CINEPHILIA


Kepala aku mula menerawang, terfikir bayang kata-kata U-Wei Haji Saari, “filem itu bersifat spiritual.”Andrei Tarkovsky, pengarah tersohor Rusia, pula mengatakan “filem di zaman ini, semakin hilang sifat spiritualnya.”


WAYANG GAMBAR BERTINDAK BALAS SECARA PANTAS DENGAN KEADAAN NASIB PENONTONNYA, dan menjadi ubat mujarab bagi mereka yang tahu mengendalikannya selepas menonton. Manusia filem bukannya manusia biasa, bintang-bintang pujaan adalah buah hati, penggerak contoh, model tiruan, dan wajah impian dalam tidur yang penuh dengan mimpi yang cantik-cantik. Wayang gambar juga diibarat sebagai sesuatu yang luminous, terang, bercahaya, dan ganjil. Yang ganjil itu ialah majis yang mengharukan, silap mata yang menyeronokkan dan memukau, dan sifat layar perak itu sendiri yang terasa dapat disentuh tetapi jauh dan jarak. Hati penonton bergegar, berombak-ombak, tergapai-gapai kerana bintang yang dipuja berdiri tinggi, kemudian jauh, kemudian dekat semula seolah-olah boleh disentuh muka mereka. Paling menyayat hati ialah kesedihan dan penderitaan di layar perak hampir terlalu serupa dengan cerita sendiri. Apa saja yang diberikan di layar perak pasti akan tersemat dalam ingatan dan dijadikan renungan sehari-hari sebagai cerita diri sendiri. Dalam keadaan yang sebegini rupa seorang individu yang menonton punyai hubungan yang semakin akrab dengan layar mereka.
Zaman dan kehidupan mendesak manusia untuk bergerak pantas, tersepit dalam ruang yang mendesak, terapung-apung, mewujudkan manusia yang terbuang, terusir, terpinggir. Kehidupan terasa kosong, tidak terlalu berat dan menekan tetapi semacam mencubit-cubit, melingkari hidup sehari-hari dan terasa ingin dilepaskan sekaligus. Anak-anak muda mula terasa dibuai-buai untuk menguasai sikap dan tata-laku mereka. Maka terwujud jugalah wayang yang hidup dengan mimpi sosial, ketika waktu ingin memperbetulkan dan mengangkat diri sendiri, ketika dan waktu ingin memperbetulkan diri sendiri di kampung-kampung juga bandar yang berkeadaan berselerak, tersepit dan dihimpit kehidupan yang mendesak manusia untuk terus bergerak. Wayang-wayang ini memberikkan kebebasan itu, menjawap masaalah yang berlegar-legar dalam hati dan benak mereka, dan menjadi ubat mujarab dalam mimpi nyata anak-anak muda zaman ini. Wayang juga turut memberikan jangkauan yang jauh seolah-olah dunia yang dicipta di layar itu adalah dunia contoh yang berada di halaman dan dalam bilik tidur mereka dekat dan tersentuh oleh mereka.

Mereka yang menonton, majorati besar, di negara kita khususnya, sebenarnya adalah mereka yang terselubung dalam kesempitan pemikiran dan kehidupan, yang disebabkan oleh ruang yang sempit dan mendesak. Mereka terbuai-buai dalam gelap, diikat dan diletakkan dalam ruang yang sempit, vacuum, yang mendesak untuk mereka terus bernafas dalam ruang yang sempit itu, oleh kerakusan mereka yang berkuasa. Maka wayanglah yang menceritakan dan memutarkan hidup mereka semula, dengan pelakon yang sama naïf, pada aku, yang membuatkan kita rasa dekat, tergolong dan rasa berada dalam satu lingkaran yang sama.

Hubungan langsung penonton dengan layar bukannya hubungan mencari sesuatu yang sensible, mengukur sikap atau mencari sesuatu yang berfikir, tetapi rasa sebenar yang tersusun begitu mudah dan tidak menyulitkan. Dan pembikin filem pula, sama-ada menulis, mengarah dan mengerjakan filem dan bintang-bintang filem, mahupun pemusik lebih bijak dari penonton. Mereka pandai bergerak, pandai mengeluarkan tutur-kata, mudah menitiskan air-mata dan bijak berjenaka bila keadaan semakin sesak dan menyenakkan. Maka berlakulah timbal-balik yang cukup sempurna di mana timbal-balik itu bersifat komplementari. Keadaan ini tentunya dapat berlaku dalam keadaan yang tertentu dan ditetapkan oleh waktu yang dirasai bersama ( zaman yang tak tentu hala ).

Persoalan dalam otak aku yang kosong, sambil minum air Coca-cola dengan jagung sweetcorn yang dibeli sebentar tadi, kenapa filem picisan dirai-kan seperti sebuah karya yang agung! terdetik dalam anganku, bagaimana para interlek pembikin filem negara, TUANPENGARAH, di pinggiran oleh sistem industri perfileman.. Suara mereka sayu kedengaran kerana berada jauh dihujung kampung.. Nun di puncak bukit! kenapa? sedih sebenarnya.

“.. kalau kau ke pekan malam ini, kau harus punya hati. Kalau kau ke hutan malam ini, kau harus sedia mati.” bisik suara halus di halwa benak fikir-rasaku.

TIBA-TIBA BUNYI DENTUMAN YANG KUAT MENGEJUTKAN AKU DARI LENA. Haramjadah. Aku tertidur sebenarnya. “Berapa besar punya badigol!” bisik cengeng aku sendiri. Kepala mula berdengung. Bingung. Nafas berdegub kencang. Mencari keseimbangan fikir-rasa. Sepatutnya aku yang harus tonton wayang-gambar ini! Dan segala gagasan retorika aku tentang filem itu tadi hanya sebuah landskap idea, sebuah disambiguasi separa sedar dalam benak kepala otak tepu aku ini ketika gambar-wayang tonton aku. Aku bingkas membuka mata kundang, terbuntang dan kelihatan aku keseorangan di dalam panggung tersebut. Filem di layar masih lagi belum tamat. Terasa sangat ganjil melihat sekeliling aku kosong, namun aku gagahkan untuk menonton filem itu sehingga selesai. Sesekali dalam gelap panggung itu, bulu tengkuk aku meremang bilamana memikirkan tentang kemana pergi penonton yang ramai-ramai tadi? 28 minit seterusnya, naratif filem yang aku tonton itu sesekali buat aku pecah perut namun perasaan aku masih seriau dek keseorangan dalam panggung itu. Sebaik filem itu selesai, lampu panggung dengan sendirinya terbuka. Mata aku menilau ke arah segenap ruang dalam panggung itu, namun tiada seorang manusia pun kelihatan. Pekerja panggung yang sepatutnya membuka pintu keluar panggung juga tidak nampak batang hidungnya. Pelik, aneh, ganjil, seriau, dan segala rasa ada dalam benak hati aku yang cengeng! Aku persis budak cekai melangkah keluar dari pintu keluar panggung. Menelusuri lorong sempit yang sebenarnya menyeramkan. Ruang lorong sempit itu membikin aku claustrophobic. Aku seorang diri melangkah menuju ke lobi panggung melalui lorong keluar belakang panggung itu. Hanya kedengaran bunyi dialog-kesan khas-latar muzik dari dalam panggung lain yang masih memainkan filem. Aku menyelinap, membuka sebuah pintu keluar panggung itu yang terkuak sedikit, memanjangkan leher aku menjenguk ke dalam panggung. Namun tiada seorang pun manusia yang sedang menonton filem yang sedang elok dimainkan itu. Panggung itu juga kosong. Aku mula gelisah, bingkas berlari meninggalkan panggung itu dan hanya telapak kaki aku yang gantang berlari menghasilkan bunyi echo dalam ruang lorong yang sempit itu. Aku keluar dari pintu lorong tersebut dan tiba di perkarangan lobi panggung. Ruang legar lobi itu juga kosong, tidak kelihatan seorang pun manusia yang berkongsi nafas dalam ruang aku bernafas ini. Suasana sunyi, sepi. “Badigol! Apa pulak sueh yang melanda otak tepu aku ini?” seranah hati aku!
Dengan perasaan penuh cemas, aku berlari keluar dari panggung itu, dan kelihatan alam yang di depan mata aku bukan lagi kota yang aku kenal. Sebuah ruang alam ganjil. Namun mata aku tertumpu pada disambiguasi indah cahaya yang menyala-nyala pada lapisan langit alam aneh ini yang diseliputi Aurora Borealis persis catan ranah warna Dewi Fajar Rom. Kelihatan langit kemerah-merahan di ufuk utara seolah-olah Matari akan terbit dari arah tersebut. “Di mana sebenarnya aku berada ini?” soal hati aku yang mulai paranoia, resah-gelisah. Aku menonyoh kelopak mata aku berkali-kali, mengharap empat mata aku ini menipu pandangan fikir-rasa. Aku membuka kembali benak mata, namun kota yang aku diami kini benar-benar telah bertukar menjadi sebuah pekan terpencil. Semacam terpinggir, terpelosok dari kesesakkan. Aku gagahkan langkah menuju ke tengah pekan tersebut. Dan angin surya merembes segenap partikel resahku. Aku yang menghirup udara pada injap ruang aneh itu. Dan baunya payau persis wain merah dari kota Casablanca, disulami hancing bau Guinness Draught beer persis di kota Bombay. Dan aku serasa seperti Humphrey Bogart menunggu masa yang tak kunjung tiba. Atau mungkin ini semua hanya delusi paranoia aku sendiri. Nalar separuh sedar akibat Insomnia yang aku alami, menyelimuti sedar-ku.

