tulisan layang untuk dr pHd syok sendiri yang bijak pepandai!




selepas kak nab merujuk pada gua akhbar sinaran hairan minggu lalu, dan selepas gua lelah, lesu, lengit dan macam2 lagi yang mengambarkan gua seorang pemuda melayu dan apabila selesai membelek gambar2 yang terlampau banyak sangat di antara lima muka surat tulisan agung Nita Abu Hassan dan Haslina Kamaludin itu, gua mulai sgt kusut dan kepala mengerutu republik kutu gua berdenyut kencang, terketar lutut! namun gua gagahkan juga menghela patah kata petikan picisan tersebut walaupun ia menyenakkan mata gua yang masih rabak dek mereneng semalaman melayan biskut kering member gua husin mata toncit di kaki lima universiti mamak tepi longkang!




dalam fikir gua, benar, filem harus punya polimik! agar ia akan terus hidup! punya gagasan perdebatan! dan tiada siapa berhak menidakkan hujah polimik ini dari pinggir bibir montok sesiapa pun! dan hujah ini akan terus membuka ruang-masa sesebuah filem (naratif visual-imejan) agar terus immortal! namun bila hujah berbaur retorik ala-ala peluru pepandai yang memalu patah kata yang meloyakan seperti antaropologigil, seksologigil, sosologigil, dan berbagai lagi yang menggigilkan kepala lutut gua, bila ia terlintas di halwa benak mata bingit gua ini yang berair-air ijakulasi yang mengelikan, gua jadi lebih bingung, geli kerana tersentuh. Benar bila teks naratif membuka subteks dan kemudian di susuli sudut pandang idealogi pada sisi ism-ism yang di lihat dari sisi kesan dan akibat pada pemahaman terhadap idealogi yang di gebangkan waima di gorengnya!, dan dan dan. namun begitu, apa lah yang lu busuk hati sangat. kalau lu bijak pandai, apa lah kiranya kalau lu buka teks filem untuk di debatkan, mencari dan membuka ruang polimik, dari lu menceceh macam budak-budak mentah dengan hujah yang tak pun terhaul dek otak tepu zomba yang sentiasa tercari-cari otak2 yang mengiurkan untuk di lahap. nama dr phd! tapi sembang macam pelajar taska cuddies. kah kah kah.




dan dr! tak ada istilah filem seni? filem itu? filem ini! filem adalah filem dr phd woi!! sebagaimana buku adalah buku! tak ada pulak orang nak kata "ini buku seni"?? hanya pengisian yang menentukan citarasa sang pembaca! tak belajar kat taska cuddies ke??


pada gua begini. "...If you dont like a certain food, you just leave it. You dont go around telling the whole country that they shouldnt taste it too. To whomever it may concern, you can start by being fair if not smart. Don’t let the world laugh at you over childish issue blown out of proportion!"


dipetik dari bidas malique tentang lirik bawa aku pergi!


p/s ; gua tersenyum kambing yang tak mandi 3 tahun tak henti-henti ketika membelek petikan tulisan tersebut sambil mulut busuk gua tak putus-putus melayan kuih talam di gerai nasi lemak uncle wong! namun dalam hati gua sangat sedih bila ada bijak pepandai kita yang punya hati tengik!




oh!! uncle wong sangat fasih berbahasa melayu, lebih fasih dari gua!!

Rebiu filem 7 petala cinta ; naskah yang baik dalam lakon layar yang sempit



*sebelum gua menceceh lebih panjang tentang filem 7 Petala Cinta ini, ingin gua tekankan bahwa gua bukan penulis waima pengkritik filem. Gua hanya penonton tegar amatur yang hanya mahu berkongsi apa yang gua rasa tentang filem yang gua tonton dalam bentuk tulisan di blog picisan ini. "chillax lah!... harap nada ini tidak terlalu apologetic!"

suatu ketika dulu, pernah gua mendengar deru nafas arwah yasmin ahmad pernah menyebut, bahwa arwah sebenarnya bikin filem untuk ibu dan ayahnya tonton! dan orang yang pertama yang akan membidas filem yang di bikin nya itu adalah ibunya. Dan pada gua filsuf arwah itu sangat jujur dan punya paksi yang sangat utuh. Jadi gua membikin perhitungan dan Rasa-fikir kira-kira apa yang bonda gua suka itu sebenarnya adalah sisi sebenar apa yang di minati oleh majority masyarakat kita yang mungkin juga merupakan sudut pandang sebenar makcik kiah dan mak bedah di belah-belah kampung sana nun! kerana mereka yang sebenarnya kelompok paling besar dalam menyumbang pada kesesakkan zomba di panggung!

