rasa tentang filem





Makan untuk Rasa filem.

Aku ke rumah member, dan dihidangkan dengan Magee Mee sambil menonton filem. Sedap Rasanya. Terlihat dalam mangkuk Magee, kuahnya tidak terlalu cair dan mee tidak terlalu lembab. Sedang-sedang enak. TeRasa bila makan. tapi Magee makanan Instant bukan? aku tak ada masaalah dengan itu, Magee itu kosong takde isi, sedap jugak. Tapi kalau di letak udang, sayur, telur, dll lagi sedap bukan? kata member aku ketika aku sedang enak makan Magee sambil menonton filem yang dekat dengan hati ( bukan Trainspotting ).  Aku tersenyum.

Kita Rasa apabila makan dan minum, ketika menonton, melihat, mendengar, menyentuh dan juga membaca tulisan dan lain-lain. Rasa itu harus ada “based”nya. Magee mee pun ade rencahnya nya! Kalau tidak sesuatu itu tidak akan terasa, dan yang mungkin terasa hanya masin, manis, pahit atau kelat yang tidak secara keseluruhannya. Maksudnya ada sesuatu yang tidak kena atau there something missing kepada mereka yang peka tentang rasa.

Filem yang baik pada aku adalah apabila ia mengangkat perasaan dan terasa seperti mana apabila kita menikmati rasa terhebat tentang sesuatu. Aku paralelkan rasa itu dalam filem dan makanan. Dalam makanan, rasa yang terbaik adalah apabila ia terhasil dengan sempurna pada diri kita sendiri, sedap mata memandang, sedap lidah merasa, sedap hati tersentuh. Ya, pelbagai jenis makanan yang sedap! Ada Fast-Food yang rasanya juga sedap, datang dari pengilangan dan rasanya hampir sekata, tiada yang baru atau rasa yang lain-lain dapat dirasa dalam makanan fast-food, tiada cabaran untuk kita meneroka deria rasa dalam makanan fast-food. Atau mungkin kita sedar atau tidak bahawa fast food mendatangkan obesity dan ia bukan makanan yang sihat! Kita jadi addict dengan fast food kerana MSG nya? Tapi ia sedap bukan? Ada orang suka dan sememangnya aku sendiri kadang-kadang makan makanan fast-food ini. Sedap! Tapi terdapat pelbagai lagi jenis makanan yang lebih sedap dari fast-food ini. Ada juga makanan yang lain lebih sihat! Tiada lansung MSG. Tapi tak sedap sangat pun sebab bahan-bahan yang digunakan tidak lansung mementingkan tentang Rasa dan ia terlalu mementingkan kesihatan sehingga tiada rasa yang seimbang, hanya bahan-bahannya sahaja yang seimbang! Ada juga Italian cuisine, French, German, Chinese, Indian, Malay, Western, Asian dan lain-lain ( yang cukup besar skopnya dan hampir infiniti sifatnya ). Yang mungkin kita tak pernah rasa, kerana kita tak pernah tahu dan didedahkan. Maka deria rasa kita tidak dibentuk untuk merasa makanan itu. Deria rasa kita itu dibentuk ketika kita membesar dalam budaya persekitaran, dalam pengalaman hidup, kita disajikan dengan makanan kelaziman, sehingga apa yang disajikan menjadi kegemaran kita. Ya, kita dibentuk untuk mengatakan bahawa kelaziman itu sedap dan tiada yang lain lebih sedap. Manusia lain-lain bukan? Sebab kita dibesarkan lain-lain.. dibenua yang lain-lain.. dan bahan-bahan dari makanan kelaziman itu datang dari alam di sekitar kita. Dan deria rasa kita juga terbentuk oleh itu. Di Eropah dengan gandumnya dan di sini, dengan santan dan kelapanya! di Jepun dengan hasil lautannya.. Tapi dari benua atau pelusuk mana pun datangnya masakan itu, sifatnya tetap sama. Yang kita cari pada "Rasa" itu adalah satu nikmat yang sama. Ia tetap dimasak/disediakan dengan menggunakan "bahan masakan yang datang dari "alam" benua/persekitaran manusia masing-masing yang mungkin juga kadang-kadang bahan itu juga dipinjam untuk digunakan yang asalnya dari benua yang lain" untuk menghasilkan "Rasa" pada makanan. Bagaimana ia dimasak/disediakan itu yang harus kita cari/nilai/rasa untuk menikmati Rasa terhebat itu. Apa rencahnya? Apa bahan-bahan yang digunakan? Apa teknik masakan yang digunakan untuk meneroka Rasa bahan itu? Apa pemikiran dan kreativiti yang digunakan terhadap bahan serta teknik masakan itu? dan lain-lain.. Orang Cina dengan teknik masakannya, orang Melayu dengan cara dan bahan-bahannya, orang India dengan cara mereka, orang Itali dan lain-lain lagi bangsa dengan cara dan bahan masakan yang menjadi kelaziman mereka tersendiri. Maka kita tidak seharusnya bersifat prejudis dengan menolak untuk meneroka cara mereka untuk kita sama-sama meneroka deria Rasa kita bukan? Kalau tidak, sampai bila pun kita dengan makanan kelaziman kita sendiri dan kita juga tidak akan dapat mencabar dan meneroka bukan sahaja deria Rasa malah kita juga tidak akan dapat membuka minda kita untuk menerima dan menikmati makanan yang mungkin lebih sedap dari makanan kelaziman kita itu dan meneroka serta menikmati Rasa terhebat dalam hidup yang singkat ini! Rugi bukan? 

