MAT TIARA atau nama sebenar Muhamad Joned Al-Akhsan, lelaki Melayu, bertubuh keding yang sangkakan dirinya Jhebat, hebat! Tapi sebenarnya badigol besar! Sedang melongo berdiri dengan berseluar kargo warna cokelat kusam, t-shirt bundle tertulis perkataan FREEDOM! Begitu terujanya dia bila berjalan mendabik dada memakai baju sendat itu. Mat Tiara tersandar pada kereta Toyota Corolla cabuknya warna putih, di hadapan sebuah panggung wayang yang semacam suram-kelam. Perkarangan panggung, papan tanda yang tertulis PANGGUNG FILIM KITA, terjelepuk di atas tanah ditimpa debu dan pasir pekan Changkat! Ruang di dalam panggung musnah dimamah api yang baru sahaja reda. Kosong dan ganjil, ruang yang semacam mengurung sesuatu! Terasa mood dan atmospiar yang menghimpit, agak gelap dan menakutkan. Langit malam gelita-gelap, awan hitam berarak menyembunyikan telau bintang dan bulan. Deru angin semacam punya indikasi jelas bahwa hujan akan turun. Sesekali langit hitam dibilas sabung kilat bertingkah bunyi getir guruh. Aneh. Dentuman guruh seperti benar bertingkah amarah di atas jembala kepala sang idealis muda berotak tepu itu.
Sambil pura-pura ralit membaca majalah picisan Harakahkahkahkah, Mat Tiara seperti gaya Sivaji The Boss, berkaki senteng kuak dada gempak bersendeng pada bumper dan bonet kereta yang berkarat. Dengan sebatang rokok Luhman tersangkut di celah cuping telinganya, dan kaca mata hitam bingkai bulat wayfarers ala John Lennon, yang disangkut terbalik di belakang kepalanya yang berambut fesyen gaya Joe Jambul tinggi melangit.
Ketika itu, Mat Tiara semacam cuba mengusaikan patah kata dalam benak fikirnya, cuba menerangkan sesuatu kepada Mamat Khalid, lelaki berusia awal 50-an, pegawai POLIS SUKERALA, kampung Simpang Siur, beruniform warna hijau kundang dan bertopi cab ere, yang sejak dari tadi dengan buku jurnal hitamnya, entah apa yang ditulisnya lalu tersenyum sendiri. Mamat Khalid menunggu Mat Tiara untuk menyelesaikan keluh-kesahnya yang tak berkesudahan. Minit bertukar jam dan Mamat Khalid masih gagah setia di hadapan lelaki kepeng itu yang kelihatan tepu benak otak geliga, seperti ada lipan yang jaga, tak reti bercakap waima mengatur kata ceritanya. Muka bengkek Mamat Khalid semakin jelas kelihatan.
“Badigol punya budak! Nak memperkudakan aku! Dia ingat aku suka sangat dengar cerita dia ni? Kau belum kenal aku siapa sebenarnya!? Ini abang Mamat lah. Berapa juz kau khatam, dan berapa juz pula aku khatam? Semua rakyat jelata tahu siapa aku tau!!” cebik Mamat Khalid dalam hatinya sendiri. “Bini aku kat rumah tu tengah kempunan tempoyak! Ni aku belum sempat pergi beli lagi!? Apa aku nak jawap nanti? Tak dapat lah aku bersenggama malam ni?” keluh Mamat Khalid dalam hatinya sendiri. “Bila aku dah tukar jadi Frankenstein, bini aku jadi Warewolf dari Bangladesh dan anak-anak aku pulak jadi Zombi Kilang Biskut! Baru kau tahu erti pertualang!” sambung cebik di hatinya lagi menunggu Mat Tiara bercerita. Cerita tentang beruk pakai kaca mata hitam mendapat bunga!
Ketika itu, Mat Tiara semacam cuba mengusaikan patah kata dalam benak fikirnya, cuba menerangkan sesuatu kepada Mamat Khalid, lelaki berusia awal 50-an, pegawai POLIS SUKERALA, kampung Simpang Siur, beruniform warna hijau kundang dan bertopi cab ere, yang sejak dari tadi dengan buku jurnal hitamnya, entah apa yang ditulisnya lalu tersenyum sendiri. Mamat Khalid menunggu Mat Tiara untuk menyelesaikan keluh-kesahnya yang tak berkesudahan. Minit bertukar jam dan Mamat Khalid masih gagah setia di hadapan lelaki kepeng itu yang kelihatan tepu benak otak geliga, seperti ada lipan yang jaga, tak reti bercakap waima mengatur kata ceritanya. Muka bengkek Mamat Khalid semakin jelas kelihatan.
