malam raya semalam, gua di jemput ke rumah SAM. tak ramai yang datang malam itu. mungkin jemputan SAM tak berapa nak expandables? gua dengan awek gua je yang ada dalam rumah tu. Oh. dengan seorang lagi lelaki. *nanti gua cerita pasal lelaki ini.
okey, gua nak cerita pengalaman gua ke rumah SAM. mula gua langkah masuk ke dalam ruang rumahnya, dalam hati gua "wah. rajin SAM hias ruang rumah dia. dengan gajet yang paling canggih. anak kesayangan ketua polis bahagian 'gerak khas' lah katakan. apa lu nak semua lu dapat. gua tak ada masaalah dengan 'kerajinan' itu. baik. ada effort. kali pertama buat open house lah katakan. gua suka juga beberapa idea SAM mengisi ruang itu. Dalam tandas, gua melayan awek gua mengomel tentang macam mana lah SAM boleh dapat awek cun macam Lisa. Tapi dalam pada itu, SAM letak kamera depan cermin, tapi gua tak nampak kamera itu. voyeur? big bro? melonkolik the worst toilet? apa pun. SAM tergelincir di sebelah kiri cermin, yang besar. dan ruang kosong cermin melihat gua dan awek gua. Tapi gua tak nampak diri gua dalam ruang itu. menarik, idea SAM tu.
SAM layan gua dengan baik sekali. Awek dia, Lisa macam tak bersemangat aje layan gua dengan awek gua kali ini. Mungkin dorang letih bersenggama sebelum gua datang? baharu berkahwin lah katakan. Tapi abang SAM, Syamsul pada gua sangat membantu SAM untuk mengisi ruang dan energi dalam rumah itu. komitmen dia sangat gua rasa dan gua appreciate itu. SAM juga patut berterima kasih sebab punya abang yang sangat sayang pada duit bapa dia.
balik pada cerita ruang, gua terasa design ruang itu, persis template yang di cedok dari majalah ikea atau video youtube mungkin. tak terasa punya karakter. hanya barang-barang cantik dan mahal, di isi dengan semangat berkobar tak tentu hala. chillax. simple lebih baik. tak perlu nak stylize dan exaggerate tak tentu hal. bila terlampau sangat. mungkin menyenakkan benak mata. lagi pun. lu bukan etis french new wave. so dont try to be one. walaupun lu isi ruang dengan lagu classical bagai. tak menyumbang pada ruang yang sepatutnya lu isi itu.
SAM menjelaskan permainan konflik terlalu awal sampai gua cepat lengit mengadap hidangan tersebut.
dalam pada gua sedang lenang berlengkar dalam ruang itu, tiba-tiba lelaki yang seorang lagi yang turut sama di jemput ke rumah SAM malam semalam, tak pasal-pasal menjerit "aku bunuh kau nanti". gua dan awek gua mula meredap, paranoid untuk berada dalam ruang yang sama dengan lelaki itu. Awek gua halus mencebik dan berbisik di telinga gua. "jum gerak. tak selesa lah dia ada kat belakang kita ni." gua pandang awek gua, dan melihat jam. masih awal lagi ni. belum pun selesai beraya kat rumah SAM ni. tapi tengok awek gua dah lengas sangat. gua ikutkan sahaja langgamnya. gua dan awek gua meninggalkan rumah SAM tanpa menyelesaikan rutin raya yang lazim. bersalam-salaman. maaf SAM. raya tahun depan gua datang lagi. insya'alah.
p/s : semenjak dua menjak ini, sweetcorn yang gua beli di panggung dah tak berapa nak sedap lah. bisik hati cengeng gua yang ralat.
mendalam ni bro... ada org kacau tgk wayang ka?
ReplyDeletesebuah review kontot
ReplyDelete