sambal nasi lemak hantu gangster!


Pagi tadi gua sahur. Kat kedai nasi lemak 2.0 yang di jual hantu gangster. Tak ramai datang makan kat kedai tu. mungkin sebab ramai org kata sambal nasi lemak dia pedas. Gua dah sedar benda ni lama. Tapi saje gua bosan-bosan, menonong pegi lah try makan. Pedas woi… boleh kene hemorrhoids sampai tahap terbujur ke negeri China! Dan, member gua org cina, yg sememangnya tak makan pedas tanya. Asal pedas sangat ni? Gua jawap. Pedas-pedas mcm ni baru org ingat!! Semberono member gua balas. “ nak Ingat ape?” Sambil tengok sekeliling. “Kan dah kena boycott.!” Kah kah kah.

Hantu gangster bentak, bertempik “Orang tua-tua jangan makan pedas lah! Pergi makan bubur ayam lah! Orang muda-muda meh makan nasi lemak saya. Kalau lu orang muda dan berani!!”

Dalam benak gua “chillax. asal menyalak serupa anjing?”

pada gua tak ada apa pun sebenarnya. gua dan member gua bayarkan lah juga apa yang kami makan. dalam hati mengomel. "tak ada lah kami nak datang makan sini lagi!"




p/s : kami menapak balik, sebab duit yang kami ada, kami bayar untuk makan sahur tadi. sebab sekarang, gua terpaksa fikir dua tiga kali nak belanja. sampai nak tengok total recall pun nak kena recall dulu dua tiga kali. dalam kami menapak tu member gua cebik, gua rasa gua faham. dia gangster sbb dia susah. tapi niat dia baik. tak susahkan orang. apa salahnya jadi seorang opportunist yang idealis radikal persis durian bagak belagak?". dan ini jawap gua. "gua tau lu langsi. tapi pasal sambal lu. gua cirit birit. kan dah kena boycott dengan perut gua yang sangat cengeng!." kah kah kah

tags - 13 batu botol geliga politic demo-kerasi arumugam 1969 melayu negaraku farid parang adflin diversion kamil nasi lemak pedas may durian kurang taiyuddin tnb ajar hantu najib david gangster india cincin berlian terbang cina

3 comments:

  1. rebiu lu baguslah brader... memang sempoi and to the pointer.
    gua rasa takmau lah tgk hantu gangster nih. sebab orang kata nasi lemak tauke dia tak best.

    aku rasa baik boikot jer nasi lemak yang dijual hantu gangster nih, dahler tak sedap.. entah2 dah basi

    ReplyDelete
  2. bila azan di hina. negaraku di pijak-pijak hanya kerana dia 'rasa' ia bukan datang dari 'keaslian' perjuangan kita. dia minta maaf. gua cuba tutupkan mata. tapi bila dah minta maaf. tiba-tiba al-quran di remehkan. di letak di telapak kaki dlm hantu gangster *rujuk scene dlm bilik tika namewee kurung diri dalam bilik dengan segala bagai tangkal bomoh (tangkal dari agama budha/hindu/islam). gua tersentap. maaf tiada lagi untuk namewee. biarpun raya. apa. hanya disebabkan raya, gua senang-senang nak maafkan orang?

    bila ada beberapa scene dlm hantu gangster yang 'jahat' untuk gua hadam. *rujuk kebodohan watak tai. farid kamil di'bodoh'kan dengan costume superhero 'bangang'nya. bila masyarakat malaysia dengan bangga menyanyi lagu negaraku dengan penuh dendam kesumat. sedih bila perkara itu di momok. terasa hina sangat gua sebagai rakyat malaysia. sedih pun ada. dan gua bukan seorang yang close minded/orthodox.

    kaumnya dalam filem hantu gangster di angkat, wal-hal bangsa lain di butuhkan. orang melayu di gambarkan dengan ke'bodohan' yang paling bangang! orang india dengan botol arak? melayu di gambarkan sebagai pencetus kepada pertembungan dan perbalahan antara kaum.?

    bukan gua tak support anti racist-atau perjuangan freedom of speech-atau patriotisme namewee. tapi apa yang dia buat, tak boleh nak di hadam hati perut gua yang cengeng. dan perut gua sangat sensitif.

    so? gua bukan penulis kolum untuk akhbar utusan. dan gua tak nak review. tapi gua juga bayar tiket untuk menonton filem yang di bentangkan di depan mata gua. tapi apa yang gua belanjakan *dan duit bukan datang bergolek macam ayam golek di bazaar ramadhan untuk gua, akhirnya gua dihina. gua di'bangang'kan. dan lu rasa gua harus sokong filem yang dibentangkan nya?

    p/s : dan di hari yang mulia ini. gua tak mampu nak maafkan apa yang di perjuangkan oleh namewee.

    ReplyDelete
  3. Apa sahaja sesuatu, perkara atau natijah yang mempunyai nama pengarah itu- telah saya haramkan kepada keluarga & keturunan dari 'disentuh', apatah lagi menonton filem agent perosak negara ini. Dia tidak akan ada masalah mengenai wang kerana wang adalah perkara terakhir utk dia mengarah filem2 propaganda dia dimasa2 akan datang. Agenda beliau adalah matlamat utama. Kepada pelakon2 melayu didalam hantu gengster- betulkah anda layak dipanggil melayu? Sama sekali tidak.. krn untuk filem2 pelakon-pelakon 'melayu' ini dimasa2 akan datang, nampak sahaja nama anda- anda semua, tidak sekali-kali lagi akan anda dapat menjamah walau sesen pun duit kami hinggalah kepenghidupan yang seterusnya ///*

    ReplyDelete