AjiNohMotor ; filem pertama dari pengarah muda Razif 'Ajiboy' Rashid!







Film pertama Razif 'Ajiboy' Rashid. AjiNohMotor. punya rencah dan fungsi Rasa yang baik. Pada tajuknya sahaja dapat kita Rasa indexical yg punya konotosi jelas bahwa filem ini punya kelainan dari naskah filem-filem dari brand MIG sebelum ini. Lihat dari posternya sahaja, punya semacam nada soft/halus/lembut/ringan yang menghiburkan! Pasti ringan je benak kepala menonton filem ini nanti!



AJINOHMOTOR sebuah filem aksi romantik islamik komedi ( dari genreNya gua belum hadamkan maksudnya) tapi yg pasti ia bakal menggegarkan panggung serta membuatkan kita tergelak terbahak-bahak dengan unsur-unsur komedi satira yg punya gaya bahasa semacam Ernts Lubitsch, Aki Kaurismaki atau mungkin Yoji Yamada-Tora San! ( watak-watak naif dalam ruang-masa yg mengelirukan membentuk satira komedi yg menghiburkan ) : apapun AjiNohMotor akan mula di putarkan di panggung pada 20 September 2012! Lakonan Zalif Sidek, Alex Yanz, Shahfiez, BoyIman, juga Wawa Zainal!



Yang belum mengenali Razif 'Ajiboy' Rashid, beliau merupakan pengarah muda dari kelompok pembikin filem muda di bawah program pengarah muda MIG (bakat pengarah muda yang digilap David Teoh yang punya potensi sangat besar!). Dan kalau penting untuk diketahui, Razif 'Ajiboy' Rashid juga antara anak didik maestro Mamat Khalid ( Kala Malam Bulan Mengambang, Hantu Kak Limah Balik Rumah) yang mana beliau ( Ajiboy) menerima didikan secara direct (maksud gua beliau antara yang terpilih dalam proses penurunan ilmu yg lebih mesra!) dari abg Mamat Khalid sendiri (untuk lebih senang difaham, kira abg Mamat turunkan Saka kat Ajiboy lah lebih kurang! kahkahkah). Dan gua pasti Ajiboy punya sentuhannya sendiri yang di bentuk dari gagasan pemikiran Mamat Khalid! Itu yg buat gua teruja nak menonton filem Ajinohmotor ini di panggung nanti!



Sama-sama kita nantikan kemunculan naskah naratif Razif 'Ajiboy' Rashid ini di panggung 20 September 2012!







p/s : mungkin gua akan cuba sembang lebih lagi tentang naskah filem bila gua berkesempatan menontonnya nanti! dan harap Razif 'Ajiboy' Rashid dan filem AjiNohMotor, dapat membentuk satu trend waima branding baru pada kelaziman filem-filem terbitan MIG!

4 comments:

  1. betulnya, mahu menyamakan dia dan filem sulongnya seperti filem-filem Ernst (bukan Ernts) Lubitsch dan Aki Kaurismaki? Adakah ini resensi berdasarkan pemahaman terhadap filem filem yang pernah dihasilkan oleh Lubitsch Kaurismaki atau sekadar kawan-kawan nak jaga hati kawan takut hilang kawan?

    ReplyDelete
  2. mungkin nahu bahasa (ke-empat-empat bahasanya) yg sempat gua tgk, punya simili. naratif juga watak dalam naratif. satira komedi ringan dari watak naif dalam ruang masa yang mengelirukan. pada gua, semua pengarah dan pembikin filem punya resensi aspirasi mereka sendiri dari pengalaman menonton mereka, membaca, lepak sembang, tonyoh2 di kedai kopi. semuanya tergumpal dalam benak kepala yang akhir apa yg ada dalam benak kepala akan terkesan dengan kerja bikin filem. Scorsese juga terkesan dari kerja bikin filem john ford dahulu bukan? bukan gua nak sama levelkan ajiboy dengan kaurismaki, atau lubitsch. gua takdelah senaif itu, melambung-lambung tak tentu hala. tapi yg jelas, gua rasa ia punya simili, mungkin terkesan dari gagasan bikin filem mereka yang lejen2 ini. sejujurnya yg gua rasa.

    p/s : maaf kalau gua salah typo (Ernst-Ernts), mata gua semenjak dua menjak ni dah naik rabun. Dan gua sebenarnya letih melayan masaalah-masaalah peribadi manusia lain yang melibatkan "nak jaga hati" kawan atau sebagainya. peace!

    ReplyDelete
  3. seperti jugak Razif-Ajiboy terkesan dengan pemikiran mamat khalid. begitu jugak yasmin ahmad pada kiarostami. seperti jugak p.ramlee pada kurosawa. dan seterusnya. anak murid dengan sifunya yang tak pernah bersua muka pun. hanya pada layar naratif. mungkin itu yg di maksudkan penulis. dengan "gaya bahasa semacam Ernst Lubitsch dan kaurismaki"

    ReplyDelete
  4. betulla..memang tak ah...se-realnya manakan sama dgn mereka (earns,kaurismaki)x caye cuba tengok 'i hired contract killer'...tapi aku paham..ini hanya kecelaruan pemahaman tentang filem mainstream & non-mainstream...kalau nk best bersesuaian dgn nama blog..selamberk tolak tepi semua filem sampah..ambil yg betul2 deserve d rank man!sepeti....'bunohan'...tapi mungkin jurus penulis condong ke arah mainstream...aahh! common thing! i'm outta here..peace!

    ReplyDelete