Aku nak cerita tentang makanan yang memberi rasa terbaik! Setiap masakan itu ada mise-un plus nya. Segala-gala yang menyebabkan makanan itu terhasil sangat penting! Dan the assent adalah setiap makanan itu perlu ada “based”nya. Seperti sebuah bangunan yang perlu ada asas dan dasarnya. Sekiranya based itu tiada maka runtuh lah sesebuah masakan itu. Kosong! Yang mungkin terasa adalah MSG nya sahaja, atau terlalu masin, atau terlalu manis dan lain-lain. Atau mungkin yang terasa dalam makanan itu hanya pada rasa bahan-bahan makanan yang digunakan dan rasa itu sifatnya tidak secara keseluruhannya. Tanpa based makanan itu tidak akan seimbang dari segi rasanya ( lagi sekali semacam ada sesuatu yang hilang ). Dan based ini datang dari stock/rencah, the mother of all stock adalah rencah ayam. Mungkin juga rencah udang,seafood, tulang daging dan lain-lain. Maka based ini yang perlu ada dalam sebuah makanan. Tukang masak harus pandai menggunakan based ini dalam setiap makanan. Setiap bahan yang digunakan dalam masakkan itu, ada rasanya sendiri juga. Hanya tukang masak itu sedar atau tidak untuk menggunakan rasa bahan itu yang boleh juga dijadikan alternate based. Atau mungkin tukang masak itu akan mematikan tanpa sedar membunuh rasa itu. Contoh, daging/ayam kalau direbus terlalu lama, akan menghilangkan juice dan rasanya.

