 'state of mind' ( internal sunshine of the spotless mind ) seorang gadis comel molek, anak orang kaya  yang baru lepas kematian tunangnya Ilhan ( lakonan Pekin Ibrahim ). sedap bila indikasi kecil dalam naratif memberikan kita-gua terikut bersama dalam rentak Rasa schizophrenia  budak Mia ni. serasa gamat gagasan filem 'fightclub' apabila benak emosi di mainkan dalam koda warna sayu-melankolia. Tapi pada gua watak-watak fisikal imaginasi schizo bukan kah seharusnya tidak boleh berubah? umur, rupa, bentuk asal fragmentasi imaginasi harus kekal selamanya. yg gua faham lepas menonton filem 'the beautiful mind' arahan Ron Howard dulu!? atau mungkin naskah filem juga hanya sebuah naskah filem. tidak ada betul atau pun salah.

perjuangan Mia dalam mengharung duka-laranya akibat kehilangan cinta-agungnya Ilhan, sangat indah apabila pengarah (pierre andre) membawa kita-aku meneroka fikir-rasa gadis cantik-molek ini dalam visual gelap-kelam dan sesekali watak diletakkan dalam susuk silhouette. Gua juga Rasa terkesan dengan penggunaan bahasa alam seperti 'angin' dalam perkembangan naskah lakon layar Pierre. sangat menarik apabila angin yang seingat gua punya konotasi 'bahwa akan ada kematian atau mungkin juga kelahiran' ( dalam gagasan makna akan ada yang pergi atau datang kembali )  di gunakan dengan sangat baik oleh Pierre. Scene ketika Mia terbaring dalam bilik sedang terkunang mata lesunya untuk terlena, angin bertiup dan kedengaran bunyi loceng! Ting! dalam fragmentasi imaginasiNya.

terkesan juga apabila manusia di sekeliling Mia yang begitu tenang-terkawal apabila mengetahui akan penyakit yang sedang Mia harungi itu, membantu Mia dengan nada pluralisme (penuh kasih-sayang). Ini gua salut pierre!! namun di manakah sisi asas yg harus ada dalam gagasan filem yang dibikin oleh pengarah muda yang sesungguhnya berugama islam? dimanakah tuhan yang mencipta dan menentukan segala. dan kita-aku mencari rentetan pada indikasi jelas gagasan naratif yang akan membina sudut pandang kita-aku pada pengisian yang baktil yang mana kita hamba tuhan yang maha esa! harus redha pada qada dan qadar ketentuanNya! jadi dimana sisi ini dalam perkembangan-ruang-masa naratif? sayang kerna itu, gagasan naratif menjadi kosong-buta-tak bernyawa! hanya cerita dan emosi yang meleret tiada paksi!

namun begitu, scene hyper reality imaginasi Mia juga sangat indah diterjemahkan Pierre, bantuan Abg Khalid Zakaria ( Cinematographer ) juga set Abg Ashraf ( Art Director ) membantu menjelaskan indikasi penting perkembangan naratif yang disimpan ( fore shadow information ), memberi nadi pada gua untuk sama bernafas, mencari, dan mengenali watak dalam ruang-masa naratif. Maka fungsi entiti ruang-masa itu terisi benar. resolusi naratif diberi indikasi kecil sepanjang naratif bergerak dan berkembang (walau hanya dalam ruang-masa-pemikiran watak Mia ).

dari sisi pembangunan dan perhubungan watak, pierre bijak mengaturkan ruang pertemuan  Izlan ( Remy Ishak ) dan Mia dan bibit rasa yang membuka kembali semangat Mia yang duka-lara-parah kerna cintaNya itu. namun tiada apa yang dapat di lihat selain itu. "... dan gua mula menyedut air pepsi yang mulai kehabisan, hanya tinggal air batu yang menyenak benak kepala gua yang menggerutu! dahagakan sesuatu! nak keluar panggung takut terlepas momen-momen yang mungkin menarik jiwa-resah-gelisah gua yang mahu disentuh! dan gua budak cengeng terkedu dalam menanti sesuatu itu sambil cuba menyedut saki baki air pepsi yang sedikit itu!" sedih.

Namun yang jadi masalah pada gua bila dialog-dialog yang meloyakan gua, puisi cinta yang tak punya sebarang keberatan ( weight ) di tampal dan di sampaikan tak kena tempat. Semacam punya rasa kepura-puraan dialog puitis yang di ucapkan. kerna pada gua ritma patah kata yang tidak punya suara ( resah-gelisah sang pencerita tentang apa terbenak dalam hatinya tentang sesuatu yang lebih bermakna) yang hanyalah puisi yang tidak punya makna! (seperti budak darjah enam baca atau tulis puisi tanpa tahu apa makna sebenar puisi itu!) dan itu yang gua Rasa dalam patah kata puisi dalam filem Aku, Kau dan Dia! meloyakan sifat ruang-masa naratif yang tak punya tsaqafa!


gua punya pendapat, Aku. Kau dan Dia, semacam percubaan Pierre untuk bercerita sesuatu yang dekat dalam lubuk rusuk kiri tubuhnya, serasa benar karya cinta agungnya, namun sedikit mencuba dalam kepuraan. apa yang agungnya kalau sifatnya hanya liberal- dalam nada pluralis!?  sayang sebab bukankah ini filem terbitan Tayangan Unggul? lu ade team yg sangat baik untuk digunakankan. namun naratifnya masih mampu gua katakan punya sesuatu yang harus ditonton! jadi jum tgk di panggung dan mungkin lu org boleh share apa yg lu org rasa?? dari gua menceceh syok sendiri nak cuba hidang kat lu org?!

"... dan pukul aku sampai mati" budak pailang!




Filem Budak Pailang arahan Hashim Rejab ( Sekali lagi, Papa I Love You ) kali ini kembali dengan sebuah naskah filem yang lebih kasar sifatnya! membuka sisi gelap yang terkesan pada watak juga naratif. Kerja kamera yang baik dari Shareel ( d.o.p Papa I Love You, Mantra, 7 Petala Cinta, Hantu Dalam Botol Kicap ) dan Nordin Ismail ( Che Din ) selaku pengarah seni buat julung kalinya.