….


BACA NASKAH CINEPHILIA LAGI DI SINI!

LIFE OF PI: SINEMA, MANUSIA DAN KEJUJURAN oleh Hassan Abd Muthalib

#kepada yang tak sempat baca tulisan ni.. gua re-post tulisan beliau ni untuk dikongsi bersama.


Biar kita telan benda yang busuk, asal tak tercemar bangsa Melayu.
                                                                             - Allahyarham Tan Sri Dr P Ramlee


Jaga nama ibu bapamu, jangan jual agama dan bangsa.
                             - Pesanan bapa P Ramlee kepada Allahyarham Tan Sri Dr P Ramlee



Dari semasa ke semasa melalui medium filem, akan muncul satu persoalan yang menarik, ia itu, apakah sebenarnya itu filem. Isu, renungan dan persoalan terhadap medium filem pernah dibawa oleh ramai karyawan filem di seluruh dunia, juga oleh sarjana dan pengkritik filem sejak awal abad yang ke-dua puluh.

Karyawan filem sejati begitu perihatin – malah sedih - tentang apa yang sudah dan masih berlaku ke atas seni yang disayangi dan diceburi mereka. Kesedihan ini lahir akibat sikap penerbit-penerbit filem dan penonton di seluruh dunia yang begitu gemar dengan filem-filem arus perdana yang tidak berdiri di bumi nyata, juga terhadap sikap mereka yang menolak filem-filem alternatif yang membawa pemikiran tentang alam, ketuhanan dan manusia.

Isu dan persoalan tentang kemunduran sinema Malaysia sendiri dan kecelakaan yang menimpanya pernah diperkatakan dalam filem-filem seperti Seman (Mansor Puteh, 1987), Layar Lara (Shuhaimi Baba, 1998), Johnny Bikin Filem (Anuar Nor Arai, 1995), Kala Malam Bulan Mengambang (2008), Wayang (Hatta Azad Khan, 2008), Bunohan (Dain Said, 2012), dan terbaru, Hanyut (U-Wei Hajisaari, 2012). Kesemua filem ini juga bersifat biografikal kerana peneraju-penerajunya merupakan pemain utama dalam industri perfileman dan begitu perihatin tentang bidang seni yang diceburi mereka. Filem Bunohan begitu hampir dengan Life of Pi melalui gaya dan teknik yang merujuk kepada sinema dan permasalahannya.

Barangkali pengarah tersohor masakini, Ang Lee, sudah terasa bahawa sudah sampai masa baginya untuk meluahkan rasa hati tentang hegemoni studio-studio besar perfileman seperti Hollywood yang membawa filem-filem yang spectacular tetapi kosong dari aspek kemanusiaan dan ketuhanan. Tentunya Ang Lee, sebagai seorang auteur yang sudah berumur, mempunyai kebijaksanaan di samping menjadi seorang karyawan yang berpengaruh, berhasrat untuk menyedarkan generasi karyawan yang akan datang tentang sifat sinema yang sebenar. (Sebagaimana yang diperkatakan dalam Bunohan tentang kerakusan kapitalis yang memusnahkan nyawa, tradisi dan warisan.)

Life of Pi juga boleh dilihat sebagai satu autobiografi Ang Lee sendiri dan pengalamannya sebagai karyawan filem di Hollywood yang ada kalanya dia terpaksa akur kepada kehendak penerbit agar filemnya mempunyai keupayaan pemasaran. Maka tentunya Pi, protagonis dalam Life of Pi itu, merupakan Ang Lee sendiri.


#Filem, Teknologi dan Kebijaksanaan

Ternyata benarlah apa yang pernah disabda oleh Rasulullah s.a.w., “Apabila suatu urusan (pekerjaan) diserahkan kepada orang bukan ahlinya, maka waspadalah terhadap datangnya saat kehancuran.” Studio-studio filem dan stesen-stesen televisyen kini dikendalikan oleh mereka yang ‘bukan ahli’ (seperti ahli korporat, akauntan dan entah apa lagi!). Mereka sanggup melakukan apa sahaja kerana kedudukan mereka bergantung kepada sesuatu produk yang ‘laku’ di pasaran. Maka mereka akan terus menyajikan ‘sampah’ semata-mata kerana ianya diminati ramai dan mendatangkan keuntungan.

Melalui filem Life of Pi, Ang Lee menyampaikan sebuah cerita yang sarat dengan imej teknologi digital seperti produk-produk filem dari Hollywood yang kini berlambak di pasaran. Tetapi pada masa yang sama, Ang Lee membuatkan audiens mengenali kebesaran Tuhan dan alam yang diciptanya yang jauh lebih hebat daripada apa yang sudah diciptakan Hollywood setakat ini.

Ang Lee menyampaikan ceritanya melalui satu perbualan di antara seorang India, Pi, dan kenalannya dari negara Eropah. Pi menyampaikan kisah benar yang berlaku di atas dirinya semasa dia remaja. Melalui teknik imbas kembali, kita lihat bapa Pi, yang memilikki sebuah zoo di Pondicheri di Selatan India, bertekad untuk berhijrah ke Kanada dengan membawa binatang-binatang dalam zoonya untuk dijual di Amerika. Dalam perjalanan dengan kapal, berlaku ribut yang dahsyat dan kapal itu tenggelam. Yang terselamat, hanya Pi dan beberapa ekor binatang, termasuk seekor harimau (bernama Richard Parker!). Akhirnya, tinggal Pi dan Richard Parker sahaja.



#Teks dan subteks dalam Filem

If you want to know what a filmmakeris saying, look at how he is saying it.
                                                                                                 - Ingmar Bergman


Pucuk paku selera paku,
Pucuk paku condong ke seberang.
Lihat aku pandang aku,
Aku lindung di tempat yang terang.
                                         - pantun Melayu


Hermeneutik filem ialah seni membuat interpretasi daripada tanda-tanda yang terdapat di dalam filem melalui mise-en-scene. Tanda-tanda ini sebenarnya menjadi petunjuk dan ada kala bersifat simbolik yang berkait rapat dengan premis, cerita, tema dan subjek. Untuk memahami cerita sebenar sesebuah filem, lihatlah kepada bentuknya dan untuk memahami bentuknya, lihatlah kepada tanda-tanda yang disusun.

Life of Pi bersifat polysemic (berlapisan makna) dan membawa beberapa persoalan, antaranya: Bukankah kebenaran itu lebih menarik dari sesuatu yang direka-reka? Bukankah filem itu sesuatu yang spiritual, dan rahsia alam hanya dapat difahami melalui pengembaraan fisikal, mental dan spiritual yang akhirnya (mungkin) akan membawa kepada pengenalan diri? Jika Tuhan memberi petunjuk kepada seseorang, bagaimanakah dia boleh meyakinkan orang lain tentang rahsia-rahsia alam dan aspek ketuhanan yang sudah dilihat dan dirasainya?

Filem yang baik mempunya teks dan subteks. Teks adalah yang tersurat (foreground story) dan subteks adalah yang tersirat (background story), yang merupakan nawaitu seseorang pengarah filem dalam berkarya. Foreground story dalam Life of Pi ialah kisah seorang remaja dengan seekor harimau. Apakah pula background story dan yang lebih menarik bagi saya, bagaimana Ang Lee menyampaikan subteks yang ‘berlindung di tempat yang terang’?

Pengarah yang bijaksana dan jauhari selalunya menggunakan red herring. Lain yang ditunjukkan tetapi lain pula yang dimaksudkannya. Subjek Ang Lee banyak bersandarkan hal agama tetapi Life of Pi ialah tentang sinema dan aspek spiritualnya yang kini sudah pupus akibat kerakusan kapitalis-kapitalis filem. Untuk memahami kesemua ini, berikan perhatian bukan kepada storytelling (cerita). tetapi kepada storymaking (teknik penceritaan). Di situlah kita akan dapat memahami apa yang dimaksudkan sebenar oleh Ang Lee.

Visual Ang Lee menampakkan pengalaman Pi bersama harimau melalui visual-visual alam yang tersangat indah. Ada kalanya ia berkeliauan seperti cahaya keemasan. Di waktu malam pula, ikan dan air laut yang mengandungi phosphorous seakan timbul dari alam kayangan. Imbas kembali kepada kata-kata ibu Pi semasa dia kecil: Apabila merenung ke dalam mulut dewa Vishnu, Pi akan melihat sekalian alam cakerwala terbentang luas. Kamera Ang Lee membawa kita ke dalam minda Pi dan masuk ke dalam lukisan cakerwala dalam buku yang dibacanya. Segala kesan khas yang ditercipta di dalam filem-filem Hollywood masakini tidak dapat menandingi apa yang dilihat oleh seorang kanak-kanak yang tulus bersih hatinya. Minda Pi sebenarnya ‘disediakan’ Tuhan lebih awal agar ia dapat dihidangkan kemudiannya dengan realiti alam yang menakjub-kan bila terapung di dasar laut pada waktu malam. Realiti menjadi satu dengan fantasi tetapi ianya tetap berdiri di atas kebenaran yang bersandarkan hakikat kosmologi Hindu berkurun lamanya.



#Hakikat Sinema dalam Life of Pi


Bagaimana sekiranya engkau ada cerita yang membuatkan engkau percaya yang Tuhan itu wujud?
                                                                                      - Pi kepada penulis dari Eropah dalam Life of Pi.

