...di culik piring terbang atau di telan mek yah?"..
saat ini, hanya cuma yang gua minta jangan lah ada yang bersembang sampai menyalahkan penonton filem kita. Merajuk pula bonda nanti. Walhal, Bunohan hanya sekeping tanah mistik yang tidak lah berapa nak berat seperti yang di khabarkan dalam petikan di akhbar berita hairan tempoh hari. Bunohan tidaklah sangat sampai nak meminta-minta penonton menonton filem tersebut dengan mimik muka senget sang godot atau sehingga berdarah kepala kusut zomba sekalian untuk berfikir bagai. Bunohan masih lagi hanya sekeping tanah yang indah dan jangan lah sampai ada yang berebut-rebut untuk puji melambung-lambong sampai ke langit tanpa awan, lantas memperlekehkan penonton yang mungkin belum terdedah atau mungkin juga belum punya bakul yang luas! kerna pada gua, bergantung lah pada bakul yang lu orang bawa nanti tika masuk panggung menonton filem itu. lagi besar bakul yang lu orang bawa. lagi banyak lah yang lu orang bawa balik. kalau tak ada juga yang lu orang bawa balik, gua sarankan lu orang masuk bakul yang lu orang bawa tuh, lu orang angkat sendiri. kah kah kah. cuma gua teringat masa gua lepak di gerai kopi choice bersama cikgu sekolah menengah rendah gua dan rakan gua yang bekerja menjual burger kaw di kaki lima taman andalus, dan mereka sembur kat gua, bahwa menonton filem seperti Bunohan adalah seperti "masuk ke dalam kilang coklat willy wonka yang sangat besar sambil membawa bakul! menyeronokkan bukan?"
cuma pada gua, jangan lah sampai ada yang menidakkan hak penonton waima menghukum "penonton filem kita" yang kononnya tidak mahu filem berat bagai. yang kononya hanya mahukan filem seperti adenoid tersempit atau mungkin hassan dalam botol sos tiram bagai? aduh. sedih. sebab Bunohan masih sebuah filem yang sangat menghiburkan!! dan gua sarankan agar kita ramai-ramai lagi menyerang panggung nonton filem Bunohan sebelum jerangkung panggung kembali nanti! amin.
owh, saja gua nak kongsi, gua nonton filem Bunohan dengan bonda gua di panggung. bonda gua komplain dia agak terganggu dengan bahasa dan dialek yang di tuturkan? hmm.. tidak berapa nak kebangsaan katanya. mungkin bonda gua sangat kagum dan asyik pada filem tersebut sampai tak ada apa lagi yang mampu di perkatakan selain "bahasa". tapi pada gua tak apa. sekurang-kurangnya ada juga yang bonda gua terdetik untuk memperkatakan sesuatu tentang filem bukan?
p/s : gua masih teruja dengan scene ilham dalam sepi kematian tokeh burung yang di bunohnya, mencari sesuatu dalam Rasa dirinya sendiri dan di bilas nada suara Dain Said memberi signifikasi tepat tentang Bunohan! dan gua masih lagi dalam proses menghadam keaghaiban landskap mistik naratif Dain Said.
No comments:
Post a Comment