epilog terakhir 3 naga



... buat mereka yang dah baca atau sedang baca novel epilog 3 naga!





.. ini merupakan fragmen epilog terakhir naratif novel epilog 3 naga yang tidak ada dalam naskah!

"... yang lihat tulisan, nampak dakwat. Dan yang lihat dakwat, nampak tulisan."



EPILOG TERAKHIR

MEREKA bertanya pada aku lagi, kenapa aku sangat suka berahsia? Seraya ini jawabku.

FAZARUL meneruskan perjalanannya dengan nada lelah, lesu, lengit, atau apa pun istilah yang menggambarkan dia berbangsa Melayu, bersama deretan banduan penjara yang lain, dalam aturan barisan sistem yang menyenakkan, dari ruang kantin penjara, masuk ke dalam sel penjaranya. Tiba pada saat ketika Fazarul melangkah masuk ke dalam sel penjara yang menjumudkan itu, di hadapan pintu sel penjara di hujung koridor, kelihatan susuk tubuh seorang lelaki. Wajahnya di selimuti cahaya kelam. Tengkuk Fazarul meremang sayu melihat ke arah susuk tubuh tersebut. Seorang lelaki berbadan tegap, tinggi lampai, punya warna kulit gelap. Entah mengapa Fazarul terpaku kelu melihat susuk tubuh tersebut. Seperti melihat cahaya malaika melintasi pinggir hatinya. Lelaki itu memandang Fazarul dan kasyaf tersenyum.

Fazarul perlahan sayu melangkah menuju ke arah lelaki tersebut. Semakin dekat Fazarul berjalan ke arah lelaki itu, semakin jelas dia melihat wajahnya. Wajah lelaki itu samar di bias cahaya neon kelam, namun masih punya mirip wajah arwah Khalid. Fazarul menghampiri lelaki itu dan tiba betul-betul di hadapan wajah lelaki tersebut. Benar, susuk tubuh lelaki itu adalah Khalid. Lidah kelu Fazarul terkamit rindu. Rindunya pada resah gelisah hatinya yang dimamah ego masa silam. Perlahan lelaki tersebut menghambur kata paling pilu pada jiwa kaku Fazarul.

“Maafkan aku Rul..” bisik Khalid di telinga sahabatnya itu. Fazarul memandang Khalid perlahan dan membilas “..Aku tak akan pernah bencikan kau Khalid. Kalau ada pun yang kau buat salah, aku dah lama maafkan.” Jawap Fazarul khilaf.

Degub hati Fazarul rebah pilu dan menangis di ruang koridor penjara yang punya ranah sayu, yang membias naratif paling indah. Fazarul menundukkan kepalanya, tewas pada ego Rasa pada benak rusuk kirinya dan tertumpah tangis gembira hatinya yang telah melepaskan seksa Rasa salahnya yang telah menghantui dirinya. Beban seksa yang telah lama terhumban jauh dalam benak hatinya. Dia tersenyum sambil Khalid berjalan menuju ke pintu keluar di hujung koridor penjara tersebut. Fazarul hanya mengekori Khalid sehingga di muka pintu keluar tersebut. Khalid dengan nada indah, melangkah keluar dari penjara tersebut meninggalkan Fazarul keseorangan dengan muka kosong yang baru. muka surat satu.

Setiap kita bermula dengan hati yang kosong,
Hati yang kosong itu mudah retak tanpa cinta,
Maka bila ia retak, Kita berjuang,
Perjuangan untuk mengisi kembali hati yang kosong dengan cinta.


Perjuang cinta itu satu cerita,
Cerita itu memberi makna,
Makna yang mengisi hati,
Hati yang berisi lebih keras,
Dari hati yang kosong,
Hati yang berisi agar tidak mudah retak kembali.


MEREKA bertanya pada aku lagi, kenapa aku sangat suka berahsia? Seraya ini jawabku. Di dalam sangkar besi ini aku terhumban. Melunaskan harga kebebasan yang aku kecapi dahulu. Yang aku pohon agar dapat menebus dosaku sehingga nanti akhirnya sempurna, bila mana dapat aku kembali, bertemu dengan anak kecil kakak ku Sofia. Agar dapat aku ceritakan semua rahsia cerita yang aku simpan dalam penjara yang menjumudkan ini. Agar lagu yang aku dendang ini, cerita yang aku gebangkan ini moga-moga jadi yang terakhir buat anak bangsaku yang punya jiwa sang gentala naga. SALUT!


