Nur Kasih The Movie arahan Khabir Bahtia, lakon layar ditulis oleh Mira Mustafa, menganjurkan unsur melo-drama pada tema cinta agung Nur dan Adam yang berlandaskan keindahan nilai estetika ketuhanan. Di lihat semacam kesan pengaruh filem-filem dari negara jiran seperti filem arahan Hanung Bramantyo – Ayat-Ayat Cinta atau filem Ketika Cinta Bertasbih. Retetan kesan dari filem Ayat-Ayat Cinta, semacam mencetuskan pengaruh yang membentuk representasi naratif filem/drama di negara kita yang mendorong ke arah unsur ketuhanan. Dan unsur ini jugalah merupakan paksi, drama bersiri Nur Kasih menjadi ikutan jutaan peminat dan tidak dinafikan energy cinta Nur dan Adam juga Aidil pada Nur itu jelas memberikan signifikasi pada segala yang ditentukan itu adalah datangnya dari yang maha-esa. Khabir menyajikan keindahan nilai bahasa tuhan melalui watak Nur, Adam dan Aidil. Namun, tiada apa lagi yang menarik tentang Nur Kasih The Movie selain itu. Tidak seperti drama sirinya, Nur Kasih The Movie tidak berjaya mencengkam perasaan dengan momen-momen dalam naratif yang lebih hidup dan segar.Contoh, konflik di antara anak dan ayah, abang pada adik, juga konflik cinta sepasang suami-isteri, di-utarakan jelas, mengangkat argumentasi moral dan nilai ketuhanan, sehingga memberikan impak emosi yang menggegarkan masyarakat Malaysia.
Namun di permukaan naratif Nur Kasih The Movie, tangisan Nur begitu menyenakkan, semacam berat untuk dirinya hidup sebagai hamba-Allah dipermukaan kehidupan anjuran tuhan yang maha-esa. Nur Kasih The Movie bercerita tentang nilai-nilai kehidupan sebagai hamba Allah s.w.t, tentang pengorbanan, dan isi pengorbanan itu cuba dibuka melalui watak Adam, suami Nur Amina. Mengangkat tema pengorbanan manusia untuk melepaskan sesuatu yang disayangi, hanya kerana Allah s.w.t. Diberikan signifikasi itu se-awal ketika Adam berbicara tentang rukun Iman dan rukun Islam, juga zat bersedekah dan tentang pengorbanan kasih sayang, pada anak-anak kecil/remaja di rumah bimbingannya. Kemudian ajaran itu terkesan pada salah seorang watak remaja lelaki dalam kelompak tersebut.
Namun di permukaan naratif Nur Kasih The Movie, tangisan Nur begitu menyenakkan, semacam berat untuk dirinya hidup sebagai hamba-Allah dipermukaan kehidupan anjuran tuhan yang maha-esa. Nur Kasih The Movie bercerita tentang nilai-nilai kehidupan sebagai hamba Allah s.w.t, tentang pengorbanan, dan isi pengorbanan itu cuba dibuka melalui watak Adam, suami Nur Amina. Mengangkat tema pengorbanan manusia untuk melepaskan sesuatu yang disayangi, hanya kerana Allah s.w.t. Diberikan signifikasi itu se-awal ketika Adam berbicara tentang rukun Iman dan rukun Islam, juga zat bersedekah dan tentang pengorbanan kasih sayang, pada anak-anak kecil/remaja di rumah bimbingannya. Kemudian ajaran itu terkesan pada salah seorang watak remaja lelaki dalam kelompak tersebut.
Naratif Nur Kasih The Movie digerakkan melalui sudut pandang pada watak ketiga, melalui watak Aidil ( diberi penjelasan di akhir naratif ) ketika Rahim Razali ( watak Aidil ketika sudah berusia lewat 60-an ) menjadi sang pencerita ( narrator/storyteller ) tentang kisah cinta agung Nur dan Adam melalui pembacaannya pada diari peribadi Adam kepada Nur Amina ( yang sudah berusia awal 60-an ) selepas kematian Adam.