Dari gaya trailerNya. memberikan sensasi Rasa teruja apabila melihat anak muda kota ( yang melieuNya di bawah jambatan lebuhraya bertingkat, rumah flet kos rendah, sebalik tembok di pinggir landasan keretapi, dan dan dan  ) dalam resah-gelisah mencari ruang- dalam ruang-masa yang semacam terasa benar dapat disentuh oleh jiwa anak muda masa kini! kesan dan akibat yang terbentuk dari ruang yang sempit membuat jiwa anak muda memberontak mencari ruang untuk bernafas, dan akhirnya bertarung antara mereka sendiri, untuk terus teRasa bernyawa!

".... dan pukul aku sampai mati!"


Dari trailer, gua tidak lah pulak mampu menilai keseluruhan naskah filem. Namun secara jujurnya, dari apa yang gua lihat, ritma jiwa anak muda yang jujur, naif, bukan kepalang, terisi dalam ruang yang semacam sempit dalam pemberontakan emosi yang sifatnya kasar persis filem Serigala Terakhir arahan Upi Avianto.


Sama-sama kita sabar menunggu kemunculannya di pawagam 1 November 2012 nanti!



"... kau pailang? bak datang!" katanya.

AjiNohMotor ; filem pertama dari pengarah muda Razif 'Ajiboy' Rashid!







Film pertama Razif 'Ajiboy' Rashid. AjiNohMotor. punya rencah dan fungsi Rasa yang baik. Pada tajuknya sahaja dapat kita Rasa indexical yg punya konotosi jelas bahwa filem ini punya kelainan dari naskah filem-filem dari brand MIG sebelum ini. Lihat dari posternya sahaja, punya semacam nada soft/halus/lembut/ringan yang menghiburkan! Pasti ringan je benak kepala menonton filem ini nanti!



AJINOHMOTOR sebuah filem aksi romantik islamik komedi ( dari genreNya gua belum hadamkan maksudnya) tapi yg pasti ia bakal menggegarkan panggung serta membuatkan kita tergelak terbahak-bahak dengan unsur-unsur komedi satira yg punya gaya bahasa semacam Ernts Lubitsch, Aki Kaurismaki atau mungkin Yoji Yamada-Tora San! ( watak-watak naif dalam ruang-masa yg mengelirukan membentuk satira komedi yg menghiburkan ) : apapun AjiNohMotor akan mula di putarkan di panggung pada 20 September 2012! Lakonan Zalif Sidek, Alex Yanz, Shahfiez, BoyIman, juga Wawa Zainal!



Yang belum mengenali Razif 'Ajiboy' Rashid, beliau merupakan pengarah muda dari kelompok pembikin filem muda di bawah program pengarah muda MIG (bakat pengarah muda yang digilap David Teoh yang punya potensi sangat besar!). Dan kalau penting untuk diketahui, Razif 'Ajiboy' Rashid juga antara anak didik maestro Mamat Khalid ( Kala Malam Bulan Mengambang, Hantu Kak Limah Balik Rumah) yang mana beliau ( Ajiboy) menerima didikan secara direct (maksud gua beliau antara yang terpilih dalam proses penurunan ilmu yg lebih mesra!) dari abg Mamat Khalid sendiri (untuk lebih senang difaham, kira abg Mamat turunkan Saka kat Ajiboy lah lebih kurang! kahkahkah). Dan gua pasti Ajiboy punya sentuhannya sendiri yang di bentuk dari gagasan pemikiran Mamat Khalid! Itu yg buat gua teruja nak menonton filem Ajinohmotor ini di panggung nanti!



Sama-sama kita nantikan kemunculan naskah naratif Razif 'Ajiboy' Rashid ini di panggung 20 September 2012!







p/s : mungkin gua akan cuba sembang lebih lagi tentang naskah filem bila gua berkesempatan menontonnya nanti! dan harap Razif 'Ajiboy' Rashid dan filem AjiNohMotor, dapat membentuk satu trend waima branding baru pada kelaziman filem-filem terbitan MIG!

novel bogel tulisan gua ; epilog 3 naga









Harga: RM 19.90
ISBN: 978-983-124-797-6
Halaman: ~496
Bahasa: Bahasa Melayu
Berat: 500 gram
Tarikh Terbit: 15 Jun 2012
Kategori: Novel



Adegan 1

Celik

KETIKA ini aku lelah, lesu, lengit, malas, atau apa pun istilah yang menggambarkan aku berbangsa Melayu. Yang aku tahu, hidup ini hanya ada buku, DVD cetak rompak dan kadangkala kalau mahu bersosial, aku akan ke panggung. Itupun kalau ada filem yang Sofia mahu tonton. Selain meneroka kepala gila sang legenda pemikir dunia. Agar dapat memahami cerita-cerita picisan mereka. Untuk aku memahami jalan hidup yang pernah mereka lalui. Agar dapat aku teladani patah-patah kata mereka yang tak pernah aku faham, walaupun berbeza-baza dialektikal gagasan idea merata. Namun, akhirnya aku sangap sendiri. Menanti sesuatu yang dicari untuk datang bergolek-golek, macam ayam golek dari bazar Ramadan. Atau mungkin ayam betina dari bangsal kelam dengan lampu neon warna warni, di pinggir tanah licin. 

Aku sendiri, sentiasa mahu mempercayai bahawa aku berada di atas landasan yang betul, namun mencari landasan yang mana sebenarnya aku berada. Di mana pun aku berdiri, berada, bila mana pun, pasti akan ada suara. Walaupun dalam sunyi. Hanya jika aku mahu. Atau mungkin tidak ada apa pun yang sebenarnya aku katakan. Sunyi dan sepi sendiri, masih menyeronokkan jika punya gagasan idea yang mampu mengisi ruang kosong ini. Biskut samprit coklat yang diisi dalam tin Milo, biskut kegemaran aku yang mama buat sudah habis, kosong, yang tinggal hanya saki-baki serbuk coklat yang manis di dalam tin Milo, di depan mata aku. Meredap aku sendiri. Dan tekak aku masih mualkan sesuatu. 

