Rebiu filem pendek kopitiam kurang manis ; penerokaan unsur seksual dalam seksualitas nostalgic ruang-masa.

Semalam, gua telah berjaya mendapatkan salinan dvd filem pendek Kopitiam Kurang Manis yang sebenarnya antara yang gua ingin sangat menontonnya selepas ketinggalan tayangannya yang dibuat oleh Angkatan Pembikin Filem Baru di stor DBP tempoh hari. Dan sejurus sahaja menonton filem pendek ini, gua terasa untuk menulis sedikit tentang apa yang gua Rasa (mungkin tidak benar pada yang lain) dan yang menjadi argumentasi gua tentangnya dari sudut pandang penggunaan bahasa filemnya mengangkat naratif, kerana itu yang pada gua sangat menarik tentang filem pendek ini.


Pengalaman menonton filem pendek Kopitiam Kurang Manis yang dihasilkan oleh seorang pengarah muda, Azri Abu Hassan (salah seorang pelopor gerakkan angkatan pembikin filem muda), adalah seperti pengamatan meneroka sensasi Rasa kopi. Rasa digambarkan melalui visual. Alam Kopitiam Kurang Manis pada aku berjaya meletakkan sensasi Rasa kagum bila mana segala yang diletakkan dalam frame juga “ruang” diisi dengan perasaan semacam orthodox menginjakkan paradox naratif kearah nostalgic “masa” yang dianjurkan pada watak. Untuk seorang pengarah muda yang mungkin pada aku tidaklah pula secara keseluruhan memahami bahasa filem yang sifatnya infiniti, menggunakan “nahu filem” membuka lembar naratif yang cuba dikomunikasikan melalui cinematic signifier. Menghidupkan karakter space-time-thought-relationship dalam alam naratif Kopitiam Kurang Manis. Pengarah mengangkat kopitiam ini mungkin kerana intrignya pada sensasi yang dibawa bersama pada emosi  situasi stuktur ruang kopitiam yang hampir semuanya mempunyai rasa nostalgic, yang terkesan pada dirinya.
Shot pertama dalam setiap filem adalah shot yang paling getir. Ia harus bersifat significant yang mana shot pertama itu harus memperlihatkan dan memberikan qualisign (semacam kualitas) pada icon yang memberikan Rheme dan akhirnya sebuah pragmatic (kesan) terhadap keseluruhan naratif. Shot pertama dalam filem pendek Kopitiam Kurang Manis, dua buah cawan (yang juga punya karakter semacam orthodox yang nostalgic ) sebuah cawan berdiri dan sebuah lagi tumbang yang kemudian diberi hubungan antara signifier (cawan) dan signified (cawan yang tumbang itu dan tertumpah air kopi meleleh/menitis di hujung meja adalah merupakan sebuah negativiti) memberikan sebuah argument pragmatic yang jelas bahawa ia tentang kopi dan negativiti yang dibawa oleh kopi itu, the sorrow of emotion pembikin filem (berbangsa Melayu) tentang sesuatu yang telah menumbangkan isi hatinya (bercerita tentang manusia berbangsa Cina yang memiliki sebuah perniagaan Kopitiam). Kemudian imej itu diberikan hubungan antara manusia dan psikologi depth melalui serbuk kopi yang dijadikan signifier ( dilihat pada shot yang disambung selepas shot pertama ) iaitu kotak tin serbuk kopi terjatuh yang menyelerakkan serbuk kopi pada sinki dan serbuk kopi itu terbancuh pada air yang mengalir deras dalam sinki itu yang menjadi sebuah signified, yang aku lihat semacam sederas semangat pengarah untuk meneroka psikologi depth alam naratif Kopitiam Kurang Manis. Mungkin elemen-elemen ini semacam pendekatan nosographic oleh pengarah tentang sensasinya mengenai psikologi manusia atau mungkin dirinya sendiri.  
