Rebiu filem Budak Pailang – Naif Dalam Bentuk & Isi Yang Jelas.





Semalam kami ke panggung selepas kami persis ular sawa berlengkar tak keruan melahap set Steam Boat terbaik seluruh pangea kota ini! Kami sampai di TGV KLCC jam 1030 malam. Dengan satu tujuan ingin menonton sebuah lagi filem Me-layu terbitan Metrowealth. Huh. Skyfall dan Cik Zaiton juga punya temptation yang mengundang. Mungkin esok dan lusa. Tanpa fikir panjang, tanpa beratur panjang, kami beli tiket, berbekalkan satu cup large Coke, kami berlenggeng masuk ke dalam panggang.


Trailer Istanbul! Aku datang! sedang di putarkan di layar lebar. “dari trailer – premisnya memperlihatkan sebuah rom-com yang terbentuk dengan baik sekali!” bisik aku pada halwa telinga awek aku yang sedang melihat penonton yang berada di dalam panggung tersebut. Hampir 40 budak-budak bawang mengisi ruang dalam panggung yang separa gelap itu. Ini satu tanda positif untuk sebuah filem Me-layu! Aku gembira. Aku pasti mereka juga turut sama gembira. Kah Kah Kah.



Filem bermula dan ini pengalaman/pengamatan gua menonton filem ‘Budak Pailang’ arahan Hashim Rejab.



*Selepas 68 buah filem yang pernah di terbitkan oleh M.I.G ( Metrowealth Sdn. Bhd. ), Filem “Budak Pailang” filem ke-lima arahan Hashim Rejab (Sekali Lagi, Papa I Love You, Halimunan, 3 Temujanji) telah setidaknya Berjaya menjentik ‘Rasa’ pada ‘Stail’ bentuk dan isi ( form and content ) filem arahannya kali ini.

*pre review - Filem Budak Pailang arahan Hashim Rejab kali ini kembali dengan sebuah naskah filem yang lebih kasar sifatnya! membuka sisi gelap yang terkesan pada watak juga naratif. Kerja kamera yang baik dari Shareel Abu Bakar ( d.o.p Papa I Love You, Mantra, 7 Petala Cinta, Hantu Dalam Botol Kicap ) dan Nordin Ismail ( Che Din ) selaku pengarah seni buat acap kalinya.

Dari gaya trailerNya. memberikan sensasi Rasa teruja apabila melihat anak muda kota ( yang melieuNya di bawah jambatan lebuhraya bertingkat, rumah flet kos rendah, sebalik tembok di pinggir landasan keretapi, dan dan dan ) dalam resah-gelisah mencari ruang- dalam ruang-masa yang semacam terasa benar dapat disentuh oleh jiwa anak muda masa kini! kesan dan akibat yang terbentuk dari ruang yang sempit membuat jiwa anak muda memberontak mencari ruang untuk bernafas, dan akhirnya bertarung antara mereka sendiri, untuk terus teRasa bernyawa!


".... dan pukul aku sampai mati!"

Dari trailer, gua tidak lah pulak mampu menilai keseluruhan naskah filem. Namun secara jujurnya, ritma jiwa anak muda yang jujur, naif, bukan kepalang, terisi dalam ruang yang semacam sempit dalam pemberontakan emosi yang sifatnya kasar persis filem Serigala Terakhir arahan Upi Avianto.



Opening Credit – punya sifat Raw – Ganas - Cool. Tapi bukankah opening credit sesebuah filem harus memberikan sebuah diksi jelas pada keseluruhan mood naratif juga foreshadow the core of the narative/story? Namun opening credit ‘filem ‘Budak Pailang’ ini hanya sebuah graphic template montage, memberikan ‘peRasaan’ adakah filem ‘Budak Pailang’ ini keseluruhannya juga hanya sebuah graphic template montage semata?

Budak Pailang harus di lihat sebagai mana ia berdiri. Dalam konteks ini, Budak-budak bawang, yang terpinggir di sisir kota, naïf, mencari ruang untuk bernafas dan terus terasa bernyawa. Ruang landskap naratif tidak sebesar ruang dalam filem yang setara dengan genrenya contoh City Of God, Blood In Blood Out, atau K.O.S 187, atau yang paling hampir Serigala Terakhir, dan dan dan. Namun jika filem ‘Budak Pailang’ HARUS di lihat dalam ruang lingkup sebuah naratif, ia berdiri sempurna.