Naratif bermula selepas 6 tahun selepas kisah kemuncak drama bersirinya. Benar, untuk mengangkat sesuatu yang telah menjadi ikutan jutaan peminat adalah merupakan suatu beban untuk penulis dan pengarah. Khabir dan Mira cuba mengheret dunia alam drama-siri Nur Kasih ke dunia dan alam yang lebih besar. Cuba mengangkat nilai-nilai yang lebih estetik namun, ruang yang tercipta Khabir Bhatiar terlalu besar sehingga tidak terisi olehnya. Terlalu banyak momen-momen yang kosong dan monotones pada pergerakkan naratif yang hambar dan samar. Hampir didesak untuk terus ber-melodramatik hingga tahap memualkan. Dari bermulanya naratif, Khabir membuka semula sejarah latar alam Nur Kasih The Movie, memberikan informasi pada penonton tentang kematian isteri Aidil, Aliya dan kehadiran anak-anak Aidil, Alias dan Mariam, dalam naratif. Sehingga ketika kewujudan cinta Nur dan Adam menjadi makna, selepas mengetahui Nur mengandung, ruang diisi dengan perkembangan watak dengan baik. Namun selepas Nur Amina mengalami keguguran dan mereka ke kota Jordan untuk menunaikan ibadah Umrah serta bercuti untuk menghilangkan kegelisahan yang merundum Nur, ruang naratif mula tidak berpaksi. Naratif kehilangan ruang dan akal ( the loss of spatial and mental expansion ) dan ruang sebesar kota Jordan, menjadi sempit dan tidak punya sebarang hubungan pragmatic pada signifikasi perkembangan watak. Contoh, imej-imej percutian Adam dan Nur Amina di kota Jordan, hambar dan tidak punya makna pada naratif. Hanya dialog “Nur tak akan pernah sesat, kerana abang akan cari Nur” oleh Adam sekurang-kurangnya mengisi ruang-masa yang dianjurkan itu. Dan ada sesuatu tentang scene selepas Adam bermimpi buruk, di beranda hotel, Nur cuba mententeramkan Adam yang resah pada mimpinya, ditiup angin (signifier=tanda) kencang, bukanlah suatu signified (petanda) sesuatu yang negatif akan berlaku, kerana angin adalah sebuah signifier pada kematian ataupun kelahiran/pemergian atau kehadiran. Namun ruang Nur Kasih The Movie, secara seluruh, juga belum lagi dibuka untuk didekati dalam hubungan denotasi antara pembikin filem dengan bahan naskah filemnya, yang akhirnya kelihatan kepura-puraan (pretencious). Semacam sengaja dicipta latar kota Jordan itu hanya kerana sesuatu itu mahu digambarkan dalam landskap yang lebih besar namun kosong dan tiada signifikasi yang lebih rasional, punya signifier yang jelas pada watak juga naratif. Hanya plot point, kemalangan keretapi yang melibatkan Adam dan Nur di kota Jordan itu menjadi punca konflik utama (cause & effects) yang mengakibatkan Adam dilanda musibah, yang mana terdapat serpihan di organ dalaman Adam yang semakin menghampiri jantungnya, dan Adam tidak punya masa yang panjang untuk hidup. Namun plot point tersebut tidak punya sebarang pragmatic signifier (kesan terhadap watak juga naratif) yang lebih bermakna untuk momen itu terjadi di kota Jordon. Landskap kota Jordan itu malah alam Nur Kasih secara keseluruhan, tidak benar meletakkankan sebarang hujah yang lebih utuh tentang kewujudannya. Lantas aku meletakkan argument disini, Nur Kasih The Movie dilihat hanya sebagai “drama hit tv yang cuba “dijual” melalui bentuk filem (sifatnya harus lebih besar dari drama tv) kormersial yang menyenakkan”. Perkembangan naratif kemudian tiada pangkal, tidak berpaksi pada sebarang persoalan. Penulis membentuk naratif hanya sebagai penyelongkaran watak-watak yang mendiami alam Nur Kasih, namun watak tidak diberikan sebarang pembentukkan yang mampu menjadikan ia sebuah naratif yang lebih punya philosophical symptoms yang lebih menarik atau mungkin kabur dilihat pada permukaan naratif. Ruang-masa dihambat tangisan Nur Amina ( crying sensation ) yang secara keseluruhannya menenggelamkan peluang untuk penonton memberikan kesempurnaan proses timbal-balik interpretasi untuk mewujudkan sensasi Rasa simpati pada watak kerana sebab dan akibat ( cause and effects ) yang dianjurkan pengarah tidak diberikan sebarang ritma atau susun atur yang lebih terkawal, dan terjadi semacam pembinaan struktur naratif yang monotones/membosankan.
Keterpinggiran pada anjuran persoalan yang seharusnya wujud pada permulaan naratif menjadi punca kepada pergerakkan naratif yang hambar, dan tidak punya arah tuju yang jelas. Penonton mencari-cari paksi persoalan ( yang sebenarnya pada aku wujud pada penderitaan Nur Amina ) namun tidak tergambar jelas, maka penonton meraba-raba dalam gelap, mencari persoalan itu, dalam esakkan tangisan Nur yang menyenakkan.