Sambil aku mengetuk perlahan tin Milo yang kosong itu dengan jemari kurasanku, mendendangkan rentak lesu, mencari ilham untuk melakukan sesuatu, untuk mengisi kebosanan kepala aku yang masih berdengung. Dan aku mula tonyoh, conteng atau mungkin menulis sesuatu, di muka-muka kosong jurnal picisan aku ini, tentang aku. Tentang kita. Dan semua kita yang bernama manusia yang punya limitasi akal. Kemuncak limitasi akal ini lah adalah kesedaran yang akan membentuk perubahan. Anjakan gagasan pemikiran. Suatu revolusi pemikiran berlangsung dan membentuk dunia pandang baru. Gagasan idea. Sebuah dentuman yang akan mengejutkan kita dari lena yang mengasyikkan, membentuk suatu kubikel kesedaran. Bunyi dentuman guruh di langit mengejutkan tidur-tidur ayam aku. Ketika aku yang sedang lena berlengkar di atas katil. Kepalaku menerawang melihat kipas silling yang berpusing menghasilkan bunyi nyaring yang menyakitkan hati. Kemudian mataku beralih melihat ke arah peti televisyen di dalam bilik ini, yang sedang menyiarkan berita. Rimas benak mata melihat berita TV yang disiarkan tanpa aku langsung mengambil perhatian terhadap apa yang di perkatakan wanita Melayu kacukan Cina tersebut. Akhirnya hanya manusia menghukum manusia dan manusia mengkafirkan manusia lain. Humanistik menjadi medium propa kesesatan, terutama apa yang sedang berlaku di balik tanah tumpah darah. Telinga aku menjadi tuli dan mata aku benak menjadi lengit. Aku tak gemar dalam keadaan lengit begini. 

.....

antara mimpi dan celik. 
3 remaja mencari kebenaran dalam pengembaraan. 
dalam sedar juga tidak.
.
Adegan 2

Mimpi

DERU angin dari kipas siling bilik ini kedengaran semacam mentertawakan aku. ‘Sial!’ bisik hatiku. Sambil mengira, satu hingga sepuluh, cuba menenangkan diri. Seperti mengira biri-biri yang melompat melintasi pagar di atas kabus lapang. Sesekali aku cuba mengelat, memandang ke arah mana mereka tuju, cuba mengatur langkah untuk memerangkap mereka nanti. Mereka ketawa sambil bertempiaran memanjat ke puncak gelung besi.

Selesai aku mengira, aku membuka mata. Cahaya silau menyenakkan mata. Aku melihat mereka di atas puncak gelung besi ini mentertawakan aku dan aku bergegas memanjat gelung besi itu, mengejar mereka, Khalid, Sean dan Iskandar yang cuba melarikan diri dari aku.

Mereka ketawa, sambil cuba mengelakkan diri dari aku yang cuba mengejar mereka di gelung besi di taman permainan itu. Mereka memanggil aku lengit berulang-ulang kali. Hampir 10 minit aku cuba mengejar dan menangkap mereka, sehingga aku menjadi lelah, mengalah. Dan aku ditertawakan.

“Lengit! Arul lengit! Arul lengit!” ulang Khalid, Iskandar, dan Sean.

Aku tak tahu sama ada aku gembira, punya rakan-rakan baik dan mereka bersama-sama aku dalam dunia permainan kejar mengejar di taman permainan in. Atau aku sedih kerana aku manusia yang cepat mengalah. Mereka bingkas dan licik, mentertawakan aku. Aku kemudian mendesak tubuh badan aku untuk terus mengejar mereka. Tiba-tiba suara ketawa itu terhenti. Aku yang berada di atas puncak gelung besi itu memandang ke bawah melihat tanah padang permainan itu bertukar menjadi warna merah pekat. Aku ketakutan dan pandangan mata aku semacam melihat kesan vertigo ke arah bawah gelung besi itu. Seperti dalam filem klasik Alfred Hitchcock! Nafas aku berdegup kencang. Aku takut dan menutupkan mata, mengharapkan ketakutan itu akan hilang. Kejutkan aku dari mimpi yang aneh ini!

Aku membuka mata kembali dan deruan angin dari kipas siling ini semacam punya ritma dan irama yang membingitkan.

Mungkin benar aku budak cekai atau mungkin malaun yang malang! Yang akhirnya tewas, pada yang menipu dan yang tak sedar ditipu. Namun budak berintenet, yang tak mudah ditipu, juga dikenali mereka sebagai graduan blogspot. Benar teknologi merapatkan jurang geografi dunia, tapi teknologi juga membunuh komunikasi fizikal sesama manusia. Yang terjadi, aku dan mereka yang menjual burger, punya harapan. Menyimpan harapan di kaki lima, tamadun Andalusia zaman ini. Aku bukan dan tidak punya sebarang masalah delusi grandeur, malah aku rasa aku ini anti grandeur-delusion! Kesudahannya katil empuk ini semacam menelan aku. Membenam tubuh layu aku seperti rasa dalam dingin badan aku. Dan katil ini seperti jalan kehidupan yang menelan aku hidup-hidup. Semacam road movie! Seperti filem Thelma And Louise? Badlands? Atau mungkin Dari Jemapoh Ke Manchestee? Jalan raya menjadi indikasi bagaimana untuk melihat sesuatu dalam hidup. Lengkarkan tubuh di katil ini dan jangan berharap untuk menentang godaan untuk bingkas bangkit dari lena. Katil dalam bilik aku ini punya jembalang, mambang, hantu mahupun jinnya sendiri!

Aku sendiri hanya menyerah bila mana katil dan tilam ini sudah mencengkam tubuh aku yang lesu. Sensasinya tidak mampu aku kawal. Tubuhnya yang lembut, putih dan gebu. Bila mana tubuh aku bertemu dengan tubuhnya, aku tenggelam dalam sensasi magisnya. Bersatu, meletuskan nikmat syurga di dunia. Kepala aku masih berpinau, berdengung! Memikirkan tentang aku, kami dan makna pada epilog tiga naga ini. 

Aku sendiri yang buat pilihan. Atas apa yang aku mahukan dalam kehidupan. Mungkin, dalam perjalanan hidup, dalam kepelbagaian pilihan yang dibentangkan, kita silap membuat pilihan. Tapi adakah kerana kita takut untuk membuat pilihan, kerana takut pilihan yang kita buat itu nanti tidak akan sempurna, maka kita tidak membuat pilihan tersebut?