Visual di awal filem memberikan petanda bahawa Life of Pi sebenarnya mengenai sinema. (Dalam Bunohan, skrin televisyen yang memaparkan pelakon-pelakon dalam filem itu sendiri menjadi petanda tentang subjek sebenar Bunohan, ia itu, sinema.) Seekor girafah yang memakan daun-daun di atas pokok menjadi petunjuk kepada filem Jurassic Park (arahan Steven Spielberg), di mana seekor dinosaur memakan daun di atas pokok yang tinggi. Filem ini mencetuskan fenomena rekaan binatang-binatang raksasa di dalam filem melalui penjanaan imej komputer (CGI). Adegan kapal tenggelam dengan lampu-lampunya masih menyinar indah adalah rujukan kepada filem Titanic yang begitu gah dengan CGInya. Pi terapung (seakan dalam perut ibu dan dilahirkan semula). Dia memandang dengan penuh kagum. Ang Lee seakan menyaran: Lupakan filem-filem seperti ini. Biarkan mereka tenggelam. Semuanya syok sendiri dan kosong belaka. Ia hanya mengkayakan kapitalis filem. ‘Lahirlah semula’ dan melihat ke dalam diri sendiri. Di situlah terdapatnya cerita-cerita yang sebenar.

Mungkin itulah lontaran ide daripada Ang Lee kepada karyawan generasi baru agar melahirkan filem-filem yang jujur. Selepas Pi diselamatkan dan berada di hospital, ia ditemubual oleh dua orang Jepun, wakil pemilik kapal yang tenggelam. Mereka tidak dapat menerima apa yang diceritakan oleh Pi tentang pengalamannya dengan harimau dan bagaimana ia hampir ditelan oleh sebuah pulau carnivore yang tidak pernah ditemui oleh sesiapa. Mereka mendesak: “Kami perlukan kisah yang boleh dipercaya. Cerita yang mudah. Cerita yang benar!”

Adegan ini digambarkan dengan warna putih keseluruhannya, yang menjadi petanda tentang ‘mautnya’ sinema di tangan kapitalis (lihat pantai yang putih dan kelir putih dalam Bunohan yang membawa maksud yang sama). Pi akur dan mencerita-kan ’kisah yang benar’. Air matanya mengalir, tanda kesedihannya di atas pembohongan yang dilakukannya. Dua orang Jepun ini sebenarnya mewakili penerbit-penerbit filem yang tidak suka kepada kisah benar, yang di luar pemikiran manusia biasa. Itulah nasib karyawan muda hari ini apabila terpaksa akur kepada kehendak kapitalis-kapitalis filem. (Lihat dalam filem Bunohan, bagaimana taukeh burung Cina ‘memerangkap’ karyawan-karyawan muda dan memaksa mereka turut dengan kehendaknya. Anda mungkin mengenali dia sebagai seorang penerbit prolifik di Malaysia!)

Saya melihat adegan bersama orang-orang Jepun ini sebagai kesedihan Ang Lee apabila ’dicabut’ oleh Hollywood dari Taiwan dan ’diberi peluang’ untuk melahirkan filem-filem seperti The Hulk. Maka seperti John Woo dari Hong Kong yang kini ’berkarya’ di Hollywood, keperibadian Ang Lee hilang ditelan oleh kilang filem Hollywood. Begitu juga dengan beberapa pelakon dan pengarah dari Australia yang kini berkarya di Hollywood yang menyebabkan kejatuhan industri perfilem Australia pada tahun 1970-an dan 80-an. Hasil kerja mereka, John Woo dan Ang Lee sama seperti pengarah-pengarah lain di Hollywood. Maka Life of Pi merupakan pemberontakan Ang Lee terhadapa keadaan ini. Dia melawan Hollywood dengan menggunakan senjata yang dilahirkan oleh Hollywood sendiri! Demi menyelamatkan hakikat spiritual sinema, Ang Lee melahirkan sebuah karya yang sarat dengan imej penjanaan komputer dan kesan khas tetapi kesemuanya menjadi ’hamba’ kepada cinema. Ang Lee seakan berkata: Aku akan lahirkan sebuah filem tentang seorang budak, seekor harimau dan sebuah bot. Dan aku akan menggunakan kesan khas yang maha hebat. Aku akan tunjukkan bahawa filem sebegini juga akan laku di pasaran. Itu janji aku. Mungkin itulah yang dikatakan Ang Lee.

Life of Pi adalah satu anti-tesis kepada jenis-jenis filem keluaran Hollywood. Di segi plot, tidak terdapat protagonis dan antagonis seperti kebiasaan. Di segi aksi, tidak ada perlumbaan kereta atau letupan. Di segi casting, Ang Lee memilih waktu utama, ia itu, Pi semasa dia dewasa, yang wajahnya seperti seorang yang amat biasa. Ini adalah berlawanan dengan cara Hollywood yang biasanya memilih pelakon berwajah tampan dan yang berkarisma. Begitu juga dengan pemilihan Gerard Depardieu, pelakon Perancis yang disegani yang memegang watak sebagai seorang tukang masak. Rupa dan perangainya begitu buruk, tidak sepertimana kita mengenali Depardieu dalam filem-filemnya sebelumnya. Bandingkan ini dengan pemilihan Francois Truffaut, pengkritik filem dan pengarah tersohor dari Perancis, yang memegang watak sebagai seorang saintis berwajah tampan dalam filem Close Encounters of the Third Kind arahan Spielberg. Di sini, Ang Lee mengajak kita merenungi sifat sinema itu sendiri seperti kata-kata Pi kepada penulis dari Eropah: ”Ianya adalah satu refleksi – yang memperlihatkan diri kita sendiri.”

Adegan romantis di antara Pi dan penari juga tidak dikembangkan agar menjadi sensual seperti kelaziman dalam filem-filem Hollywood (dan di akhir cerita Pi mengkahwini perempuan yang lain). Pi dilihat hanya mahu tahu tentang rahsia satu pergerakan dalam tarian (lambang bunga lotus yang bersembunyi di dalam hutan). Ini dikaitkan dengan kesedarannya tentang gigi dalam daun-daun berbentuk lotus di pulau carnivore yang menelan manusia. Lihat latar pokok-pokok jejawi semasa ia bertanya si penari tentang pergerakan tangannya. Pokok-pokok di atas pulau juga berbentuk seperti pokok-pokok jejawi. Pokok-pokok sebegini selalunya dikaitkan dengan agama Hindu dan Buddha di mana para rishi melakukan pertapaan untuk mendapat petunjuk dan kesedaran tentang alam kebatinan. Rujukan di sini adalah pada agama Buddha dengan mantra terkenalnya: Om Mani Padme Hum (Sanskrit: “Renungkan berlian di dalam bunga lotus”). Semua ini memberi kesedaran yang kepada Pi apabila merenung gigi manusia yang berada di dalam kepulan daun seakan seperti bunga lotus (gigi digunakan mungkin kerana ini sahaja kesan peninggalan fisikal Gautama Buddha yang kini disimpan di kuil di Kandy, Sri Lanka).

Di akhir cerita, Pi dan Richard Parker terselamat di sebuah pulau di Mexico. Richard Parker menghilangkan diri ke dalam hutan tanpa menoleh ke belakang untuk memandang Pi. Pi mengeluh kepada penulis Eropah yang menemubualnya: ”Selepas segala-gala yang kami alami bersama, dia langsung tidak menoleh memandang kepada aku!” Tentunya adegan ini akan berbeza jika mengikut konvensi di Hollwood. Bagi Ang Lee, binatang adalah binatang. Dia bukan seperti manusia. Hakikat realiti – dan sinema – tidak dapat diputarbelitkan demi pasaran. Tetapi Ang Lee tidak pula mengecewakan kita yang suka kepada sesuatu yang luar biasa. Selepas Richard Parker menghilangkan diri ke dalam hutan, pokok-pokok bergerak dengan begitu aneh sekali. Jika kita memasang telinga sedekat-dekatnya pada skrin pawagam, mungkin akan terdengar suara sinis Ang Lee: ”Puas?”

Persoalan yang menarik di sini ialah: Harimau itu mewakili siapa? Dia tidak mengendahkan Pi, malah di atas bot, dia kencingkan Pi! Namanya amat pelik sekali. Richard Parker! Nama orang Inggeris. Bagi saya, harimau itu adalah kapitalis filem Hollywood, yang gah dengan kemajuan teknologi. Mereka tidak boleh dijinakkan lagi. Mereka sebenarnya takut dengan pengarah filem alternatif seperti Ang Lee yang menjadi pesaing mereka. Maka dibawa mereka ke Hollywood dan dengan itu, melumpuhkan industri perfileman di negara-negara mereka. Apa yang berlaku di Australia adalah contoh yang nyata.

Tokoh Sufi di Sumatera, Hamzah Fansuri pernah berkata: ”Aku mencari Tuhan dari Jawa hingga ke Kaabah. Akhirnya akan menemuinya dalam rumah aku sendiri.” Dalam pengembaraan untuk mencari dirinya, Pi sudah ’mencuba’ pelbagai agama. Akhirnya, seperti Hamzah Fansuri, dia menemui Tuhan melalui satu pengembaraan yang tidak terduga dan melihatNya pada alam sekeliling. Rupa-rupanya Tuhan ’berlindung di tempat yang terang’. Apakah Ang Lee pernah melalui detik-detik seperti yang dilalui Pi sehingga dia mendapat kesedaran diri dan tentang hakikat sinema yang sebenar? Itu tidak penting. Yang penting, dia mahu mengkongsi pengalamannya dengan karyawan generasi baru agar mereka tidak disesatkan oleh para kapitalis dan pasaran.