Setiap dalam dunia punya pasangan. Dan itu yang disampaikan melalui dialog pertama diucapkan dari watak yang paling dominan dalam naratif Kopitiam Kurang Manis iaitu pada dialog Leez ; “Keong, kopinya dua!” lantas memberikan indikasi yang sangat significant pada naratif tentang manusia itu mencari pasangan mereka. Dan kemudian kamera perlahan track masuk ke dalam kopitiam semacam membuka lembaran penerokaan dunia Kopitiam Kurang Manis. Dunia imaginasi sang pengarah meneroka ilmu, yang mana ilmu itu juga menjuru kepada pasangannya. Melieu watak diperlihatkan melalui sebuah set kopitam yang sangat nostalgic memberikan semacam rasa sebuah imbasan hidup manusia yang terhambat oleh ruang nostalgic itu sendiri. Dan kemudian papan tanda Kopitiam yang juga punya karakter yang tersendiri, jatuh di depan sebuah lori yang diberi tanda isyarat ( sebuah signifier) memberikan semacam tanda kejutan untuk kita melihat bahawa ada sesuatu tentang Kopitiam itu yang hendak diperkatakan dan harus diberi tumpuan. *Setiap karakter yang dianjurkan punya konotasi. Terasa unsur memecahkan ruang-masa naratif yang kerap kali digunakan oleh Godard, yang mana watak dalam ruang-masa naratif merenung panjang terus ke arah penonton di luar naratif dan penonton merenung watak kembali, dan unsur timbal-balik ini, memberikan ruang untuk penonton membuka ruang paradox intuisi interpretasi. Textur stuktur ruang Kopitiam Kurang Manis memperlihatkan karakter authenticity semacam legasi yang dihambat masa membenarkan penonton meletakkan watak dalam naratif punya sesuatu yang terhambat oleh ruang-masa itu. Dan ruang-masa itu membuka paradox ke-egoan manusia yang mendiami alam naratif Kopitam Kurang Manis.
Kopitiam Kurang Manis bercerita tentang kopi dan kopi semacam simbol pada anjuran pilihan manusia. Kopi adalah mainan orang tua-tua, yang sifat mereka lebih makan garam dari kita yang muda. Dan untuk bercerita tentang kopi adalah seperti bercerita tentang sesuatu yang sifatnya matang. Dan kematangan itu dalam Kopitiam Kurang Manis adalah mengenai sexual intrigue. Kopitiam Kurang Manis merupakan sebuah naskah yang mengangkat tema sexual desire melalui watak Ah Keong, lelaki berbangsa Cina, berusia 60 tahun, mencari semula sensasi Rasa sexual desire, selepas dihambat kelesuan hidup anjuran kematian isterinya. Namun tidak terasa pengarah cuba mengangkat isu perkauman atau  kesan dari mana-mana aspek  kaum itu dan yang paling menarik pengarah tidak berniat pun untuk mengintip isu tersebut. Leez lakonan Mislina, pembantu kedai Kopitiam merupakan keturunan Jawa,Indonesia (*juga dapat diRasai pada signifier kopi) cuba membantu Ah Keong mendapatkan kembali sensasi Rasa kopinya hanya dengan menggunakan ilmu hitam, terlihat pada ketika scene yang sangat aku kagumi, apabila watak Leez membancuh kopi melalui visual yang memperlihatkan reflexi tone bayang hitam watak pada colour template orange di dinding ( yang mana merupakan Rheme yang mewakili interpretasi negativity). Terasa benar tata-pencahayaan chiaroscuro (tone bayang yang kuat ) yang lazimnya dilihat pada elemen film noir. Menerusi Kopitiam Kurang Manis, Azri Abu Hassan ingin bercerita tentang lelaki digambarkan berbangsa Cina (semacam sebuah penerokaan psikologi manusia) dan mengangkat wanita digambarkarkan berbangsa Jawa sebagai sebuah indikasi kuasa hebat (disampaikan dalam bentuk tarikan seksual & ilmu hitam) yang mampu memberikan impak hebat terhadap manusia yang bergelar lelaki berbangsa Cina itu. Juga merupakan antara elemen film noir yang banyak mempengaruhi kerja bikin filem pendek Kopitiam Kurang Manis. Secara tidak sedar kita, penonton juga dibawa untuk mencari dan kemudian meneroka alam seksual dalam naratif Kopitiam Kurang Manis. Setiap kita itu adalah sebenarnya sang peneroka ilmu yang mencari sebuah denotasi dan tentang kebenarannya. Namun seksualitas itu sendiri boleh dibuka pada pelbagai interpretasi yang mungkin pada (personal point of view) melihatnya sebagai keinginan manusia, atau mungkin juga perasaan resah-gelisah yang mencari makna pada kewujudan selepas kehilangan sesuatu yang bermakna dalam hidup, dipijak masa yang nostalgik. Dan bancuhan kopi itu sendiri sangat terbuka pada ruang interpretasi. Azri Abu Hassan bijak menggunakan cinematic signifier itu tanpa sedar, hanya yang menjadi argumentasi aku adalah disini, ruang textual system yang cuba diteroka tidak hampir sempurna, tidak lah pada keseluruhan momen dalam naratif. Namun ada momen-momen yang di letakkan dalam ruang dan masa semacam memperlihatkan icon yang tidak punya indeks atau mungkin dilihat semacam ketidak-sempurnaan pada komunikasi antara bentuk sintatik pada icon (cawan, kopi, basikal, imej burung layang, etc) dan kesan pragmatic pada legisign (sexual desire) yang aku lihat tidak punya ground (sejarah kualiti latar, fakta juga habit watak dan karakter). Juga contoh imej-imej cut-away yang dipersembahkan tiada dialectic pada perkembangan naratif waima ruang-masa. Yang mana, mungkin pada aku merupakan percubaan Azri Abu Hassan untuk meneroka the unconscious signification on cinematic textual system yang pada akhirnya pada Rasa aku, memberikan sedikit kekeliruan pada cinematic element pada form and space to paradox characterization.
