kata mereka yang dah baca novel epilog 3 naga




 "... Hari tu saja boring , pegi la kedai buku hassani kat giant , tgk dalam 2 3 rak jgak la.... adoiy , apa semua novel cinta cintan nie , kebanyakkan mcm tu la.... Haissshhh ... pastu aku tertarik dgn tajuk ni : epilog 3 naga ~~  ...... Haaa ni baru la mcm best sikit nak baca dari layan novel cinta n novel jiwang ..tp bkn la bermakna aku x suka jiwang , cuma novel ja hehe... seminggu ja masa utk aku khatam buku tu lagi pun time aku beli tu cuti midsem break ...hehe Haaa , ni buku alaf 21 bkn mcm buku member aku tu yg underground ... Buku ni aku rasa sesuai dibaca oleh budak lepas spm dan ke atas... jalan cerita dia menarik ditambah lagi dengan bahasa dia ... 3 naga tu melambangkan tentang 3 org kawan yg berjanji sehidup dan semati walau apa pun yg terjadi ...kesnya , dorg ni budak lepas spm then masalah dtg skit2 ... entah mcm mna pastu tersangkut dgn  kongsi gelap...ada jugak yg diselitkan dgn bab percintaan .... na tahu lebih lanjut cerita dia ??.... so beli lah ~~haha ..." Neon Tetra @ blogspot


"Bahasa yang digunakan memang cantik, kreatif, banyak perkataan yang sangat jarang kita gunakan, ada dalam buku ni.. Jalan cerita simple tapi tepat. Sedih. Ingat Sean mati.. rupanya Fazarul. Baca Epilog episod 1.. 2... 3... first impression is "uuumaik aii, mamat ni, mana dia korek perkataan ni, limitasi akal, kubikel kesedaran, takah tiga, gentala, dan entah apa-apa lagi, macam idea yang melimpah ruah yang datang dari pelbagai arah untuk dizahirkan.." Siti Mawar Mansor


"Baru jer habis baca novel "Epilog 3 Naga"... Best giler!!! Kalau korang terjumpa novel ni kat mana2 kedai, aku sarankan korang agar beli novel ni!!! Novel mengenai 3 sahabat sehidup semati yang mengalami konflik apabila mereka tersalah pilih jalan hidup... Gaya bahasanya yang gramatis dan plotnya yang MANTAP tidak akan membosankan korang... Of course, aku sarankan novel ini kepada mana2 insan yang bergelar 'ulat buku'..." Azim Abdullah dari azimabdullah.blogspot



"This book is quite confusing, really but you'll ENJOY their epic friendship. The plot centers on Fazarul, a close friend to Khalid and Sean. It has a lot of scenes of teenagers going to clubs, smoking, and doing drugs.Chaos happened when Sean's girlfriend was caught cheating on him with Chris. Second and BIGGER chaos happened when Khalid's girlfriend, Natasha, is secretly in love with Fazarul. After that not-so-smooth episode, Khalid changed. Personality still the same, only more stubborn. While he was dealing with the conflict he had with Natasha, he went to The Soul Club (his favorite hangout) to calm his pressure. There, he was introduced to cocaine and he was given a job offer, drug distribution. Khalid, not in his right mind, accepted immediately, despite the fact that his parents are rich. Khalid thought that he should tell his friends about his new job and asked Sean and Fazarul to work along with him. Fazarul had a hard time choosing as he knows what they are doing is something that could get them hanged. Not wanting to throw their friendship away, Fazarul agreed to be Khalid's colleague.Later, the plot was followed by a list of beatings, smoking drugs, and the usual stuff we thought never happened in our country." Nadia from goodreads


".. terlalu banyak intro..bunga2 bahasa tanpa jalan cerita..cerita ini bagai 1 luahan perasaan..sebenarnya bagus sbg panduan, tp terlalu byk ayat2 lewah..rasanya karangan puitis lg byk dr jalan cerita.. Penat membaca.. Ayat paling best:Jangan kerana seorg perempuan, kita pecah p'sahabatan (lebih kurglah)...Kepada yg dh membeli, selamat membaca.." Hazliana Zahar dari buku tiga lima

"... ok..pendapat saya..buku ni menarik..dr cover buku saja dah buat saya cukup teracun..jalan cerita bagus..cuma saya perlu tegur dr aspek penggunaan bahasanya..agak santai dan bersahaja..tapi ni bukanlah salah satu buku yang boleh saya cadangkan kepada anak2 murid saya untuk dibaca...ayat2 yg digunakan terlalu terbuka dan tidak mendidik anak2 remaja harini menggunakan bahasa yg baik2 apabila bergaul..jadi saya harap penulis2 yg ada di sini alert..penggunaan bahasa mencerminkan siapa diri penulis itu sendiri..elakkan penggunaan perkataan seperti carut atau perkataan negetif..jadi dr 10 bintang saya boleh bg 6 bintang...ini pendapat saya..selepas menilai menggunakan teori maslow..huhu.." 
Shahrol Nizam Zulkifli dari buku tiga lima



".. mula susah nak hadam gaya bahasa, tinggi melangit. Tapi lepas dua tiga bab, gaya bahasa kembali sederhana. senang nak faham. lepas tu kembali dengan cerita mimpi berbau pengaruh alegori george orwell animal farm. Di selang-seli pula kemudian antara kedua gaya bahasa. Faham apa yang cuba di lakukan penulis, untuk mencari keseimbangan antara sedar dan mimpi. Antara tulisan picisan dan temberang gaya bahasanya yang tinggi melangit. cerita mudah di hadam. Anak-anak bawang pun boleh faham dengan mudah. kisah remaja urban, dalam mencari diri juga kematangan hidup dalam ruang kota. Watak di bentuk sedang elok, terpinggir dalam ruang bebas tak terkawal. akibat dari gelandangan anak muda kota urban yang pada zahirnya sempurna, tapi hakikatnya kosong. Kosong macam tin milo yang digendangnya, mencari irama untuk mengisi tekak mualnya. bukan cerita cinta. bukan cerita gangster. bukan cerita politik. bukan cerita keluarga. Epilog 3 naga hanya sebuah cerita yang 'seronok' untuk di baca." elyana dari goodreads


