Rebiu filem ; aku, kau dan dia




semalam, sebelum gua pergi menonton euro, gua ke panggung dengan awek gua! layan filem yang dikatakan naskah terbaik dari pengarah muda Pierre Andre, Aku, Kau dan Dia. Lakonan Remy Ishak, Pekin Ibrahim dan Zarinatasha Jamal apa ntah. lu org pi tanya lebai google lah nama pelakon baru ni, sebab dia maha mengetahui bukan?!

dalam panggung, tengah gelap, gua sibuk melayan sweetcorn gua yg kesedapannya tahap sedang elok di lahapkan tekak gua yg loya pada visual-image yang di momok kan oleh emosi watak dalam naratif yang semacam melankolik yang membutuhkan benak gua. Namun dari se-awal naratif bermula, gua faham juga apa yang hendak diceritakan Pierre dalam ruang-masa watak Mia ( lakonan Zarinatasha ) yang semacam "the beautiful mind' ini. Membuka sudut pandang dari 'state of mind' ( internal sunshine of the spotless mind ) seorang gadis comel molek, anak orang kaya  yang baru lepas kematian tunangnya Ilhan ( lakonan Pekin Ibrahim ). sedap bila indikasi kecil dalam naratif memberikan kita-gua terikut bersama dalam rentak Rasa schizophrenia  budak Mia ni. serasa gamat gagasan filem 'fightclub' apabila benak emosi di mainkan dalam koda warna sayu-melankolia. Tapi pada gua watak-watak fisikal imaginasi schizo bukan kah seharusnya tidak boleh berubah? umur, rupa, bentuk asal fragmentasi imaginasi harus kekal selamanya. yg gua faham lepas menonton filem 'the beautiful mind' arahan Ron Howard dulu!? atau mungkin naskah filem juga hanya sebuah naskah filem. tidak ada betul atau pun salah.

perjuangan Mia dalam mengharung duka-laranya akibat kehilangan cinta-agungnya Ilhan, sangat indah apabila pengarah (pierre andre) membawa kita-aku meneroka fikir-rasa gadis cantik-molek ini dalam visual gelap-kelam dan sesekali watak diletakkan dalam susuk silhouette. Gua juga Rasa terkesan dengan penggunaan bahasa alam seperti 'angin' dalam perkembangan naskah lakon layar Pierre. sangat menarik apabila angin yang seingat gua punya konotasi 'bahwa akan ada kematian atau mungkin juga kelahiran' ( dalam gagasan makna akan ada yang pergi atau datang kembali )  di gunakan dengan sangat baik oleh Pierre. Scene ketika Mia terbaring dalam bilik sedang terkunang mata lesunya untuk terlena, angin bertiup dan kedengaran bunyi loceng! Ting! dalam fragmentasi imaginasiNya.

terkesan juga apabila manusia di sekeliling Mia yang begitu tenang-terkawal apabila mengetahui akan penyakit yang sedang Mia harungi itu, membantu Mia dengan nada pluralisme (penuh kasih-sayang). Ini gua salut pierre!! namun di manakah sisi asas yg harus ada dalam gagasan filem yang dibikin oleh pengarah muda yang sesungguhnya berugama islam? dimanakah tuhan yang mencipta dan menentukan segala. dan kita-aku mencari rentetan pada indikasi jelas gagasan naratif yang akan membina sudut pandang kita-aku pada pengisian yang baktil yang mana kita hamba tuhan yang maha esa! harus redha pada qada dan qadar ketentuanNya! jadi dimana sisi ini dalam perkembangan-ruang-masa naratif? sayang kerna itu, gagasan naratif menjadi kosong-buta-tak bernyawa! hanya cerita dan emosi yang meleret tiada paksi!

namun begitu, scene hyper reality imaginasi Mia juga sangat indah diterjemahkan Pierre, bantuan Abg Khalid Zakaria ( Cinematographer ) juga set Abg Ashraf ( Art Director ) membantu menjelaskan indikasi penting perkembangan naratif yang disimpan ( fore shadow information ), memberi nadi pada gua untuk sama bernafas, mencari, dan mengenali watak dalam ruang-masa naratif. Maka fungsi entiti ruang-masa itu terisi benar. resolusi naratif diberi indikasi kecil sepanjang naratif bergerak dan berkembang (walau hanya dalam ruang-masa-pemikiran watak Mia ).

dari sisi pembangunan dan perhubungan watak, pierre bijak mengaturkan ruang pertemuan  Izlan ( Remy Ishak ) dan Mia dan bibit rasa yang membuka kembali semangat Mia yang duka-lara-parah kerna cintaNya itu. namun tiada apa yang dapat di lihat selain itu. "... dan gua mula menyedut air pepsi yang mulai kehabisan, hanya tinggal air batu yang menyenak benak kepala gua yang menggerutu! dahagakan sesuatu! nak keluar panggung takut terlepas momen-momen yang mungkin menarik jiwa-resah-gelisah gua yang mahu disentuh! dan gua budak cengeng terkedu dalam menanti sesuatu itu sambil cuba menyedut saki baki air pepsi yang sedikit itu!" sedih.

Namun yang jadi masalah pada gua bila dialog-dialog yang meloyakan gua, puisi cinta yang tak punya sebarang keberatan ( weight ) di tampal dan di sampaikan tak kena tempat. Semacam punya rasa kepura-puraan dialog puitis yang di ucapkan. kerna pada gua ritma patah kata yang tidak punya suara ( resah-gelisah sang pencerita tentang apa terbenak dalam hatinya tentang sesuatu yang lebih bermakna) yang hanyalah puisi yang tidak punya makna! (seperti budak darjah enam baca atau tulis puisi tanpa tahu apa makna sebenar puisi itu!) dan itu yang gua Rasa dalam patah kata puisi dalam filem Aku, Kau dan Dia! meloyakan sifat ruang-masa naratif yang tak punya tsaqafa!


gua punya pendapat, Aku. Kau dan Dia, semacam percubaan Pierre untuk bercerita sesuatu yang dekat dalam lubuk rusuk kiri tubuhnya, serasa benar karya cinta agungnya, namun sedikit mencuba dalam kepuraan. apa yang agungnya kalau sifatnya hanya liberal- dalam nada pluralis!?  sayang sebab bukankah ini filem terbitan Tayangan Unggul? lu ade team yg sangat baik untuk digunakankan. namun naratifnya masih mampu gua katakan punya sesuatu yang harus ditonton! jadi jum tgk di panggung dan mungkin lu org boleh share apa yg lu org rasa?? dari gua menceceh syok sendiri nak cuba hidang kat lu org?!

4 comments:

  1. Replies
    1. tentang dia? http://www.youtube.com/watch?v=dcUHJBrn-dM

      Delete
  2. apa yang di tayangkan dan itu yang gua rasa tika menonton.

    pada gua , ada jenis gaya meniru.

    pertama ; kita tiru dan apa yang ditiru di ubah menjadi lebih baik semacam di 'adaptasi'( pada gua ia ok! sbb yang terpengaruh dan dipengaruh itu punya sensasinya sendiri!)

    kedua ; meniru membabi buta (ini masaalah malas nak guna otak) mungkin!

    peace!

    ReplyDelete
  3. Kalu korang penah tgk cite Fight club, ceritanya same, konsep je yg lain.. Kalu korang minat tgk cite ni, cube tgk Fight club..

    ReplyDelete