Yang menarik pada aku, keruntuhan perasaan manusia pada watak yang diparalelkan pada elemen aroma kopi yang dipersembahkan se-awal scene Ahmad (pelanggan kopitiam itu yang arif dan mahukan sensasi bancuhan kopi yang terbaik untuknya) menghidu aroma kopi lantas menolaknya itu pada aku merupakan sebuah sintaks, diangkat dalam visual naratif melalui sudut pandang yang menarik, dan dipersembahkan dengan baik. Simpati keruntuhan watak Ah Keong itu kemudian di lihat terkesan pada watak Leez (Mislina) pada ruang-masa juga pada shot Leez ketika mengemas sisa kopi yang tidak terusik di atas meja. Lantas memperlihatkan Kopitiam Kurang Manis punya sesuatu dalam bentuk falsafah pragmatic yang mahu dan mampu diperkatakan dan dibuka. Pengarah dan penulis bersikap jujur dalam berkarya, mengangkat Rasa manusia meneroka sensasi sexual yang cuba diparalelkan menggunakan nahu filem dan cinematic signifier. Mungkin penerokaan itu belum habis diteroka dalam anjuran masa yang singkat, namun ia memperlihatan reflexi pengarah yang semakin matang. Bercerita tentang seks (bahan yang menjadi taboo untuk pembikin filem Malaysia). Menarik apabila adegan seks di konotasikan oleh pengarah, dilihat pada ketika apabila imej dielektik pada long take scene Leez menaiki tangga menuju ke dalam bilik dan disusuli oleh Ah Keong yang sedang menghisap paip ( *asap itu memainkan peranan yang jelas menerangkan karakter watak ) masuk ke dalam bilik Leez, dan kemudian pengarah menghasilkan juxtoposisi imej membancuh kopi dan telur kuning yang pecah dijadikan semacam komunikasi di paralelkan dalam ruang dan masa yang memberikan pragmatic signifier kepada klimaks sexuality. Dan imej-imej yang dianjurankan itu disertakan dengan alunan muzik opera Cina sudah cukup kuat untuk penonton mengingati filem pendek Kopitiam Kurang Manis sebagai sebuah kerja filem yang menggunakan sepenuhnya ilusi magis space-time yang dihasilkan dengan baik. Gambar dan poster Rose-Chan bergelimpangan di dinding kopitiam dan secara amnya, Rose-Chan itu sendiri merupakan simbol seks masyarakat Cina pada zaman 50-an. Dan secara terang, seluruh alam Kopitiam menjurus pada simbol seks itu.
Sinematografi Kopitiam Kurang Manis oleh Saiful Zul-Ariff kemas, lembut dan nostalgic. Gerak kerja kamera Saiful berjaya memberikan Rasa orthodox pada ruang dalam perkembangan karakter watak melalui hubungan antara tata-cahaya dan gerak kerja frame kamera yang bertimbal-balik memberikan signifikasi pada ruang-masa. Saiful benar memahami arah Azri Abu Hassan dan ia sangat membantu pada gerak kerja naratif. Dan yang paling memberikan unsur kekaguman pada aku dalam alam Kopitiam Kurang Manis adalah pada latar set dan props production design hasil kerja production designernya Nordin Ismail, telah berjaya membantu dalam memberikan reflexsi Rasa watak dan sensasi kualiti photographic Image dalam pergerakkan dan perkembangan naratif. Bancuhan kopi oleh Azri pada alam Kopitiam Kurang Manis sangat terasa pada sensasi nostalgic yang lazimnya dapat dilihat pada filem-filem arahan Riri Riza mahupun Nan Achnas contoh The photograph *studio dalam filem photograph. Sudah cukup baik benar produksi filem pendek anak Malaysia mampu untuk dibandingkan dengan produksi filem besar oleh nama sebesar Nan Achnas bukan?