#Life of Pi satu Alegori?

Di akhir filem Life of Pi, penulis dari Eropah itu tidak tahu samada apa yang dikisahkan oleh Pi itu benar atau tidak. Maka ia mula membuat tafsiran bahawa harimau dan binatang yang lain di atas bot adalah metafora bagi manusia-manusia yang ditemui Pi. Nampaknya itu sajalah tahap ilmu yang datang dari Barat yang begitu cetek, yang bersandarkan teori dan tidak berupaya menyelami hakikat sinema yang sebenar. Barat lebih berminat kepada aspek struktural dan hanya menggunakan metafora, alegori dan semiotik!

Dia seterusnya membuat kesimpulan bahawa cerita Pi berakhir dengan kesudahan yang menggembirakan (a happy ending – seperti filem-filem arus perdana yang dikehendakki kapitalis filem!). Pi hanya tersenyum dan mengatakan: “Kini cerita itu sudah menjadi cerita engkau.” Tetapi apakah rakan Eropah itu (yang mewakili kapitalis filem di Barat) dapat memahami kata-kata Pi itu dan juga kata-kata lebih awalnya: “Bagaimana kalau anda ada sebuah kisah yang membuatkan anda percaya yang Tuhan itu wujud?” Apakah cerita sebegini digemari oleh kapitalis filem? Semakin mereka maju dengan penggunaan teknologi, semakin jauh mereka dari pengenalan diri dan Tuhan. Semakin tinggi pendidikan yang diterima audiens hari ini, semakin rendah penghayatan mereka tentang sinema.

Pi menyerahkan kisahnya yang siap ditulis kepada penulis dari Eropah itu. Syot yang bersifat affection image menampakkan penulisan Pi seakan sebuah skrip filem. Apakah kisah itu akan diubahsuai agar menjadi ‘lebih benar’? Pi mengeluh, terkilan yang Richard Parker, selepas terselamat di pulau, terus memasukki hutan tanpa menoleh ke arah Pi. Walaupun dia ada ruh, seperti kata Pi, tetapi dia tetap binatang (dan CGI pula tu!). Hanya manusia sahaja dapat mengenal diri dan Tuhan. Pi sudah diberi petunjuk tetapi ternyata ia belum sampai ke akhir perjalanannya dan harus mengembara lagi.



#Melahirkan Sinema yang Sebenar

Memang benar apa yang pernah dikatakan oleh U-Wei bahawa filem itu spiritual sifatnya. Tetapi di manakah karyawan dan penerbit filem yang jauhari yang dapat mengenali maknikam? Ang Lee mengajak kita merenungi semula sifat sinema. Apakah sebenarnya sinema? Adakah ia semata-mata hiburan? Atau apakah ianya lebih dari itu? Bukankah karyawan juga khalifah, yang memimpin dengan betul dan mengajak kepada kebaikan?

Di milenia yang baru ini, kita sepatutnya melakukan transformasi bukan regresi. Apakah Sinema Malaysia akan melihat nanti satu fenomena di mana pengarah dan kapitalis filem kita dapat merasai apa yang dirasai Pi dan menghasilkan filem-filem yang sebenarnya filem, yang boleh melahirkan sinema Malaysia yang mempunyai jati diri, penuh dengan kebijaksanaan dan bersifat spiritual? Apakah kita dapat menghindarkan diri daripada ’jual agama dan bangsa’ seperti yang sedang berlaku sekarang? Adakah kita mahu terus menghasilkan sampah yang akan menjadikan ’warisan’?

Kesimpulan dalam filem Bunohan bersifat tragis. Keluarga, tanah, seni dan warisan dimusnahkan oleh kapitalis. Dalam Life of Pi, Ang Lee memberikan harapan. Persoalan tentang sinema dari Ang Lee ditujukan kepada kita semua. Inilah permasalahan yang generasi karyawan baru Malaysia menanti-nantikan penyelesaiannya.







p/s : dan gua tak pernah berguru dengan beliau. Tapi gua tahu yang beliau yang paling terror of all terrorist. sayang kalau pemikiran dari tulisan beliau ini tidak dapat dikongsi bersama.

Rebiu filem Kontradiksi – Tercari-cari pelalian pada permukaan kekeliruan


Kontradiksi ; sebuah filem arahan bersama Aloy Paradoks dan Nazri M. Annuar. Diterbitkan oleh kelompok pembikin filem muda indie Paradoks Production dan Panda Cinta Studio hasil kerjasama NeoBorneo Sdn. Bhd.


Pemain utama filem Kontradiksi dilakonkan oleh Fazleena Hishamuddin, Fynn Jamal, Amar Amir dan Aman Nassim.

Naratif Kontradiksi membawa kita meneroka emosi resah-gelisah anak muda meniti permukaan hidup dalam alam biru-kelabu. Melieu mereka ; kaki lima juga celah-celah pinggir kota dan puncak bangunan berlatarkan kota K**** L***** - takala anak-anak muda ini melihat ke arah kota itu sebagai sebuah signifier herotopia emosi diri mereka sendiri. Signified anak muda yang membangun dengan emosi yang pesat namun kelihatan persis tidak terkawal. Dalam Kontradiksi – tiada orang tua yang mengongkong anak muda ini waima membentang limitasi keterbatasan. Seperti filem Apokalips X arahan maestro Mamat Khalid – Kontradiksi memperlihatkan sebuah subjek dalam ruang-masa urban apokalips.


“… memahami zaman membesar bukan perkara remeh. Dunia yang sarat berlonggk dalam akal dan fikiran itu perlu dibuka luas supaya senak, sesak, sempot yang berselaput dalam vagina begitu lama dapat dipecahkan dan diteroka sensasi nikmatnya.. dan akhirnya berkata ; ada benda gua nak kata…”


Apa dia yang nak dikatakan oleh sang pengarah?


Selepas 3 kali menonton filem ini, ketepikan gagasan naratif yang berbaur drama sinetron (skandal, loyalty juga cinta) namun yang menarik adalah apabila Kontradiksi meletakkan penonton dalam gerak kerja kamera yang hampir tidak berpaksi, seolah menari-nari dan tercari-cari. Kita yang menonton dianjur untuk turut sama merasai melalui gerak kerja kamera ini yang menongkah segala nahu bahasa visual persis erangnya anak muda yang tidak mempedulikan aturan. Ruang bingkai lazim tidak seimbang dan tercari-cari pada permukaan rules of third dalam komposisi shot. Memberikan suatu gaya yang naïf sifatnya – tercari-cari seperti mana watak yang berlegar – bermain – dalam ruang naratif. Ini memperlihatkan dengan jelas sebuah landskap ruang-masa urban apokalips. Landskap yang dilihat sebuah mindscape anak-anak muda ini.


Naratif bermula dengan sebujur tubuh gadis kaku, dilihat indeks anak muda, terjelepuk di permukaan yang basah, dirintik hujan. Dalam gerak kerja hand-held. Visual imagi ini deras memperlihatkan sebuah imagi yang punya signifikasi jelas ; yang terbujur itu anak muda, dirintik hujan @air memberi diksi (positif atau pembersihan hati) dalam konteks filem ini sebuah harapan. Dan gerak kerja yang tidak berpaksi pada permukaan kekeliruan ini dilihat memberikan pernyataan tentang ruang injap anak muda (#pembikin filem/#sang pengarah) yang bercelaru. Ini jelas digarap separa sedar oleh sang pengarah.


Dan benar tubuh yang terbujur@mati itu menjadi persoalan utama naratif. Siapa pembunuh mayat tersebut? Siapa yang sebenarnya bertanggung-jawap? Semuanya resah dalam biru-kelabu. Gagasan dialektikal naratif sebegini persis filpen GEDEBE arahan Namron, yang bersandarkan pada cerita Julius Ceasar, karya Shakespeare. Naratif kemudian bergerak linear, ditemukan dengan watak Mira lakonan baik Fazleena Hishamuddin. Walaupun ada ketika pengucapan dialog Fazleena kedengaran theatrical (dan ini tak boleh dimaafkan dapat filem dik). Watak Mira diperkenalkan kala juxto shot mayat yang terbujur dicantumkan parallel dengan visual Mira melakar deras, menggunakan pensel dengan stroke kasar bertubi-tubi pada permukaan kertas. (permukaan kekeliruan itu) memberi diksi jelas emosi watak yang bercelaru dilihat sebagai seni tampak yang punya emosi dalam visual imagi. Dan naratif itu harus punya emosi. Hanya yang menjadi masaalah apabila watak Mira yang memperagakan emosi cengeng anak muda mencari keberadaan diri dalam ruang cinta, Fazleena dilihat persis mencuba untuk berdiri di atas permukaan naratif dalam bentuk agresif-pasif, namun kelihatan sedikit menjengkelkan, apabila watak Mira cuba memperlihatkan ke-egoan klise seorang wanita yang kecewa. Terasa kuah “dal” melimpah-limpah dipermukaan kekeliruan watak lakonan Fazleena ini. (Dan kuah ‘Dal’ yang melimpah ini semiotic ya!) kahkahkah.


Mira kemudian ditemukan dengan saingnya, Amir lakonan Amar Amir disusuli hubungan antara mereka dalam mencari pelalian emosi yang tidak terkawal pada permukaan kekeliruan itu (signifier dari kertas lakaran pensel stroke Mira). Menarik bilamana adegan cinta ala Ungu-Violet atau mungkin Merah-Biru (Amir berbaju merah – Mira berbaju biru) ketika Amir dan Mira di puncak perkenalan/hubungan mereka, di atas bangunan, berlatarkan ruang malam, kota di mana sesekali juxtoposisi shot reality naratif yang terang disulam antara imagi hyper-reality Mira on silhouette dalam keintiman Amir secara perlahan menerkam ke-egoan Mira yang sebenarnya rapuh. Mereka bersatu. Dalam silhouette (indeks negative).