Sinematografi Nur Kasih hanyut bersama juru-kameranya dalam melodrama kesayuan Khabir Bhatiar untuk tidak meneroka ruang latar yang lebih nyata dari alam imaginasi naratif Nur Kasih waima landskap sebesar kota Jordan itu sendiri. Gerak kerja kamera dan tata-pencahayaan terlalu mendesak emosi seolah-olah semacam sebuah muzik video yang sesak dengan penderitaan jiwa walaupun berkali-kali ucapan “syukur pada Allah s.w.t” itu diucapkan oleh watak-watak yang mendiami alam Nur Kasih. Dimana kesyukuran itu jika tangisan itu-itu sahaja yang di anjurkan pada watak? Hingga menyenakkan dan memualkan? Hanya (the acceleration of sympathy ) di anjurkan pada watak tanpa sebarang arah tuju yang jelas. Sehingga mencetuskan polemic/argument tentang kemuncak simpati yang dianjurkannya itu. Dan argument aku disini, tidak pula naskah filem harus dibandingkan dengan drama tv, dan sekiranya itu terjadi, naskah filem jauh lebih tenggelam dan tidak punya sebarang emosi yang mencengkam perasaan penonton yang mengharapkan naratif filem itu lebih memberikan konotasi yang jelas tentang perkembangan watak dalam naratif yang telah diselami oleh penonton sebelum ini. Namun sebuah filem harus dihasilkan sebagai filem, dan drama t.v sebagai drama t.v. Tidak ada alasan mengapa naratif filem harus disempitkan sehingga sesuatu perasaan pada naratif itu didesak sehingga tidak tergapai pada arah tujunya dalam perkembangan naratif. Contoh derita Aidil selepas kematian Aliya, juga keguguran Nur. Momen-momen itu didesak sehingga naratif semacam terdesak untuk bergerak laju, walhal, naratif filem itu, harus terbentuk dan dibentuk mengikut struktur filem. Plot dan momen-momen itu, harus di atur,di beri ritma mengikut struktur filem. Sekiranya plot filem di atur mengikut struktur drama t.v, maka terjadilah desakkan pada naratif sehingga tak tergapai arah tuju naratif. Ruang di desak dan kemudian diberikan momen-momen yang hambar, contoh scene Adam melukis di bendang, mimpi buruk Adam di Jordan, dan juga dialog-dialog hambar dan melo-dramatik, yang tidak punya konotasi yang jelas dan hampir menyenakkan perasaan ketika menonton. Seperti kata Syazwan “Cahaya Yang menyilaukan Mata” bila segalanya didesak untuk memberikan sensasi Rasa simpati pada watak.
Watak Nur Amina dalam Nur Kasih The Movie diperlihatkan sebagai watak pasif-negatif , walaupun pada zahirnya Nur seorang wanita yang cekal, pada drama, juga dilihat ketika desakkannya untuk terus mencari suaminya Adam yang hilang dalam ketika ribut pasir, di tengah-tengah padang pasir kota Jordon. Dan kemudian segala-gala tentang Nur Kasih The Movie menjadi negatif. Dipermukaan naratif, dilihat keputus-asaan watak dan kemudian dihambat tangisan yang menyenakkan. Hanya nilai-nilai yang hadir dari bahasa tuhan di anjurkan pada watak-watak anak kecil yang datang ke rumah bimbingan agama (kehidupan) anjuran Adam dan Nur, menjadi bentuk yang accelerated pada naratif. Nilai-nilai tersebut menjadi cahaya Nur pada Kasih terhadap manusia yang hambar pada pergerakkan naratif dan perkembangan watak yang monotones dalam crying sensation yang memualkan.
Sehingga hanya Rasanya, yang menarik tentang filem Nur Kasih The Movie adalah lagu temanya nyanyian Yassin dan Tiz Zaqiah ( Nur Kasih ) yang lebih memberikan makna.
p/s : teringat ketika episod kemuncak drama bersiri Nur Kasih di tv tidak lama dulu, makcik-makcik, dan sanak saudara, berpakaian serba jubah hitam, berkumpul dengan membawa makanan ( pot-luck ) masing-masing di depan tv, menonton episod kemuncak tersebut bersama-sama 19 juta peminat Nur Kasih the series yang lain.
No comments:
Post a Comment