Rebiu filem 8 jam








semalam gua ke panggung pukul 8 malam tontonyang filem 8 jam. gua sampai panggung kul 8! Gua dah lambat sampai! gua beratur panjang, nak beli sweetcorn dan air pepsi. seraya dapat sweetcorn yang awek gua 'tolong' bayarkan, gua gegas membontot awek gua yang berlari masuk ke dalam panggung hall 3. bila gua buka pintu panggung, air pepsi gua terjelepuk jatuh depan pintu masuk panggung. angin satu badan gua tengok air pepsi gua yang berlimpah tuh. gua gagah kan jugak masuk panggung. buat bodoh sambil awek yang duduk kerusi belakang sekali ( house-seat namanya ) pandang-pandang gua yang tengah ralat menonong air pepsi gua tu. ( yang entah mana macam mana pulak dorang dapat duduk seat VIP tuh? ) getus gua tengok awek dua orang tu! dalam gelap, gua duduk kerusi tengah panggung, mula melayan sweetcorn gua tanpa air pepsi  sambil menonton 10 minit pertama filem 8 jam. disusuli dahaga gua memuncak sepanjang 80 minit yang berikut, menonton filem 8 jam ni.

awek gua tanya. "...sweetcorn ni macam tak sedap lah." Gua balas. "...mungkin tak cukup 'garam'." "... atau mungkin tak cukup 'marjerin' agaknya!" bentak awek gua yang memang pandai sangat kritik pasal makanan. Gua senyum ( dalam hati ralat sangat ) dan terus melayan sweetcorn gua yang tak berapa nak 'sedap' malam tuh sambil mata gua terkuak menontonyang filem 8 jam terbitan M.I.G arahan Ahmad Idham. kah kah kah.



p/s : hanya apa yang gua rasa ketika menonton.

4 comments:

  1. nk bace review..

    ReplyDelete
  2. review gua tentang filem 8 jam?

    mungkin tiada apa yang lebih baik untuk di perkatakan tentang filem ini selain sweetcorn gua yang "tak cukup garam"

    sebab gua ingat dulu cikgu bahasa melayu gua pernah cakap ; jangan cakap kalau ia langsung tak memberi apa faedah! tapi ini cikgu sekolah rendah gua. Gua teringat Dr. Anuar Nor Arai pernah cakap. "... pilih filem yang berbaloi untuk diperkatakan!"

    itu dr. anuar. kalau hassan muthalib. lu kena jawap pulak review dari dialog zomba nya pulak! kah kah kah

    ReplyDelete
  3. boleh diterima lah..

    ReplyDelete