malam raya semalam, gua di jemput ke rumah SAM. tak ramai yang datang malam itu. mungkin jemputan SAM tak berapa nak expandables? gua dengan awek gua je yang ada dalam rumah tu. Oh. dengan seorang lagi lelaki. *nanti gua cerita pasal lelaki ini.
okey, gua nak cerita pengalaman gua ke rumah SAM. mula gua langkah masuk ke dalam ruang rumahnya, dalam hati gua "wah. rajin SAM hias ruang rumah dia. dengan gajet yang paling canggih. anak kesayangan ketua polis bahagian 'gerak khas' lah katakan. apa lu nak semua lu dapat. gua tak ada masaalah dengan 'kerajinan' itu. baik. ada effort. kali pertama buat open house lah katakan. gua suka juga beberapa idea SAM mengisi ruang itu. Dalam tandas, gua melayan awek gua mengomel tentang macam mana lah SAM boleh dapat awek cun macam Lisa. Tapi dalam pada itu, SAM letak kamera depan cermin, tapi gua tak nampak kamera itu. voyeur? big bro? melonkolik the worst toilet? apa pun. SAM tergelincir di sebelah kiri cermin, yang besar. dan ruang kosong cermin melihat gua dan awek gua. Tapi gua tak nampak diri gua dalam ruang itu. menarik, idea SAM tu.
SAM layan gua dengan baik sekali. Awek dia, Lisa macam tak bersemangat aje layan gua dengan awek gua kali ini. Mungkin dorang letih bersenggama sebelum gua datang? baharu berkahwin lah katakan. Tapi abang SAM, Syamsul pada gua sangat membantu SAM untuk mengisi ruang dan energi dalam rumah itu. komitmen dia sangat gua rasa dan gua appreciate itu. SAM juga patut berterima kasih sebab punya abang yang sangat sayang pada duit bapa dia.
balik pada cerita ruang, gua terasa design ruang itu, persis template yang di cedok dari majalah ikea atau video youtube mungkin. tak terasa punya karakter. hanya barang-barang cantik dan mahal, di isi dengan semangat berkobar tak tentu hala. chillax. simple lebih baik. tak perlu nak stylize dan exaggerate tak tentu hal. bila terlampau sangat. mungkin menyenakkan benak mata. lagi pun. lu bukan etis french new wave. so dont try to be one. walaupun lu isi ruang dengan lagu classical bagai. tak menyumbang pada ruang yang sepatutnya lu isi itu.
SAM menjelaskan permainan konflik terlalu awal sampai gua cepat lengit mengadap hidangan tersebut.
dalam pada gua sedang lenang berlengkar dalam ruang itu, tiba-tiba lelaki yang seorang lagi yang turut sama di jemput ke rumah SAM malam semalam, tak pasal-pasal menjerit "aku bunuh kau nanti". gua dan awek gua mula meredap, paranoid untuk berada dalam ruang yang sama dengan lelaki itu. Awek gua halus mencebik dan berbisik di telinga gua. "jum gerak. tak selesa lah dia ada kat belakang kita ni." gua pandang awek gua, dan melihat jam. masih awal lagi ni. belum pun selesai beraya kat rumah SAM ni. tapi tengok awek gua dah lengas sangat. gua ikutkan sahaja langgamnya. gua dan awek gua meninggalkan rumah SAM tanpa menyelesaikan rutin raya yang lazim. bersalam-salaman. maaf SAM. raya tahun depan gua datang lagi. insya'alah.
p/s : semenjak dua menjak ini, sweetcorn yang gua beli di panggung dah tak berapa nak sedap lah. bisik hati cengeng gua yang ralat.
sambal nasi lemak hantu gangster!
Pagi tadi gua sahur. Kat kedai nasi lemak 2.0 yang di jual hantu gangster. Tak ramai datang makan kat kedai tu. mungkin sebab ramai org kata sambal nasi lemak dia pedas. Gua dah sedar benda ni lama. Tapi saje gua bosan-bosan, menonong pegi lah try makan. Pedas woi… boleh kene hemorrhoids sampai tahap terbujur ke negeri China! Dan, member gua org cina, yg sememangnya tak makan pedas tanya. Asal pedas sangat ni? Gua jawap. Pedas-pedas mcm ni baru org ingat!! Semberono member gua balas. “ nak Ingat ape?” Sambil tengok sekeliling. “Kan dah kena boycott.!” Kah kah kah.
Hantu gangster bentak, bertempik “Orang tua-tua jangan makan pedas lah! Pergi makan bubur ayam lah! Orang muda-muda meh makan nasi lemak saya. Kalau lu orang muda dan berani!!”
