Semalam selepas lepak di kedai kopi, aku pulang dan cuba merungkai sedikit rasa aku tentang filem Apa Dosaku arahan Bernard Chauly yang kini sedang dimainkan di Astro Citra.
Apa Dosaku sebuah diskripsi penuh manusia yang bergelar wanita. Di pijak oleh karakusan manusia di zaman kekaburan oleh perebutan kuasa dunia. Dan umat Malaya menjadi mangsa, yang mengaburkan mereka, disebabkan kelemahan jati diri. Dalam zaman dipijak kuasa asing ( Jepun pada tahun 1941 - 1945 ) yang terlihat dalam frame hanya umat manusia Malaya yang menjadi lembu kuasa asing. Tidak langsung kelihatan watak penganas tentera Jepun dalam rangka naratif hanya sehingga Capt. Yashimura lakonan Doppo Narita muncul untuk meneroka kecekalan hati seorang insan yang tetap dengan keimanannya bukan sahaja pada tuhan tapi pada etika dan moral kemanusiaan. Setiap watak yang hidup dalam naratif “Apa Dosaku” itu punya kebenaran dalam kewujudan mereka. Kerana mereka itu manusia yang terusik dan terkesan pada anjuran nasib yang menimpa dan yang telah ditentukan itu. Setiap mereka adalah nenek moyang kita yang terkesan oleh zaman itu, namun terdapat saat-saat dalam ruang “Apa Dosaku” itu kelihatan rapuh pada lakonan sehingga ia mematikan alam naratif yang tercipta antara perhubungan lantas memecahkan kesedaran kita ketika menonton. Bernard tidak berjaya membentuk a contemplative actor pada sebahagian momen lakonan pemainnya yang mana sebahagian kecil pemain itu tidak terasa dan ber fikir dalam ruang masa yang dicipta. Mungkin juga Apa Dosaku adalah filem untuk tv maka terjadi masaalah yang mengganggu aku ini. Tapi aku kagum pemain-pemainya khususnya Elaine Daly sebagai Sybil Kathigasu, juga Khatijah Tan ( Mak Som ) dan lain-lain pemain seperti, Beto Kushyairi (Mat Yunus), Zahiril Azim (Rahmat), Mark Teh (Tu Lang San), dan Cheryl Samad (Hamidah) yang aku fikir berjaya membenarkan aku untuk mempercayai lakonan mereka itu dalam naratif ruang dan masa Apa Dosaku. Mungkin juga aku buyers kerana aku mengkagumi budak-budak KoKen.
Degupan rasa kemanusiaan dibuka luas dalam naratif membawa menyelami rasa itu untuk membongkar tunjang rasa manusia yang tersepit dan dihimpit pada anjuran nasib. Bukan sahaja pada Syibil, malah setiap watak yang wujud dalam naratif. Memahami latar zaman 1940-an pada zaman pemerintahan jepun di tanah Malaya bukan perkara remeh. Dunia zaman yang sarat dan terlonggok dalam akal kita hingga ke saat kita sedang bernafas kini, dibuka dan terasa senak, sesak, sempot yang berselaput pada rasa. Tetapi untuk memperkatakan tentang zaman itu, agak besar dan sifatnya ambiguous. Kerana ia akan terkait dengan segala fakta sejarah tentang zaman itu. Naratif Apa Dosaku itu sendiri sebuah ambiguity kerana faktanya kabur dan semacam dirombak terusik oleh masa. Maka aku hanya akan focus tentang naskah filem itu sendiri. *walaupun untuk memperkatakan tentang filem harus meliputi segala-galanya yang di letakkan dalam ruang dan masa yang tercipta. Apa Dosaku sebuah fragmentasi dari petikan riwayat seorang wanita. Sebuah strategi adaptasi yang jelas dan terang untuk masyarakat umum, tidak hanya menuntut kepada masyarakat Melayu. Untuk memahami Apa Dosaku adalah untuk memahami dimana kita berdiri dan kemana arah kita sebagai umat Malaysia. Dalam Naratif Apa Dosaku, Bernard meraba-raba emosi dan secara tak langsung mencari jawapan untuk mencetus rasa baru dalam pembikinan filemnya yang jauh meninggalkan gagasan pemikiran Pisau Cukur, Gol & Gincu atau mungkin juga Goodbye Boys. Tapi pada fikir aku, Bernard tidak benar-benar mengusik naskah sebesar alam Syibil Kathigasu itu, kerana hanya jiwa dan emosi Syibil disampaikan secara terang dan jelas dan tiada yang tersembunyi lagi dalam filem itu. Segala-galanya semacam docu-drama ( an expository documentary ) dalam frame yang jelas dan terang. Dunia yang gelap dan kelabu langsung tidak terusik oleh Bernard. Namun, aku sangat mengkagumi momen-momen kecil dalam naratif Apa Dosaku yang merupakan signifikasi besar tentang pergerakkan naratif itu sendiri yang mampu disentuh dan dirasa, semacam dekat dengan hati ( an essential nature bound up with process that we feel and want to be part of ).