Naratif Kontradiksi jelas menceritakan tentang dua subjek (gadis) yang punya daya tarikan yang bertentangan. Antara watak Mira dan Fynn. Naratif dipecahkan kepada fragmen yang terasing dalam ruang lingkup naratif yang parallel. Fragmen ke-dua berpusar melalui watak Fynn lakonan yang sangat memberansangkan oleh Fynn Jamal. Bakatnya tidak lagi terbendung, benar pecah dan berdiri di atas pemukaan naratif sepenuhnya. Fynn, gadis busker di celah kota, berlegar di sekitar gerai burger milik adiknya juga sang storyteller/sang pengarah. Menarik apabila naratif (tentang manusia-anak muda) berlegar di sekitar gerai burger – yang mana penjual burger itu sendiri adalah sang pencerita. (burger daging special satu brader!- siap sang storyteller mula memasak cerita tentang anak muda ini!). Okey, balik kepada naratif, Fynn dianjurkan dengan bibit melodrama cintan-cintun sinetron dengan watak Aman lakonan Aman Nassim. Hubungan yang dianjurkan antara Fynn dan Aman benar terisi namun masih janggal dalam kekeliruan naratif yang tidak punya paksi. Dan kekeliruan itu sebenarnya yang hendak kau katakan? (kalau itu-itu sahaja yang kau gebangkan – ia dilihat mono – klise – membosankan) Atau sebenarnya cerita cintan ini benar hanya drama sinetron semata?


Jika adapun yang hendak dikatakan ; jelas sang pengarah gagal menjelaskannya melalui lakonan pemain-pemainnya. Yang sebenarnya, kisah cinta mereka tidak langsung benar-benar menjentik isim perasaan gua yang mungkin sebenarnya sang zomba cengang yang tak punya perasaan, kepingin untuk diisi dengan inspirasi cinta!


Kontradiksi menganjurkan pendekatan naratif linear – disisip gaya counter cinema bergerak terputus-putus, kadang-kala unmatched shot/scene melalui flashback dan kemudian kembali parallel dalam penyuntingan – melihat tentang subjek kecurangan, kebencian dan kekeliruan. Counter-cinema @anti-kormersial filem kontradiksi ini (namun masih terdapat beberapa lagi elemen yang meletakkan sesebuah filem itu counter-cinema) terbentuk secara tidak sengaja kerana pada dasarnya filem ini dibikin dengan budget yang ultra low yang menjurus sang pengarah bercerita dalam nahu/teknik dan gaya sebegini. Bersesuaian dengan subjek dunia anak muda mencari pelalian pada permukaan kekeliruan. Lebih baik tak sengaja dari saja-saja yang tampak mengada bukan?


Akhirnya yang dilihat di permukaan naratif filem Kontradiksi adalah bukan gagasan cinta individualistic sangpengarah namun keresahan kelompok anak muda ini yang menari-nari sambil tercari-cari dalam kejanggalan kekeliruan yang membutuhkan. Hanya Fynn Jamal juga brader Pyan Habib yang berjaya menari-nari di atas permukaan kekeliruan itu dan memijak-mijak naratif persis ia benar-benar hidup. Hidup mesti mau sedap!


Namun yang paling jelas nampak di permukaan naratif adalah semangat kelompok anak muda ini yang penuh berahi untuk menghasilkan naskah filem panjang. Ini gua salut! yang belum menonton filem Kontradiksi ini, boleh dapatkan DVD nya terus di toko buku fixi



p/s : “… tak payahlah berfalsafah kalau kau tak pandai.. “ Mira.



#sangprojectionist




Dan di sini tempat asal-cerita aku bermula. 8.45 am. Tanggal 7 Mei 2008.


        AKU, lelaki cengeng, duduk tercatuk, bertapa sambil tubuh kejung ku tersandar pada dinding seolah di papah bahu gebu Fasha Sandha. Fasha. Fasha nak sandar!! Dengan nada gedik aku bersandar lelah.  Diatas lantai beralaskan konkrit tingkat tiga bangunan agam pusat membeli-belah KLCC. Mercu tanda megah Malaysia. Kuala Lumpur, lubuk segala mimpi. The Malaysian Dreams! Katanya. Kepala aku masih berdengung. Muka toya. Persis kebas dilumur gambir Serawak! Dengan bau badan yang masih berbau longkang, dek semalaman tak mandi. Sesekali, aku menghirup Milo’ais tabur dari bungkusan plastik minuman di tangannya. Sejuk beku dek hujan yang turun dari subuh masih renyai diluar bangunan itu. Deodorant jenis Spalding yang aku beli di KK Mart tiga hari lalu merembeskan haruman tengik dari celah ketiak. Jam menunjukkan pukul 8.48 pagi. Hari itu, pelik-aneh. Entah kenapa, aku punya kepingin untuk sampai awal ke tempat kerja. Mungkin dek rutin alami malam-malam aku kini yang ditemani video-video klip 3gp anak-anak muda yang terlampau sudah mulai membosankan. Monotoris. Tiada apa lagi yang mampu membungkah semangat untuk diri aku untuk berdenting penuh Rasa dengan takah hidup aku sendiri. Tiada lagi suara. Tidak bernyawa. Apatah lagi punya nahu untuk bersenggama dengan diri aku sendiri. Aku, lelaki Melayu, berusia 28 tahun, bertubuh sederhana, seorang hipster wanabe, Cine-Philia-Maniac. Segala tentang hidup aku hanya untuk Sinema dan Filem. Panggung dan wayang.

Telefon bimbit cabuk Nokia 3210 yang berada di dalam kocek seluar jeans lusuh Levi's 515 aku bergetar.  Aku menyeluk dan mengeluarkan telefon bimbit itu. Tertera sebuah mesej di muka skrin telefon bimbit. Aku membuka lalu membaca mesej tersebut.


MESEJ INBOX – DARI RAZUAN

DER.. GUA XDAPAT DTG KERJA HARI NI. ATUK GUA SAKIT TENAT KT JOHOR. GUA KENA BWK ORANG RUMAH GUA BALIK JOHOR PAGI NI! XTAU BALIK KLaa BILA. APA2 GUA INFORM LU BALIK!


“Sial. Pagi-pagi dah buat pasal! Pakcik Sharip dah mula cuti annual leave 8 hari. Dia pulak buat hal! Nenek nak nikah lah. Apa lah. Masak. Jawapnya aku sorang lah yang jalan open sampai end?” bentak aku sendiri dalam hati.

“Apa hal carut sorang-sorang ni?” bilas Azhari yang berdiri dihadapanku.


Azhari, lelaki Melayu, berbangsa Malaysia, berumur 30-an, berkemeja kemas warna biru muda, dikenakan dengan tali leher warna pink ala Donald Trump, dan seluar slack hitam, berkasut kulit. Manager panggung siniplex tempat aku bekerja. Aku bingkas bangun dengan nada paling bengkek. Menyenakkan. Azhari berjalan beredar melewati panggung yang masih lagi tertutup itu, menuju ke arah belakang panggung. Aku mengekorinya di belakang.



“Awal pula kau sampai hari ni?” tanya Azhari .

“Itu lah. Macam dah tahu-tahu je!” jawap aku mengeluh.

“Tahu apa?” tanya Azhari lagi.

“Razuan emergency leave arini. Tak sure berapa hari dia cuti. Terkena lagi aku ni!” cebik aku menjawap persoalan Azhari.


Azhari gantang membuka sebuah pintu dibelakang sineplex tersebut. Aku mengekori langgamnya melangkah masuk ke dalam lobi sineplex. Azhari terus berjalan ke arah kaunter tiket box atau dalam kata yang lebih mudah, kaunter penjualan tiket. Azhari membuka suis utama lampu ruang perkarangan lobi sineplex tersebut yang berada di belakang kaunter tersebut. Satu per satu lampu kalimantang di siling ruang lobi sineplex terbuka menerangi ruang tersebut. Persis seperti pembukaan filem Talentime arahan maestro arwah Yasmin Ahmad, lampu dewan sekolah dibuka satu per satu. Azhari meneruskan langkah menuju ke bilik manager, mengeluarkan access cardnya, meletakkan access card itu pada censor dan kemudian menekan nombor password. Teettt! Seketika pintu bilik tersebut di buka. Aku dan Azhari melangkah masuk ke dalam bilik tersebut.


“Sabar lah. Bukan tak pernah kau ‘jalan’ filem sorang-sorang?” kata Azhari cuba memujuk hati kusam aku.


Azhari atau nama penuhnya Sheikh Azahari Bin Sheikh Hamid terus berjalan menuju ke papan suis utama dan membuka suis untuk televisyen bigscreen tv bersaiz 200 inch yang berada di tengah ruang lobi sineplex. Televisyen itu mula menyiarkan trailer-trailer filem yang sedang dan akan di tayangkan di panggung tersebut. Filem Malaysia. POM! POM! POM! Bunyi dentuman dari televisyen tersebut mula memecah sepi ruang itu. “Pom! Pom! Berdentum lagi. Ceritanya.” Aku berjalan menghampiri mesin punch-card, mencapai kad kedatangan kepunyaan aku, lalu punch kad tersebut. Biru. 8.58 pagi. Hanya hari ini cetakkan masa berwarna “biru” dari deretan “merah” yang panjang dari mula punch card itu di keluarkan awal bulan itu.