Dan kerna gua tahu bonda gua suka pada filem-filem bollywood, malam semalam gua berjaya menyakinkan bonda gua untuk turun menonton filem 7 Petala Cinta di panggung. Dan buat pertama kali, bonda gua tersenyum selepas menonton filem tersebut dan dengan nada kasyaf bonda gua membilas, ".. bonda suka lah cerita ni?" dan hati gua mengiyakan kata bonda itu dengan jujur.

Sebelum itu, gua sekali lagi menegaskan bahwa filem tidak langsung harus mempunyai waima membawa sebarang mesej. Posmen sahaja yang bawa mesej dalam surat yang di bawanya, atau mungkin dalam telefon bimbit yang kita guna yang punya khidmat pesanan ringkas yang membenarkan kita berkomunikasi menggunakan mesej. Jika ada pembikin filem bersembang bahwa mereka sendiri yang cuba menyampaikan mesej dalam filem, jangan nak membongak lah!! Dan jika  kita mencari mesej dalam filem, maka pada gua, kita dah sesat nih!

Naskah naratif 7 Petala Cinta tidak harus mengandungi mesej, hanya sisi moral yang di lihat sebagai sesuatu yang mungkin dapat di terima sebagai pengajaran atau mungkin sudut pandang, dalam nuansa bahasa naratif imejan yang bersifat suatu penyataan sama-ada dari sudut sosial, filsuf kemanusiaan, dan dan dan. Dan sudut pandang ini harus bersifat subjektif dan terbuka. Dalam filem 7 Petala Cinta, sudut pandang ini mungkin di lihat sebagai suatu dakwah islamik namun untuk gua bercerita dari sudut dakwah ini adalah tidak wajar, kerana gua bukan manusia yang punya hak untuk memperkatakannya dengan lebih lanjut. Yang terang, naratif 7 Petala Cinta dan manusia juga watak yang berlegar dalam alam naratif itu berpusar dalam ruang keagamaan juga nafas cinta mereka pada yang maha esa. Namun, melalui lakon layar di tangan pengarah Azhari Zain, nafas cinta agung ini hanya dapat di lihat di permukaan naratif dan tidak berjaya mengheret penonton untuk lebih dalam meneroka sisi tersebut.

Benar, buat pertama kali selepas berpuluh filem yang telah di lahirkan oleh pembikin filem upahan MIG, filem 7 Petala Cinta antara yang punya sesuatu yang baik untuk dipertontonkan. Naskah naratif tulisan Shariman ini sangat baik dan susun kata ayat-ayat cintanya di terjemahkan jujur dengan sangat baik oleh watak lakonan Aeril Zafrel dan Diana Amir. Sehingga pada fikir gua, bayang pelakon senior Fizo Omar terlindung oleh bayangan jujur lakonan Aeril Zafrel yang gua rasa sangat baik. Ya, gua sebut sangat baik. Gua percaya naskah naratif dan watak Attar yang di lakonkan Aeril ini adalah makanannya. Jiwa dalam lakonannya dalam 7 Petala Cinta punya ruh yang sangat jujur, namun tidak di kawal dan di kembangkan sebaiknya jiwa pada lakonannya ini untuk membuka waima meneroka dimensi yang lebih luas, untuk menjadikan watak-watak dalam naratif yang asalnya 2 dimensi di teroka lantas menjadikan watak dan naratif ini waima landskap ruang-masa naratif menjadi lebih 3 demensi dan dapat di lihat dengan jelas dan terang, juga dapat di dekati oleh penonton dengan lebih terkesan. Kerana pada gua yang di lihat di layar, watak dan perwatakkan tidak punya hubungan yang simentik dengan imejan dan landskap naratif, waima punya sebarang depth pada naratif. pada kira gua, filem ini tiada apa yang lebih dari sebuah cerita melonkolika cinta antara manusia.

