fragmen epilog 3 naga













epilog 3 naga





Yang tak sempat dapatkan buku novel epilog 3 naga, boleh beli terus dari saya!

Cara-caranya ;

1. Buat pembayaran harga buku RM 25 ( termasuk kos pos ) ke akaun berikut ;

    AmBank - 212-002-005011-2 ( Mohd Kamarul Zaman Bin Ishak )

2. Hantarkan bukti pembayaran ke kaz1982godot@gmail.com, serta nama penuh dan alamat penuh rumah anda!

3. Dan dengan selamba buku novel epilog 3 naga akan dihantar ke rumah anda.




Note ;

*Setiap naskah yang dibeli dari blog akan ditanda-tangan oleh penulis.

*Penghantaran buku dibuat menggunakan khidmat PosLaju dan memerlukan tanda tangan penerima.

*Dan kalau boleh, sila maklumkan pada saya pada email bukti pembayaran sekiranya anda memesan lebih dari 1 naskah untuk satu alamat.











klik kat SINI untuk baca rebiu naskah novel epilog 3 naga!




boleh baca fragmen novel epilog 3 naga kat SINI!

donut.donut.donut.



apalah nak gaduh.

makan donut.

tengok wayang.

lagi bagus.

kalau dah bosan sangat.

boleh susun-susun donut.

buat logo.

Rebiu filem Langgar ; naratif dendam terancang yang tidak kesampaian.






Langgar filem sulung arahan Syed Hussain ( Sein ) skrip tulisan Peirre Andre dan Sein, terbitan Tayangan Unggul Sdn. Bhd, sekali lagi memperlihat bobrokkan naratif gangsterisme di celah kota Kuala Lumpur.

Langgar diterajui lakonan baik oleh Adi Putra, Hans Isaac dan Zulhuzaimy. Di barisi jujuk pelakon yang punya nama besar seperti Khir Rahman dan Namron, selain dibintangi juga oleh Natasha Hudson, Bell Ngasri.

Mengangkat sebuah naratif tentang dendam seorang pensyarah yang menuntut bela terhadap kematian isteri serta anaknya yang masih dalam kandungan isterinya yang dibunuh oleh tiga orang 'gangster' Hans, Namron dan Khir Rahman, yang mana merupakan balaci pailang Uncle Yew, ketua sindiket kongsi gelap juga Ah-Long. Dan ketiga-tiga gangster muda ini yang sebenarnya punya hubungan 'brotherhood' kemudian telah berpecah dan membentuk gagasan puak masing-masing yang kemudian punya konflik antara ketiga mereka, atas dasar dengki, tamak dan kuasa. Menarik apabila 'Langgar' juga memperlihatkan pergolakkan dalaman dalam sebuah organisasi kumpulan kongsi gelap walaupun ia tidak sehebat pergolakkan seperti filem Blood in Blood out, The Goodfellas, atau mungkin The Godfather!

Dari seawal shot pertama dan kemudian jelas pada adegan pertama, Sein melalui lakon layarnya, membuka lembaran naratif dengan sangat baik, tersusun, dengan memperlihatkan adegan 'pelanggaran' yang paling dahsyat dalam rentetan 'langgar' yang di'langgar' watak utama, Azam lakonan Adi Putra yang mendukung perjalanan naratif *the storyteller, dan menarik bila shot pertama itu telah berjaya memperlihatkan gagasan naratif secara keseluruhan, dan penonton dipahat untuk turut sama meneroka jelas naratif juga pergolakkan emosi yang dilalui oleh watak dan sebab-akibat 'langgar' yang di'langgar' watak Azam itu. Dan isim ini jelas memberi makna pada naskah naratif 'Langgar' itu sendiri. Dan naratif adalah tentang watak yang punya cerita. Dan informasi ini terang dan jelas dirancang melalui lakon layar Sein.

Penonton kemudian dibawa kembali flashback mengikuti rentetan kisah yang berlaku sebelum 'pelanggaran' dahsyat tersebut, yang menyebabkan adegan 'langgar' itu berlaku. Dan bermula episod 'dendam' Azam memburu ketiga-tiga watak yang membunuh isteri dan anaknya. Ini jelas, menarik!

Naratif berkembang baik, melalui backstory yang jelas namun sedikit diambil mudah dan ini menyebabkan ia 'hampir' tidak mampu menarik penonton untuk sama merasai potensi emosi sebenar yang dipaparkan oleh watak. Dan bila keseluruhan naratif jelas merupakan 'twist' plot dendam Azam, keseluruhan gagasan naratif dilihat tidak kesampaian apabila rentetan pada twist plot/rancangan Azam tersebut tidak kelihatan jelas, tiada sebarang indikasi ( bukan tiada langsung ) hanya ia tidak jelas tentang plotting tersebut yang tidak memberikan impak pada naratif. Hanya beberapa informasi ringan tanpa sebarang cause and effects yang lebih dramatik.

Menarik juga apabila naratif  'Langgar' memperlihatkan watak-watak yang punya rona dialektikal. Lakonan hebat Adi Putra sebagai Azam yang punya watak tenang namun punya isim hitam, dendam. Hans Isaac sebagai Jimmy yang cool namun licik, Namron sebagai Radzi yang agresif-pasif, Khir Rahman sebagai Mail 'Parking' yang agresif-obsessif juga Zulhuzaimi sebagai Loy yang punya watak pasif-pesimis-tenang dan cool.