Namun, perasaan pada perjuangan Syibil Kathigasu di letakkan di hadapan naratif secara jelas. Terasa ambiguity Syibil dalam naratif yang dibentangkan oleh Rafidah dan Nik Jasmin. Dan ambiguity ini digerakkan di atas fakta sezaman yang sengaja di longgarkan supaya emosi dapat disentuh pada apa yang tersembunyi pada ketika itu ( the disguise of time that been recreated). Segala yang disentuh pada naratif adalah ( the special significance in all the actions ) pada zaman itu yang diterjemah oleh Rafidah dan Nik Jasmin lantas disampaikan secara terang oleh Bernard. Yang jelas mereka menghidupkan wajah keberanian pada manusia di zaman itu dengan baik. Pergerakan naratifnya menentang arus pemikiran tradisi tentang zaman itu. Dunia yang kucar-kacir itu dibentuk dengan jujur, dapat dilihat pada manusia zaman itu yang di kala di himpit dengan nasib anjuran pada mereka, ada juga di antara mereka yang terhimpit itu mengambil kesempatan merompak dan merogol sesama bangsa sendiri. Yang indah tentang watak Sybil, ia di bentuk semula dengan membuka ruang interpretasi pada ketidak sempurnaan watak itu seperti manusia yang tidak terlampau iconic. Seorang wanita yang cekal tapi masih punya kelemahan. Masih berbisik-bisik di telinga pada kata-kata Syibil “…. Aku benci perempuan, mereka ingat mereka kuat!...”
“Apa Dosaku?’ is a story of courage amidst chaos and a struggle for sanity in a Malaya turned upside down…” katanya..
Terkesan dengan watak Tu Lang San dilakonkan oleh Mark Teh *wajip dirasa untuk difahami. Watak Tu Lang San mengangkat kejujuran perasaan manusia pemberontak kerana segala yang dilakukan oleh manusia yang bergelar lelaki adalah kesan dari aspirasi tentang wanita. Di lihat pada asas perjuangannya untuk menuntut kebebasan dan perjuangannya itu kerana cintanya pada Eng Ming Cheng. Secara jelasnya ia mengangkat martabat wanita yang juga merupakan gagasan idea naratif Apa Dosaku. Aku juga mengkagumi watak Mak Som lakonan Khatijah Tan, dimana ketika Mak Som dirogol umat bangsa tanah Malaya sendiri dan mengakibat dirinya mengandung. Mak Som sengaja menyimpan rahsia dirinya mengandung bukan kerana malu, tetapi keinginannya untuk tidak menafikan kisah hidupnya yang tercalar yang aku kira merupakan sebuah kekuatan ( *yang mencetus rasa filusifus ) yang harus ditempuhi oleh manusia yang bergelar wanita. Walau bagaimana pun, anak itu adalah darah dagingnya yang harus dipelihara yang merupakan kesan yang tercalar pada nasib yang dianjurkan padanya. Lihat bagaimana penerimaan Syibil pada ketika Mak Som memberitahu tentang anak kandungannya itu dan juga bagaimana tindak-balas masyarakat Melayu tentang anak yang dilahirkan Mak Som itu yang aku fikir merupakan signifikasi hebat tentang masyarakat yang terhumban pada najis sendiri. Watak Mat Yunus yang dimainkan oleh Beto Khusyairi juga meletakkan naratif Apa Dosaku pada intrigue of intuition on the ambiguity of narative yang bijak dan terbuka untuk meneroka rasa asal manusia yang tersepit dan dihimpit itu. Didesak untuk terus survive atau terhumban pada kelemahan jati diri. Aku juga mengkagumi Rafidah dan Nik Jasmin meneroka rasa manusia yang ketakutan dan berani untuk berhadapan dengan anjuran nasib mereka. Lihat scene apabila Olga ( anak Syibil ) menyangka dirinya akan ditangkap Jepun dan bersedia dengan berpakaian yang berlapis-lapis.