Aku masih lagi tercampak dan berlengkar di atas tilam empuk ini. Aku menutupkan mata, dan hanya itu yang aku mampu lakukan. Tutupkan mataku! Namun, aku takut untuk terlena. Kerana aku punya mimpi yang sentiasa bermain dalam lena aku kini. Dan mimpi ini sentiasa berulang-ulang.

Mimpi ini seperti permulaan filem arahan Andrey Tarkovskiy, Andrei Rublev. Hanya ia berlangsung di sebuah festival belon panas. Melalui sebuah belon panas yang terbang tinggi, aku mengelilingi kota yang tak pernah aku kenal. Dan bila aku bangkit dari mimpi ini, persoalan yang berada di atas gagasan otak aku adalah sama seperti soalan Mawi ketika baharu keluar dari Akademi Fantasia! “Rasa macam mimpi!”

.........

buku novel Epilog 3 Naga hanya akan ada di pasaran massa awal bulan August 2012!

tapi kalau ada yg terdetik nak dapatkan naskahNya awal! jom datang beramai-ramai ke Pesta Buku Selangor di SACC awal bulan July ni! naskah novel Epilog 3 Naga akan di jual di sekitar pesta buku tersebut!

p/s : KLIK SINI untuk membilas tekak yang mual.



tulisan layang untuk dr pHd syok sendiri yang bijak pepandai!




selepas kak nab merujuk pada gua akhbar sinaran hairan minggu lalu, dan selepas gua lelah, lesu, lengit dan macam2 lagi yang mengambarkan gua seorang pemuda melayu dan apabila selesai membelek gambar2 yang terlampau banyak sangat di antara lima muka surat tulisan agung Nita Abu Hassan dan Haslina Kamaludin itu, gua mulai sgt kusut dan kepala mengerutu republik kutu gua berdenyut kencang, terketar lutut! namun gua gagahkan juga menghela patah kata petikan picisan tersebut walaupun ia menyenakkan mata gua yang masih rabak dek mereneng semalaman melayan biskut kering member gua husin mata toncit di kaki lima universiti mamak tepi longkang!




dalam fikir gua, benar, filem harus punya polimik! agar ia akan terus hidup! punya gagasan perdebatan! dan tiada siapa berhak menidakkan hujah polimik ini dari pinggir bibir montok sesiapa pun! dan hujah ini akan terus membuka ruang-masa sesebuah filem (naratif visual-imejan) agar terus immortal! namun bila hujah berbaur retorik ala-ala peluru pepandai yang memalu patah kata yang meloyakan seperti antaropologigil, seksologigil, sosologigil, dan berbagai lagi yang menggigilkan kepala lutut gua, bila ia terlintas di halwa benak mata bingit gua ini yang berair-air ijakulasi yang mengelikan, gua jadi lebih bingung, geli kerana tersentuh. Benar bila teks naratif membuka subteks dan kemudian di susuli sudut pandang idealogi pada sisi ism-ism yang di lihat dari sisi kesan dan akibat pada pemahaman terhadap idealogi yang di gebangkan waima di gorengnya!, dan dan dan. namun begitu, apa lah yang lu busuk hati sangat. kalau lu bijak pandai, apa lah kiranya kalau lu buka teks filem untuk di debatkan, mencari dan membuka ruang polimik, dari lu menceceh macam budak-budak mentah dengan hujah yang tak pun terhaul dek otak tepu zomba yang sentiasa tercari-cari otak2 yang mengiurkan untuk di lahap. nama dr phd! tapi sembang macam pelajar taska cuddies. kah kah kah.




dan dr! tak ada istilah filem seni? filem itu? filem ini! filem adalah filem dr phd woi!! sebagaimana buku adalah buku! tak ada pulak orang nak kata "ini buku seni"?? hanya pengisian yang menentukan citarasa sang pembaca! tak belajar kat taska cuddies ke??


pada gua begini. "...If you dont like a certain food, you just leave it. You dont go around telling the whole country that they shouldnt taste it too. To whomever it may concern, you can start by being fair if not smart. Don’t let the world laugh at you over childish issue blown out of proportion!"


dipetik dari bidas malique tentang lirik bawa aku pergi!


p/s ; gua tersenyum kambing yang tak mandi 3 tahun tak henti-henti ketika membelek petikan tulisan tersebut sambil mulut busuk gua tak putus-putus melayan kuih talam di gerai nasi lemak uncle wong! namun dalam hati gua sangat sedih bila ada bijak pepandai kita yang punya hati tengik!




oh!! uncle wong sangat fasih berbahasa melayu, lebih fasih dari gua!!

Rebiu filem 7 petala cinta ; naskah yang baik dalam lakon layar yang sempit



*sebelum gua menceceh lebih panjang tentang filem 7 Petala Cinta ini, ingin gua tekankan bahwa gua bukan penulis waima pengkritik filem. Gua hanya penonton tegar amatur yang hanya mahu berkongsi apa yang gua rasa tentang filem yang gua tonton dalam bentuk tulisan di blog picisan ini. "chillax lah!... harap nada ini tidak terlalu apologetic!"

suatu ketika dulu, pernah gua mendengar deru nafas arwah yasmin ahmad pernah menyebut, bahwa arwah sebenarnya bikin filem untuk ibu dan ayahnya tonton! dan orang yang pertama yang akan membidas filem yang di bikin nya itu adalah ibunya. Dan pada gua filsuf arwah itu sangat jujur dan punya paksi yang sangat utuh. Jadi gua membikin perhitungan dan Rasa-fikir kira-kira apa yang bonda gua suka itu sebenarnya adalah sisi sebenar apa yang di minati oleh majority masyarakat kita yang mungkin juga merupakan sudut pandang sebenar makcik kiah dan mak bedah di belah-belah kampung sana nun! kerana mereka yang sebenarnya kelompok paling besar dalam menyumbang pada kesesakkan zomba di panggung!

Dan kerna gua tahu bonda gua suka pada filem-filem bollywood, malam semalam gua berjaya menyakinkan bonda gua untuk turun menonton filem 7 Petala Cinta di panggung. Dan buat pertama kali, bonda gua tersenyum selepas menonton filem tersebut dan dengan nada kasyaf bonda gua membilas, ".. bonda suka lah cerita ni?" dan hati gua mengiyakan kata bonda itu dengan jujur.