“Badigol punya budak! Nak memperkudakan aku! Dia ingat aku suka sangat dengar cerita dia ni? Kau belum kenal aku siapa sebenarnya!? Ini abang Mamat lah. Berapa juz kau khatam, dan berapa juz pula aku khatam? Semua rakyat jelata tahu siapa aku tau!!” cebik Mamat Khalid dalam hatinya sendiri. “Bini aku kat rumah tu tengah kempunan tempoyak! Ni aku belum sempat pergi beli lagi!? Apa aku nak jawap nanti? Tak dapat lah aku bersenggama malam ni?” keluh Mamat Khalid dalam hatinya sendiri. “Bila aku dah tukar jadi Frankenstein, bini aku jadi Warewolf dari Bangladesh dan anak-anak aku pulak jadi Zombi Kilang Biskut! Baru kau tahu erti pertualang!” sambung cebik di hatinya lagi menunggu Mat Tiara bercerita. Cerita tentang beruk pakai kaca mata hitam mendapat bunga!
MALAM ITU SEMAKIN SEJUK, membeku otak tepu Mat Tiara yang sudahpun lesu dek hampir seharian bermesyuarat. Walaupun mesyuarat hari itu yang sebenarnya hanya mengambil masa 3 minit. Yang selebihnya, berbelas jam, bersembang di warung Pak Jahail, tentang nasi lemak tetek 50sen Cik Salmah, yang dihidangkan panas segar malar. Nasi lemak berlapikkan daun pisang dan dibungkus dengan menggunakan surat khabar Tamil Press, dibilas bersama air kopi jantan cap Ayam, yang disesah bersama Ridhwan, seekor musang licik perpakaian sut manusoid lelaki kerdil bertanjak songsang, berbangsa Melayu kacukan Cina, berusia lewat 20-an, dan Fared, lelaki berbangsa Melayu Asli, berkulit hitam sawo matang, berusia awal 20-an, sang penternak ayam tegar. Dan wajah mereka bertiga malam itu, Mat Tiara, Fared dan Ridhwan pucat kelesuan. Lengit.
KOPI JANTAN CAP AYAM itu sudah pun sedang elok tahap haul suhu ekalnya. Kesedapan likatnya yang dibancuh Cik Salmah, anak gadis sunti Pak Jahail, yang punya susuk tubuh persis bintang lejen Saloma, beradab dan sopan paling gerek di seluruh pangea Kampung Simpang Siur, Pekan Changkat ini. Pahit dan manis Rasa kopi jantan itu seperti juga adab dan sopan sang pembancuhnya yang lembut pekertinya. Dari jauh, Cik Salmah yang berpakaian kurung labuh berwarna hitam, rambut ikal jatuh sehingga paras dada, berjalan keluar dari dapur warung penuh seksualitasi terkawal, menghampiri meja Mat Tiara dan rakan-rakannya melepak, sambil membawa dulang yang dibebani 3 cangkir kopi jantan dihidangkan di hadapan Mat Tiara, Ridhwan dan Fared. Menggelugut tubuh Ridhwan melihat tubuh Cik Salmah yang benar meralitkan. Sampai terasa kekok tangannya gigil memegang cangkir yang berisi air kopi yang mula direguknya. Namun wajah Fared pula kecewa kerana kopi jantan kaw-kaw panas yang dimintanya itu ditemani ketulan ais batu yang membeku isim-isim sensasi kopinya. Kecewa. Resah dan gelisah dibuatnya untuk mengatakan bahwa minuman itu bukan seperti yang diidamkan. Senyuman manis dari bibir montok Cik Salmah, mencairkan nurani Fared yang kecewa terhadap permintaannya yang tidak dimakbulkan