“Jangan lupa bawa filem baru sampai ni!” jelas Azhari pada aku.


Aku melihat dibawah meja manager itu terdapat dua buah kotak yang berisi reel filem baru. Aku menghampiri kotak tersebut. Tertulis tajuk filem tersebut dipermukaan kotak itu. “SANA SINI ADA HANTU!”. Aku mencebik sambil tersenyum sinis. Perlahan aku mengangkat kedua kotak tersebut yang mengandungi 5 buah reel filem kesemuanya yang berdurasi 18 minit setiap reel. Berat 1.2 kg. Aku membuka pintu bilik tersebut, melangkah keluar dan berjalan masuk ke dalam koridor yang masih lagi gelap, memikul beban kotak filem yang aku papah, menuju ke arah hall panggung. Dalam gelap itu, aku meneruskan langkah menuju ke pintu exit yang terletak dihujung koridor tersebut. Poster-poster filem dalam bingkai kotak berkaca, yang berada dikedua belah kiri dan kanan sepanjang koridor tersebut tiba-tiba terang dan lampu pendaflour di dalam bingkai kotak kaca poster tersebut bernyala menerangi sedikit koridor hall panggung itu. Memperagakan filem-filem yang bakal di tayangkan. Coming Soon!


Dengan menggunakan kudrat tubuh longlai-lesu aku itu, aku menolak pintu tersebut terkuak. Lampu kalimantang yang menerangi anak tangga menuju ke bilik projectionist di tingkat atas berkelip-kelip. Rosak. Suasana anak tangga itu agak seriau. Seperti ada sesuatu yang sedang melihat diri aku dari entah mana. Mungkin dari tingkat atas tempat di mana aku pernah bersengama-haram dengan Effa, cikaro gebu, Kampung Bendahara, Gombak yang pernah dahulu seketika, bekerja sebagai pekerja sambilan C.R.O panggung itu. Mungkin dosa lama aku itu yang sebenarnya menghantui fikirRasa aku. Atau mungkin nostalgia itu yang sebenarnya “hantu-jembalang” yang mengganggu sedar aku. Di tambah pula dengan lampu kalimantang yang berkelip-kelip itu, memberikan sedikit Rasa persis adegan dari filem Sister Ngensot! Namun, isu lampu yang berkelip ini sudah pun berlarutan sejak dari 2 bulan yang lalu. Aku menggagahkan langkahku menakluki anak-anak tangga itu yang kelam, lagi menyenakkan itu. Tiba di depan pintu bilik projectionist itu, aku meletakkan kotak reel filem itu di bawah, mengeluarkan access card aku dari dompet yang aku letak di kocek belakang seluarku, lalu meletakkan access card tersebut pada sensor. Teettt! Pintu bilik tersebut terkuak sendiri. Aku menyimpan semula access card itu, mengangkat kotak filem di kaki aku dan melangkah masuk ke dalam bilik projectionist itu.


Suasana sunyi. Sepi. Gelap. Menakjubkan, dalam gelap ini aku merasai ketakutan dan keinginan dalam satu ruang yang sama. Deretan mesin projector filem CINEMANICA masih belum bernyawa. Dan setiap mesin projector itu di temani dengan sinema sound processor pada rak audio di setiap mesin projector. Bilik projector tersebut merupakan sebuah bilik yang memanjang ke dalam dan ruangnya berbentuk U. Aku meneruskan langkah menuju ke meja kerja yang dipanggil Make-Up Table. Sebuah meja panjang yang mempunyai dua buah motor kecil dikiri dan kanan meja itu, keduanya digunakan untuk memusingkan reel filem, sama-ada untuk make-up reel-reel filem baru untuk dijadikan sebuah reel filem besar, ataupun breakdown filem yang sudah selesai tayangan. Aku meletakkan kotak filem itu diatas meja tersebut lalu berjalan menuju ke papan suis utama, dan menyalakan lampu diatas make-up table itu. Cahaya kalimantang dari meja make-up table itu menerangi sedikit ruang dalam bilik projector. Aku kemudian menghidupkan ekszos fan projector atau untuk lebih mudah difahami kipas saluran udara yang berfungsi untuk menyejukkan mesin projector filem setiap hall panggung, suis pusat penghawa dingin seluruh panggung, dan lampu dalam setiap hall panggung. Aku memulakan rutin harianku dengan memasang filem pada setiap projector di setiap panggung. Filem hanya akan mula di mainkan pada jam 11.05 lagi. Lazimnya untuk siap memasang filem disetiap mesin projektor hanya akan memakan masa setengah jam. Dan apabila siap pasang, aku akan hanya duduk melepak disebuah kerusi malas, dihadapan sebuah meja yang menjadi tempat aku mengular, dimana diatas meja tersebut terdapat sebuah radio cabuk yang punya pemain cakera padat. Aku memasang CD favorite-ku, mix-tape lagu-lagu kegemaranku. Dari corong radio itu kedengaran lagu Times They Are Changin – Bob Dylan.


Sementara itu, pengatup automatic dilobi siniplex mula dibuka perlahan. Hari baru bermula. Pekerja-pekerja panggung mula menjalankan rutin kerja mereka. Bertih jagung mula dimasak didalam dapur consession, bau bertih jagung mulai mengisi segenap ruang udara panggung itu. Customer Relationship Officer atau dipanggil C.R.O mula menaikan standing dan bunting filem-filem yang bakal di tayangkan. Kak Ning dan Kak Yanti memulakan kerja membuang sampah, menyapu dan mengemop lobi panggung. Pengunjung siniplex mula mengisi ruang legar panggung. Beratur untuk membeli tiket. Ada yang juga berdiri tercatuk didepan televisyen gergasi menonton trailer-tariler filem yang sedang dan bakal di tayangkan.

Jam menujukkan pukul 10.30 pagi. Aku memejamkan mata lenaku. Memikirkan aku yang masih punya waktu yang panjang sehingga nanti filem tayangan pertama, tayangan early bird selesai dan ketika itu nanti aku lah yang bertanggungjawap untuk memasang kembali filem di setiap panggung untuk tayangan yang seterusnya. Ya, aku sang projectionist panggung. Aku melayan kepala dengung aku mendengar lirik dari rentak irama sang lagenda.


“Meh sini aku cerita. Pernah tak kau dengar cerita tentang sebuah kampung yang diserang tikus-tikus yang memakan hasil tanaman. Sehingga satu hari, seorang petani menggali sebuah lohong, lubang simen yang dalam, dan diumpan makanan didalam lohong itu. Dan setiap hari se-ekor demi se-ekor tikus terhumban dalam lohong yang gelap itu. Apa yang kau Rasa terjadi pada tikus-tikus itu? Dibakar? Dibunuh? Tak. Mereka dibiarkan kelaparan sehingga mereka mula memakan antara mereka sendiri.” suara halus seseorang yang bermain dalam benar fikir-ku.

Ruang gelap, dan suram, bilik projector itu terisi dengan bunyi lagu Times They Are Changin – nyanyian Bob Dylan dari lohong radio lapuk di atas meja. Ditemani dengan bunyi ekszos fan mesin projector juga bunyi compressor angin yang terletak dihujung setiap 2 penjuru bilik projector tersebut. Sesuatu tentang ruang kelam dan gelap itu amat menyeramkan. Punya intrig nostalgik yang sedikit menakutkan. Tapi perkara ini telah menjadi kelaziman buat aku kerana sudah hampir 2 tahun aku bekerja sebagai seorang projectionist dan dalam dua tahun itu, sudah menjadi alaminya untuk bekerja seorang diri di atas bilik projector.

Jam di komputer cabuk jenama Dell di atas meja itu menunjukkan pukul 10.50 pagi. Tayangan filem akan bermula 10 minit lagi. Dan aku masih lagi berlengkar di atas kerusi malas itu, melayan tidur-tidur ayamku.

Tok!.. Tok!.. Tok! Bunyi seperti ada yang sedang mengetuk sesuatu, pada sebuah permukaan. Jauh. Samar dan tidak jelas. Seperti ketukan dipermukaan kaca. Tok!.. Tok! Tok!... Berulang. Dan ketukan itu semakin-semakin lama semakin hampir. Aku membuka mata terbuntang. Terkejut mendengar bunyi tersebut. Mata aku mula menilau, menjajau dari arah mana datangnya bunyi ketukan itu. Tok!.. Tok!.. Tok!.. Sekali lagi. Berulang. Dan kali ini lebih kuat bunyi ketukan itu. Aku perlahan bangun, sekali lagi menjajau, mencari dari arah mana datangnya bunyi ketukan itu. Atau mungkin bunyi itu hanya halusinasi auditori fikiRasa aku sendiri. Hanya persepsi dalam kondisi sedar tanpa adanya rangsang nyata terhadap indera pendengaranku. Atau mungkin delusi paranoia aku sendiri?

“KAZA!” bunyi halus seperti orang menjerit dalam sebuah ruang yang kedap.


Bulu uri dan tengkuk aku mula meremang. “Jahanam” bentak hati aku sendiri.

“KAZA” nada halus suara orang menjerit dalam ruang kedap itu lagi. Kali ini lebih kuat sedikit.


