cakap-cakap kosong tentang Kongsi

Gua bosan-bosan tengok tv, terlintas rasa gua untuk sembang tentang filem Malaysia yang baru gua tonton di panggung kelmarin.




Jauh lagi untuk membandingkan filem Kongsi yang sifatnya character driven dengan filem-filem yang sama sifatnya seperti Fargo, Pulp Fiction atau mungkin Taxi Driver. Tiada alasan untuk menghalalkan filem picisan di hasilkan sambil lewa. Kongsi. Character driven film yang sesak dan senak dengan kekeliruan. Tiada paksi pada keseluruhan filem. Yang menggerakkan naratif adalah karakter tapi dalam naratif filem Kongsi, character driven itu tidak dikembangkan dengan baik. Dalam erti kata, Farid Kamil gagal menyampaikan asas bentuk character driven melalui perkembangan naratif Kongsi, menerusi watak Tumulak lakonan Shaheizy Sam. Film is about character. Kongsi bercerita tentang karakter. Dan tiada lagi yang mampu diperkatakan mengenai filem Kongsi melainkan Tumulak. Tiada apa yang mampu di"kongsi"kan lagi melainkan kilauan bintang popular yang menyinari kegelapan naratif hambar, memberikan sensasi Rasa pada manusia yang mencari escapism, dari terhimpit kesesakan bernafas. Untuk bercerita tentang character driven, maka kita akan melihat pada watak yang menggerakkan naratif lantas memperlihatkan perkembangan watak dalam ruang dan masa pada fisikal atau pemikirannya. Kita juga akan melihat pada gaya nahu filem yang dikembangkan melalui watak oleh pengarah dalam ruang dan masa dalam naratif untuk menganjurkan sensasi Rasa dan getaran emosi di layar. Membuka ruang entiti interpretasi dalam diri penonton, meneroka dunia alam watak dalam character driven story play itu.

Jika action comedy itu yang hendak disampaikan, pada pengalaman aku menonton filem Kongsi, Emosi dan Rasa manusia dalam alam naratif filem Kongsi tidak memperlihatkan comical of characterization in a situation/action yang lebih matang dan jujur. yang lantas melahirkan kekosongan pada depth dalam naratif cinematic experience. Pergerakkan naratif di choreograph kaku dan tidak bernyawa seperti adegan-adegan aksi dalam filem itu juga. Latar naratif, kota Kuala Lumpur tidak kelihatan benar dari kaca mata Tumulak (*sangat penting dalam perkembangan characterization of character driven story play ). Kata Antonioni, ruang geografi latar naratif harus dibentuk melalui camera consciousness untuk memberikan kesedaran tentang perkembangan naratif tentang watak.

