Rebiu filem kl zombi(2013) ; dunia apokalips yang terawang.




Filem arahan Woo Ming Jin, hasil tulisan Adib Zaini adaptasi dari novel fixi Zombijaya cerita asal MJ Woo, tulisan Adib Zaini. 

benar bukan perkara remeh mengadaptasi sebuah karya tulisan yang hampir 307 m/s ke satu ruang yang lebih terhad, 90minit. ini tidak seharusnya menjadi alasan, sekiranya filem itu setidaknya berada separa dengan naskah novel tersebut. kerna kerja adaptasi bukan bersifat meniru tetapi sebenarnya mengangkat naskah tulisan dan meraikan idea naskah tersebut. bermakna gagasn idea itu sebenarnya yang wajib kekal, dan idea asal naskah novel zombijaya itu datang dari pengarah filem kl zombi sendiri, maka imej dan visual dalam naratif filem  kl zombi seharusnya lebih hidup, punya sense of depth (tidak bersifat 2 dimensi) atau mungkin susuk visual dan imej itu akan terasa lebih bersifat peribadi datang dari imaginasi sang pengarah. 

yang dilihat jelas di layar lebar. imej yang tak punya sense of cinematic style, visual hambar dalam ruang kepura-puraan. 

naskah novel zombijaya memberikan pembaca sense of belonging terhadap watak-watak dalam naratif. seperti benar pembaca mengenali watak kamarul, sofia, nora, afiq, sarjan azman, dan lain-lain terutama watak nipis, watak slacker mat rempit loser diangkat menjadi hero, seperti watak columbus atau tailahasse dalam filem zombieland atau lebih menarik watak shaun lakonan simon pegg dalam shaun of dead.  dan filem kl zombi tidak langsung punya rasa ini, walaupun ia ditulis oleh adib sendiri. 

dalam ruang sempit kl zombi, watak-watak terasa terasing, tidak langsung punya hubungan yang lebih jelas selain beberapa dialog hambar yang cuba menjelaskan bahwa "dia adik kembarku", "dia kekasih aku" atau "kau kawan baik aku". kecuali hubungan sarjan azman dengan anaknya itu tampak timbul apabila lakonan baik azharani dapat memberikan penonton sedikit rasa simpati dan menimbal balik perasaan empathy antara watak dengan watak yang lain dan kemudian timbal balik pada penonton. aku kira itu yang penting dalam sebuah naratif filem, bila penonton dapat merasai perasaan watak dan perwatakan dengan lebih jelas dan tidak bersifat kepura-puraan. kerna filem harus jelas menceritakan tentang watak, human problem, faces and places. katanya abbas kiarostami. 

selain ruang naratif yang berlubang-lubang, (ada beberapa momen dalam naratif penceritaan terasa terlompat-lompat tanpa punya diksi (sebab dan akibat) yang jelas),  dunia apokalips kl zombi nampak hambar dengan set 'ruang apokalips' yang corny dengan kertas, sampah, kayu kayan yang entah dari mana datangnya dan jelas nampak sengaja dilambakkan hanya untuk menampakkan hura hara ruang naratif, memperlihatkan production design (art direction)  klzombi kelihatan murah, dan bersifat pemalas. (*aku tidaklah berdiri di atas motif dan logik akal semata sbb aku sedar filem, ia melebihi dari logik akal, tapi biarlah apa yg diletakkan dalam ruang bingkai naratif nampak lebih real dan menyakinkan, ini belum nak cite production design ashraf dalam filem apokalipsX mamat khalid, tapi aku tak nak banding2kan lah, tak elok. nanti dikata condescending. tapi nanti lu tgk lah sendiri filem apokalipsX baru lu tau macam mana rupa kalau kl ditimpa bencana dan hidup dalam ruang apokalips).  dan jangan meletakkan masalah bajet atau kesuntukan masa yang mengakibatkan production design kl zombi nampak hambar, kerana yang terlihat di layar, yang dipertontonkan itu akan dinilai mereka yang membayar tiket panggung. *kalau tak ada masa, atau tak ada bajet, lain kali jgn buat kalau tak boleh buat. alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan bro. 

