what hassan muthalib "told before" about FDAM


I hate to tell you I told you so but I gotta say - I TOLD YOU SO!  According to a newspaper report, the venerable President & Vice President of FDAM have tendered their resignation. And if you believe their reasons for doing so, then there really is a tooth fairy & Samy Velu is actually very poor & needs wang ehsan. Below is the article I wrote after the previous AGM, a session that compared very favourably with the bangsawan (Malay opera) of the 1950s. Perhaps the next episode of the bangsawan might turn out to be even more interesting. I hope the same chairman for the proceedings will be used. That will be hilarious - just like the earlier one!

Hmm, I may yet be deemed an oracle!




BANGSAWAN HIKAYAT INDAH KHABAR DARI RUPA DI FINAS.
Jan 1, 2010

Jika dilihat dari agenda Presiden & AJK baru FDAM 2009/2011, ia merupakan satu kesinambungan daripada sebelum ini - ia itu, menjadikan FDAM sebuah syarikat yang menjanjijkan pekerjaan kepada pengarah-pengarah muda.

Pengarah-pengarah muda ini tidak mengenali (secara dekat) siapa Mamat Khalid, Shuhaimi Baba, Razak Mohaideen, Adman Salleh, Syed Mohd, Afdlin Shauki, James Lee, Amir Muhammad, Santosh Kesavan, M Subash, Silver Chong, Dain Said, dan beberapa karyawan filem yang lain. Ini kerana sebelum ini, Presiden & AJK FDAM tidak berusaha merapatkan jurang di antara mereka-mereka ini dengan mengadakan siri perjumpaan seperti apresiasi filem (yang sudah dikuburkan oleh Presiden ini & AJKnya selama 4 tahun mereka memerintah. Apakah ia bertujuan supaya calon-calon Presiden tidak ada akses kepada akar umbi? Memang benar, & taktik itu sudah pun berjaya! Macam ahli politik pulak, ye? Hebat!).

Malam FDAM yang dicanang-canangkan oleh Presiden sedikit masa dulu sudah entah ke mana (walaupun duit pernah dipinjam daripada syarikat tertentu di atas nama FDAM - & masih belum dipulangkan. Ke mana perginya duit itu semua? Adakah ia masih berada dalam akaun FDAM? Ini perlu disiasat). Di masa sesi-sesi apresiasi atau perjumpaanlah terdapat peluang bagi semua ahli berkumpul, berdialog & berkenal-kenalan. Apakah jadahnya Presiden buat apresiasi di IPTA, buat kerjasama dengan sekolah filem Watermelon (atau pun Oren, ka? Aku dah lupa), pergi buat MOU di Brunei, Thailand, Filipina (dengan menggunakan duit ahli); mahu berkerjasama dengan UITM & ASWARA, membangunkan IT di Perak & pelbagai perkara pelik lagi yang tak sebegitu penting & yang sudah lari dari matlamat FDAM. “Gorila di hutan disusukan, mawas” - sorry, ahli – “di FDAM dibiarkan kelaparan”. IPTA & IPTS ada prosedur sendiri untuk mengambil atau menjemput pensyarah dari luar. Ternyata kebanyakan pengarah di bawah FDAM tahu kerja tapi ramai yang tidak tahu metodologi mengajar (termasuklah Presidennya sendiri!). Maka tolong jangan malukan FDAM di mata IPTA & IPTS.

Saya lihat hanya Yoki Chin yang merupakan 'brains' dalam AJK. Beliau seorang benar-benar komited untuk menolong FDAM serta mempunyai kepakaran (yang dipergunakan Presiden setakat ini). Yoki Chin jujur & tidak mempunyai kepentingan peribadi & benar-benar mahu menolong. Tetapi apakah beliau sedar tentang apa yang sebenarnya sedang berlaku, dirancang & apakah juga hala tuju FDAM? Kita tunggu & lihat! Industri perfileman Malaysia sudah lama kenal keperibadian Presiden. Pengarah-pengarah muda belum lagi. Tunggulah saat digigit 'semut' yang membawa lari ‘biskut’!