itu. Dengan nama TUANPENGARAH, Fared redha. Dan keredhaan Fared itu kemudian menjadi polimik debat penuh kashaf, yang dibentangkan di tengah meja terbang warung Pak Jahail itu, antara Mat Tiara, Ridhwan dan Fared. Namun, kondisi sembang-gebang dan omong kosong tentang ‘keredhaan Fared, atas kehendak TUANPENGARAH’ itu tidak punya sebarang sensasi ijakulasi fikir-rasa waima pencetus epilog sintesisNya, namun tidak lah diharapkan juga polimik mereka-mereka itu akan ditemukan dengan satu katarsis! Seperti buih-buih gelocak kopi jantan kaw-kaw panas yang mulai hilang di permukaan air kopi yang pekat likat. Seperti juga goreng pisang panas yang dihidangkan sebelum mula bermesyuarat mulai lemau masuk angin. Begitu juga gagasan idea omong-omong kosong mereka. Seperti tahi ayam yang di ternak Fared! “Oh TUANGPENGARAH, kau berikanlah kami kiblat yang lebih utuh dari sensasi sembang-gebang dalam ruang-masa mesyuarat-mesyuarat sebegini.” Bisik Mat Tiara sendiri sambil memandang ke arah bulan dan bintang yang mulai kelihatan. Seraya itu dia menyalakan sebatang rokok Canyon yang dibelinya RM 3 sekotak di kedai runcit Wak Deraman semalam yang sudah pun kehabisan, dan yang tinggal hanya sebatang itu. Di nyalakan rokok itu menggunakan mancis cap Flyingman. Klasik gaya rokok yang dinyalakan Mat Tiara itu apabila batang mancis yang satu dikeluarkan dari kotak mancis Flyingman, digeser pada bahagian kesat kotak itu dan ternyala api kecil membara, lalu dicucuhnya rokok Canyon yang sebatang itu. Kepulan asap dihembus keluar dari rongga pernafasannya, seperti juga kabus dingin malam itu.
DITEMANI REMBES CAHAYA BULAN, kabus malam yang dingin menyelubungi puncak bukit Simpang Siur. Dari perkarangan warung Pak Jahail di celah kaki bukit, di pinggir kampung, perlahan kabus mega berarak memperlihatkan sebuah banglo agam tersergam indah di puncak bukit itu. Susuk gambarannya seperti rumah banglo dalam filem Psycho arahan maestro auteur Alfred Hitchcock! Terasing dan misterius. RUMAH BANGLO ANGGERIK VILLA, yang semacam tersorok dan terpelosok nun di atas puncak bukit itu, adalah tempat beradunya TUANGPENGARAH bersama banjingan produserNya, Tuan TAUKEHSAYUR, lelaki berbangsa Cina kacukan Melayu. Tuan TAUKEHSAYUR yang secara alaminya, waris pemilik empunya rumah Banglo Anggerik Villa itu adalah seorang penipu dan yang sangat pantang ditipu! Susuk tubuhnya hanya dapat digambarkan melalui celoteh-celoteh mereka yang penah menjejakkan kaki di dalam rumah banglo agam tersebut. Namun hanya yang terpilih dan bijak laksana sahaja yang akan dijemput ke banglo Anggerik Villa yang berada di atas puncak bukit, kampung Simpang Siur, Pekan Changkat itu. Golongan-golongan proletar dan kuli-kuli seperti Mat Tiara, Ridhwan juga Fared sang penternak ayam jangan kata ‘dijemput’, di’impikan’ mereka untuk menyentuh pagar keramat banglo agam itu pun belum tentu!