Kata Antonioni, anything like that, if the nature didn’t put it, then it must have a purposed. Somebody did and somebody wanted it there. Kebenaran kewujudan setiap rekaan latar set mahupun props dalam ruang-masa Kopitiam Kurang Manis berada di atas permukaan naratif memberikan bentuk (form) dalam ruang yang punyai paradox. Setiap satu frame dalam juxtoposisi Kopitiam Kurang Manis punya karakter. Asap (index of signifier that give a connotation of negativity human sense) yang terhembus oleh Ah Keong itu sendiri punya perasaan dan perasaan itu adalah antara elemen karakter. Lihat juga pada jenis kopi yang di gunakan (*Cap Burung Layang ) yang pada aku,juga merupakan icon yang punya karakter. Karakter yang punya konotasi, menarik. Hanya yang menjadi masaalah pada aku adalah pada pergerakkan naratif Kopitiam Kurang Manis yang sebenarnya terletak pada watak, tetapi watak dalam Kopitiam Kurang Manis tidak punya arah dan hala tuju. Point of argument aku disini, setiap watak itu juga adalah naratif, dan naratif watak Ah Keong tidak punya arah tuju, atau mungkin samar dilihat pada permukaan naratif. Persoalan tidak dianjurkan dengan jelas pada permukaan, juga paradox entity space-time-thought-relationship hingga naratif itu kelihatan lesu dan tanpa persoalan itu, naratif tidak mampu mempunyai hala tuju yang jelas. Kata Godard, filem itu sendiri harus bermula dengan persoalan dan naratif/watak adalah tentang persoalan itu. Dan the comical of characterization pada watak dalam naratif Kopitiam Kurang Manis semacam kelihatan didesak tanpa asas (cause and effects yang lebih jelas sama-ada pada watak mahupun naratif) dan disebabkan itu lakonan watak pada aku hampir mati dalam ruang-masa yang menghasilkan kelesuan naratif dan akhirnya kelihatan meaningless. Aku mengambil contoh yang jelas menerusi filem Weekend, oleh pengarah agung Godard, mengangkat human class struggle dan diberikan parody melalui comical of characterization watak dalam situasi/scene ketika jentera tractor berlanggar dengan sebuah kereta yang mengakibatkan kematian seorang manusia class borjuis. Sebab dan kesan comical itu jelas dan kukuh dikembangkan dalam naratif. Perkembangan psikologi watak tergambar jelas pada imej (cinematic signifier) namun tidak di paralelkan pada paradox naratif (perkembangan setiap watak) yang menjadikan Kopitiam Kurang Manis sedikit pretentious dari segi lakonan waima naratif, kerana seperti yang aku katakan, watak (dilihat pada lakonan) dalam Kopitiam Kurang Manis itu adalah naratifnya.
Mungkin pada aku, bentuk dan isi, filem pendek Kopitiam Kurang Manis, belum lagi cukup benar berada pada ruang yang lebih total ( dari aspek isi dan bentuk yang merangkumi aspek human psikologi yang punya lebih depth dan memberikan kesan pada realiti dari sudut argumentasi sosial, budaya dan pemikiran yang punya kritikal sintesis tentang manusia untuk membuka lembaran argumentasi human philosophical dan memberikan sebarang hujah tentangnya) namun ia sebuah kerja yang jujur dan percubaan yang menarik dan harus di ambil kira sebagai usaha untuk meneroka ilmu bahasa filem. Namun pada aku, punya sebab mengapa Kopitiam Kurang Manis dihasilkan dan ia sangat bermakna buat mereka yang mengerjakannya terutama pengarahnya. Teks Kopitiam Kurang Manis adalah landasan mereka untuk meneroka ilusi space-time dunia filem, terkesan dari anjakan ilmu filem yang mereka pelajari untuk digunakan sebagai medium meneroka psikologi manusia. Yang menjadi masaalah ruang tidak ter-isi dan dirasai untuk meneroka unsur yang lebih total sifatnya menjadikan naratif Kopitiam Kurang Manis agak tersasar dari mencari arah tuju yang utuh. Namun sifat filem pendek Kopitiam Kurang Manis pada aku sudah cukup lengkap pada permukaannya sebagai sebuah hasil kerja filem, sebuah idea yang cuba disampaikan melalui bahasa filem kontemporari di satukan dalam juxtoposisi yang menarik menceritakan tentang human problem melalui psikological depth.

p/s: apa yang gua rasa gua tahu dan apa yang sebenarnya gua tahu, gua tulis melalui displin sudut pandang yang gua rasa terbaik dan ia membuka ruang argumentasi. Mungkin apa yang gua tuliskan betul pada gua dan mungkin tidak bagi 10 orang yang lain. Namun, pada gua itu yang hebat tentang filem, sifatnya magis menganjakkan perasaan untuk meneroka ilusi space-time yang terbuka dan tidak ada apa lagi yang terselindung disebalik layar hanya pembikin filem dan kerja bikin filemnya itu.

1 comment:

  1. HI.
    recently I require to present a topic named “Unsur Seks dalam Film” in a drama form which need to include related nilai-nilai Moral. I want to ask your opinions in the themes given. Any ideas to share on how we can carry out our drama? Thanks in advance. Looking forward for your reply.

    ReplyDelete