Aku juga terkesan bagaimana Bernard mengangkat proximity biblical pada naratif seperti mana Bunuel dalam Viridiana atau mungkin juga The Discreet Charm of the Bourgeoisie, ketara dilihat pada scene sebelum Syibil melaporkan dirinya dibalai polis, dimana Syibil bersama keluarga dan pengikut rapatnya makan malan *the last supper. Dimana, selepas scene itu bermula segmentasi dari petikan riwayat hidup Syibil Kathigasu yang diseksa. ( an proximity of segmentation of Jesus Christ been crucified ) ironi naratif itu ditulis oleh umat Islam sendiri ( Rafidah dan Nik Jasmin ) * yang aku fikir ia tentang akar keimanan dan kepercayaan Syibil pada tuhannya. The lamp are different but the light are still the same.. Jalaluddin Rumi
Proximity Biblical ini juga dilihat apabila anak-anak Syibil (satu penyemaian keimanan tentang tuhan juga etika dan moral kemanusiaan kepada anak-anaknya *atau mungkin dilihat pada anak-anaknya yang lain yang sedang menonton persembahan itu) mempersembahkan cerita epik Joseph dan Maryam dalam bentuk bangsawan. Manusia, alam dan tuhan menjadi akar naratif Apa Dosaku dan Bernard berjaya mengaturkanya sebagai an inspirations from the interplay of background and story dengan jelas dan terang untuk mengangkat etika dan moral kemanusiaan dalam memperjuangkan bukan sahaja tanah air malah lebih besar perjuangan membela jati diri umat Malaya.
Secara tak langsung, naratif “Apa Dosaku” membuka perspektif tentang kelemahan bangsa Melayu/Malaya yang tunduk dan berserah pada anjuran nasib yang menimpa umat tanah Malayu sendiri. Namun pada fikir aku, itu bukan akarnya, kerana bukan hanya Melayu, malah umat tanah Malaya sendiri itu runtuh kerana gagasan nasib yang menimpa mereka. Kerana tidak berdaya, lemah jati diri dan akhirnya sama-sama di humban pada najis sendiri. *tak kira Cina, India mahupun Melayu sendiri.
"...... Syibil Kathigasu is not a guerilla but she is a mother to all guerilla...."
"...... Syibil Kathigasu is not a guerilla but she is a mother to all guerilla...."
p/s : yang menarik tentang Apa Dosaku, ia membuka ruang rasa dan interpretasi untuk di teroka. Fungsi asal filem telah benar berada di landasan dalam naratif Apa Dosaku. Ia menghalalkan perdebatan dan diskusi ilmiah.
ulasan yg sgt berkesan
ReplyDeleteBagus..bru jer kua astro
ReplyDeleteTadi.
Ulasan yang berjaya membuka ruang fikir kepada realiti sbg pejuang kemanusiaan sebenarnya dari sisi sejarah yg kerap berulang dan tidak diperbetulkan...
ReplyDelete