Mamat Khalid mahu membetulkan segala keadaan ini dengan barisan ahli fikirnya yang mampu mengangkat FDAM menjadi badan yang unggul & dihormati dalam industri perfileman Malaysia di samping mahu merapatkan jurang yang ada di antara ahli-ahli. Malangnya,  pengarah-pengarah muda termakan dengan 'kehebatan' Presiden & AJK dengan persembahan yang begitu hebat 'production design'nya di AGM baru-baru ini yang sebenarnya indah khabar dari rupa. Ternyata sudah ada juga satu projek dengan Kementerian yang tidak dimaklumkan kepada ahli-ahli FDAM pada AGM - ia itu, penerbitan dokumentari 1Malaysia (& mungkin ada yang lain-lain) yang sudah diberi kepada FDAM. Maka tentulah besar ganjaran bagi mereka yang akan terlibat nanti!! Sudah tentu ramai pengarah-pengarah muda sudah diumpan dengan pekerjaan dalam projek-projek ini.

Perjanjian penerbitan ini tentunya sudah dibuat berbulan-bulan dulu dengan jemputan untuk Menteri hadir untuk merasmikan AGM. Mana tidak, satu treler animasi 3D (yang saya anggap macam drama radio kerana adegan bercakap daripada awal hingga akhir!), dapt disiapkan dan ditayang di mana watak kartun menyapa Menteri yang hadir (yang suka tidak terhingga). Hebat sungguh Presiden & AJK FDAM! Kepentingan ahli FDAM dibelakangkan dengan menunda tarikh AGM supaya Menteri dapat hadir! Dan dibuat melalui SMS yang terang-terang melanggar undang-undang mengadakan AGM! Maka terseksalah ahli-ahli FDAM apabila terpaksa tunggu sehingga 9.30 malam untuk sampai ke penghujung AGM!! Inilah padahnya apabila orang-orang Islam tidak mendengar nasihat Nabi, s.a.w. yang pernah bersabda: “Pendita jangan ketuk pintu raja-raja”. Tapi mereka-mereka ni bukannya ahli fikir, jadi tak fahamlah maksud nasihat itu. “Incredible Hulk di Washington diteh-tarikkan, Cicakman di Malaysia di air-SWAMkan!”

Menteri kita seorang yang bijaksana. Semasa berucap di AGM, dia tidak memuji Presiden & AJK kerana dia tahu ini AGM. Tetapi dengan menaikkan geran tahunan kepada FDAM dari RM30,000 dengan serta merta ke RM40,000, ia tentunya satu pengiktirafan - & modal untuk Presiden & AJK dipilih semula sebagai exco! Beginilah nampaknya arah tuju persatuan-persatuan di Malaysia yang sudah mula dipolitikkan! Apakah FDAM bukan lagi NGO tapi sudah jadi GO? Yak lama lagi, GO-STANlah dia.

Laporan di AGM tidak disampaikan kepada ahli-ahli FDAM 15 hari sebelumnya supaya dapat diteliti mengikut perlembagaan). Walaupun diminta satu hari sebelumnya tetapi permintaan ditolak. Ini tindakan tidak beretika & tak beradab (& kurang ajar!). Buku laporan tahunan penuh dengan gambar-gambar Presiden tetapi maklumat terperinci tentang kewangan tidak ada & AJK tidak pulak dapat menjawab apabila diminta keterangan mengenainya. Rupa-rupanya buku laporan untuk AGM ini & pembentangan Presiden tentang aktiviti FDAM menjadi sebahagian dari ‘’kempen’ untuk menunjukkan kehebatan Presiden & AJK yang lalu!

Sayang, sayang, FDAM. Kamu sudah sesat jalan. Tak apa, bila sesat, baliklah ke pangkal jalan. Jangan buat kerja yang indah khabar dari rupa. Jangan lupa objektif asal penubuhan FDAM. Jangan jadi businessman seperti ahli politik masakini yang terlibat dalam bisnes. Nanti akan timbul sifat tamak (ha, ha, macamlah kita ni tak kenal Tuan Presiden!). Tanggungjawab kita sebagai orang Islam untuk menegur sebelum nasi menjadi bubur. Takkan kita tak tahu peristiwa-peristiwa yang sudah berlalu dalam FDAM yang berkaitan dengan Presiden ini - yang masih berdarah & bernanah!!

Sabar, ye, wak Mamat, Adman & Syed Mohd! Jangan berhijrah ke Zimbabwe dulu. Kita tengok langkah Presiden macam mana.  

Malay bangsawan (opera) of the 1950s.


p/s : Sang Idealis muda menunggu untuk menutup gerai burgernya...dan jika penting untuk diketahui gua bukan ahli FDAM ataupun anak buah Hassan Muthalib dan gua juga bukan pelajar UITM..

No comments:

Post a Comment