Terlalu besar untuk aku explain tentang the art of culinary kat sini, maka aku hanya akan focus pada bagaimana masakan yang baik itu terhasil. Tak kira budaya apa pun, makanan yang sedap apabila rencah atau based nya cukup kuat untuk memberikan rasa terhebat, dan letak apa sahaja bahan, sekiranya based itu sudah cukup kuat pasti makanan itu akan sedap. Biar pun hanya mee Magee kosong. Kalau rencahnya sedap, sudah cukup kuat untuk aku katakan bahawa makanan itu sedap. Tapi Magee ada MSG bukan? Maka ia tidak lah makanan yang sihat untuk dimakan pun. Tapi pasti, yang sedap itu harus juga mempunyai bahan-bahan lain yang menyedapkan lagi rencah tersebut. Yang jadi masaalah apabila bahan-bahan yang sedap dimasak tanpa based/rencah yang kuat! Maka rugi lah bahan-bahan itu kerana rasanya tetap akan kosong seperti there something missing. Tapi ada juga yang kadang-kala, tanpa rencah, bahan yang digunakan itu juga mampu menjadi rencah ( alternate based seperti yang aku explain di atas ), tapi tukang masak harus pandai menjadikan bahan itu sebagai rencahnya! Maka aku boleh juga menerima itu sebagai masakan yang sedap! Di dunia moden sekarang, segala-galanya ada instant! Seperti rencah instant Adabi dan lain-lain! Segala-galanya dah ada software dan template yang menginstant kan sesuatu sesuatu itu! Itu juga tak jadi masalah pada aku kerana apa yang aku cari adalah intipati rasa ( perasaan dan pemikiran pada idea/bahan ). Kalau dah sedap, sedap jugak walaupun instant macam Magee Mee. Yang menjadi masaalah bila dah guna instant pun tak sedap! Kan ke masaalah namanya tu? Belum lagi suruh estract meripua untuk stock rencah untuk dijadikan sebagai based..
Kita terlalu rigid dengan makanan yang kita selesa dengan. Wal hal, ada yang lebih besar untuk kita teroka tentang makanan. Sama-ada fancy fine-dining cuisine yang bahan-bahan masakkan di explore sehingga ia menjadi minimum dan semacam atom, ( makan pun tak kenyang ). Tapi fine-dining bukan untuk kenyang pun.. kita makan untuk menikmati kreativiti rasa dalam masakan. Nak kenyang pergi kenduri lah brader.. Atau kita masih lagi selesa dengan nasi goreng kampong, atau rendang daging dan gulai ayam? Aku tak ada masaalah tentang ini, aku bukan golongan manusia melayu yang terasa diri ini yuppies yang tak sedar ruang. Kerana aku juga suka makan makanan yang menjadi kelaziman itu. Yang jadi masaalah apabila kita menolaknya seratus peratus makanan yang aneh itu tanpa mencubanya dulu. Wal-hal ia lebih sihat dan lebih kreatif! Kalau orang Belanda boleh datang Malaysia dan suka makan durian, kenapa kita tak boleh menerima makanan pelik-pelik mereka juga? Kita tidak mempunyai pemikiran yang terbuka untuk menerima masakkan makanan yang lebih fancy dan kreatif yang mana apabila bahan,ramuan, rempah dan rasa serta method masakkan di teroka hingga ia menjadi sesuatu yang ganjil dan aneh yang kadang-kala bersifat minimalist dan pelik.

Untuk penonton filem kita ;
Sama seperti filem, bahan-bahan harus dimasak untuk menghasilkan sebuah filem. Dari idea ke script ke lakon layar ke visual. Dan untuk memasak, tukang masak itu harus tahu bagaimana dan apa bahan-bahan yang baik untuk menghasilkan makanan yang baik dan sedap! Ya memang benar, bahawa tukang masak harus juga tahu untuk siapa masakkan itu di buat. Bermaksud kalau kita masak Tonerelli Quail with Safron Foam Sauce  untuk Cik Kiah dan makcik Milah, mungkin Quail itu akan di buang tanpa di makan pun. Rugikan? Dah lah Quail tu mahal! Maka terjadi lah kelaziman apabila kita dihidangkan dengan jenis makanan yang sifatnya stereotaip.Tapi kalau Quail itu dimasak dengan method kita bagaimana? Rendang Quial??.... *tapi pada rasa aku, masak je apa-apa pun dan pasti ada orang yang akan makan, menghargai dan menikmati Rasa itu sekiranya ia sememangnya sedap dan terbaik.. Tapi sama-ada fast-food atau apa pun makanan, biar pun makanan kampung yang kadang-kadang aku suka kerana dimasak oleh tukang masak yang bijak menggunakan bahan secara kreatif. Aku tak ada masaalah nak makan apa pun. Yang penting.. Sedap. Yang penting kita dapat menikmati Rasa itu dengan baik. Lagi bijak kita dapat menilai sesuatu rasa itu, lagi besar nikmat yang kita dapat. Tak kira pada makanan ke, minuman ke, filem ke, lukisan ke, kerja seni ke, penulisan ke. Semuanya ada rasa, dan rasa itu datang dari.. segala-gala yang disatukan. Bagaimana segala-gala itu disatukan yang memberikan rasa yang terbaik, itu kena belajar lah beb.. Ada orang belajar dari pengalaman, ada yang diberi kurniaan tuhan dengan pengamatan yang tajam ketika dibesarkan, ada yang pergi sekolah! Tapi ada juga yang belajar, tapi tak reti-reti masak. Tu Masaalah!