Rumah banglo anggerik villa yang berada nun agam tinggi di puncak bukit, jika dilihat pada waktu malam dari warung Pak Jahail, di kaki bukit Simpang Siur itu, kelihatan meriah bercahaya neon berwarna warni berkelip-kelip semacam punya pesta keramaian sepanjang malam, setiap hari. Sepanjang tahun! Seperti manusia yang mendiami ruang-masa rumah banglo agam itu tidak pernah mengerti akan patah kata tidur waima mimpi. Stuktur binaan rumah banglo Anggerik Villa punya reka bentuk asas senibina kolonial British era 40-an, namun mengikut kata-kata cerita mereka yang pernah menjejakkan kaki masuk ke dalam rumah banglo tersebut, reka dalaman ruang dalam rumah banglo itu seperti punya konsep ala-tradisi Negara Matari Terbit! Namun ruang itu semacam mengurung sesuatu! Terasa mood dan atmospiarnya itu menghimpit, agak gelap, ganjil dan menakutkan. Hanya TUANPENGARAH maha mengetahui kerna dia yang menentukan segalanya mengikut citaRasanya juga atas nasihat guru Feng Shui, Master Chen, lelaki tua bijak laksana, yang suatu ketika dahulu pernah diusir keluar dari Kampung Simpang Siur dan seluruh pangea Pekan Changkat oleh bapa kepada tuan TAUKEHSAYUR, pemilik rumah banglo Anggerik Villa suatu ketika dahulu, dek kerana ajaran dan kebijaksanaan guru Feng Shui, Master Chen yang dikatakan dahulu mampu menggugat keamanan penduduk kampung! Dan selepas kematian bapa tuan TAUKEHSAYUR tidak berapa lama dahulu, guru Feng Shui, Master Chen telah di beri pengampunan oleh TUANPENGARAH, dan tuan TAUKEHSAYUR yang menurut perintah TUANPENGARAH yang maha pengampun telah menetapkan syarat, bahwa guru Feng Shui, Master Chen boleh kembali ke Pekan Changkat dan Kampung Simpang Siur dengan syarat, dia harus menetap di dalam rumah agam banglo Anggerik Villa dan tidak dibenarkan sekalipun menjejakkan kakinya keluar dari rumah banglo itu dan bersua-muka waima punya sebarang komunikasi dalam apa jua bentuk, dengan sesiapa pun, selain mereka yang menghuni rumah banglo itu. Dan tiada siapa pun di dalam kampung yang pernah melihat susuk tubuh TUANPENGARAH yang maha agung lagi maha mengetahui itu, kecuali mereka yang berada di kasta tertinggi masyarakat monarki Pekan Changkat, golongan-golongan kenamaan juga dikenali popular sebagai golongan borjuis. Tapi mengikut cerita yang didengar oleh penduduk kampung dari mereka yang pernah bekerja di dalam rumah banglo agam itu, TUANPENGARAH yang satu itu, digambarkan seperti seorang lelaki tua berbadan kecil, berambut putih, dan berkaca mata tebal. Dia yang sempurna sifatnya. Wajah yang cantik bak bulan purnama, nada katanya selembut puisi terindah mahakarya agung dan sifatnya maha segalanya sempurna bak kopi jantan cap ayam yang sedang elok tahap haul suhu ekalnya.
“Kesempurnaan likatnya seperti yang di bancuh Cik Salmah! Anak dara sunti Pak Jahail.” bak kata Fared.
“Kesempurnaan likatnya seperti yang di bancuh Cik Salmah! Anak dara sunti Pak Jahail.” bak kata Fared.
Dingin angin bersulam riuh yang mengisi serat-serat malam itu, di warung Pak Jahail. Mat Tiara, Ridhwan dan Fared duduk melepak sambil menikmati kopi jantan mereka, melihat ke arah Pak Leman yang berdekah-dekah ketawa dan teresak-esak nafasnya dek teruja, bercerita tentang kesah lembunya yang hilang ketika malam raya korban tahun yang lalu. Atau mungkin yang sebenarnya Pak Leman sangat sedih mengenangkan lembu kesayangannya yang hilang itu sehingga dia menyembunyikan kesedihan itu dalam cerita dan tawa-riaNya yang berdekah-dekah itu. Dan itu yang di sedari Mat Tiara, Ridhwan dan Fared apabila melihat Pak Leman yang tidak putus-putus teruja bercerita pada Pak Jahail dan Hasnul, pemuda rockers kampung yang berusia 18 tahun, yang katanya baru pulang dari persembahan gig, atau sebenarnya persembahan kugiran di Pasaraya Serbaguna Hack Choi, di Pekan Changkat, yang sebetulnya hanya mahu singgah untuk tapau teh o’ ais untuk diminumnya dalam perjalanan pulang ke rumah, namun terpaksa mendengar cerita picisan Pak Leman itu hanya untuk menjaga hati orang tua tersebut. “Kalau tidak didengarnya, dikatakan tidak beradap pula.” bisik hati batu Hasnul yang punya nada keMelayuan sendiri.
