BERITA PANAS & TERKINI: DEMONSTRASI DI KAMPONG PISANG!

Dilaporkan untuk akhbar Berita Hairan Lagi Ajaib oleh Zainor MisVeryFar. Bale! Bale!


KG PISANG, DEKAT DENGAN KG BUAH PALA,TAK JAUH DARI KG TEMBIKAI, 8 JAN: Pagi tadi ramai zombi dan ...makhluk-makhluk lain berdemonstrasi di luar Kampong Pisang. Beberapa zombi, pontianak, pelesit, polong, toyol dan beberapa pelajar perfileman dari beberapa universiti terkemuka dan yang tak ada muka, mendesak agar subteks filem Mamat Khalid yang terbaru didedahkan.

Ini adalah kerana mereka tidak dapat tidur memikirkan amende yang dicakapkan oleh Si Mamat dalam filemnya, HUSIN, MON DAN JIN PAKAI TONCIT. Sebenarnya yang tak boleh tidur tu cuma pelajar-pelajar aje. Yang lain tu mana tidurnya. Kerja diaorang berkeliaran malam-malam.

Keadaan menjadi tegang apabila zombi-zombi mencekik pelajar-pelajar dan memakan otak mereka. Selepas itu, kesemua zombi dikejorkan ke hospital dan terus dimasukkan ke dalam ICU. Doktor-doktor pakar mengesahkan puncanya adalah otak-otak tersebut terlalu bersih akibat tidak pernah digunakan. Laporan terkini mengatakan keadaan zombi kini stabil. Tetapi kesemua zombi tersebut didapati kini tergila-gilakan Facebook dan Twitter. Ada di antara mereka mahu ke Mid Valley untuk menonton filem WAWA TERKEJUT.

Doktor-doktor kebingungan. UNESCO sudah pun diberitahu tentang fenomena luar biasa ini dan dijangka CIA, FBI, JKR, SPR, RPM, MAT LANDON (Sarjana Kreatif di sebuah universiti terkenal) serta Persatuan Teh Tarik 1Malaysia akan membuat pemantauan dari semasa ke semasa. Dilaporkan juga bahawa Sam Hoosni akan membuat ukiran khas dari kulit-kulit durian untuk memperingati peristiwa luar biasa ini. Cayalah lu, Sam!

Semasa demonstrasi, Penghulu Kg Pisang cuba nak redakan ketegangan dan berusaha menceritakan tentang subteks filem Mamat. Kata Penghulu: “Salam Satu Zombi dan –er, Makhluk yang lain-lain. Citernya begini. Dr Shamsuddin, Jin yang paling besar di daerah ini, mula muncul di Kg Pisang pada tahun 1877. Ye, 1877. Ia itu, sebelum tahun 1876 le tu. Tapi belum sampai ke tahun 1888lah. Yelah, 1877. Setahun selepas 1876. Setahun lagi barulah 1988.”

Keadaan Penghulu juga dilaporkan stabil selepas dimasukkan ke hospital Kg Durian yang tidak jauh dari Kg Belimbing. Yang dekat dengan Kg Rambutan le tu. Punca kejadian di atas Penghulu itu tidak pasti. Ada yang katakana dia baru nonton filem WAWA TERKEJUT. Ada yang kata dia baru lepaih nonton DVD ADNAN SEMPUT.

Jangan dengor kabar angin! Itu semua koje anasir-anasir yang nak pecah belahkan kampong kita. Sabor jerlah. Tengoklah DVD TERONG WANGSAMAJU.



p/s ; sbb gua layan sgt tulisan ini, jadi gua re-post apa yang dikhabarkan dari Berita Hairan. kah kah kah

prolog cinephilia


cin·e·philia

pencinta filem, terutama mereka yang arif tentang sinema
a devoted moviegoer, especially one knowledgeable about the cinema.



#cin.e.philia ; naskah naratif genre ; thriller horror “romantika wayang seram” dalam nafas komedi.