Teringat Yasmin Ahmad pernah juga paralel kan filem dan masakkan


“Kau bagi aku batu pun aku makan”.. Aziz Satar dalam Bujang Lapok.

Yang terakhir selepas makanan itu siap dimasak, ia akan di letakkan di atas pinggan untuk dihidangkan. The final touch ( the platting stage selepas sous chef meletakkan masakan yang telah di masak oleh chef du parte dan asst cook/commis di depan head chef ) yang selalunya merupakan tanggung-jawap head chef ( dalam sesebuah kitchen ) akan juga menentukan kreativiti masakan itu. Bagaimana masakkan itu dihidangkan di atas pinggan dan menarik perhatian kita yang mahu makan/menilai/menikmati Rasa makanan itu. Di atas pingan itu lah kita dapat lihat sama-ada makanan itu dimasak dengan cara yang terbaik atau mungkin dimasak dengan cara yang malas, yang mana tiada perasaan atau pemikiran yang diteroka pada bahan-bahan dan mungkin tiada lansung kreativiti pada gabungan bahan-bahan masakan yang mampu menjadikan ia sebuah makanan yang sifatnya seperti atom pada Rasa ( atom pada Rasa itu sifatnya lebih bijak dan ada ruang untuk explorasi meneroka Rasa pada asas pemikiran idea yang digunakan pada bahan serta method masakan untuk bahan yang digunakan dalam masakan itu yang pada aku lebih baik untuk sebuah makanan ). Yang menjadi masaalah penonton kita, kreativiti di atas pingan itu yang menjadi isu atau yang lebih bijak sampai pinggan pun nak dipersoalkan dan menjadi isu untuk diteroka. Kenapa pakai square plate tidak round plate. Kenapa pakai fancy long plate tidak babyplate. Lebih baik lah dari bercerita pasal pinggan, kan lebih baik kita cari Rasa based yang digunakan, apa rencah dan rempah yang di satukan Rasanya dengan bahan ( ikan,daging,ayam,salad,dll ) dengan gabungan herba ( tyhme/rosemary/oregano/fernel/dll ) atau sauce yang bermacam-macam yang bukan sahaja tomato dan kecthup. dan lain-lain. Bagaimana ia bersatu yang memberikan atom Rasa terhebat!

p/s : Yang aku boleh bagi ialah sebuah makanan di atas pinggan dan mungkin ramuan/resepi serta cara masakannya tapi akhirnya kau sendiri kena Rasa untuk tahu bagaimana Rasanya. Tapi tolong jangan lah bercerita pasal pinggan atau benda-benda lain yang kau boleh nampak atas pinggan tu je. Cari Rasa dia lebih baik. kan?