Naratif filem ‘Budak Pailang’ jelas hasil garapan skript (story) yang di susun-atur baik di bantu lakon layar oleh pengarah Hashim Rejab yang punya ‘keghairahan’ membentuk isi dalam ruang (landskap utama naratif) kawasan flet kos rendah (sempit dan terhimpit) di pinggir kota, memberi kesan pada perkembangan watak utamanya, Badrul yang juga merupakan a character driven storyplay, di lakonkan oleh Aeril Zafril. Semangat dan hatinya yang dibentuk besar dalam low key (terkawal) benar berdiri di atas permukaan naratif menghalalkan ke’naif’an watak-watak di sekitarnya. Di lihat pada watak lima sahabat Badrul (Awang, Choi, Wandi dan Daniel). Apa bila sesuatu ruang mencapai tahap kekaguman – segala di sekitarnya harus di halalnya ketidaksempurnaannya itu.

Naratif ‘Budak Pailang’ bermula di sebuah landskap pusat Juvana, di tingkah arus system mengikut aturan (indeks hidup masyarakat dalam bobrokan kota) ketika mana watak Badrul di bawa pengetua pusat Juvana untuk keluar juga di bebaskan. Saat ketika pelajar yang lain dalam aturan, berbaris dan berjalan melintas ruang di bawah bingkai frame, dialog “Jangan pandang belakang Bad! Pantang!” Dan dialog ini memberikan signifikasi jelas pada susulan naratif bahwa penonton akan di bawa melihat ke belakang – Flashback - pada watak Badrul dan kemudian watak Bad meneruskan langkah beredar dari pusat tersebut di susuli V/O Badrul “Dan jika kau lalui apa yang telah aku lalui, Pantang tidak lagi punya sebarang erti” (atau itu yang aku faham) memberi penonton indikasi jelas bahwa penonyon (kita) akan di bawa untuk merasai apa yang telah di lalui Bad sehingga dia berada di saat ketika ruang dan masa itu.

Dan ini mengukuhkan diksi penceritaan naratif yang tersusun, punya kesan dan akibat yang mencengkam ‘hook’ untuk kita seterusnya meneroka alam ‘Budak Pailang’ ini. Benar naratif dengan terang dan jelas, membawa kita flashback pada ruang dan waktu ketika anak-anak berdarah muda ini yang baru tamat zaman persekolahannya (lihat pakaian/wardrobe mereka yang ala-gampang jelas naïf) meredah ruang milieu, landskap fizikal naratif mereka dalanm mencari sesuatu untuk terasa bernyawa. Budak-budak bawang, mencari ‘NAMA’ untuk diri mereka sendiri. Namun ini juga terkesan pada watak Badrul, perkembangan watak yang punya sebab dan akibat baik membentuk naratif yang punya arah tuju penceritaan yang jelas.


Bentuk (form menjurus pada look dan stail filem) dan Isi (content menjurus pada naratif filem) punya hubungan jelas dalam keterujaan sang pengarah atas dasar kejujuran namun naïf mahu di lihat ‘Pailang!” Atau ini yang sebenarnya di lihat sebagai sebuah ekspresi pada sesuatu yang terbuku dalam benak fikir-rasa. Self-conscious anak muda generasi pasca moden ini. Yang terpinggir. Terhimpit. Kosong, tergantung seperti kasut yang tersadai di bawah jambatan lebuh raya bertingkat yang merupakan meliue anak-anak muda pailang ini? Di temani halwa bunyi kenderaan lalu lintas yang menyenakkan di latar belakang naratif.


Dan ini sendiri benar berdiri atas nama Budak (yang sifatnya naïf) Pailang (yang sifatnya persis darah anak muda gantang) mencari ruang dalam masa untuk terus terasa bernyawa. Ini menghalalkan tag-line filem ini yang juga punya sifat keghairahan darah anak muda gantang – pukul aku sampai mati!!

Kerana filem bukan sekadar kefahaman terhadap pengisian malah juga sis-sisi dalam ruang yang di’rasai itu yang menghairahkan. Dan ke’ghairahan ini, yang di’Rasai (oleh lakonan watak juga sisi pengarahan sang pengarah sendiri) di lihat pada permukaan naratif ‘Budak Pailang’ memberikan ‘Rasa’ resah, takut, sedih, suka dan koleksi emosi ini jelas di bentuk dengan kesan dan akibat yang terang, di susun baik melalui perkembangan watak Badrul, dalam kita meneroka jiwa anak muda ini, pada setiap saat naratif terus bergerak.