Kemunculan Aeril Zafrel dalam 7 Petala Cinta selepas filem pertamanya Aku bukan Bodoh yang pada gua tidak lansung memperlihatkan sebarang kesan pada layar juga penonton , kemudian di susuli dengan filem Cinta Kura-Kura yang juga tidak berjaya memperlihatkan sisi lakonan yang lebih matang dan baru-baru ini, drama telemovie Pelarian yang juga pada gua agak sempit ruang lakonnya. Namun melalui naskah filem 7 Petala Cinta, memberikan gua sudut pandang baru pada pelakon yang baru bertatih ini semacam Aeril kini  mula melangkah dengan langam lebih gantang dalam industri perfileman tanah air. Terasa lakonannya punya emosi yang jujur dalam juga luaran fisikal lakonannya. Mungkin kita kini sudah di kurniakan seorang lagi pelakon muda hebat yang bukan hanya sekadar bintang MIG! Gua nantikan lakonannya yang akan datang dari Filem arahan Hashim Rejab (pengarah filem Sekali Lagi), "Budak Pailang" yang mungkin akan di tayangkan tahun depan agaknya!

Namun naskah naratif Shariman ini di muntahkan bulat-bulat dengan lakon layar 7 Petala Cinta yang melemaskan dan kelihatan lakon layar filem ini agak sempit dan sedikit menyesakkan. di tangan pengarah Azhari Zain, naratif tidak berjaya di buka seluasnya dan tidak di kembangkan agar ruang-masa naratif dapat di hidupkan dengan lebih jujur dan terbuka luas. namun masih ada beberapa shot yang punya Rasa membuka ruang naratif penceritaan untuk dapat di dekati oleh penonton, contoh, shot telumit kaki yang memijak lantai kayu yang lembut ketika jemaah merapatkan saf. Juga shot ikatan sarban Hamka pada tiang buluh jeti usang, tempat dimana Hamka dan Saidatul Nafisah bertentang mata sebelum Hamka ke Yamen. Namun ia tidak mampu mengangkat naratif secara keseluruhannya kerna penonton di bawa dekat seketika dan kemudian di biarkan kosong kembali dengan nada mono naratif yang lebih kormersial dan sangat straight forward dan hanya bergantung pada tutur dialog yang bernada sufism dan juga komposisi shot yang cantek tapi tak punya sebarang indikasi yang lebih menarik untuk di teroka?

Kenapa? Takut filem ini jatuh dan tidak komersial jika dikembangkan dengan lebih jujur dan punya lapisan yang lebih matang? takut nanti tak terjual? Sayang, kerna naratif 7 Petala Cinta punya cerita yang pada gua baik. dan gua rasa kira kalau naskah naratif 7 Petala Cinta ini dibuka dengan lebih jujur sedikit lagi, mampu lebih menggegarkan layar perak panggung! Walaupun naratif 7 Petala Cinta di lihat semacam timbal-balik dari kitab Karan Johar atau mungkin juga kitab filem-filem Bollywood. Namun ini tidak menjadi masaalah pada gua kerna bonda gua juga sangat meminati filem-filem bollywood. dan gua tak ada masaalah dengan filem bollywood.

landskap dan melieu 7 Petala Cinta kelihatan agak pretencious, set abang John terlalu cantek dan tidak punya keseimbang dalam rekaan set atau dengan bahasa kasar sikit, yang lebih difahami, set terlalu bersepah-sepah, untuk naratif 7 Petala Cinta. Agak-agak adegan lorong belakang kedai dah tak perlu nak kotor dengan sampah sangat agaknya? mungkin juga latar set pernikahan Attar dan Saidatuiul Nafisah tak perlu nak lampu warna warni beriya sangat agaknya! namun ini antara contoh pada fikir rasa gua sendiri. dan gerak kerja sinematografi Shareel tidak berjaya menghidupkan roh landskap naratif juga pencahayaan yang monotonous yang mematikan layar set tersebut. Mungkin sebab "penyakit tembok" yang di alami pembikin filem upahan MIG. dari jauh nampak segala yang berada di atas juga dan mungkin juga di seberang tembok tapi bila berada di depan tembok, otak jadi tepu dan sudut pandang mulai sempit. Mungkin kerana faktor-faktor dalaman yang menyebabkan penyakit ini menular. Tapi sayang, kerna naskah naratif 7 Petala Cinta yang baik ini sia-sia dengan usaha yang yang tidak kesampaian.

