Rebiu filem KL Gangster ; naratif yang terang dan jelas menerusi emosi yang tenang dan terkawal


*Selepas lima buah filem dan yang terakhir, kejayaan filem Khurafat tidak lama dahulu, Syamsul Yusof kini kembali dengan siri KL nya, filem KL Gangtser, mengangkat tema “gangsterisme” dalam genre aksi. Di tangan Syamsul, dunia gangster di-komersial kan dengan denyutan deras adegan aksi yang padat. Dari ucapan patah-kata hipster watak Dragon, lakonan Adam@Corrie dalam filem ini pada watak “Shark” lakonan Syamsul Yusof sendiri “.. lu budak baru, gigi pun baru mau tumbuh mau langgar semua orang kah?”. Namun gangsterisme kali ini diberi sudut pandang yang menarik oleh Syamsul, lebih menarik dari filem “Gangster -pengaruh Alejandro”, oleh Bade Hj. Azmi.  Dan lima-kali ganda lebih baik dari filem M.I.G, “Kongsi”, arahan Farid Kamil .

"... gigi pun baru mau tumbuh, mau langgar semua orang kah?"


Se-awal shot pembukaan filem KL Gangster, penonton di anjurkan dengan ritma, denyutan pada visual dengan imej kota Kuala Lumpur, yang dijadikan latar naratif, sebagai sebuah kota dosa (sincity) dalam keadaan yang tenang dan terkawal. (*namun kota dosa naratif itu tidak lah sehebat dunia Sin City filem Noir Fritz Lang, Robert Rodriguez mahupun David Lynch). Kemudian, penonton dibawa masuk ke dalam sebuah sel penjara, ditemukan dengan watak Malik, watak utama naskah naratif, lakonan Aaron Aziz, yang dihambat pada  ruang yang sempit, menunggu masa untuk dibebaskan, untuk kembali ke kota dosa, dan membersihkan dirinya dari dunia itu, pada kesan dan akibat dari pilihan kehidupan masa lampau yang telah dilakukannya. Dan dari se-awal naratif, dengan terang dan jelas, Syamsul telah memberikan visual-image yang punya signifikasi pada naratif-watak dengan baik, pada momen Malik menundukkan kepalanya untuk keluar dari pintu penjara yang memberikan tanda (signifier) bahwa ke-egoan watak seorang gangster, telah ditundukkan oleh sistem kehidupan yang telah dianjurkan selama Malik berada di dalam institusi penjara tersebut. Kemudian masa lampaunya kembali berada di depan matanya, apabila di lihat Ajib, lakonan Soffi Jikan, bersama kuncu-kuncu gangsternya sedang menunggu Malik di depan pintu penjara, pintu kebebasan. Dan di depan pintu itu juga, Malik kemudian sekali lagi diberikan pilihan kehidupan, apabila Fadil, lakonan Zizan, juga turut tiba di depan pintu kebebasan itu,  untuk menjemputnya. *Manusia akan sentiasa diberi pilihan dalam kehidupan dan apabila penulis lakon layar menyedari tentang hakikat ini, dan dianjurkan dalam penulisannya, maka ada sesuatu juga yang mampu diperkatakan. Syamsul dengan jelas menerangkan tentang pilihan kehidupan itu pada penonton melalui scene tersebut dan juga watak Malik. Dan pada ketika itu, Malik memilih untuk pulang bersama Fadil. Terang dan jelas bila lakon-layar naratif disusun, ditulis dan dipersembahkan rapi oleh Syamsul Yusof yang juga merupakan penulis lakon-layar filem KL Gangster. Dunia gangster kota dosa Kuala Lumpur itu dibuka ketika Malik membuka pintu kebebasan tersebut. Maka imej kota Kuala Lumpur dalam gerak visual yang tenang tadi menjadi terang dan jelas, memberikan indikasi (signified) tentang watak Malik. Malik seorang bekas gangster, dalam keadaan tenang, punya kisah di sebaliknya. Maka membenarkan kata Antonioni bahwa, the physical geography of an image of visual in film has an impact to the character. Kota Kuala Lumpur itu tadi kemudian diberi sudut pandang melalui tema filem menerusi watak-watak dalam naratif. Tentang manusia yang memilih untuk cuba memperbaiki kehidupan dengan hasrat untuk membersihkan masa lampaunya juga perasaan Rasa-bersalahnya (the guilty conscious) dari kesan dan akibat dari pilihan kehidupan yang telah dipilih dan yang telah dilakukan di masa lampau itu. Idea dalam naskah naratif ini terang dan jelas, mencari jawapan pada persoalan, mampukah seseorang manusia itu memperbaiki sekaligus membersihkan kesilapan masa lampaunya?

