retrospektif filem Seman dan Gedebe

Filem mereka yang dikatakan mengambil masa 10 tahun persediaan dan pembelajaran untuk menonton dan memahaminya sahaja.  Yang aku maksudkan ialah filem pendek Seman arahan Mansor Puteh dan Gedebe arahan Nam Ron.
Maka aku ingin berkongsi apa yang telah di Rasa oleh Hassan Muthalib dan Dr. Anuar Nor Arai yang aku anggap master in film, tentang Seman dan Gedebe. Sabar Abror, kamu pengganti mereka..

Dari aku merewang-rewang bercerita tentang Man Existential dan fungsi filem sebagai Critical Observation on Man World dalam filem mereka, petikan ini adalah tunjang isi sebenar tentang filem Seman dan Gedebe.
mansor bin puteh


PENDAHULUAN
Petikan dari kertas kerja DR. ANUAR NOR ARAI, bertajuk : Mansor Puteh : SEMAN, Sebuah Filem Peribadi (Dewan Bahasa, 19 Oktober 2002), saya fikir wajar dan ada kaitan bagi membincangkan filem SEMAN dan GEDEBE. Kata Dr. Anuar : Kebenaran memang kejam dan menghiris bila yang gelap dan kelabu menjadi nyata, tambahan pula jika semua reality terang dan jelas.
Kita meletakkan yang menyentuh hidup kita di barisan depan order yang disusun dan cuba memahaminya dalam waktu yang sudah teranjak. Mansor dan Nam Ron cuba mencari dan memahami kebenaran. Jika keadaan gelap dan kelabu, sudah tentu menjadi sukar untuk difaham. Bagaimana pula jika ianya berlaku dalam keadaan yang terang dan jelas?
Sememangnya kejam dan menghiris.
Apa lagi jika dialami oleh orang muda yang mempunyai ilmu dan idealism serta semangat yang berkobar-kobar untuk meneroka dunia yang menghulur pelbagai janji. Mungkin inilah perasaan Mansor dan Nam Ron yang cuba memahami reality di zaman mereka yang amat membingungkan.