Namun sekurangnya filem 7 Petala Cinta secara jujurnya, masih menghiburkan dengan lakonan jujur yang baik oleh Aeril Zafrel dan naratif cerita tulisan Shariman yang baik. Gua tekankan yang gua cakap adalah naratif ceritanya bukan lakon layarnya ya! kali ini gua berikan kredit pada panel script metrowealth kerna menemui naskah naratif yang baik! walaupun pada gua naratif sebegini bukan lah sesuatu yang baru, selepas kewujudan filem ayat-ayat cinta atau mungkin juga filem ketika cinta bertasbih, dan dan dan, atau lebih dekat filem Nur Kasih, yang menganjurkan naratif yang berunsur ketuhanan. namun ini juga tidak menjadi masaalah pada gua kerana 7 Petala Cinta masih punya cerita yang menarik! namun baik yang gua maksudkan tidak lah adil jika mahu di bandingkan dengan naskah filem maestro Majid Majidi atau mungkin Abbas Kiarostami bukan? Tidak adil lah untuk kita membandingkan filem Dain Said dengan filem dari maestro dunia Godard bukan?

Kerna pada fikir-rasa gua, kita menilai filem itu mengikut dimana filem itu berdiri. Kalau filem itu sebuah filem "yang mudah/simple" maka kita harus menilainya sebagai mana ia berdiri, tidak pulak mencari metteur en scene nya atau juga mengharapkan mise 'en scene nya sehebat filem Kurosawa. Tapi asas filem itu adalah the storytelling.  To tell story of people, faces and places. Bagaimana filem itu harus bercerita melalui visual, tak kira filem "yang mudah/simple" seperti garfield ataupun sehebat the seachers! sama-je. ia tetap filem, tak kira CGI atau apa jugak teknik pembikinan filem, asasnya adalah untuk menyampaikan naratif (cerita).

Kita menggunakan filem2 agung ini (scorsese, Kurosawa dall ) sebagai reference, terhadap pemikiran juga aspirasi mereka, bagaimana mereka bercerita melalui visual-image (filem). Untuk kita sendiri lebih mahir menilai the best stories dan story-tellers of visual-image (filem).

Gua menerima filem 7 Petala Cinta sebagai mana ia ada. Tapi yang jadi masaalah, apabila ia tidak berupa mengangkat gagasan naratif untuk menyampaikan sebuah cerita yang baik. Cerita yang baik itu pula sangat luas dimensi untuk dinilai, bergantung pada pembikin dan gagasan idea pembikin filemnya. Contoh, Filem Ranggo, juga filem Paul baru2 ini, menggunakan CGI sepenuhnya, 3D animated story. Namun ia mengangkat gagasan naratif yang sangat baik. Aku sangat suka. Tak pula kita harus menilainya sebagimana kita melihat filem Orson Welles juga John Ford waima Godard sekali pun bukan? Kita melihat filem Orson Welles sebagai filem Orson Welles, dan filem Garfield atau Harry Potter sekali pun sebagai mana ia berdiri. Lain-lain, tapi asasnya sama. Story-telling/to tell stories. Yang lain2 adalah kaedah, teknik, pemikiran, dll.

Macam makanan jugak lah filem ni, ada makanan yang mudah mcm McDonald, ada makanan yang lebih komplex mcm Foie Gras. Ia tetap makanan. Masuk mulut kita makan. Tidak pula kita nilai McDonald mcm mana kita nilai makanan yang jenis fine cuisine mcm Foie Gras bukan? aku suka juga McDonald. Tapi foie Gras bagi yang tahu menilai, ia mencabar deria Rasa, pemikiran, memberi inspirasi apabila kita makan. Mencari pengalaman apabila menilai makanan yang punya kualiti. Sama lah macam filem.*tapi aku bukan lah pulak golongan borjuis yang mkn makanan fine cuisine ni.. haha. dah merepek dan dah lari dari usul utama rebiu filem ini.