*Aaron Aziz berjaya memberikan keadilan pada naskah naratif dengan lakonan yang bermutu


Naratif bergerak bersama watak Malik bekas “taiko/orang kuat” dalam dunia gangster “KL Gangster”  yang telah tunduk pada sistem kehidupan, mencuci tangannya dari bekas negativity,  dan ingin membersihkan dirinya dari segala dosa yang telah dilakukannya dahulu, hanya menyedari pilihan yang telah dilakukannya dahulu, telah mengakibatkan manusia disekelilingnya terkesan dan hanyut dalam kegelapan. Di lihat pada watak adik-beradik Malik iaitu, watak Jai, lakonan Adi Putra, Zati, lakonan Sheera. Jai yang hanyut dengan dunia gangsterisme – dilihat pada kerakusannya untuk terus berada di puncak dunia gangsterism itu dan Zati yang terperangkap dalam dunia kelab malam dan dadah. Watak-watak ini diberikan landasan yang kuat pada kewujudan, kelakuan serta elemen negativiti yang dibawa mereka. Mereka ini punya dendam yang sama, iaitu pada abang mereka Malik, kerana siapa Malik dahulu dan pilihan yang telah Malik lakukan dalam kehidupannya, untuk keluarganya yang telah member kesan secara lansung dan membentuk keperibadian dan watak mereka sekarang.  Diberikan konotasi yang jelas pada flashback momen melodrama, ibu Malik menghalau Malik keluar dari rumah, kerana Malik memilih mencari kemewahan hidup, untuk keluarganya melalui dunia gangster itu. Dan kerana pilihan yang telah dilakukan Malik itu, kedua-dua watak adik-beradik Malik ini, Jai dan Zeti terkesan dan terbentuk seperti mana mereka sekarang, tergelumbang dalam kekeliruan kegelapan kehidupan yang secara separa-sedar telah menghidupkan dendam dalam diri mereka pada Malik. *Menarik melihat objek-rokok yang sentiasa melekat pada bibir Jai (semacam watak dalam filem maestro Jean Luc Godard, Bande a Part juga Breathless-memperlihatkan negativiti yang melekat pada watak). Namun, tiada siapa waima apa-apa pun yang mampu dilakukan Malik selain doanya pada tuhan yang maha Esa. Dapatkah Malik memperbetulkan kesilapan masa lampaunya? Dan persoalan ini dibongkar dan diteroka oleh Syamsul dengan membawa kita meneroka watak-watak dalam filem KL Gangster mencari  dan menjaga tempat mereka (*atau dalam filem-kawasan) dalam dunia latar (milieu) di celah dan ceruk kota dosa. Syamsul telah matang dalam mempersembahkan lakon layar naratif dalam visual-imej yang baik, apabila naratif diberikan persoalan yang jelas, dan watak yang menggerakkan naratif punya kesan timbal-balik-kesan-akibat yang jelas, dalam tema yang menarik.

"sengggggaaaalllllll....." Soffi Jikan juga hebat sebagai anti-hero yang punya psikologi depth pada karakter yang dibawanya dalam naskah filem