Pendekatan SEMAN dan GEDEBE
Seman menggunakan pendekatan counter cinema dan post-modern yang biasanya digunakan dalam pembikinan filem eksperimental dan avant-garde. Naratifnya anti-plot tetapi imej-imejnya dialektik. Stuktur dan tekstur diperlihatkan dilayar. Ruang dan masa jarang mempunyai kesinambungan dan seringkali disjointed. Watak-watak menjadi subjek dan bukan objek, sekaligus pendekatan ini menjadikannya anti-hollywood.
Gedebe sebuah pseudo-counter cinema. Walaupun pendekatan tekniknya mirip Seman, pendekatan yang diambil adalah sesuai dengan subjeknya. SEMAN dan GEDEBE tidak cuba untuk mengajak penonton bersimpati dengan watak-watak dan milieu mereka ( seperti filem genre yang menggunakan teknik identification atau empathy ). Mereka menggunakan pendekatan distanciation. Distanciation merupakan satu strategi untuk membuatkan penonton berasa terasing dari apa yang ditonton. Dengan pendekatan ini, penonton akan lebih objektif dan kritikal, sekaligus berfikir tentang nawaitu pembikin filem.
Watak Seman dilahirkan begitu individualistic. Kelakuannya bizarre. Milieunya … taman kecil, kebun getah, tepi longkang besar, Bandar kecil, pondok telefon, ruang bermain teater, seluruhnya adalah a pile of memory yang crude, unrefined… ( Anuar Nor Arai ). Punk dan skinhead sememangnya mempunyai reputasi buruk. Kelakuan mereka dalam GEDEBE sangat menjijikkan – memukul orang, kencing dikhalayak, hisap ganja dan sebagainya. Milieu mereka : terowong, bilik yang berselerak, kawasan di bawah tanah dan jejambat yang kotor dan terasing. Perasaan jijik dan terasing ini diutarakan oleh Mansor dan Nam Ron agar penonton dapat memikirkan tentang apa yang sebenarnya dibicarakan mereka. Ini lah pendekatan distanciation.
Kedua-dua filem ini menggunakan pendekatan fotografi secara langsung (direct photography), fast editing, jump cut dan unmatched shots. Dari segi perwatakan – watak-watak dua dimensi yang kabur, dan kelakuan yang agak sukar untuk difahami – semuanya satu strategi untuk mengajak penonton mengambil satu pendirian yang kritikal dan objektif, agar melihat keadaan masyarakat sekelilingnya sebagaimana ianya ideologically and institutionally constructed.
Seman adalah filem tempatan yang pertama yang menggunakan pendekatan counter-cinema. Watak Seman menulis biografinya, tetapi dalam bahasa Melayu lama. Naratifnya bergerak tanpa sempadan masa dan ruang. Yang berada dalam ingatan putus-putus dan fragmented…. Waktu tidak dituntut dengan waktu kalender. Waktu dituntut dengan emosi dan intelek (Anuar Nor Arai). Pada tahun 1988, Dr. Anuar telah menyatakan bahawa SEMAN adalah sebuah filem yang 15 tahun ke hadapan. Selepas 22 tahun, isu yang dibawa dalam SEMAN masih releven. Mansor berkongsi reality hidupnya yang tidak pernah terkongsi sebelum ini kecuali dengan watak-watak yang bermain dalam ceritanya (Anuar Nor Arai).
Berbeza dengan SEMAN, GEDEBE sebuah straight narrative yang meng-isahkan laporan Brutus kepada Ketua Polis dan bagaimana ia dihasut oleh Cassius untuk membunuh Ceasar. Melalui flashback dan parallel editing, kita melihat sebuah kisah tentang betrayal, honour & personal glory. Its is political satire at its pernicious best (Johan Jaafar : NST, 23 Ogor 2003)
SEMAN menggunakan fotografi secara langsung ( direct photography), pada keseluruhannya. GEDEBE juga menggunakan direct photography hamper keseluruhannya. Pada dasarnya ia merupakan counter-cinema tetapi sebenarnya pseudo-counter cinema. Budget yang rendah telah menentukan teknik produksi sebegini. Namun, teknik fotografi hand-held tanpa penataan cahaya dan disjunctive editing sesuai dengan subjek dan naratif.

GEDEBE sebagai adaptasi dari SHAKESPEARE
GEDEBE merupakan filem tempatan yang pertama yang bersandarkan cerita Julius Ceasar, karya Shakespeare. Nam Ron memilih dua kumpulan samseng yang bertelagah – punk dan skinhead. Mungkin Nam Ron mendapat inspirasi dari dua filem Hollywood yang mengadaptasi karya Shakespeare ke filem : West Side Story (Robert Wise – 1961) yang diadaptasi dari cerita Romeo dan Juliet, dan William Shakespeare’s Romeo & Juliet (Baz Lehrman – 1996). Kedua-dua filem ini menggunakan watak kumpulan samseng bertelagah sesame sendiri.
GEDEBE memaparkan watak orang-orang muda di zaman pasca-moden dan bagaimana tindakan mereka akhirnya membawa kepada kehancuran. Kata Dr. Anuar : Memahami zaman membesar bukan perkara remeh.. dunia dalam akal dan fikiran dubika bendungnya dengan berkata : Ada benda aku nak kata!

Apakah yang ingin dikatakan oleh Mansor dan Nam Ron?
Dari apa yang dilakukan oleh Mansor, kita merasakan pemberontakkan kecil dalam dirinya yang jauh tenggelam dalam siksa fizikal dan batinya bahawa penipuan dan pembohongan yang terlalu bebas dan meluas dalam kehidupan biasa manusia sudah tidak terbendung lagi, dan Mansor membendungnya dengan sungguh-sungguh dalam SEMAN. Mansor sangat jijik pada hipokrasi (Anuar Nor Arai).
Dhojee(penerbit GEDEBE), telah menjelaskan bahawa GEDEBE sebenarnya tentang keresahan Nam Ron terhadap beberapa peristiwa besar yang berlaku di Malaysia. Namun, sehingga hari ini, tiada siapa pun tahu apa yang sebenyanya telah berlaku, dan siapa yang sebenarnya yang bertanggung-jawap. Semua gelap dan kelabu.