Ruang dalam filem ‘Budak Pailang” di lihat di-isi dan di guna-pakai sebaiknya. Contoh - lihat pada ruang dalam kedai snooker, bermula dengan shot ‘dutch angle’ (stail yang membentuk physical mood of characterization watak Rudy-Nerd) ketika watak Rudy (lakonan baik oleh Nizam Zaidi) masuk ke dalam ruang tersebut di ikuti juxto pada ruang watak budak skinhead (lakonan Eddy Afro) berlatarkan sebuah poster filem American History X ( juga punya sifat simili pada watak). Hal ini juga pernah di lihat dalam beberapa filem contoh Godard Weekend dengan poster filem Pick Pocket arahan Robert Bresson, atau lebih dekat James Lee, Tolong, Awek Aku Pontianak dengan poster filem Kala-Malam Bulan Mengambang arahan maestro Malaya, Mamat Khalid. Ini di panggil homage (ruang ironi) namun dalam konteks ‘Budak Pailang’ ia semacam physical expression of human character – dalam erti kata yang lebih mudah di fahami – ruang di guna pakai sepenuhnya.


Landskap filem ‘Budak Pailang’ dan milieu (flet kos rendah, di bawah jambatan lebuh-raya bertingkat, di pinggir stesen keretapi, dan dan dan) yang di anjurkan dalam perkembangan naratif benar memberikan sedikit ‘Rasa' pada ‘Stail’ lantas terkesan pada psikologi depth watak anak-anak muda ini (kecuali gerak lakon beberapa pelakon muda yang sedikit janggal-naif dalam memperlihatkan diri mereka ‘pailang’) di bantu dengan gerak kerja Shareel Abu Bakar (D.O.P) Berjaya memberikan kesan pada bentuk (form) di atas permukaan naratif – contoh kesan photography ( shot Badrul berjalan selepas kecundang memujuk she, wanita cinta agungnya, berlatar kota yang hampir soft focus dengan cahaya neon senja), gerak kerja photography ‘establish’ ruang landskap naratif atas interpretasi yang jelas memberi mood yang tepat membantu membentuk ‘stail’ dan ‘Rasa’ yang seiring dengan imaginasi sang pengarah, dan focus de focus effects dalam gerak bingkai yang sentiasa bergetar (sebati, larut, seperti mengikut rentak dan alunan muzik jiwa anak-anak bawang ini) tidak static (mati). Tidak Mono.


Ini juga di bantu dengan usaha dan kerajinan Nordin Ismail (pengarah seni) memberikan sepenuhnya, mengisi ruang yang hampir kelihatan plastic (naïf) pada sifat kasar dan resah-gelisah landskap masyarakat kota yang terpinggir. (simili pada watak dan perwatakan) dan naratif adalah tentang watak juga perwatakkan. Jelas ini bukan kerja cincai!!


Secara keseluruhan – sinema harus punya 3 elemen dalam sesebuah filem dan menghalalkan kewujudannya sebagai sebuah filem yang sempurna (sempurna tidak pula bermaksud hebat!). Pertama ia harus menghiburkan (dalam konteks ‘Budak Pailang’ aksi yang mengetar adrenalin penonton yang menonton). Kedua – memperkatakan tentang sesuatu dengan jelas ( tentang tingkat sosio-budaya anak muda Me-layu dalam masyarakat kota yang tersepit dan terhimpit dalam fight of survival keberadaan diri di pinggir kota Kuala Lumpur, Malaysia) menelusuri 2 subjek yang benar memberikan signifikasi melalui wang dan cinta) Dan ke-tiga, tentang permasaalahan manusia ( dilihat pada garapan naratif dan perkembangan watak dan perwatakan punya konflik jelas bersifat humanistic – pada masaalah keluarga, cinta, persahabatan, perasaan manusia khususnya, benci, iri hati, dendam, dan dan dan) dan ini jujur lebih dekat dengan jiwa anak muda generasi ini.


Maka benar, Setidaknya filem ‘Budak Pailang’ ini punya kesempurnaan dalam bentuk juga isi (form & content) yang di garap baik oleh sang pengarah. Tidak sebesar ruang serigala-terakhir namun tiada yang cacat lagi menyenakkan. Setidaknya ia punya sesuatu yang ‘hidup’ untuk di perkatakan. Refleksi imagi timbal balik dari naratif yang punya makna untuk di fahami.




p/s : Atau mungkin sebenarnya Ke-ghairah-an ini harus di kawal agar ia di lihat tidak begitu naïf keterlaluan?




*JADI APA LAGI? KAU LELAKI? KAU PAILANG? – BAK DATANG PANGGUNG!

1 comment:

  1. Belum tengok citer Pailang ni.

    Tapi ni ada review filem Skyfall:

    http://www.sinema.my/movie-review-skyfall-penuh-dengan-plot-buduh/

    Sila komen. Thanks!

    p/s: Nama kita sama. Adek-bradek kot?

    ReplyDelete