Dalam benak gua “chillax. asal menyalak serupa anjing?”
pada gua tak ada apa pun sebenarnya. gua dan member gua bayarkan lah juga apa yang kami makan. dalam hati mengomel. "tak ada lah kami nak datang makan sini lagi!"
p/s : kami menapak balik, sebab duit yang kami ada, kami bayar untuk makan sahur tadi. sebab sekarang, gua terpaksa fikir dua tiga kali nak belanja. sampai nak tengok total recall pun nak kena recall dulu dua tiga kali. dalam kami menapak tu member gua cebik, gua rasa gua faham. dia gangster sbb dia susah. tapi niat dia baik. tak susahkan orang. apa salahnya jadi seorang opportunist yang idealis radikal persis durian bagak belagak?". dan ini jawap gua. "gua tau lu langsi. tapi pasal sambal lu. gua cirit birit. kan dah kena boycott dengan perut gua yang sangat cengeng!." kah kah kah
tags - 13 batu botol geliga politic demo-kerasi arumugam 1969 melayu negaraku farid parang adflin diversion kamil nasi lemak pedas may durian kurang taiyuddin tnb ajar hantu najib david gangster india cincin berlian terbang cina
kata mereka yang dah baca novel epilog 3 naga
"... Hari tu saja boring , pegi la kedai buku hassani kat giant , tgk dalam 2 3 rak jgak la.... adoiy , apa semua novel cinta cintan nie , kebanyakkan mcm tu la.... Haissshhh ... pastu aku tertarik dgn tajuk ni : epilog 3 naga ~~ ...... Haaa ni baru la mcm best sikit nak baca dari layan novel cinta n novel jiwang ..tp bkn la bermakna aku x suka jiwang , cuma novel ja hehe... seminggu ja masa utk aku khatam buku tu lagi pun time aku beli tu cuti midsem break ...hehe Haaa , ni buku alaf 21 bkn mcm buku member aku tu yg underground ... Buku ni aku rasa sesuai dibaca oleh budak lepas spm dan ke atas... jalan cerita dia menarik ditambah lagi dengan bahasa dia ... 3 naga tu melambangkan tentang 3 org kawan yg berjanji sehidup dan semati walau apa pun yg terjadi ...kesnya , dorg ni budak lepas spm then masalah dtg skit2 ... entah mcm mna pastu tersangkut dgn kongsi gelap...ada jugak yg diselitkan dgn bab percintaan .... na tahu lebih lanjut cerita dia ??.... so beli lah ~~haha ..." Neon Tetra @ blogspot
"Bahasa yang digunakan memang cantik, kreatif, banyak perkataan yang sangat jarang kita gunakan, ada dalam buku ni.. Jalan cerita simple tapi tepat. Sedih. Ingat Sean mati.. rupanya Fazarul. Baca Epilog episod 1.. 2... 3... first impression is "uuumaik aii, mamat ni, mana dia korek perkataan ni, limitasi akal, kubikel kesedaran, takah tiga, gentala, dan entah apa-apa lagi, macam idea yang melimpah ruah yang datang dari pelbagai arah untuk dizahirkan.." Siti Mawar Mansor
"Baru jer habis baca novel "Epilog 3 Naga"... Best giler!!! Kalau korang terjumpa novel ni kat mana2 kedai, aku sarankan korang agar beli novel ni!!! Novel mengenai 3 sahabat sehidup semati yang mengalami konflik apabila mereka tersalah pilih jalan hidup... Gaya bahasanya yang gramatis dan plotnya yang MANTAP tidak akan membosankan korang... Of course, aku sarankan novel ini kepada mana2 insan yang bergelar 'ulat buku'..." Azim Abdullah dari azimabdullah.blogspot
"This book is quite confusing, really but you'll ENJOY their epic friendship. The plot centers on Fazarul, a close friend to Khalid and Sean. It has a lot of scenes of teenagers going to clubs, smoking, and doing drugs.Chaos happened when Sean's girlfriend was caught cheating on him with Chris. Second and BIGGER chaos happened when Khalid's girlfriend, Natasha, is secretly in love with Fazarul. After that not-so-smooth episode, Khalid changed. Personality still the same, only more stubborn. While he was dealing with the conflict he had with Natasha, he went to The Soul Club (his favorite hangout) to calm his pressure. There, he was introduced to cocaine and he was given a job offer, drug distribution. Khalid, not in his right mind, accepted immediately, despite the fact that his parents are rich. Khalid thought that he should tell his friends about his new job and asked Sean and Fazarul to work along with him. Fazarul had a hard time choosing as he knows what they are doing is something that could get them hanged. Not wanting to throw their friendship away, Fazarul agreed to be Khalid's colleague.Later, the plot was followed by a list of beatings, smoking drugs, and the usual stuff we thought never happened in our country." Nadia from goodreads