Gua sangat teruja melihat watak Jimmy ( Hans Isaac ) gangster yang cool, kemas, pakai kot, bunuh orang secara kejam! nampak real habis bro! Rasa Reservoir Dog kat situ.

Masing-masing punya rona watak yang berbeza yang menyebabkan penonton punya rahi untuk mendekati watak-watak ini. Kerana bintang dalam wayang harus dapat disentuh, terasa dekat dan jauh dalam satu masa yang sama. Sein membentuk watak dalam naskah skrip dengan baik. Namun tidak kesampaian pada potensi yang seharusnya. Ini kerana watak-watak itu hanya hidup dalam lakonan namun tidak meninggalkan kesan terhadap penonton. Contoh watak Ajib 'Sengat' lakonan Soffi Jikan atau mungkin Temulak lakonan Shaheizy Sam atau mungkin watak Renton lakonan Ewan McGregor dalam filem Trainsporting.

Menarik bila Sein seperti terkesan dengan filem-filem yang lebih anti-komersial yang berbaur 'rebel' anak muda dan 'ganas' persis Drive, Reservoir Dog, atau mungkin Seven Psychopath apabila adegan-adegan pembunuhan yang ganas contohnya watak Jimmy membunuh konco Mail 'Parking' dengan menggunakan screwdriver dan juga percikkan darah gantang dilayarkan dalam beberapa adegan pembunuhan yang lain yang lazimnya hanya dapat dilihat dari filem-filem Tarantino. Menarik dan ini 'jarang' dipersembahkan dalam sejarah sinematik Malaysia.

Naratif filem 'Langgar' dibuka dan ditutup dalam satu adegan yang sama memperlihatkan jelas cerita 'Langgar' yang hendak disampaikan, tersusun dan kemas. Kudos pada Sein dan penulis skrip Pierre Andre.

Namun yang menjadikan Langgar sedikit tidak kesampaian apabila beberapa adegan/scene yang crucial/penting tidak diangkat sebaiknya contoh kematian Bell Ngasri, seperti dilihat sebagai sebuah jenaka yang membunuh rasa teruja filem tersebut. Juga kematian Mail 'Parking' yang seperti dibuat-buat plastik dan dilihat tidak punya unsur dramatik dalam gaya sinematik yang menarik. Dan beberapa lagi adegan-adegan kecil seperti ketika kamera perlahan track-back to reveal ruang kelam bilik psikitrik selepas dialog 'corny' doktor. Namun adegan-adegan kecil ini tidaklah sehingga membunuh keseluruhan gagasan filem tersebut

"Sein! Alang-alang dah 18! Bagi lah aku darah lagi! Aku nak tengok darah memancut-mancut dan kepala, tangan, kaki kena potong. Mata kena cocok dengan batang pensil! Kepala paip kena potong! Baru jadi bual orang bro!!"

Beberapa adegan fighting dalam naratif sedikit mentah ( bersifat kebudak-budakkan ) dan 'Langgar seharusnya lebih besar dari itu. Sebab lu cerita kartel yang bunuh orang beramai-ramai bro! Jual dadah luar negara! Kumpulan kongsi gelap yang punya beribu konco! Dan gua tak nak bandingkan 'Langgar' dengan filem Scarface atau yang lain yang setara dengannya ( walaupun bila gua tengok susuk Radzi 'Namron' persis Tony Montana 'Al-Pacino' yang mengusahakan sebuah kelab malam yang dibalik tabir kelab itu punya sindiket kongsi gelap )

Production design filem Langgar juga dilihat sedikit hambar. Entah kenapa sentuhan team Tayangan Unggul kali ini tidak langsung menyengat. Contoh yang paling ketara, pengisian dalam ruang bingkai yang tidak langsung membantu juxto / shot adegan 'Langgar' pada permulaan dan penutup naratif yang kelihatan sedikit longgar walhal adegan itu harus lebih besar yang memberi impak maksima pada penonton. 'Mengharap kaca yang berderai, dapat dilihat jelas close-up, darah merecik gantang! kepala dipenggal lebih dahsyat dari filem BUNOHAN!!

Filem 'Langgar' diceritakan dengan lakon layar yang sangat baik oleh Sein walaupun juxtoposisi shot Sein masih mentah ( tak punya sebarang kreativiti yang mampu menjentik sensasi teruja atau dalam bahasa yang lebih mudah 'kekaguman' ). Kudos Tayangan Unggul kerana sekali lagi berjaya mengangkat naskah skrip yang baik.

Tahniah sekali lagi pada Syed Hussain ( Sein ) kerana kejujuran pengarahannya jelas tampak dilayar dan keterujaan sang pengarah untuk bercerita jelas timbul di permukaan naratif. Harap Sein akan terus melangkah lebih gantang dalam mengarah naskah naratif sebegini lagi. Kali ini mungkin lebih 'rebelious lagi?'





p/s ; Dengan selamba Sein main 'langgar' bikin filem! Mungkin dalam benak Sein! "Peduli apa orang nak kata. Aku ada cerita dan aku nak cerita! "