Sebelum itu, gua sekali lagi menegaskan bahwa filem tidak langsung harus mempunyai waima membawa sebarang mesej. Posmen sahaja yang bawa mesej dalam surat yang di bawanya, atau mungkin dalam telefon bimbit yang kita guna yang punya khidmat pesanan ringkas yang membenarkan kita berkomunikasi menggunakan mesej. Jika ada pembikin filem bersembang bahwa mereka sendiri yang cuba menyampaikan mesej dalam filem, jangan nak membongak lah!! Dan jika  kita mencari mesej dalam filem, maka pada gua, kita dah sesat nih!

Naskah naratif 7 Petala Cinta tidak harus mengandungi mesej, hanya sisi moral yang di lihat sebagai sesuatu yang mungkin dapat di terima sebagai pengajaran atau mungkin sudut pandang, dalam nuansa bahasa naratif imejan yang bersifat suatu penyataan sama-ada dari sudut sosial, filsuf kemanusiaan, dan dan dan. Dan sudut pandang ini harus bersifat subjektif dan terbuka. Dalam filem 7 Petala Cinta, sudut pandang ini mungkin di lihat sebagai suatu dakwah islamik namun untuk gua bercerita dari sudut dakwah ini adalah tidak wajar, kerana gua bukan manusia yang punya hak untuk memperkatakannya dengan lebih lanjut. Yang terang, naratif 7 Petala Cinta dan manusia juga watak yang berlegar dalam alam naratif itu berpusar dalam ruang keagamaan juga nafas cinta mereka pada yang maha esa. Namun, melalui lakon layar di tangan pengarah Azhari Zain, nafas cinta agung ini hanya dapat di lihat di permukaan naratif dan tidak berjaya mengheret penonton untuk lebih dalam meneroka sisi tersebut.

Benar, buat pertama kali selepas berpuluh filem yang telah di lahirkan oleh pembikin filem upahan MIG, filem 7 Petala Cinta antara yang punya sesuatu yang baik untuk dipertontonkan. Naskah naratif tulisan Shariman ini sangat baik dan susun kata ayat-ayat cintanya di terjemahkan jujur dengan sangat baik oleh watak lakonan Aeril Zafrel dan Diana Amir. Sehingga pada fikir gua, bayang pelakon senior Fizo Omar terlindung oleh bayangan jujur lakonan Aeril Zafrel yang gua rasa sangat baik. Ya, gua sebut sangat baik. Gua percaya naskah naratif dan watak Attar yang di lakonkan Aeril ini adalah makanannya. Jiwa dalam lakonannya dalam 7 Petala Cinta punya ruh yang sangat jujur, namun tidak di kawal dan di kembangkan sebaiknya jiwa pada lakonannya ini untuk membuka waima meneroka dimensi yang lebih luas, untuk menjadikan watak-watak dalam naratif yang asalnya 2 dimensi di teroka lantas menjadikan watak dan naratif ini waima landskap ruang-masa naratif menjadi lebih 3 demensi dan dapat di lihat dengan jelas dan terang, juga dapat di dekati oleh penonton dengan lebih terkesan. Kerana pada gua yang di lihat di layar, watak dan perwatakkan tidak punya hubungan yang simentik dengan imejan dan landskap naratif, waima punya sebarang depth pada naratif. pada kira gua, filem ini tiada apa yang lebih dari sebuah cerita melonkolika cinta antara manusia.

Kemunculan Aeril Zafrel dalam 7 Petala Cinta selepas filem pertamanya Aku bukan Bodoh yang pada gua tidak lansung memperlihatkan sebarang kesan pada layar juga penonton , kemudian di susuli dengan filem Cinta Kura-Kura yang juga tidak berjaya memperlihatkan sisi lakonan yang lebih matang dan baru-baru ini, drama telemovie Pelarian yang juga pada gua agak sempit ruang lakonnya. Namun melalui naskah filem 7 Petala Cinta, memberikan gua sudut pandang baru pada pelakon yang baru bertatih ini semacam Aeril kini  mula melangkah dengan langam lebih gantang dalam industri perfileman tanah air. Terasa lakonannya punya emosi yang jujur dalam juga luaran fisikal lakonannya. Mungkin kita kini sudah di kurniakan seorang lagi pelakon muda hebat yang bukan hanya sekadar bintang MIG! Gua nantikan lakonannya yang akan datang dari Filem arahan Hashim Rejab (pengarah filem Sekali Lagi), "Budak Pailang" yang mungkin akan di tayangkan tahun depan agaknya!

Namun naskah naratif Shariman ini di muntahkan bulat-bulat dengan lakon layar 7 Petala Cinta yang melemaskan dan kelihatan lakon layar filem ini agak sempit dan sedikit menyesakkan. di tangan pengarah Azhari Zain, naratif tidak berjaya di buka seluasnya dan tidak di kembangkan agar ruang-masa naratif dapat di hidupkan dengan lebih jujur dan terbuka luas. namun masih ada beberapa shot yang punya Rasa membuka ruang naratif penceritaan untuk dapat di dekati oleh penonton, contoh, shot telumit kaki yang memijak lantai kayu yang lembut ketika jemaah merapatkan saf. Juga shot ikatan sarban Hamka pada tiang buluh jeti usang, tempat dimana Hamka dan Saidatul Nafisah bertentang mata sebelum Hamka ke Yamen. Namun ia tidak mampu mengangkat naratif secara keseluruhannya kerna penonton di bawa dekat seketika dan kemudian di biarkan kosong kembali dengan nada mono naratif yang lebih kormersial dan sangat straight forward dan hanya bergantung pada tutur dialog yang bernada sufism dan juga komposisi shot yang cantek tapi tak punya sebarang indikasi yang lebih menarik untuk di teroka?