".. terlalu banyak intro..bunga2 bahasa tanpa jalan cerita..cerita ini bagai 1 luahan perasaan..sebenarnya bagus sbg panduan, tp terlalu byk ayat2 lewah..rasanya karangan puitis lg byk dr jalan cerita.. Penat membaca.. Ayat paling best:Jangan kerana seorg perempuan, kita pecah p'sahabatan (lebih kurglah)...Kepada yg dh membeli, selamat membaca.." Hazliana Zahar dari buku tiga lima
"... ok..pendapat saya..buku ni menarik..dr cover buku saja dah buat saya cukup teracun..jalan cerita bagus..cuma saya perlu tegur dr aspek penggunaan bahasanya..agak santai dan bersahaja..tapi ni bukanlah salah satu buku yang boleh saya cadangkan kepada anak2 murid saya untuk dibaca...ayat2 yg digunakan terlalu terbuka dan tidak mendidik anak2 remaja harini menggunakan bahasa yg baik2 apabila bergaul..jadi saya harap penulis2 yg ada di sini alert..penggunaan bahasa mencerminkan siapa diri penulis itu sendiri..elakkan penggunaan perkataan seperti carut atau perkataan negetif..jadi dr 10 bintang saya boleh bg 6 bintang...ini pendapat saya..selepas menilai menggunakan teori maslow..huhu.." Shahrol Nizam Zulkifli dari buku tiga lima
".. mula susah nak hadam gaya bahasa, tinggi melangit. Tapi lepas dua tiga bab, gaya bahasa kembali sederhana. senang nak faham. lepas tu kembali dengan cerita mimpi berbau pengaruh alegori george orwell animal farm. Di selang-seli pula kemudian antara kedua gaya bahasa. Faham apa yang cuba di lakukan penulis, untuk mencari keseimbangan antara sedar dan mimpi. Antara tulisan picisan dan temberang gaya bahasanya yang tinggi melangit. cerita mudah di hadam. Anak-anak bawang pun boleh faham dengan mudah. kisah remaja urban, dalam mencari diri juga kematangan hidup dalam ruang kota. Watak di bentuk sedang elok, terpinggir dalam ruang bebas tak terkawal. akibat dari gelandangan anak muda kota urban yang pada zahirnya sempurna, tapi hakikatnya kosong. Kosong macam tin milo yang digendangnya, mencari irama untuk mengisi tekak mualnya. bukan cerita cinta. bukan cerita gangster. bukan cerita politik. bukan cerita keluarga. Epilog 3 naga hanya sebuah cerita yang 'seronok' untuk di baca." elyana dari goodreads
".. Epilog 3 NAGA bwk aku balik ke 13 tahun lepas, SJI, sahabat, skateboarding.. saat2 indah bersama papanselaju dan sahabat tak lupa juga changkat.. haha.. but 1 thing yg menjadi tanda tnya, sama ada penulis ni peminat tegar malique ataupun malique peminat penulis? aku peminat tegar Ritma Atas Puisi Malique. cara penulisan korg seakan2. SALUTE!" Shazril Ezani
".... cerita yang penuh erti sahabat sejati, membuka minda kita untuk berfikir, memilih sahabat" mikail andre
".. apabila anda membuka helaian pertama, anda akan terasa seperti membaca sebuah hikayat pahlawan-pahlawan kuno. pada awal, naskah harus di baca dengan pengamatan yang melangit dan cuba adapt bahasa melayu yang tinggi digunakan oleh penulis. sangat seronok dapat hadam setiap bait tulisan dalam novel ini. selepas beberapa helaian, pembaca di sajikan pula dengan gaya tulisan yang lebih santai dan ringan. diselang-seli pula selepas itu. kenapa pula begitu? kena bacalah naskah novel epilog 3 naga." muhammad aysraf blog kisah si gemok
".. nice way of using words. but yet. falls into un-clear fragment of sentence. such a relieve to have a very light realist, that tell stories of young urban tenagers, with such (with a room to be more mature in his writings) well digest world between real and dreams. and to be honest, i can feel the story more like gus van sant paranoia park" verona from goodreads
"... sedap baca sampai habis. mimpi & realiti saling timbal balik. erti dan pengertian dalam perjalanan ke arah kematangan anak muda. kudos!" azmin hussain dari goodreads
"... ringan tahap 0.1 kg beratnya. tiba-tiba terasa pulak sensasinya apabila disulam sesedap suka penulis. antara ruang-masa & idea-mimpi. " emran dari goodreads
"... fuck man u remind me old days ah..ko tulis citer pasal aku ke manchester plak lah" raafiz rosli
#dapatkan di kedai buku berhampiran ada! sekarang di pasaran massa!
p/s : gua cuba update dari masa ke semasa!
ajinohmotor ; kerja bikin filem yang seronok untuk di tonton!
Film pertama Razif 'Ajiboy' Rashid. AjiNohMotor. punya rencah dan fungsi Rasa yang baik. Pada tajuknya sahaja dapat kita Rasa indexical yg punya konotosi jelas bahwa filem ini punya kelainan dari naskah filem-filem dari brand MIG sebelum ini. Lihat dari posternya sahaja, punya semacam nada soft/halus/lembut/ringan yang menghiburkan! Pasti ringan je benak kepala menonton filem ini nanti!
Jom kita sama-sama raikan filem pertama dari pengarah muda Razif 'Ajiboy' Rashid' di panggung 20 Sept. 2012 ini!
Subscribe to:
Posts (Atom)