Rebiu filem Seru ; kegelisahan manusia bikin filem muda tentang sesuatu

Review aku tentang filem Seru arahan Woo MIng Jin dan Pierre Andre


“Death plucks my ear and says, live – I am coming!” Virgil, Minor Poem, Copa.
Woo Ming Jin dan Pierre Andre mempersembahkan bahan yang hanya mampu menggetarkan separuh perasaan aku, seperti mana getaran “cedokkan” gaya visual naratif realist modern "founded footage" yang asalnya dari Daniel Myrick dan Eduardo Sánchez. Aku tak ada masaalah dengan cedokkan idea itu, hanya biarlah ia cukup benar-benar untuk aku mempercayainya. Dalam erti kata yang lain, alang-alang kau dah nak masak makanan yang pernah di masak oleh orang lain, dah tahu ramuan dan bagaimana rasa masakan itu, buat lah masakan itu lebih sedap dari masakan yang pernah dibuat itu!!.. Aku tak nak membandingkan filem Seru dengan filem-filem yang sama strukturnya seperti filem Haunted Changi (2010), Blair Witch Project (1994), Querantine (2008) atau REC (2007), atau mungkin juga Cloverfield (2008) dan lain-lain.
Namun pada aku, pengalaman menonton filem Seru aku rasa semacam pengalaman timbal-balik antara rasa aku tentang watak dalam naratif filem Seru dengan kematian manusia bikin filem muda yang berjuang dalam hutan rimba yang dilihat seperti Industri perfileman Malaysia sendiri. Kematian dalam filem Seru juga aku lihat semacam kegagalan manusia tentang menangani sesuatu yang terbuku dalam benak hati yang resah dan gelisah dan yang menjadi mangsa adalah manusia bikin filem "jangan bernafas" yang rata-ratanya dalam usia muda! ( muda yang sifatnya masih mentah yang aku rasa dapat dilihat pada tata-laku mereka yang meloyakan ketika menghadap ancaman kematian itu ) . Atau mungkin juga kegelisahan pembikin filem muda ini yang resah tentang ancaman kematian itu dapat dilihat seperti keresahan mereka tentang kegagalan untuk membebaskan diri dari ancaman yang mengurung mereka dalam alam hutan rimba yang gelap ( malam yang pasti ada terang esok, tapi dapatkan mereka survive hingga esok yang menjadi kegelisahan mereka yang sebenar ) dan merimaskan yang aku lihat sebagai signifier industri perfileman pada ruang dan waktu yang tercipta ketika sedang menghasilkan kerja bikin filem itu ). Filem Seru bermula dengan naratif dari pembikinan filem yang dilakonkan oleh Awal, Pierre and Nora Danish – dalam keadaan ketakutan, memberikan signifikasi hebat tentang kegelisahan pembikin filem muda yang menghadap masaalah kematian dalam pembikinan filem dan industri itu sendiri. Ia aku lihat “the real reflection of emotion direction” yang aku lihat semacam a disturbance in the symbolic rite apabila kematian dilihat sebagai satu masaalah. Dan kemudian menjadi signifier terhadap keseluruhan naratif filem Seru. Filem Seru melihat kematian semacam perjalanan watak ke the house of death untuk mencari Tiresias dalam naratif Odyssey ( perjalanan katabasis ) – the essent of horror dan ketakutan manusia tentang kematian atau mungkin kegagalan dalam naratif filem Seru.“Death is a rendez-vous” . Kematian dalam filem Seru aku lihat sebuah indeks yang sangat besar dan kematian ini melibatkan manusia bikin filem muda dalam alam hutan rimba yang gelap. Atau mungkin dilihat dalam dimensi dan sudut pandang yang lain sama-ada dalam permasaalahan sosial, atau dunia seni atau atau atau.. dan kematian itu juga harus dapat dilihat sebagai indikasi kegagalan dan kesan terhadap kegagalan itu yang akan ada kelahiran baru! (  fundamental teks Seru untuk menghidupkan kembali )

lihat bagaimana Mamat Khalid juga melihat kematian sebagai indeks of semiotics in film sebagai permasaalah dalam industri perfileman kita. ( marah en. hassan baca apa aku cakap ni.. hehehe )
lihat paradox yang sifatnya orthodox ini juga di parody oleh Hassan Muthalib dan Yasmin Ahmad

Anyway back to the film, Filem Seru pada rasa aku, membuka dan cuba untuk menyentuh realiti manusia bikin filem yang kulit dan isi hati mereka dicarik untuk sesuatu itu ( dapat dilihat secara literally dalam naratif ) dan sesuatu itu menjadi kegelisahan yang menganjakkan ketakutan pada watak-watak dalam naratif filem Seru. Filem harus membuka teks “the truth of reality” yang mana-membuka kepada pendedahan peribadi pengkarya ( Ming Jin dan Pierre ) sama-ada mereka sedar atau tidak. Kalau mereka tak sedar, tugas kita sebagai penonton/pengkritik untuk mencari apa yang menarik tentang Seru dan timbal-balik realiti yang dekat dengan Rasa kita sendiri ( belajar mencari dan meneroka Rasa sendiri ) dan kita sebagai penikmat yang menonton tidak harus bersifat rigid dengan intelektuilitas kita ( an intellectual attitude ) yang sifatnya aku lihat seperti untuk mendapat pengiktirafan keintelektuilan dalam masyarakat. Masaalah bukan itu? 