Kenapa? Takut filem ini jatuh dan tidak komersial jika dikembangkan dengan lebih jujur dan punya lapisan yang lebih matang? takut nanti tak terjual? Sayang, kerna naratif 7 Petala Cinta punya cerita yang pada gua baik. dan gua rasa kira kalau naskah naratif 7 Petala Cinta ini dibuka dengan lebih jujur sedikit lagi, mampu lebih menggegarkan layar perak panggung! Walaupun naratif 7 Petala Cinta di lihat semacam timbal-balik dari kitab Karan Johar atau mungkin juga kitab filem-filem Bollywood. Namun ini tidak menjadi masaalah pada gua kerna bonda gua juga sangat meminati filem-filem bollywood. dan gua tak ada masaalah dengan filem bollywood.

landskap dan melieu 7 Petala Cinta kelihatan agak pretencious, set abang John terlalu cantek dan tidak punya keseimbang dalam rekaan set atau dengan bahasa kasar sikit, yang lebih difahami, set terlalu bersepah-sepah, untuk naratif 7 Petala Cinta. Agak-agak adegan lorong belakang kedai dah tak perlu nak kotor dengan sampah sangat agaknya? mungkin juga latar set pernikahan Attar dan Saidatuiul Nafisah tak perlu nak lampu warna warni beriya sangat agaknya! namun ini antara contoh pada fikir rasa gua sendiri. dan gerak kerja sinematografi Shareel tidak berjaya menghidupkan roh landskap naratif juga pencahayaan yang monotonous yang mematikan layar set tersebut. Mungkin sebab "penyakit tembok" yang di alami pembikin filem upahan MIG. dari jauh nampak segala yang berada di atas juga dan mungkin juga di seberang tembok tapi bila berada di depan tembok, otak jadi tepu dan sudut pandang mulai sempit. Mungkin kerana faktor-faktor dalaman yang menyebabkan penyakit ini menular. Tapi sayang, kerna naskah naratif 7 Petala Cinta yang baik ini sia-sia dengan usaha yang yang tidak kesampaian.

Namun sekurangnya filem 7 Petala Cinta secara jujurnya, masih menghiburkan dengan lakonan jujur yang baik oleh Aeril Zafrel dan naratif cerita tulisan Shariman yang baik. Gua tekankan yang gua cakap adalah naratif ceritanya bukan lakon layarnya ya! kali ini gua berikan kredit pada panel script metrowealth kerna menemui naskah naratif yang baik! walaupun pada gua naratif sebegini bukan lah sesuatu yang baru, selepas kewujudan filem ayat-ayat cinta atau mungkin juga filem ketika cinta bertasbih, dan dan dan, atau lebih dekat filem Nur Kasih, yang menganjurkan naratif yang berunsur ketuhanan. namun ini juga tidak menjadi masaalah pada gua kerana 7 Petala Cinta masih punya cerita yang menarik! namun baik yang gua maksudkan tidak lah adil jika mahu di bandingkan dengan naskah filem maestro Majid Majidi atau mungkin Abbas Kiarostami bukan? Tidak adil lah untuk kita membandingkan filem Dain Said dengan filem dari maestro dunia Godard bukan?

Kerna pada fikir-rasa gua, kita menilai filem itu mengikut dimana filem itu berdiri. Kalau filem itu sebuah filem "yang mudah/simple" maka kita harus menilainya sebagai mana ia berdiri, tidak pulak mencari metteur en scene nya atau juga mengharapkan mise 'en scene nya sehebat filem Kurosawa. Tapi asas filem itu adalah the storytelling.  To tell story of people, faces and places. Bagaimana filem itu harus bercerita melalui visual, tak kira filem "yang mudah/simple" seperti garfield ataupun sehebat the seachers! sama-je. ia tetap filem, tak kira CGI atau apa jugak teknik pembikinan filem, asasnya adalah untuk menyampaikan naratif (cerita).

Kita menggunakan filem2 agung ini (scorsese, Kurosawa dall ) sebagai reference, terhadap pemikiran juga aspirasi mereka, bagaimana mereka bercerita melalui visual-image (filem). Untuk kita sendiri lebih mahir menilai the best stories dan story-tellers of visual-image (filem).

Gua menerima filem 7 Petala Cinta sebagai mana ia ada. Tapi yang jadi masaalah, apabila ia tidak berupa mengangkat gagasan naratif untuk menyampaikan sebuah cerita yang baik. Cerita yang baik itu pula sangat luas dimensi untuk dinilai, bergantung pada pembikin dan gagasan idea pembikin filemnya. Contoh, Filem Ranggo, juga filem Paul baru2 ini, menggunakan CGI sepenuhnya, 3D animated story. Namun ia mengangkat gagasan naratif yang sangat baik. Aku sangat suka. Tak pula kita harus menilainya sebagimana kita melihat filem Orson Welles juga John Ford waima Godard sekali pun bukan? Kita melihat filem Orson Welles sebagai filem Orson Welles, dan filem Garfield atau Harry Potter sekali pun sebagai mana ia berdiri. Lain-lain, tapi asasnya sama. Story-telling/to tell stories. Yang lain2 adalah kaedah, teknik, pemikiran, dll.

Macam makanan jugak lah filem ni, ada makanan yang mudah mcm McDonald, ada makanan yang lebih komplex mcm Foie Gras. Ia tetap makanan. Masuk mulut kita makan. Tidak pula kita nilai McDonald mcm mana kita nilai makanan yang jenis fine cuisine mcm Foie Gras bukan? aku suka juga McDonald. Tapi foie Gras bagi yang tahu menilai, ia mencabar deria Rasa, pemikiran, memberi inspirasi apabila kita makan. Mencari pengalaman apabila menilai makanan yang punya kualiti. Sama lah macam filem.*tapi aku bukan lah pulak golongan borjuis yang mkn makanan fine cuisine ni.. haha. dah merepek dan dah lari dari usul utama rebiu filem ini.

Maka pada gua, gua nilai filem itu sebagai mana ia berdiri! untuk gua sendiri! dan pada fikir gua sendiri, dan filem 7 Petala Cinta punya sesuatu yang mampu menghiburkan!

Jadi kali ini gua sarankan mari kita sama-sama turun menonton filem 7 Petala Cinta di panggung dengan kadar segera! gua boleh janji yang lu orang tak kan semak dan sakit kepala menontonnya! lalalala..sambil bersiul~


p/s : lihat adegan bila momen hijab Saidatul Nafisah dibuka untuk tatapan mata Attar dan wajah jujur Aeril yang tersentuh dengan keayuaan wanita ini di sulam dengan tangisan Hilma Aqila lakonan Diana Amir. ada sesuatu yang gua intrig pada momen ini!

bonda jangan merajuk.