Maka pada gua, gua nilai filem itu sebagai mana ia berdiri! untuk gua sendiri! dan pada fikir gua sendiri, dan filem 7 Petala Cinta punya sesuatu yang mampu menghiburkan!

Jadi kali ini gua sarankan mari kita sama-sama turun menonton filem 7 Petala Cinta di panggung dengan kadar segera! gua boleh janji yang lu orang tak kan semak dan sakit kepala menontonnya! lalalala..sambil bersiul~


p/s : lihat adegan bila momen hijab Saidatul Nafisah dibuka untuk tatapan mata Attar dan wajah jujur Aeril yang tersentuh dengan keayuaan wanita ini di sulam dengan tangisan Hilma Aqila lakonan Diana Amir. ada sesuatu yang gua intrig pada momen ini!

bonda jangan merajuk.





...di culik piring terbang atau di telan mek yah?"..


saat ini, hanya cuma yang gua minta jangan lah ada yang bersembang sampai menyalahkan penonton filem kita. Merajuk pula bonda nanti. Walhal, Bunohan hanya sekeping tanah mistik yang tidak lah berapa nak berat seperti yang di khabarkan dalam petikan di akhbar berita hairan tempoh hari. Bunohan tidaklah sangat sampai nak meminta-minta penonton menonton filem tersebut dengan mimik muka senget sang godot atau sehingga berdarah kepala kusut zomba sekalian untuk berfikir bagai. Bunohan masih lagi hanya sekeping tanah yang indah dan jangan lah sampai ada yang berebut-rebut untuk puji melambung-lambong sampai ke langit tanpa awan, lantas memperlekehkan penonton yang mungkin belum terdedah atau mungkin juga  belum punya bakul yang luas! kerna pada gua, bergantung lah pada bakul yang lu orang bawa nanti tika masuk panggung menonton filem itu. lagi besar bakul yang lu orang bawa. lagi banyak lah yang lu orang bawa balik. kalau tak ada juga yang lu orang bawa balik, gua sarankan lu orang masuk bakul yang lu orang bawa tuh, lu orang angkat sendiri. kah kah kah. cuma gua teringat masa gua lepak di gerai kopi choice bersama cikgu sekolah menengah rendah gua dan rakan gua yang bekerja menjual burger kaw di kaki lima taman andalus, dan mereka sembur kat gua, bahwa menonton filem seperti Bunohan adalah seperti "masuk ke dalam kilang coklat willy wonka yang sangat besar sambil membawa bakul! menyeronokkan bukan?"

cuma pada gua, jangan lah sampai ada yang menidakkan hak penonton waima menghukum "penonton filem kita" yang kononnya tidak mahu filem berat bagai. yang kononya hanya mahukan filem seperti adenoid tersempit atau mungkin hassan dalam botol sos tiram bagai? aduh. sedih. sebab Bunohan masih sebuah filem yang sangat menghiburkan!! dan gua sarankan agar kita ramai-ramai lagi menyerang panggung nonton filem Bunohan sebelum jerangkung panggung kembali nanti! amin.

owh, saja gua nak kongsi, gua nonton filem Bunohan dengan bonda gua di panggung. bonda gua komplain dia agak terganggu dengan bahasa dan dialek yang di tuturkan? hmm.. tidak berapa nak kebangsaan katanya. mungkin bonda gua sangat kagum dan asyik pada filem tersebut sampai tak ada apa lagi yang mampu di perkatakan selain "bahasa". tapi pada gua tak apa. sekurang-kurangnya ada juga yang bonda gua terdetik untuk memperkatakan sesuatu tentang filem bukan?

p/s : gua masih teruja dengan scene ilham dalam sepi kematian tokeh burung yang di bunohnya, mencari sesuatu dalam Rasa dirinya sendiri dan di bilas nada suara Dain Said memberi signifikasi tepat tentang Bunohan! dan gua masih lagi dalam proses menghadam keaghaiban landskap mistik naratif Dain Said.