Yang menarik tentang filem Seru, ia mengangkat genre “horror” tetapi tiada hantu dalam Seru. Hanya manusia bikin filem yang dirasuk oleh kelemahan diri mereka sendiri, berlegar dalam dunia naratif seperti zombie. Membunuh manusia-manusia bikin filem kerana terseru oleh sesuatu itu. Semacam “the walking death” yang secara ironi membunuh atas dasar dirasuk oleh keinginan manusia lain. Yang terseru dan dirasuk pada aku semacam intrisic pada subject matter filem Seru. Fundamental naratif filem Seru yang aku lihat dan rasa semacam memperlihatkan “the fantasy of the return of the living dead”.  Filem Seru berjaya menjelaskan visual dan paradox cinematic pada assent perasaan tema dan naratifnya ( structured form yang berjaya menjayakan kepentingan space and time ).  Dalam kegelisahan di awal filem, Bidin terlihat kerdipan lampu dari tingkap rumah rehat pembikin filem itu dalam kegelapan hutan. Kerlipan lampu itu semacam “the light house that indicates the storm”  dan semacam signified dan menjadi petanda ( index ) kepada perjalanan naratif filem Seru seterusnya.
Filem Seru meneroka kegelisahan manusia tentang sesuatu. Dan kegelisahan itu berjaya mengajak penonton untuk melihat refleksi sebenar manusia-manusia di belakang tabir ( pembikin filem muda ) dengan perasaan mereka. Kegelisahan ini juga yang membuka permutation of tension antara mereka.
Ming Jin dan Pierre berjaya meletakkan kebenaran dalam lakonan watak-watak dalam Seru dan mereka juga berjaya mempersembahkan rasa asal fungsi filem untuk menjadi medium reflexsi “human being and their problem”. Dan tanpa sedar Ming Jin dan Pierre telah memberikan kekosongan pada ruang naratif serta landskap alam Seru untuk dibongkar, apabila watak dan landskap serta naratif terbuka untuk kita merasa, meneroka idea naratif Seru. Naratif Seru terasa dekat dan tersentuh dan kadang-kala menggetarkan perasaan. 
Aku terkesan dengan watak yang dibawa Azman Hassan kerana pada aku Azman Hassan berjaya memberikan suatu kebenaran yang jujur sehingga watak Man menjadi signifikasi kepada manusia yang lemah ( dilembukan ). Sadly "horror and death" is constantly used as ploy to create fear in the weak-minded.. Ironi watak Man adalah seorang pengurus produksi yang mana dalam dunia realiti produksi filem, pengurus produksi merupakan orang yang paling dibenci crew kerana kepentingannya menjaga produksi dan kepentingan syarikat penerbitan. Pertengkaran Man dengan Sam ( watak pengarah ) yang dilakonkan oleh Ezzendy memberikan indikasi region of the past melalui rasa dan perasaan mereka ( terlihat ketika pertengkaran tentang pemilihan lokasi yang sangat signifikasi terhadap naratif ). Cuma aku terasa lakonan watak Sam yang dilakonkan Ezzendy agak kecil untuk seorang yang paling berpengaruh dalam set pengambaran tersebut. Dan perasaan watak dalam naratif Seru pada aku kadang-kadang patut dikawal sikit kerana aku agak terganggu dengan teriakkan dan kekeliruan yang tanpa arah terlalu banyak dan berulang-ulang. Namun, credit untuk penulis lakon layar ( Pierre dan Ming Jin ) kerana mereka bijak mengatur watak dan gerak kerja melalui view point of story telling dalam lakon layar yang saling bertukar-tukar membawa paradox pada entity cinematic naratif yang berkesan.