Aku bangun dan menilau, mencari dari arah mana datangnya suara itu. Tok! Tok! Tok! Bunyi ketukan pada permukaan kaca kedengaran lebih kuat. Pasti datang dari lubang yang di tutupi dengan kaca di depan lensa projector filem atau dipanggil pot hole, lubang yang membolehkan projectionist melihat ke dalam panggung dari bilik projektor itu. Tapi manakan mampu sesiapa mengetuk kaca tersebut, kerana dari dalam panggung, pot hole terletak jauh tinggi di atas, belakang panggung. Aku mula seriau.


“Jahanam. Dia dah mula dah! Ini tak boleh jadi ni!” bisik hati aku sendiri.


Aku dengan pantas melangkah, tidak berlari kerana tahu segala pergerakkan aku di rakam kamera CCTV yang berada di setiap penjuru, didalam bilik projector tersebut, aku menuju keluar dari bilik projector tersebut. Melewati meja make-up table. Melihat pada kotak reel filem "Sana-Sini Ada Hantu!" yang belum dikerjakan itu. Memikirkan filem tersebut hanya akan mula dimainkan malam Rabu nanti, aku menangguhkan kerja menyiapkan filem tersebut untuk mencantumkan setiap reel filem ‘kecil berdurasi 18 minit per reel’ untuk menjadikan ia sebuah reel filem yang besar ‘berdurasi 90 hingga 180 minit’ untuk diletakkan di atas platter filem.

Aku bingkas menggagau meninggalkan bilik projector. Keluar dari bilik projector, menuruni anak tangga dan masuk menusuri pintu exit ke dalam koridor hall panggung.

Didalam bilik projector, lampu xenon berkuasa 4000 walt pada lamp house mesin projektor bernyala dengan sendiri. Memperlihatkan bias cahaya dari permukaan seluloid di depan lensa projektor, ke layar lebar didalam panggung. Motor shutter atau shutter drive mesin projektor mula bergerak dan berpusing, menggerakkan seluloid filem yang siap dipasang melewati pagar di panggil gate projektor. Platter film mula berpusing, mengikut gerakkan kelajuan platter arm yang diimbangi pada daya tarikan shutter drive projector. Penanda atau que pada seluloid filem melewati sensor pada projector dan memberi isyarat pada sound processor lalu dengan secara automatik runut bunyi yang dibaca dari permukaan seluloid filem mula kedengaran didalam panggung. Filem mula dimainkan secara automatik. Di hujung reel filem yang besar diatas platter filem yang sedang berputar, tertulis tajuk filem. Romantika Hantu Panggung.

Aku lenggeng masuk ke dalam panggung 8 kerana panggung 8 merupakan panggung yang  paling hampir dengan pintu exit untuk ke bilik projektor. Takut-takut kalau ada masaalah pada projektor yang sedang memainkan filem, senang untuk aku bergegas naik ke bilik projektor nanti. Di dalam panggung, filem sudah pun mula dimainkan. Terdapat sepasang kekasih ‘couple’ lelaki dan perempuan sedang enak, lenang bermanja-manja duduk dikerusi belakang panggung tersebut. Wajah mereka sedikit bentak, terkejut melihat kehadiran aku. Pasti ‘projek’ mereka pagi itu terganggu sedikit.


“Asstarfirullah, pagi-pagi macam ni pun ada yang nak buat maksiat?” cebik aku dalam hati sendiri.


Aku meneruskan langkah duduk dibahagian depan sedikit dari mereka. Aku duduk dibahagian tengah kerusi panggung itu, melabuhkan punggung lesuku, menarik nafas dan melenakan kepala yang masih lagi resah memikirkan tentang nada suara aneh yang elok bergurau senda dengan aku tadi. Cilakak. Aku cuba untuk tidak menghiraukan kejadian itu. Aku merebahkan tubuh pada kerusi ampuk didalam panggung itu dan hampir 20 minit aku duduk melayan naratif yang memualkan dari filem romantik komedi Islamik “Cinta Tujuh Petola” filem Melayu arahan Rushdie Salman terbitan regim David. “Dan lagi-lagi Islamik di niaga-untuk mengaut untung!”

Resah aku mulai terasa seperti ada seseorang sedang melihat ke arahku dari arah belakang. Tiba-tiba meremang bulu lengan aku. Mata aku perlahan mula menilau dalam gelap panggung, melihat ke kiri dan ke kanan. Kosong. Hanya kerusi panggung berwarna merah. Perlahan aku cuba menoleh kepala ke belakang. Mata aku tiba-tiba terbuntang. Kelihatan dicelag gelap panggung itu, dikerusi sebelah kanan panggung, seorang wanita berambut putih, panjang mengurai, berpakaian putih, dengan wajah lesu berwarna biru, sedang merenung wajah aku kembali. Tajam. Matanya persis meraung. Degub hati aku terus bergetar kencang.


“Asstarfirulllah. Siapa pula tuh!’ bisik aku sendiri.


Aku bingkas menoleh kembali ke depan. Perasaan cemas, resah, menggetarkan perasaan aku yang sudah memang gelisah. Wanita itu masih merenung, memandang ke arah aku. Aku cuba mencari nafas aku kembali, deras, cemas, mencari rasionaliti.

“Tolonglah. Mak aku kata, pagi-pagi buta mana ada hantu!.” Bentak aku sendiri dalam hati cuba menyedapkan isim hati aku yang memang cengeng.


Aku menoleh kembali ke belakang, ke arah wanita itu, kelihatan wanita itu kini duduk dihadapan pasangan lelaki dan perempuan tadi dibelakang panggung. Wanita berambut putih itu, persis Habsah Buang dari filem Jerangkung, masih lagi memandang ke arah aku. Aku mula bertambah cemas, namun cuba mengawal kegelisahan ku itu, agar tidak menakutkan pasangan kekasih yang sedang enak menonton filem tersebut. Yang pelik, mereka tidak langsung sedar akan kehadiran susuk hantu jembalang itu. Seketika, aku menoleh ke kiri, wanita itu kini benar berada disebelah kanan, satu kerusi jarak dari aku. Memandang tepat, tajam ke arah aku. "Cilakak!" tempik aku sendiri. Tanpa berlengah, aku bingkas bangun dan mencanak berlari keluar dari panggung. Pasangan kekasih, lelaki dan perempuan itu pelik melihat perlaku aku yang cemas itu. Mereka tidak langsung menyedari apa yang dilihat aku. Dan bila sahaja aku beredar, mereka mengambil peluang meneruskan ‘projek’ mereka pagi itu. Bercerekarama dalam panggung, melunaskan segala kerinduan anak muda yang tertunggak.


p/s ; baik2 berkarya nanti org saman ngaku hakmilik!


anekdot pertama ; cinephile



#Anekdot Budak Wayang



            SEDETIK KALA ITU, SEPERTI RAKAMAN PADA SELULOID KINETOSCOPE PERTAMA MILIK THOMAS EDISON 1894, FRED OTT "SNEZE", AKU DERAS BERSIN.

“TUANPENGARAH merahmati kamu” hela suara seorang wanita dengan nada halus kasyaf. Ada apa dengan TUANPENGARAH? Bukan kah sepatutnya Tuhan merahmati kamu? ( God bless you ). Saat waktu tidak diketahui jam berapa. Ketika tidak pasti berapa-hari bulannya. Ia datang hampir seperti sebuah mimpi. Persis ruang paradox sur-realis, jam berputar laju tidak berhenti. Terjelepuk dalam ruang mati. Rasanya mengerikan bila aku cuba mencari dasar untuk kaki berpijak. Seperti lemas dalam lautan yang tak pasti berapa dalam dasarnya itu. Aku menarik nafas panjang. Cuba mencari kembali ketenangan yang hilang di mamah mega-ribut aneh, seriau malam itu. Luar biasanya seperti sebuah novel tulisan Stephen King atau mungkin sebenarnya Roald Dahl. Dalam sebuah bilik, suasana hampir gelap. Lampu terang tiba-tiba bernyala, kuat, menyilau benak mata. Tangan aku bingkas menutup kedua belah mata dari silauan cahaya itu. Seperti watak Marion Crane lakonan Janet Leigh menutup wajah juga matanya ketika adegan pembunuhan didalam bilik air motel milik Norman Bates. On screen gambaran x-ray kudrat tulang-temulang susuk tubuh lemah seorang lelaki bernama aku. Lengit. Sesekali sinaran lampu x-ray itu bernyala dan terpadam. Dan kemudian bernyala kembali. Densiti cahayanya seperti cahaya lampu xenon berkuasa 4000 walt. Menyenakkan.

“Ok. Tarik nafas …” kata wanita yang tidak aku kenali dari belakang mesin pengimbas x-ray itu. Wanita itu yang membawa aku masuk ke dalam bilik x-ray ini, ketika aku mengekori dibelakang susuk tubuhnya yang seksi persis Maria Ozawa itu tadi.

           Kelihatan gambaran x-ray rangka tulang tubuh aku, menarik nafas panjang. Lalu menghembuskan kembali nafas deras. Persis sebuah penyerahan. Lengit. Seperti ada sesuatu yang cuba dilepaskan namun tidak terdaya. Lesu. Lengit. Atau apa pun istilah yang mengambarkan aku orang Melayu. Wajah aku kosong. Bingung. “Mau sahaja aku menyanyi lagu Najwa Latif, kerana itu sahaja lagu yang aku hafal. Kau buat ku rasa kosong… kosong….kosong.”

