Ninotchka ( 1939 )
Aku janji kat diri sendiri tak nak tulis tentang filem-filem besar dunia. *Atau mungkin kerana belum ada lagi filem tempatan baru yang mendesak untuk aku luahkan Rasa. Namun sementara itu, aku baru jumpa filem ni. Hebatnya filem ni pada aku seperti degupan adrenalin yang memuncak, pada dialog, sensasi rasa manusia dengan cinta apabila cinta di parallelkan dengan dunia idealistic kapitalis dan komunisme, bagaimana kapitalis melihat komunisme dan komunisme melihat kapitalis. Pengalaman menonton “Ninotchka” oleh Ernst Lubitsch, seperti melihat Stalin senyum. Menakjubkan bukan? Stalin senyum wey.. review aku, Ninotchka bunuh komunisme!
yang pegang cigar tu Lubitsch
Oh, yang tak kenal Ernts Lubitsch, dia banyak mempengaruhi kerja-kerja Yasujiro Ozu, dan Ozu banyak mempengaruhi kerja-kerja Yasmin Ahmad. Balik pada Ninotchka, sebuah filem komedi lakonan Greta Grabo, tentang comrade Rusia*idealogy komunisme, di Perancis, menemui sense of humor dalam dirinya! Pada bentuk, mungkin ia Hollywood “golden age” cinema. Tak dapat lah jumpa Chungkin Express atau Bande A Part dalam Ninotchka, Tapi pada isi, menakjubkan! Ninotchka tidak lah sehebat Citizen Kane, tapi bagaimana Lubitsch membuka ruang, mencari masa dan mempersoalkan tentang humor? *yang kita sekarang dok gelak tengok Maharaja lawak? sangat menakjubkan. Terkesan pada watak leonne lakonan Melvyn Douglas ditemukan dengan Ninotchka, bagaimana mereka jatuh cinta apabila Leonne meneroka sense of humor Ninotchka. Di Eiffel Tower aku mendengar dialog paling tragis dalam Ninotchka, kata Leonne ; untuk naik ke puncak Eiffel Tower, di tingkat 2, ada 1520 anak tangga yang akan membawa ke puncak Eiffel Tower, namun ada juga elevator yang boleh membawa kita ke puncak, dengan bayaran admission! *sangat kapitalis dunia ini!! Aku juga terkesan bagaimana jam dinding menjadi parallel pada situasi dalam Ninotchka, dan keadaan dan ideology menjadi batasan dipecahkan oleh perasaan jujur manusia. Ninotchka membawa kita melihat bagaimana apabila sang kapitalis menemui komunisme dan si komunisme menemui kapitalisme. Dan ia saling terkesan! Dalam humor! Aku terkesan dengan topi wanita yang di pamerkan di lobi hotel, juga topi 3 comrades (ascot & gatsby hat) yang disangkut bertukar/dissolve menjadi topi (beaver/english top hat), dimana aku lihat topi menjadi icon pada kuasa idea dijilat kapitalisme tamadun sosial! Lihat juga pada ketika Ninotchka yang telah di hantar pulang ke Moscow oleh kuasa Kapitalis, kemudian dengan usaha Leonne *yang tidak dibenarkan ke Russia kerana Leonne merupakan orang kenamaan Perancis, Ninotchka di hantar kembali ke Perancis, untuk membuat laporan tentang Russian comrades yang telah ditugaskan dengan misi ke Perancis yang juga sebenarnya merupakan konspirasi Leonne. Ninotchka yang tidak mahu menderhaka pada rakyat Russia (idealoginya), di pojok dengan ancaman, jika dia pulang ke Moscow, dan selagi Ninotchka menolak untuk menetap bersama Leonne di Perancis dan meninggalkan Moscow, Leonne akan terus membawa ramai lagi rakyat Russia ke Perancis dan akan wujud lah longgokkan restoran masakan Russia di Perancis. Tapi filem Ninotchka bukan propaganda kapitalis mahupun komunis, ia adalah tentang asas komedi tentang mencari humor dan makna humor! pada sosialis!
"...there two type of comedy. There's silly comedy and stupid comedy..." Ninotchka
"...there two type of comedy. There's silly comedy and stupid comedy..." Ninotchka
p/s: pada yang sedang mencari sublime to humor.. (PAUSE) jom tengok maharaja lawak?
No comments:
Post a Comment