...di culik piring terbang atau di telan mek yah?"..


saat ini, hanya cuma yang gua minta jangan lah ada yang bersembang sampai menyalahkan penonton filem kita. Merajuk pula bonda nanti. Walhal, Bunohan hanya sekeping tanah mistik yang tidak lah berapa nak berat seperti yang di khabarkan dalam petikan di akhbar berita hairan tempoh hari. Bunohan tidaklah sangat sampai nak meminta-minta penonton menonton filem tersebut dengan mimik muka senget sang godot atau sehingga berdarah kepala kusut zomba sekalian untuk berfikir bagai. Bunohan masih lagi hanya sekeping tanah yang indah dan jangan lah sampai ada yang berebut-rebut untuk puji melambung-lambong sampai ke langit tanpa awan, lantas memperlekehkan penonton yang mungkin belum terdedah atau mungkin juga  belum punya bakul yang luas! kerna pada gua, bergantung lah pada bakul yang lu orang bawa nanti tika masuk panggung menonton filem itu. lagi besar bakul yang lu orang bawa. lagi banyak lah yang lu orang bawa balik. kalau tak ada juga yang lu orang bawa balik, gua sarankan lu orang masuk bakul yang lu orang bawa tuh, lu orang angkat sendiri. kah kah kah. cuma gua teringat masa gua lepak di gerai kopi choice bersama cikgu sekolah menengah rendah gua dan rakan gua yang bekerja menjual burger kaw di kaki lima taman andalus, dan mereka sembur kat gua, bahwa menonton filem seperti Bunohan adalah seperti "masuk ke dalam kilang coklat willy wonka yang sangat besar sambil membawa bakul! menyeronokkan bukan?"

cuma pada gua, jangan lah sampai ada yang menidakkan hak penonton waima menghukum "penonton filem kita" yang kononnya tidak mahu filem berat bagai. yang kononya hanya mahukan filem seperti adenoid tersempit atau mungkin hassan dalam botol sos tiram bagai? aduh. sedih. sebab Bunohan masih sebuah filem yang sangat menghiburkan!! dan gua sarankan agar kita ramai-ramai lagi menyerang panggung nonton filem Bunohan sebelum jerangkung panggung kembali nanti! amin.

owh, saja gua nak kongsi, gua nonton filem Bunohan dengan bonda gua di panggung. bonda gua komplain dia agak terganggu dengan bahasa dan dialek yang di tuturkan? hmm.. tidak berapa nak kebangsaan katanya. mungkin bonda gua sangat kagum dan asyik pada filem tersebut sampai tak ada apa lagi yang mampu di perkatakan selain "bahasa". tapi pada gua tak apa. sekurang-kurangnya ada juga yang bonda gua terdetik untuk memperkatakan sesuatu tentang filem bukan?

p/s : gua masih teruja dengan scene ilham dalam sepi kematian tokeh burung yang di bunohnya, mencari sesuatu dalam Rasa dirinya sendiri dan di bilas nada suara Dain Said memberi signifikasi tepat tentang Bunohan! dan gua masih lagi dalam proses menghadam keaghaiban landskap mistik naratif Dain Said.

ayuh zomba sekalian! kita serang panggung nonton filem terhebat 2012!





BUNOHAN adalah sebuah kisah tragik kasih sayang antara tiga beradik dan bapanya yang kian uzur. Kisah pergelutan mereka untuk merapatkan ikatan kekeluargaan dan restu, beransur ke arah keganasan, korupsi dan pembunuhan.


Filem ini bermula jauh di kampung pedalaman bahagian selatan Thailand, berdekatan sempadan Malaysia. ‘Bunga Lalang‘ atau Adil (ZAHIRIL ADZIM) mengambil bahagian dalam pertandingan tinju Tomoi yang melibatkan pertaruhan wang, maruah dan nyawa. Sahabat lama Adil sempat menyelamatkannya dari pinggir maut, mengubahkan mereka menjadi pelarian penganjur pertinjuan haram tersebut. Ilham (Anugerah Skrin 2003, Pelakon Sokongan Terbaik, Faizal Hussein), seorang pembunuh upahan dihantar untuk memburu mereka sesedang kedua-dua sahabat itu berada dalam perjalanan pulang ke Kampung Bunohan. Kampung Bunohan juga merupakan kampung halaman Ilham yang sudah lama ditinggalkan. Ilham tidak pernah pulang walaupun ketika ibunya berada di anjung nyawa. Pada waktu yang sama, Bakar ( PEKIN IBRAHIM) abang sulung Adil juga pulang ke Kampung Bunohan kononnya untuk menjaga bapa mereka yang uzur. Perwatakan solehnya tersembunyi niat buruk seorang usahawan bercita-cita tinggi. Bakar seorang yaang berhati kejam yang sanggup melepaskan segalanya untuk mencapai kekayaan. Sekembali mereka bertiga ke kampung halaman di mana takdir mereka menunggu. Dalam bayangan kegelapan diri masing-masing timbul, memori silam yang dipenuhi keinginan, penghukuman, dan perasaan kehilangan. Dalam BUNOHAN, di sinilah bermulanya segala keperitan.




Di pawagam 8 MARCH 2012!

kenapa kita menonton filem?



*sebab gua suka sangat rasionaliti & persoalan yang di perkatakan ku seman, jadi gua cuba kongsi petikan artikel nukilannya ini, kalau ada yang belum sempat baca.











oleh Ku Seman Ku Hussain dalam getaran ; utusan malaysia 15 nov 2011


APABILA terdetik di hati untuk menonton filem, ada yang terpaksa bersesak di jalan raya dan beratur panjang untuk membeli tiket sebelum masuk ke pawagam.


Kita sudah pasti mempunyai jawapan kalau ditanya, “Kenapa menonton filem?" Adakah kita terpaksa membuang masa dan duit semata-mata untuk mendapat “mesej” seperti yang dijaja oleh sesetengah pengarah? Mesej penting apakah yang kita cari hingga sanggup memberi satu ruang waktu bagi tujuan ini?


