epilog terakhir 3 naga



... buat mereka yang dah baca atau sedang baca novel epilog 3 naga!





.. ini merupakan fragmen epilog terakhir naratif novel epilog 3 naga yang tidak ada dalam naskah!

"... yang lihat tulisan, nampak dakwat. Dan yang lihat dakwat, nampak tulisan."



EPILOG TERAKHIR

MEREKA bertanya pada aku lagi, kenapa aku sangat suka berahsia? Seraya ini jawabku.

FAZARUL meneruskan perjalanannya dengan nada lelah, lesu, lengit, atau apa pun istilah yang menggambarkan dia berbangsa Melayu, bersama deretan banduan penjara yang lain, dalam aturan barisan sistem yang menyenakkan, dari ruang kantin penjara, masuk ke dalam sel penjaranya. Tiba pada saat ketika Fazarul melangkah masuk ke dalam sel penjara yang menjumudkan itu, di hadapan pintu sel penjara di hujung koridor, kelihatan susuk tubuh seorang lelaki. Wajahnya di selimuti cahaya kelam. Tengkuk Fazarul meremang sayu melihat ke arah susuk tubuh tersebut. Seorang lelaki berbadan tegap, tinggi lampai, punya warna kulit gelap. Entah mengapa Fazarul terpaku kelu melihat susuk tubuh tersebut. Seperti melihat cahaya malaika melintasi pinggir hatinya. Lelaki itu memandang Fazarul dan kasyaf tersenyum.

Fazarul perlahan sayu melangkah menuju ke arah lelaki tersebut. Semakin dekat Fazarul berjalan ke arah lelaki itu, semakin jelas dia melihat wajahnya. Wajah lelaki itu samar di bias cahaya neon kelam, namun masih punya mirip wajah arwah Khalid. Fazarul menghampiri lelaki itu dan tiba betul-betul di hadapan wajah lelaki tersebut. Benar, susuk tubuh lelaki itu adalah Khalid. Lidah kelu Fazarul terkamit rindu. Rindunya pada resah gelisah hatinya yang dimamah ego masa silam. Perlahan lelaki tersebut menghambur kata paling pilu pada jiwa kaku Fazarul.

“Maafkan aku Rul..” bisik Khalid di telinga sahabatnya itu. Fazarul memandang Khalid perlahan dan membilas “..Aku tak akan pernah bencikan kau Khalid. Kalau ada pun yang kau buat salah, aku dah lama maafkan.” Jawap Fazarul khilaf.

Degub hati Fazarul rebah pilu dan menangis di ruang koridor penjara yang punya ranah sayu, yang membias naratif paling indah. Fazarul menundukkan kepalanya, tewas pada ego Rasa pada benak rusuk kirinya dan tertumpah tangis gembira hatinya yang telah melepaskan seksa Rasa salahnya yang telah menghantui dirinya. Beban seksa yang telah lama terhumban jauh dalam benak hatinya. Dia tersenyum sambil Khalid berjalan menuju ke pintu keluar di hujung koridor penjara tersebut. Fazarul hanya mengekori Khalid sehingga di muka pintu keluar tersebut. Khalid dengan nada indah, melangkah keluar dari penjara tersebut meninggalkan Fazarul keseorangan dengan muka kosong yang baru. muka surat satu.

Setiap kita bermula dengan hati yang kosong,
Hati yang kosong itu mudah retak tanpa cinta,
Maka bila ia retak, Kita berjuang,
Perjuangan untuk mengisi kembali hati yang kosong dengan cinta.


Perjuang cinta itu satu cerita,
Cerita itu memberi makna,
Makna yang mengisi hati,
Hati yang berisi lebih keras,
Dari hati yang kosong,
Hati yang berisi agar tidak mudah retak kembali.


MEREKA bertanya pada aku lagi, kenapa aku sangat suka berahsia? Seraya ini jawabku. Di dalam sangkar besi ini aku terhumban. Melunaskan harga kebebasan yang aku kecapi dahulu. Yang aku pohon agar dapat menebus dosaku sehingga nanti akhirnya sempurna, bila mana dapat aku kembali, bertemu dengan anak kecil kakak ku Sofia. Agar dapat aku ceritakan semua rahsia cerita yang aku simpan dalam penjara yang menjumudkan ini. Agar lagu yang aku dendang ini, cerita yang aku gebangkan ini moga-moga jadi yang terakhir buat anak bangsaku yang punya jiwa sang gentala naga. SALUT!


THE END






3 comments:

  1. Nice read Kaz. Been non-stop reading it. :p

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum encik Kaz Ishak,

    Bila rasanya boleh ketemu. Planning masa Pesta Buku Selangor tidak kesampaian :(. Sudah tamat membaca epilog 3 naga anda. Cuma tidak lengkap lagi tanpa tandatangan penulisnya. :)

    Boleh saya print fragment di atas dan tampal di novelnya..hahaha :)

    www.kisahsigemok.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam asyraf,

      tk atas sokongan asyraf terhadap novel e3n. saya boleh sahaja kalau asyraf ada kelapangan untuk ketemu. boleh sahaja kita lepak-sembang.

      fragment akhir e3n yang saye post dalam blog telah saya masukkan dalam pruf terakhir. tapi tak tahu kenapa ia tak di masukkan dalam naskah printed copy. mungkin editor lebih suka kalau naskah naratif di akhirkan sebagaimana dalam naskah printed copy sekarang. tapi bagi saya, sebagai penulis, saya rasa ada lebih baik kira, jika Fazarul masih hidup (hidup atau mati Fazarul adalah atas dasar interpretasi pembaca yang mungkin mahu atau tidak meletakkan harapan dalam naskah naratif persis watak jason dalam filem sepet), rasa-salahnya ( guilty conscious ) dalam benak dirinya harus diselesaikan sebelum mereka rakan baik sejak dari kecil, dipisahkan buat selamanya, bilamana khalid menghadap hukuman yang setimpal dengan dosanya - tali gantung, walaupun dalam konsep separa sedar benak fikir Fazarul sendiri.


      apa pun. tk sekali lagi untuk rebiu asyraf di blog kisah budak gemok. salut!

      Delete