".. Epilog 3 NAGA bwk aku balik ke 13 tahun lepas, SJI, sahabat, skateboarding.. saat2 indah bersama papanselaju dan sahabat tak lupa juga changkat.. haha.. but 1 thing yg menjadi tanda tnya, sama ada penulis ni peminat tegar malique ataupun malique peminat penulis? aku peminat tegar Ritma Atas Puisi Malique. cara penulisan korg seakan2. SALUTE!" Shazril Ezani


".... cerita yang penuh erti sahabat sejati, membuka minda kita untuk berfikir, memilih sahabat" mikail andre


".. apabila anda membuka helaian pertama, anda akan terasa seperti membaca sebuah hikayat pahlawan-pahlawan kuno. pada awal, naskah harus di baca dengan pengamatan yang melangit dan cuba adapt bahasa melayu yang tinggi digunakan oleh penulis. sangat seronok dapat hadam setiap bait tulisan dalam novel ini. selepas beberapa helaian, pembaca di sajikan pula dengan gaya tulisan yang lebih santai dan ringan. diselang-seli pula selepas itu. kenapa pula begitu? kena bacalah naskah novel epilog 3 naga." muhammad aysraf blog kisah si gemok


".. nice way of using words. but yet. falls into un-clear fragment of sentence. such a relieve to have a very light realist, that tell stories of young urban tenagers, with such (with a room to be more mature in his writings) well digest world between real and dreams. and to be honest, i can feel the story more like gus van sant paranoia park" verona from goodreads


"... sedap baca sampai habis. mimpi & realiti saling timbal balik. erti dan pengertian dalam perjalanan ke arah kematangan anak muda. kudos!" azmin hussain dari goodreads


"... ringan tahap 0.1 kg beratnya. tiba-tiba terasa pulak sensasinya apabila disulam sesedap suka penulis. antara ruang-masa & idea-mimpi. " emran dari goodreads


"... fuck man u remind me old days ah..ko tulis citer pasal aku ke manchester plak lah" raafiz rosli









#dapatkan di kedai buku berhampiran ada! sekarang di pasaran massa!





p/s : gua cuba update dari masa ke semasa!

13 comments:

  1. Booking secara online melalui blog ni, boleh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh beli dari blog ni..

      http://jonijualfilem.blogspot.com/2013/04/epilog-3-naga.html

      Delete
  2. better still. try www.mphonline.com

    ReplyDelete
  3. agak bercelaru baca novel ni,,,dah la saya kena bt assgment ulasan novel,,,,

    ReplyDelete
  4. maksudnya? celaru pada watak? naratif? konsep? bahasa?

    ReplyDelete
  5. bahasanya......pada muka surat 392, iaitu “dalam kesejukan di ruang bangku kelas kedua itu, Fazarul melihat jauh diluar jendela kapal terbang Air Asia, dari celah ruang awan hitam dan gelap malam mencari makna pada mimpi sang naga ini yang semacam alegori satira totalitarianism narcissusnya sendiri”. contohnya ayat ini.....

    ReplyDelete
  6. hahaha.. saye mungkin boleh terangkan maksudnya dengan lebih jelas. tapi lebih baik jika ayat itu dibuka oleh interpretasi anis sendiri. ia akan lebih hidup. terbuka. subjektif. kira saya. ayat itu cukup jelas menceritakan tentang watak yg sedang termanggu sendiri. dalam ruang kapal terbang (di atas awan+langit yang tak berpijak dibumi) kelas-dua. (yang merimaskan) mencari makna pada mimpi (mimpi yang mengganggu resah-gelisahnya) yang semacam alegori total (rujuk jean paul satre) tentang narcicus-existential) yang membawa makna watak sedang mencari dasar kewujudan diri (soulsearching) dalam ruang awan hitam&gelap (membawa index negatif) pada masa silamnya.

    rasenya cukup jelas kalau kita baca bukan sekadar membaca. kan??

    ReplyDelete
  7. ermmm ok...huhu mana laha sy nk tw ayat2 tuh........belum smpai dek akal........

    ReplyDelete
  8. itu apa yg saya rasa-fikir tentang apa yg saya tulis.

    neway, anis dah abes baca epilog3naga? mungkin apa yg anis baca-anis rasa-punya pendapat yg lain. bole review-share apa yg anis rasa?

    p/s:thanks anis for ur notes.

    ReplyDelete
  9. ARGHHHH ! mmg kisah persahabatan 3 naga 2...kasih syg sofia dgn fazarul...yg 2 sy bley trima..tp agak pelik tentang mimipi 2......sang lembu lha...agak pening n memahami....n the last watak utama mati...hurmmmm... dh abes baca...dua tiga kli mngkhatam sebab perlu siapkan assgment :D

    ReplyDelete
  10. mimpi tu adalah timbal-balik realiti dalam satu konsep trans ruang&masa sur-real - psychoanalysis emosi watak siapa ego&alterego - pernah baca george orwell- animal farm? neway. wish dat i can help u wif ur assgment. ;-)

    ReplyDelete
  11. kaz.. novel epilog 3 naga yg kaz buat 2 memang best wooooo... wa salute sama lu... byk moral dalam novel ni.. sedih, hapy, jiwang.. memang perfect la novel ni.. memang sesuai untuk pembaca2 yg berjiwa muda...

    ReplyDelete