Adegan aksi dalam KL Gangster juga dilihat lebih energetic sehingga kesakitan yang dialami oleh manusia yang dihambat Malik terasa benar pada penonton. Malah dalam ketika Malik menghambat manusia-manusia itu dalam mempertahankan dirinya ketika berjuang memperbaiki kisah lampaunya itu, kesakitan dalam dirinya juga benar dapat di lihat dalam gerak dan gesture watak Malik yang tenang dan terkawal, lakonan Aaron Aziz. Maka space-time-relation watak dengan visual-imej kota Kuala Lumpur yang tenang dan terkawal serta punya cerita disebalik ketenangan itu, se-awal naratif mempunyai kesan timbal-balas yang baik dipersembahkan oleh Syamsul.  Aaron Aziz sangat membenarkan dirinya mengakui dosa lampau watak Malik, melalui lakonannya. Lihat ketika latar suara (voice-over) Malik se-awal naratif ketika bagaimana Malik bercerita tentang kota Kuala Lumpur, yang sebenarnya menceritakan tentang dirinya. Malah watak “Shark” lakonan Syamsul Yusof juga berjaya wujud sebagai antagonist yang punya sebab yang utuh. Penonton telah diberikan sebab-akibat yang sangat kukuh pada setiap watak dalam naratif, dan watak Shark itu juga yang wujud sebagai manusia penuh dendam dan rakus kerana dendamnya pada watak King lakonan Ridzuan Hashim, kerana apa yang telah dilakukan King dahulu pada ibu kandung Shark. Jelas juga sebab mengapa watak King masih mampu bertimbang rasa pada Shark, apabila apa yang telah dilakukan Shark sehingga mengucar-kacirkan perniagaan King, walaupun Shark semacam telah memijak kepala King yang merupakan watak yang paling besar dalam dunia gangster itu yang juga merupakan ayah tiri Shark.


*Syamsul berjaya melepaskan temptation sebagai orang muda yang duduk di kerusi director - melepaskan ke-egoannya untuk mempersembahkan bahan yang terbaik untuk penonton. Untuknya membawa karakter Shark juga satu keputusan yang terbaik untuk memberikan keadilan pada naskah lakon layar.

Benar apabila pengalaman menonton filem KL Gangster semacam penerokaan novel tulisan, mental-imej yang sangat baik. Watak-watak dalam naratif hidup dan kesan-timbal-balik-akibat diberikan dengan jelas dan terang dalam naskah naratif, lantas membuka ruang interpretasi kepada penonton. Dan naratif bergerak meneroka alam KL Gangster melalui  watak-watak itu. Namun, naratif KL Gangster tidak lah sehebat naskah naratif filem , maestro Francis Ford Coppola “The Godfather” mahupun filem “The Young And Dangerous”, tetapi bila naskah naratif, ditulis dan dipersembahkan dengan terang dan jelas, diberikan momen-momen plot yang padat dan tersusun, maka naskah filem itu telah berjaya wujud sebagai fungsinya – bercerita tentang kehidupan dan memberikan paradox interpretasi, untuk mengisi serta memberikan inspirasi pada kehidupan manusia. Ruang naratif KL Gangster di-isi penuh tanpa sebarang momen (space-time) yang kosong, menganjurkan rentetan tenaga dari aksi bertubi-tubi menggerakkan denyutan deras naratif pada arah tuju yang jelas mencari jawapan pada premis yang terang dan menarik.

Satu lagi watak penting dan yang paling menarik dalam filem KL Gangster adalah watak Fadil, peneman *sidekick Malik, se-awal ketika Malik dibebaskan, wujud dan diberi makna pada kewujudan itu apabila Fadil di tikam pedang Shark ketika cuba menyelamatkan ibu Malik, yang kemudian kematian Fadil menganjurkan kemuncak perasaan dendam Malik pada Shark. Dan dendam itu juga diberi sebab yang jelas apabila Jai, adik Malik yang telah dipengaruhi Shark apabila pada ketika Jai mengucapkan kata “..aku hanya setia pada yang Satu!” dan yang satu itu adalah “wang” (dapat dilihat watak Jai yang dihimpit perasaan dendam pada Malik dengan rakus untuk terus berada dimana dia mahu berada) dan hanya wang yang mampu mengekalkan dirinya dimana dia kini. Dan oleh kerana wang juga, watak Jai di-anjingkan sang-pemodal “Shark” dan menjadi sebab untuk Malik menyelamatkan Jai akibat rasa bersalah dirinya pada adiknya itu, juga untuk membalas dendam Malik pada Shark kerana menyebabkan hidup-keluarga serta teman sekelilingnya menderita hanya kerana kerakusan Shark untuk membalas dendamnya pada King. Scene besar letupan kereta Fadil *semacam letupan kereta dalam filem Scorsese-Casino, juga sangat berkesan pada perkembangan watak Fadil itu sendiri, dan esakkan tragic-comic yang dipersembahkan Fadil yang melihat ke arah keretanya yang terbakar (kesan dunia gangster) *yang akan  hanya ada kemusnahan di akhirnya, memberikan signifikasi hebat pada keseluruhan naratif yang mana, kewujudan tragic-comic itu juga yang akan memberikan keseimbangan pada punca-sebab resolusi naratif.