Gerak kerja ( sinematografi kalau perlu disebut ) filem Seru yang dicedok atau dalam bahasa yang lebih manis “dipinjam” dapat dilihat digunakan dengan baik, mencari hubungan di antara subjek-objek dalam ruang dan waktu dengan berlatarkan hutan rimba yang merimaskan. Secara literal, teknik ini ( hand-held camera from the founded footage ) mewujudkan hubungan yang lebih dekat antara penonton dan watak serta perasaan mereka. Penonton diberi mata ( semacam falsafah Dogma ) dan perasaan terhubung dengan ruang dan masa. cuma.... theres nothing new about it anyway.. Pierre dan Ming Jin telah menjentikkan perasaan mistik pada keseluruhan naratif filem Seru dan mengheret penonton sama-sama merasai the accelerated of the space and time. Dunia Seru semacam an emotional trip of cinematic experience oleh Ming Jin dan Pierre. Dunia Seru benar-benar memberikan suasana dan keadaan hyper reality kegelisahan manusia bikin filem. Hanya Ming Jin dan Pierre, tidak dapat benar-benar membawa naskah filem Seru dengan jaya kerana mereka tidak memahami bahawa pengarah itu adalah a photographic mutant. A director ( auteur ) is a total illusionist. Kerana “reality Seru” yang dicipta dan yang dipersembahkan dengan menggunakan founded footage structured film oleh Ming Jin dan Pierre hanya akan berjaya sebagai hiburan semata, dan tidak sebagai “an illusion of reality” seperti mana yang telah dilakukan oleh Daniel Myrick dan Eduardo Sánchez untuk naskah Blair Witch Project.

Walau bagaimana pun, aku tetap rasa, kerana tema dan konsep idea, latar filem Seru itu dapat dirakam dengan baik apabila the internalities yang terlindung dan tersembunyi pada watak ( manusia bikin filem yang hampir kesemuanya muda ) dapat dibongkar dengan fotografi indulgent seperti sebuah dokumentari waktu yang hidup ( bukti yang terjadi pada mereka ). Seluruh alam dalam ruang filem Seru yang dirakam melalui gegaran "frame video camera oleh pembikin filem muda" melebarkan kegelisahan dan psikologi jujur watak-watak dalam naratifnya yang menggerakkan kegelisahan mereka tentang sesuatu dalam kegelapan malam rimba yang merimaskan perasaan.

Aku rasa ; filem harus imitates realiti yang menjadi reflexi masaalah manusia tentang kehidupan, tak kira pada teks mahupun subteks, dan filem itu pada hakikatnya bersifat sebuah illusion of the imitation of reality that reflex our own problems! Pembikin filem harus melakukan apa sahaja untuk illusion ini! untuk membenarkan penonton sepenuhnya "mahu mempercayai" bahawa realiti yang dicipta dan di imitate dalam filem harus terasa benar dan dapat disentuh dan dirasa tanpa rasa tertipu! Ya. aku cakap apa sahaja termasuk menyimpan rahsia illusion itu.
Sam : Siapa yang pilih lokasi bodoh ni?

p/s : i always have this thing about Malaysian horror movies that i hated ( sebenarnya nak cakap i'm not a horror flicks fan ) but Seru are not like the others.. or maybe a bit.. kene tgk lah baru tahu..

*TerSeru untuk menulis kerana masih ada yang menarik tentang naskahnya ( maka pada aku ia tidaklah kosong ) walaupun ia bersifat pretentious. Tapi buat apa nak cerita pasal pinggan yang digunakan bukan? Tak kan pinggan pun jadi masaalah yang memualkan kau untuk makan?  

trajektori falsafah dalam naratif visual picisan

“A paperclip can be a wondrous thing. More times than I can remember, one of these has gotten me out of a tight spot” McGyver
aku tulis sebab nanti aku lupa. Tak nak tulis tentang filem-filem besar, lebih baik bagi orang-orang yang lebih bijak tulis pasal filem-filem tu.. sebab yang tertulis itu nanti akan sama seperti teori yang dipetik sana-sini.

filem dan arkitektur



" ... and they go to the movies. To hell with everything else.." Morris Lapidus




Aku rasa, seni-bina punya karakter dan filem adalah tentang karakter. Sedar atau tidak, ia berhubung antara keduanya. Apa pun, ia bermula dengan mimpi ( dreams ) yang mana dibentuk oleh imaginasi. Kemudian mimpi itu direalisasikan dalam bentuk pengisian ( content ), kemudian lakaran yang mana memberikan gambaran ekspresi asas idea. Content itu secara asasnya sudah pun mempunyai jati tentang fungsi pengisian yang telah dilakarkan itu. Bagaimanapun naratifnya berubah-rubah dalam pengalaman, yang mana ia memberikan pemahaman yang lebih jelas terhadap idea of the space. Sama-ada dalam filem mahupun seni-bina, naratif itu menghasilkan struktur pada pandangan yang mana di lihat pada ruang dan masa. Dari pandangan mahu-pun minda.