PENUTUP
Jika dibentuk satu soalan untuk gambarkan dilemma yang dihadapi oleh pemuda seperti Mansor dan Nam Ron *sekarang tidak lah pemuda lagi bukan?
Keresahan mereka ini dapat dilihat dalam beberapa adegan. Antaranya : watak Seman dimarahi majikannya – bukan di bilik pejabat tetapi di dalam tandas. Betapa rendahnya dipandang Seman dan idea-ideanya. Dalam GEDEBE, kamera video merakam Cassius dan Brutus di dalam tandas. Di perlihatkan rakaman itu dalam bentuk hitam putih, sekaligus mengatakan Big Brother yang berkuasa itu adalah inhuman. Ramalan George Orwell dalam karyanya, 1984, sudah menjadi kenyataan.
Ya, kata Cassius. Merdeka. Bebas – tapi jadi kuli. Yang berkuasa, yang menentukan segala-galanya adalah Big Brother. Siapa sebenarnya hipokrit? Siapa sebenarnya pembohong? Siapa sebenarnya samseng? Realiti yang terang dan jelas menjadi gelap dan kelabu. Inilah reality hidup dalam SEMAN dan GEDEBE. Bilakah ianya akan berakhir? Inlah benda yang dikatakan oleh Mansor dan Nam Ron. Di akhir filem SEMAN, kita dengar monolog Seman : Aku… seorang pejuang bangsa, tak tahu khianat kepada negara… yang punya agama, keluarga dan budaya. Kau baru tiba, nak rampas harta pusaka yang disemai oleh titisan darah ibunda.
Kata Seman lagi : ini suratan. Takdir menentukan. Mansor serah kepada takdir. Ia menerima nasibnya. Bukan mengalah, tetapi konfiden. Ia memahami apa yang berlaku. Sejarah akan tetap berulang. Masa akan menentukannya.
Cassius dalam GEDEBE tidak mahu menerima takdir. Katanya : Inilah takdir, inilah nasib. Ia memberontak dan akhirnya menerima padah. Nam Ron berbeza daripada Mansor. Namun mereka berdua adalah oemuda di bumi yang bertuah. Seman, Cassius, Brutus dan Ceasar telah menerima suratan. Apa kah nasib Mansor dan Nam Ron – dan ramai lagi pemuda yang bakal melangkah dan berjalan di atas bumi bertuah ini? Masa dan Big Brother – akan menentukan.

A good e.g of the potential dissonance between the story from the inside & the story from the outside lies the discrepancy between what we think we know & what we actually do know. Your knowledge of the world around you is built up from the perceptions delivered by your five senses.
How we do we know that what we call reality is not simply just a type of boring, coherent dream? Do we know? DESCARTES used this type of argument to undermine our confidence in the idea that we know very much at all (the scepter of ORWELL’s 1984). He is heading towards skepticism, a view about our knowledge & in its simplest form, it amounts to: we can’t have any of it! That is, it is not possible for us to know anything.

Apakah dimaksudkan dengan persahabatan? Benarkah tiada kawan atau musuh yang kekal di dalam hidup kita? Benarkah apa yang dianggap sebagai reality mungkin bukan reality tetapi satu reality yang dicipta? Inilah perkara yang ingin diteroka oleh Nam Ron melalui GEDEBE.  
Nam Ron
p/s : Seman dan Gedebe filem yang harus ditonton oleh pecinta filem. Seperti mana filem Citizen Kane dan juga Trainspotting! Untuk mengelakkan dari anda terperangkap dalam timbunan buku tentang teori dan filusifus filem, dan lain-lain, petikan ini mungkin dapat membantu. Supaya tidak sesat kelak! Mengangkat kembali petikan ini untuk cuba terus menghidupkan karya filem anak Malaysia yang hebat ini!

No comments:

Post a Comment