Namun gaya (style) pada nahu & bahasa filem Syamsul dalam mempersembahkan naratif sebaik ini masih tidak dapat dilihat pada pergerakkan naratif. Tidak membantu melahirkan depth yang lebih dalam pada visual-imej. Benar, Syamsul telah berjaya di didik dengan hebat oleh ayahnya Datuk Yusof Haslam, juga orang-orang kuat Yusof Haslam (juga panel script Skop Production) dan rakan-rakan Datuk yang senior-legend dalam dunia filem negara. Dan dalam didikan itu, Syamsul masih tidak didedahkan dan ditemukan dengan gaya (style) dan bahasa filem yang punya lebih depth. Momen dalam ruang-masa tidak di-isi dengan gaya (style) bahasa filem yang baik untuk memberikan impak yang lebih menarik dan berkesan dalam menganjurkan a reflextion of meaning melalui gubungan space-time-relation-mind untuk membuka the explosions of emotion pada visual-imej. Contoh momen ketika Malik diberitahu doktor tentang  kematian Fadil, yang menarik tetapi hambar tanpa sebarang makna pada tanda dan petanda emosi Malik (the signifier and signified). Juga scene-scene menarik yang lain, yang mampu di-isi dengan konotasi yang lebih baik dan lebih kreatif tentang emosi watak-watak dalam naratif yang hampir semuanya punya signifikasi yang punya depth yang dalam. Penyunting filem KL Gangster, Hisham Jupri juga tidak mampu membantu Syamsul memberikan sebarang signifikasi dan kreativiti pada pergerakkan naratif juga gaya (style) persembahan. Maka kerana itu, tiada apa yang baru dan segar dapat dilihat dalam filem KL Gangster.

Namun, filem KL Gangster, untuk filem Malaysia, oleh pengarah muda, masih mampu diberikan tepukkan yang hebat dari penonton sejurus selepas selesai menontonya, yang jarang dapat dilihat di panggung kini, kerana lakon layar naratifnya yang hidup, dalam perkembangan watak yang punya kesan-timbal-balik dan depth yang baik dan menarik, seolah-oleh melihat naskah novel yang diterjemahkan pada visual dengan menarik melalui lakonan yang bermutu oleh Aaron Aziz, Soffi Jikan, Syamsul Yusof, Zizan dan Adi Putra. Syamsul juga berjaya memberikan keadilan pada naratif dengan menyusun koleksi momen dalam setiap juxto-imej untuk menambat tumpuan penonton dalam membawa mereka meneroka persoalan yang terang dan jelas menerusi  latar kota “KL” dalam dunia “Gangster” *dari sudut emosi yang tenang dan terkawal. Kita dibawa bersama meneroka emosi Malik yang tenang dan terkawal itu, dalam usahanya untuk mencari jalan keluar dan memperbetulkan kisah silamnya, yang mana kita semua seperti Malik, manusia yang pasti punya kesalahan masa lampau, dari kesan dan akibat pilihan yang pernah kita buat, menganjurkan kesedaran kearah mencari jawapan hidup yang lebih baik! *Dan kota Kuala Lumpur itu sebenarnya adalah Malik, sebuah kota dosa yang tenang dan terkawal, mencari jawapan pada dosanya (anjuran negativiti-gangsterisme yang berada di celah-celah kota) disebalik ketenangan kota itu!  “... dan hanya Allah yang menentukannya” –latar suara Malik menutup tirai naratif KL Gangster memberikan paradox ruang yang luas (space and time) pada resolusi keseluruhan bentuk dan isi (content in form) naratif untuk diteroka dan di reka-bentuk (re-construct) oleh penonton melalui interpretasi.

menarik melihat rokok yang sentiasa melekat pada Adi Putra - tapi jarang dinyala rokok itu.




p/s : Maaf lambat untuk jual filem ni, tapi masih ada seminggu-dua lagi di putarkan pawagam! *dan gangsterisme juga dapat membantu kita melihat sesuatu isu yang tak terpandang dan diketengahkan pada masyarakat.

1 comment:

  1. I am actuallу pleased to read thiѕ webρage pοsts which carries plenty of helpful information,
    thankѕ fοr proνidіng these kinds of informatіon.



    Also visit my web site; Iphone Repair Kl

    ReplyDelete