“… the value of acting depends on the abilities of others, such as cinematographers and etc; to probe deeper into the nature of acting’s contribution we need to see performances relative to images..”
Namun pada aku, Lakonan Shaheizy Sam amat membenarkan aku untuk mempercayai watak Tumulak telah berjaya memijak reflexi, menguasai ruang kesedaran lakonan (the entity of acting space) pada permukaan dan lapisan dalam naratif filem Kongsi. Shaheizy Sam telah memijak watak ASP Shariff lakonan Fizo, Detektif Maya lakonan Norliana Samsudin, dan lain-lain dengan lumat, dan meletakkan dirinya jauh di atas naratif filem itu. Dalam filem, tenaga lakonan seseorang pelakon itu terletak pada hubungannya di antara kamera, latar set dan kesedaran dirinya menguasai ruang antara pada ketika dirinya berhadapan dengan watak yang bermain dalam shot. Shaheizy Sam telah memijak kesemua hubungan itu dan berdiri di atas segala-galanya.  Aku dapat merasakan Tumulak bukan sahaja memperkotak-katikkan dunia alam Kongsi, malah Tumulak telah berjaya keluar dari alam itu serta melonjak dirinya jauh di atas permukaan naratif lantas menganjakkan sensasi Rasa watak itu keluar dari kesedaran ruang dan masa, tanpa kesedaran pengarah.  Menjadikan dirinya benar wujud dalam ruang dan masa ketika melayar dunia Kongsi. Sekiranya kongsi mengutip jumlah kutipan panggung sebanyak RM7 juta dalam masa 7 hari ( *yang pada aku satu perkembangan yang sangat positif industry filem Malaysia ), ia hanya disebabkan kerana watak Tumulak yang dibawa Shaheizy Sam telah benar-benar memijak lumat naratif alam Kongsi. Hampir sikit lagi untuk aku bandingkan Tumulak, Shaheizy Sam dengan Edward Scissorhand, Johnny Depp. Namun, character driven dalam Edward Scissorhand, Tim Burton lebih hidup dan ruang masa alam naratif digerakkan benar oleh ( punctuated flow of character with permeative personal historical myths ).
Kepincangan dalam bentuk persembahan naratif filem Kongsi mula terasa se-awal , pada ketika pergaduhan di depan warung, yang telah mengakibatkan kematian seorang adik kepada “Abg  Long” yang kemudian di akhiri melalui shot Big Brother, seperti filem Gedebe dalam tandas ( high angle wide shot on black and white). Yang kemudian shot itu disambungkan dengan shot/adegan ASP Shariff dan Detektif Maya yang melihat rakaman pergaduhan itu melalui shot Big Brother tersebut yang pada aku mengjengkelkan. Kemudian disusuli dengan pergerakkan naratif yang tiada paksi langsung berlengkar kosong. Premis naratif filem Kongsi terang dan jelas namun digarap tanpa Rasa sehebat sensasi Rasa Tumulak. Farid Kamil telah membawa alam Kongsi (juga penonton) ke jalan yang merewang-rewang dengan fotografi picisan. Tiada langsung dialectical of shots on juxtoposition. Farid Kamil mahu bercerita tentang watak, tapi tidak tahu menggunakan bahasa untuk bercerita. Maka terjadi cakap-cakap kosong mengenai sesuatu, yang mana itu sahaja yang aku lihat untuk memperkatakan tentang filem Kongsi. Kongsi harus lebih utuh pada perkembangan watak Tumulak, jika character driven itu yang hendak di sampaikan seperti mana Scorsese meneroka watak Travis Bickle dalam Taxi Driver. Bagaimana Scorsese meneroka alienation and self discovery pada watak Travis Bickle. Atau mungkin Marge Gunderson dalam Fargo. Penonton menantikan dan hampir mengharapkan agar diberi ruang kesedaran untuk meneroka isi ,pemikiran dan perasaan Temulak. Dendam Tumulak pada ASP Shariff tidak dikembangkan dengan matang dan sifatnya mengjengkelkan. Sesebuah naskah sebaik-baiknya membuka ruang interpretasi dan memberikan penonton ruang untuk menyentuh lantas sama-sama merasai watak Tumulak, hanya bila ia dibenarkannya apabila pengarah dan penulis membuka ruang itu. Tidak lah aku mengharapkan seperti, The Wind Will Carry Us oleh Kiarostami. Sekurang-kurangnya perkembangan sejarah watak itu harus terbuka, dan mungkin Kongsi mampu disampaikan secara lebih matang jika perkembangan sejarah itu dibuka luas.

Angan Farid Kamil untuk mengangkat isu gangsterism/politic perkauman dan yang cuba diparodykan-nya lemas dalam kelesuan dirinya untuk menggarap naratif itu dengan lebih matang. Tiada langsung kesedaran minda yang bijak/matang dalam garapan Farid Kamil. Dari awal hingga ke akhir naratif, hingga ketika pada saat Tumulak terjun ke dalam sungai dan dihambat lumpur selepas adegan kejar mengejar, semacam Tiada “rosebud” dalam bentuk dan isi keseluruhan naratif Kongsi.  Tidak pun aku mengharap paradox "rosebud Orson Welles of Charles Kane" itu ( juga a character driven narative), namun setidak-tidaknya sesebuah watak yang cukup hebat, dalam a character driven story play harus hidup, walaupun, watak itu mati di akhirnya. Hidup dalam erti kata pada paradox atau intuisi interpretasi ruang naratif. Atau lebih dekat, lihat bagaimana Yasmin Ahmad menghidupkan terus paradox cinta Orked dan Jason pada pengakhiran filem Sepet.

p/s : gua pun sama-sama belajar melalui apa yang dihidangkan di depan mata.

No comments:

Post a Comment