woo ming jin seakan hilang sense of style dalam klzombi. sentuhan pengarah muda ini yang punya sense of style yang lebih baik, melihat dari karya-karyanya sebelum ini, filem seru,  monday morning glory, filem pendek slovak sling yang punya sense of humor yang sangat baik, atau filem tiger factory yang pernah ditayangkan di Cannes, dan benar sentuhannya tidak langsung kelihatan dalam filem klzombi. ditenggelami oleh make-up effects yang tampak menarik dilayar, punya effort dan seharusnya diberi kredit, juga pesona zizan yang tak mampu dikawalnya. 

dari sisi lakon layar, menarik bila naratif klzombi dimulakan di atas bukit, menghadap kota kl, dalam gelap malam, sedang menyambut ketibaan tahun baru, dan memperkenalkan kelima-lima watak utama,  bila seawal naratif memperlihatkan dan menjelaskan watak dan melieunya dengan baik, namun adegan ini dilihat seakan aneh, sempit dan terasing. malah hubungan antara watak-watak tampak tidak menyakinkan. dan itu sahaja yang menghubungkan antara watak-watak utama ini dan klzombi nampak polos kemudian. 

adegan disambung dengan iklan tv program MLM bro khalid yang menjual produk rawatan yang bersifat 'magis' bila keberkesanannya seakan dibesar-besarkan sehingga tampak tidak punya lojik, dan adegan ini disampaikan dalam bentuk komikal bersifat parodi. dan komedi juga harus dilihat sebagai kritikan, apabila sesuatu isu itu di'lawak'kan. (jelas sublime teks tentang struktur MLM juga ironi dilihat seperti wabak zombi itu sendiri, jualan langsung produk dan susuk manusia yang menjual produk tersebut di'lawak'kan). 

naratif filem kemudian bergerak bersama kelima2 watak utama sehingga wabak zombi menular dan mengakibatkan hura hara di kota kuala lumpur. bermula di sekolah (dilihat sebagai kritikan terhadap kepincangan sistem pendidikan, rujuk filem histeria arahan james lee dan zombi kg. pisang arahan mamat khalid yang juga bermula di sekolah asrama dlm bentuk parodi-komikal).

menarik klzombi punya beberapa adegan, dialog dan tingkah watak dlm naratif bersifat sinikal dan punya nada kritikan sosial, contoh bila nipis menegur pasangan kekasih di atas bukit sedang 'berprojek' ketika menanti kedatangan tahun baru, watak dato farouk yg bercerita tentang bagaimana kalau dia punya duit 20 trillion dan dikipas rakan-rakannya, tentang watak boroi yg berjudi dan memuja semangat dikubur cina untuk menang nombor ekor, susuk guru displin sekolah yang menjengkelkan dengan tag nama besar (rujuk filem kembara seniman jalanan watak pegawai kerajaan dengan tag nama besar) dan beberapa lagi analogi dlm bentuk visual yg sgt menarik.. terkenang filem2 p. ramlee yg juga punya kuasa visual yg sama. 

dan naratif seterusnya.. kena tgk kat panggung,  lah. 

sehingga tiba act 3 - kemuncak resolusi naratif, segala yang diberi dalam naratif tampak kartun. contoh bila sarjan azman berkali-kali cuba menyakinkan nipis dan yang lain2 dengan dialog yang penuh hambar, bahwa dia punya 'ubat' untuk merawat wabak zombi dengan ramuan herba yang dipelajari dari atuk neneknya. *cheesy habis bro! juga wabak zombi itu yang akhirnya dipulihkan dengan krim bro khalid, dan beberapa lagi adegan yang kelihatan cetek. 

*tapi aku suka bisik sinis dialog nipis "polis jual herba!" 
yang aku cari dalam klzombi adalah susuk herotopia "putrajaya" seperti dalam naskah novel zombijaya. watak nipis slacker loser tapi tingkahnya yang sangat cool! ruang alam apokalips yang mendebarkan, punya lebih sense of style yang setidaknya memberikan rasa kelainan kalau tidak kekaguman (dah banyak kot filem-filem zombi ni yang boleh dirujuk, kalau tak lebih hebat,setidaknya setara dgn filem mamat khalid zombi kampung pisang yang aku rasa lebih punya style dalam erti kata yang lain idea/konsep yang lebih menarik dan memberi kekaguman bila kita keluar panggung).  

dan aku keluar panggung tanpa menemui apa yang aku cari, selain pesona raja lawak zizan razak yang tak dikawal, terawang awang dalam naskah tulisan adib zaini yang dicetekkan dalam bentuk visual naratif.

p/s : aku tak minat opening montage yang bersifat grafik semata! 

No comments:

Post a Comment