".. films helped pave the way for new ideas and popular acceptance of new ideas. Architects could do "pure" architecture, without worry. Its is an ideal fulfilment of what architecture can be about and is always aspiring to... " Dietrich Neumann.




Lantas kesedaran ini, aku melihat pada filem klasik noir, yang mana banyak mencetuskan aspirasi terhadap seni-bina. Fritz Lang sendiri mempunyai asas arkitektur dan Metropolis adalah merupakan semacam testimoni terhadap pengalamannya tentang seni-bina. Aku melihat Metropolis semacam sebuah ekspresi terhebat Fritz Lang terhadap metafora seni-bina.




Tanpa sedar, filem menjadi medium untuk kita meneroka dunia seni-bina dan bagaimana seni-bina itu memberi kesan terhadap individu ataupun masyarakatnya. Filem mampu mencipta perasaan yang realistik terhadap alam yang mana kemudian mencipta meaning and defining factors of architectural expression.




Penerokaan tema pada ruang dalam filem menghalalkan eksperimentasi dalam imaginasi serta rekaan seni-bina. Filem juga memberikan kita pemahaman terhadap apresiasi realistik ( three-dimensional occupation existed as captives of text and two dimensional representation )




Dalam filem, manusia bermain dengan ruang visual yang mana digunakan dalam juxto. Manakala seni-bina juga bermain dengan ruang yang mana ruang itu juga digunakan oleh manusia. Maka filem harus belajar dari seni-bina dan seni-bina juga mengunakan filem sebagai medium aspirasi. Filem mampu menembusi akar ruang yang membenarkan kesedaran ruang itu melalui naratif dan karakter yang mana memberikan elemen pada ruang lantas memprojekkan imagi dan visual realistik. Menyampaikan informasi tentang emosi dan kesedaran ruang ( yang mana pada aku dalam ruang itu mempunyai pengisian/content ). Ia bukan sahaja merupakan pengalaman pembelajaran dalam proses konstruksi dalam filem, malah juga memberikan kesan terhadap pengalaman proses konstruksi seni-bina yang melawan arus tradisi.




Yang pada akhirnya, memahami sesebuah imagi dari filem bermula dengan perincian terhadap pengisian pada ruang. Bagaimana material/bahan bertemu dan digunakan di atas permukaan yang mana penting dalam signifikasi imagi dan perkembangan naratif ( idea ). Menghasilkan perhubungan dan semacam pemahaman terhadap manusia dalam ruang itu. Melalui lensa, ruang dan masa di abadikan. Dan aku melihat seni-bina juga mengabadikan ruang sebagai sesuatu yang kekal. Satu tanggung-jawap yang besar untuk mengabadikan sesuatu bukan?




p/s : ... dan kalau nak dikupas, 50 tahun aku tulis tentang filem dan seni-bina, tak kan habis. Banyak lagi sudut-sudut untuk melihat bagaimana filem dan seni-bina mampu memberi kesan terhadap masing-masing. Dan lebih dalam kalau nak masuk. Oh, aku bukan student architecture, ini semacam pandangan naive seorang pecinta filem dan bagaimana filem mampu terkesan dari seni-bina - juga on contrary.

andy screen-test.



Andy Warhol's Screen Tests were filmed from early 1964 - November 1966. |Film portraits - portraits done on film rather than canvas.

kopi + donut = sinema

"... Jika mahu tahu apa yang diperkatakan oleh seseorang, lihatlah bagaimana ia memperkatakannya."
Ingmar Bergman

air panas buat bancuh kopi kurang manis

dia meritokrasi ku filem malaysia. dia berdiri untuk gelap dan kelabu dalam terang dan jelas.