Kaza, seorang budak lelaki berusia 12 tahun berlari ayam masuk ke dalam warung Pak Jahail mencari nafasnya kembali. Kaza berdiri di sebelah Mat Tiara, memandang lesu ke arah Pak Leman yang sedang asyik bercerita berdegar-degar tawanya. “POM! POM! POM!” bunyik runut hujah Pak Leman kepada Pak Jahail dan Hasnul yang masih lagi melayan,walaupun air teh o’ air yang dibungkusnya itu sudah kehabisan. “Kalau tak di layan, katanya tak beradab pulak!” Kaza ketawa kecil melihat semangat Pak Leman itu, dengan wajah keliru, tak faham apa yang di sembangkan Pak Leman itu. “Apa yang seronok sangat tu Pak Leman?” tanya Kaza dengan nada naïf. Pak Leman tersentap seketika mendengar kata budak kecil sememeh itu. “Haish! Kau ni Kaza! Orang tua-tua cakap jangan menyampuk! Ni apa ke hal kau datang sini malam-malam ni?” Tanya Pak Leman pada Kaza yang berdiri kaku sambil menepuk-nepuk pehanya untuk mengisi ruang-masa separa sedar dirinya, menghilangkan rasa bosan!
“Mak suruh cari abang Fared.” Ujar Kaza sambil memandang ke arah Fared yang sedang duduk dengan wajah yang masih ralat terhadap kopi jantan cap ayam yang diminumnya itu di sebelah Mat Tiara dan Ridhwan. “Abang Fared! Mak suruh sembelih sebarang dua-tiga ekor ayam. Buat masak untuk makan malam nanti!” jelas Kaza lagi.
Fared yang sedang membentangkan papan Dam Haji, mengeluh panjang. “Apa lah mak kau ni? Malam-malam macam ni suruh orang sembelih ayam? Kau tak tau ke? Ayam pun ada tahu tidur!” keluh Fared.
“Alar, ayam tidur-tidur ayam je. Senang nak kejut!” jawap Kaza.
“Ha! Pergi layan je lah budak ni! Tak dilayan naik rimas pulak dia membebel!” ujar Ridhwan sinis.
“Haarghh, yelah.” Jawap Fared sambil menelengkan kepalanya pada Mat Tiara dan Ridhwan, memberi isyarat untuk beredar.
Fared dengan nada kecewa, menutup semula papan Dam Haji, lalu bangun dan mengheret tubuhnya berjalan keluar dari warung tersebut. Kaza membontot Fared berjalan beredar dari perkarangan warung Pak Jahail. Dalam pada ketika itu, kedengaran suara orang bertempik nama Mat Tiara. Berulang kali! Mat Tiara yang sedang asyik melayan kopi Jantan Cap Ayamnya tidak langsung mendengar suara tempikkan itu.
“Ada orang panggil nama kau lah?” ujar Ridhwan.
Mat Tiara cuba arah suara itu datang. Kelihatan Husin, lelaki Melayu berusia awal 20-an, dengan jambul tingginya, berbaju kemeja lusuh dengan butang baju dikancing hingga ke leher, berseluar kodroi warna cokelat gelap, gaya ala Ringo dari kugiran The Beatles, sedang mengayuh basikalnya deras dari arah jalan besar menuju ke arah warung Pak Jahail sambil menempik nama Mat Tiara berulang kali.
“Apa ke hal si Husin ni? Malam-malam macam ni terjerit-jerit macam terlintas kelibat hantu Kak Limah?” ujar Pak Leman menyebuk.
Husin, mengayuh basikal tuanya lebih deras menghampiri warung Pak Jahail, melemparkan basikal tua warna hitamnya ke tanah lalu berlari menghampiri Mat Tiara.
“Mat! Panggung Filem kita terbakar!” tempik Husin dengan nada paling nyaring, cemas sambil cuba mencari nafasnya kembali! Deru nafasnya kencang berbunyi dari rongga tekaknya.
Mat Tiara, Ridhwan, Pak Leman, Pak Jahail, Hasnul dan Cik Salmah terkanjat mendengar kata-kata Husin itu.
….
“Jadi lepas tu, sa…. saya bergegas ke panggung. Sampai panggung, tengok panggung dah marak terbakar.” Jelas Mat Tiara pada Mamat Khalid.
No comments:
Post a Comment