Kalau semua filem mahu menyampaikan “mesej” seperti perutusan yang disiarkan di RTM, kita boleh mendapatnya dari saluran lain dan tidak perlu menonton filem. Malah kalau “mesej” yang dicari kenapa pula pengarah berlumba-lumba meletakkan pelakon popular dan tidak pelakon terbaik? Adakah makna menonton filem bagi sesetengah daripada kita adalah menonton pelakon dan bukan lakonannya?


Tetapi kalau sekadar menonton pelakon, apa lagi pasangan yang dijaja sebagai “bercinta” digandingkan dalam sebuah filem, tentu sahaja kita boleh menonton mereka di akhbar, majalah dan sekian banyak rancangan hiburan di televisyen. Jadi, apakah sebenarnya yang kita cari dari sesebuah filem yang menarik kita ke pawagam atau melanggan menerusi Astro First? Maka tentulah ada suatu yang lebih besar daripada “mesej”, jauh lebih penting daripada pelakon popular.


Sebenarnya kita tidak perlu menonton filem sekadar mengutip mesej yang boleh disampaikan menerusi sistem pesanan ringkas (SMS). Kalau sekadar mesej yang baik dibalas baik dan jahat dibalas sewajarnya, gunalah SMS sahaja, tidak perlu membuat filem. Pada umumnya filem adalah karya seni. Sementara manusia pula pada umumnya memerlukan karya seni sebagai makanan jiwa selain makanan zahir untuk mendapatkan tenaga dan kesihatan.


Manusia yang waras memerlukan seni, bukan sebagai makanan tambahan tetapi sebagai makanan ruji mempertajamkan pemikiran. Filem tidak sekadar ditonton tetapi dibaca. Siapa yang akan membaca filem? Penonton yang “membaca” filem melihat melampaui paparan di layar. Mereka membaca sistem tanda atau semiotik. Tanda-tanda yang mempunyai makna yang lebih besar daripada yang terpancar di layar.


Meminjam pemikiran Jostein Gripsrud dalam buku Film Studies: Critical Approaches, filem adalah penggerak sosial. Filem katanya, hanya bahan mentah tetapi istimewanya ia menyediakan pengalaman dan makna yang boleh dimanfaatkan oleh manusia. Maka tujuan menonton filem adalah menggiatkan fikiran kita terus bekerja dan mengutip pengalaman baru dari karya seni ini.


Untuk itu, penonton mesti memilih filem yang menjadikan mereka lebih banyak berfikir. Buatlah pilihan sekarang, tontonlah filem yang tidak membazir masa dan juga wang.







p/s : best jugak kalau dapat sembang apa yang cuba di sembang ku seman ini? 

Ulasan filem songlap

cuma gua nak cakap ; SONGLAP filem yang sangat baik! Yang belum menonton Songlap, gua rasa GSC masih memutarkan filem ini, walaupun tempoh wajib tayangnya sudah berakhir. Dengan kadar segera lu orang bergegas ke panggung untuk menonton filem Songlap. gua tak nak cite pasal issue yang dibawa oleh naskah Songlap, atau watak juga filsuf kemanusiaan yang sangat besar dalam naskah Songlap. Jadi gua boleh cite kat sini, storyline Songlap ( atau dalam bahasa yang konon lebih berpelajaran, screenplay Songlap sangat baik, kah kah kah ) berdiri di atas naskah penulisan yang baik oleh Fariza Azlina Ishak. Dan gua rasa sbb penulis juga turut bersama mengarah bersama Effendee Mazlan, teRasa sungguh watak dan alam naratif Songlap hidup. Mungkin ramai yang kompang tentang art directionnya seperti sebuah filem indie, tapi gua rasa film indie sendiri slalunya low budget dan tak mampu nak mock-up set besar2, jadi mereka ini indie filmmaker cuba untuk dapatkan latar set yang real dengan kadar kos yang paling minimun * kalau boleh nak free. dan kerana itu gua rasa latarnya hidup dan punya hubungan yang simentik * atau apa jugak istilah lu org nak ckp, dengan alam naratif dan Songlap punya gugusan idea ini. Tapi Songlap bukan sebuah project indie, nama pun produce by redfilms & grand brilliance, tak kan low budget jugak kot.. apa yang gua nak cakap kalau ade yang tak faham gua belit2, art direction songlap sangat bagus! ada style lah. Dan yang penting style brader. tak kira apa pun, sama-ada bahasa, direction, camera work, acting, art direction@production design, wardrobe, editing, dan dan dan. Semua kena ada style brader, baru terbaik tok! tapi style Songlap belum lah sehebat Tarantino bukan? pendek kata, script songlap sangat bagus, di bawa ke layar oleh fariza dan effendee dengan sangat baik. Tapi itu pendek kata, panjang tak kata apa-apa.d.o.p Songlap, abg harris dan art director Songlap, Angie Choo dengan sangat baik dapat memahami kerja dan kreativiti masing2 *sekepala lah dalam bahasa pasar tani, dan dapat memahami dengan baik naskah lakon layar fariza dan effendee, dan ternampak di layar dengan sangat baik. Tu yg bagus redfilm/redcomm ni, sbb dorang tahu apa yang dorang nak, dan dorang ada syle, gua applause Lina Tan dengan team nya skali! opss. dgn team GB skali lah! marah fuad onah baca blog gua nanti.

dan pada gua juga watak-watak nukilan Fariza hidup dalam alam naratif dengan lakonan yang baik oleh pelakon2 yang tahu tentang kesedapan dalam lakonan mereka.gua tersenyum2 melihat filem ini dalam panggung macam kera kena belacan. Begitu sedap dan sungguh-sungguh gua suka filem ni. Kalau lu orang ade perasaan yang Sam hero melayu popular tahap URTV, buang lah pemikiran kurasan lu orang tu jauh dalam lubang tandas trainsporting, sbb gua rasa Sam sangat2 berbakat dan lakonan Sam dalam Songlap sangat baik, di bantu dengan pelakon-pelakon yang tak kurang hebat mcm Syafie (terdidik baik di bawah pengaruh yasmin ahmad, dan gua rasa dia juga sangat bagus), Hasnul (otai terbaik ni tak payah cakap lagi lah kehebatannya), oh! fared ayam pun jugak sangat bagus berlakon. kah kah kah.


p/s : tak kan aku nak kencing orang hensem macam kau mat!