          Malam yang panjang juga aneh itu benar melengitkan. Luar biasanya meresahkan perasaan aku yang sememangnya cengeng. Sesekali aku cuba memejamkan mata deras. Mengharap agar aku terjaga dari mimpi aneh ini. Dari kisah picisan persis novelette manga seram tulisan Shintaro Kago – Dream Toy Factory atau mungkin Ramlee Awang Mursyid – 9 Nyawa. Mata aku terbuntang. Bernafas lesu. Melihat mesin pengimbas x-ray di hadapan aku. Mata aku mencuri pandang pada doktor yang persis Maria Ozawa itu. Kalau sahaja benak mata ini punya dawai spring yang membolehkan mata aku ini terbonjol keluar dan di cengkam spring yang panjang. Boleh sahaja mata aku ini melihat ke arah tubuh montoknya dibelakang aku. Mahu sahaja aku terus berfantasi dengannya didepan mesin ini. Seperti dalan novel trilogy Fifty Shades yang asyik dibaca oleh Verona, awek aku berbangsa Cina yang tinggal se-rumah denganku ditempat asalku dulu. Dia, Verona-wanita pseudo-moden masa kini. Berlegar dalam benak fikirku, ada apa tentang wanita urban dan sexual-fetish? Awek aku. Cina. Di tempat asal-ku. Dan aku kembali bernostalgia tentang tempat asal-ku itu.


          Wanita persis Maria Ozawa itu, berbaju kot putih berjalan menuju ke arah depan pengimbas x-ray, sambil membawa beberapa keping gambar negative x-ray tubuhku. Baru aku perasan, didada kecilnya tertera tag nama Nadia Khan. Dari kot putih yang di pakainya itu, aku membuat andaian yang dia seorang doktor. Atau mungkin dari susuk tubuhnya, Nadia Khan hanya pelajar practical di kelinik milik sepenuhnya TUANPENGARAH. Kelinik “1Pekan”. Lampu bilik di buka. Terang. Aku keluar dari mesin pengimbas x-ray, mencapai satu-satunya baju t-shirt aku yang sudah lusuh dan mulai berbau tengik peluh. Baju itu di sangkut pada sebuah dinding di dalam bilik yang sederhana kecil itu yang di litupi dinding berwarna putih. Dingin. Aku memakai baju t-shirt itu kembali. Aku berjalan keluar dari bilik x-ray itu. Membuka pintu bilik dan melangkah keluar. Di koridor bilik, seorang lelaki, India-Muslim, berumur dalam lingkungan lewat 20-an, yang sedang duduk di atas sebuah bangku kayu di ruang legar kelinik itu, tersenyum sambil semberono menghirup minuman kotak kecil susu Dutchlady, lalu bangkit dan berjalan menghampiri aku. Wajahnya mirip benar watak Wolverine lakonan Hugh Jackman dalam filem X-Men. Namanya Mubarak.

“Kaza, Tok We nak jumpa kau!” jelas Barak.
“Tak ada ke dia nak tanya soalan yang lebih bijak sikit. Contoh sama-ada aku okey ke tidak? Atau setidaknya apa keputusan x-ray yang baru aku jalani tadi?” bisik benak hati aku sendiri. “Tok We? Kenapa?” soal aku kembali pada Mubarak.
“Mr. Albert Wong, Taukehsayur. Tuan punya panggung. Nak jumpa kau. Katanya, dorang cari kau! Katanya nak minta tolong kau untuk mainkan filem di panggung!” Jawap Mubarak lagi dengan nada beriya.
“Panggung? Bukan ke panggung tu dah rentung?” cebik aku.
“Taukehsayur, Mr. Albert Wong, tuanpanggung, nak buka balik panggung tu! Dengan izin TUANPENGARAH!” bilas Mubarak.
“Lagi-lagi dengan izin TUANPENGARAH!” bentak dalam hati aku sendiri.
“Jom lah. Kat sana nanti, Tok We dan Mr. Albert Wong akan terangkan lagi.” Terang Mubarak lagi bersuluh.
“Tapi x-ray aku ni macam ma?” belum sempat Aku mengakhiri pertanyaannya itu, Mubarak bingkas berjalan beredar.

          Memaksa aku untuk membuntutinya. Dalam perjalanan menuju ke pintu utama kelinik, Mubarak sempat membuang kotak minuman susu Dutchlady itu ke dalam sebuah bakul sampah kecil di hadapan kaunter ubat kelinik itu. Mata aku memandang ke arah doktor Nadia yang sedang memeriksa fail di balik kaunter tersebut. Doktor Nadia kemudian hanya melihat ke arah aku yang semberono berjalan beredar keluar di pintu utama kelinik tersebut, tanpa sempat dia menerangkan aku tentang keputusan
pemeriksaan x-ray yang dibuatnya terhadap aku tadi. Apa agaknya keputusan x-ray aku itu?

            Aku mengekori Mubarak keluar dari kelinik “1Pekan” itu. Se-langkah keluar dari kelinik itu, kelihatan landskap pinggir Pekan Changkat. Kelam. Sunyi. Menyeramkan sebenarnya. Menghirup pada injap nafas di Pekan Changkat, serasa persis bau kelat-hamis kota Bombay. Atau mungkin pekan Noir Metropolis Fritz Lang yang penuh tipu-helah. Penuh prejudis, korupsi, diskriminasi, dan syak-wasangka. Lampu neon di kaki lima malam itu bercahaya malap. Semacam benar mengambarkan indeksikal negative pekan Changkat. Dan segelintir manusia lelaki juga wanita, dalam bias cahaya chiaroscuro, berkeliaran seperti masing-masing punya udang di balik maggi mee perisa kari atau mungkin asam laksa. Sesekali mereka nampak seperti zombie watak imaginasi George A. Romero. Aku sedayanya cuba mengelak untuk tidak punya sebarang hubungan fizikal-mental dengan mereka. Mintak simpang 7 petala langit!

           Pekan Changkat ini, pekan aneh yang masih lagi belum dapat aku teladani makna pada kewujudan aku di dalam pekan ini. Langit masih lagi gelap. Masih beratapkan cahaya kemilau Dewi Fajar Rom AuroraBorealis. Aku menelusuri denai kaki lima, pinggir jalan kecil pekan itu, membontot Mubarak menuju ke arah sebuah kereta Nissan BlueBird warna biru miliknya itu, yang sedang elok di parkir di hadapan sebuah gerai kueh Apambalik. Aku dan Mubarak menaiki kereta itu, dan bingkas Mubarak memandu kereta itu beredar.

“Benar aku tak tahu bagaimana aku boleh berada dalam alam aneh ini. Tapi malam sueh ini benar melengitkan aku. Dan ini peluang aku. Untuk berjasa pada Tuan Taukeh Panggung. Mr. Albert Wong. TuanTaukehSayur. Kenalan rapat TUANPENGARAH yang di gebang Mubarak itu. Agar dapat aku di beri peluang untuk bertemu dengan TUANPENGARAH. Mencari penjelasan pada kekusutan yang sedang aku alami ini!”

          Dalam kereta, Mubarak dengan wajah lesu, memandu kereta itu laju. Tak tahu sama-ada dia mahu mengejar sesuatu atau mungkin sahaja lenggeng nak menunjuk-nunjuk kehebatan drifting-nya yang sebenarnya tak se-berapa itu. Perjalanan itu meredah gelap malam, di apit pemandangan luas horizontal dota tanah kontang di kiri dan kanan jalanraya kecil pekan Changkat. Lalang dan paya. Hanya kelihatan jauh di hujung pangea, agam sebuah rumah banglo Anggerik Villa di puncak bukit, Kampung Simpang Siur, di pinggir Pekan Changkat ini. Aneh apabila kami melewati jalan-raya yang gelap itu, disebuah kawasan kemalangan  dan ini aku tahu dari papan-tanda tengkorak manusia dan tulang rangka yang di silang di bawah tengkorak itu. Di bawah papan tanda itu, seorang pemuda berkemaja putih persis baru dibasuh dengan sabun pencuci Daia, lelaki itu dengan seluar yankee putih, mukanya mirip Hassan Muthalib masa muda-muda dan yang tak kenal siapa hassan muthalib, beliau merupakan seorang pengkritik filem Malaysia tersohor, katanya. Lelaki itu sedang berdiri menyilang telumit kakinya sambil tangan kanannya menunjukkan ke satu arah ke tanah disebelah kanannya itu. Pandangan mata kasat aku mengagau melihat kearah pemuda itu dan apa yang ditunjukkan oleh pemuda itu, tapi kerana Barak hanya memandu kereta itu laju melewati pemuda tersebut, aku kurang pasti apa yang ditunjukkannya. Mata aku beralih memandang kearah Barak, namun Barak terus semberono terus memandu kereta itu tanpa punya sepatah-kata waima berbicara apa-apa.

“Tapi macam mana Tok We tahu aku ni projectionist panggung?” tanya aku pada Mubarak.
“Kau pernah cerita kat aku kan? Dulu kat tempat asal kau, dari tempat kau datang, kau projectionist panggung. Kan?” soal Mubarak memecah kedunguan suasana dalam kereta itu. “Aku yang bagitau Mr. Albert Wong. Jadi dia suruh aku bawa kau jumpa dia sekarang kat rumah Tok We!” jelas Mubarak lagi.
Aku mengangguk kepala, tanda mengiyakan penjelasan Mubarak itu. Mubarak membawa keretanya masuk ke dalam kawasan Kampung Simpang Siur. Aku tahu ini juga dari papan tanda yang berdiri rapuh di depan sebuah gerai makan. Menunggu masa untuk rebah, terjelepuk menyembah tanah kering ini.


“Tempat asal aku. Dari mana aku datang.” Dan aku mulai bernostalgia sendiri sambil Mubarak memandu kereta Nissan Bluebird itu.