THE END






melankolik 'the worst toilet' ; skodeng sikit epilog 3 naga

 










mak gua pernah cakap! benda free memang sedap!!




p/s : ini cubaan melankolik gua tentang "the worst toilet' dalam penulisan pulpa gua yang panjangnya hampir 500 muka surat pertama! harap dapat di terima! tak terima, boleh singgah bagi sedikit teguran yang membina pembangunan manusia-gua?

antara filem malay-sia akan datang yang harus di tonton di panggung!





29 February - "... satu anugerah atau satu sumpahan?" kita saksikan nanti di panggung!  


lakonan hebat Remy Ishak sebagai ‘Budi’, pencinta sepanjang zaman yang pasti memukau dan merintih hati setiap yang menonton!

".. Apa nak kena dengan kau ni? Sejak kau berkawan dengan budak cina tu, macam-macam perangai kau! Kau ni memang nak menyusahkan semua orang lah!" kata nya.


29 FEBRUARI
sebuah naskah filem
arahan 
Edry Abdul Halim 
di pawagam mulai 30hb Ogos 2012!



ayuh zomba sekalian!


....


sebuah filem
arahan
Datin Paduka Shuhaimi Baba
di pawagam mulai 13 september 2012!



tanda dan petanda-kedatangan seorang putera. "..suatu dilemma melayu"


*Antara peristiwa yang di isi dalam gagasan naratif filem Tanda Putera


*Perjuangan memartabatkan bahasa Melayu telah melalui sejarah yang panjang. Keranda 152 adalah satu episod dari rantaian perjuangan meletakkan bahasa Melayu di tempat yang selayaknya. Peritiwa 13 Mei 1969, kemudiannya seakan menjadi penyelamat apabila bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar utama dalam dasar pendidikan negara. Kemuncak perjuangan ini menyaksikan lahirnya Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1970 yang menyaksikan buat kali pertama, bahasa Melayu digunakan sepenuhnya sebagai pengantar utama.




*Pada bulan April 1969, seorang petugas pilihanraya UMNO, Encik Kassim Omar telah dibunuh dengan kejam oleh pemuda-pemuda Parti Buruh. 

 "... Dan mayatnya diconteng dengan cat merah dan ditulis ‘Jangan Mengundi Dalam Pihanraya’. Hal ini menunjukkan pengaruh komunis dan sikap mengagung-agungkan Mao Zedong.



p/s ; dan kedua-dua naskah filem ini punya simili pada gagasan naratif-satu paksi pada ruang-masa dan latar landskap ( milieu ) yang berbeza.


Long live Malaysian Cinema!

Rebiu filem 8 jam








semalam gua ke panggung pukul 8 malam tontonyang filem 8 jam. gua sampai panggung kul 8! Gua dah lambat sampai! gua beratur panjang, nak beli sweetcorn dan air pepsi. seraya dapat sweetcorn yang awek gua 'tolong' bayarkan, gua gegas membontot awek gua yang berlari masuk ke dalam panggung hall 3. bila gua buka pintu panggung, air pepsi gua terjelepuk jatuh depan pintu masuk panggung. angin satu badan gua tengok air pepsi gua yang berlimpah tuh. gua gagah kan jugak masuk panggung. buat bodoh sambil awek yang duduk kerusi belakang sekali ( house-seat namanya ) pandang-pandang gua yang tengah ralat menonong air pepsi gua tu. ( yang entah mana macam mana pulak dorang dapat duduk seat VIP tuh? ) getus gua tengok awek dua orang tu! dalam gelap, gua duduk kerusi tengah panggung, mula melayan sweetcorn gua tanpa air pepsi  sambil menonton 10 minit pertama filem 8 jam. disusuli dahaga gua memuncak sepanjang 80 minit yang berikut, menonton filem 8 jam ni.

awek gua tanya. "...sweetcorn ni macam tak sedap lah." Gua balas. "...mungkin tak cukup 'garam'." "... atau mungkin tak cukup 'marjerin' agaknya!" bentak awek gua yang memang pandai sangat kritik pasal makanan. Gua senyum ( dalam hati ralat sangat ) dan terus melayan sweetcorn gua yang tak berapa nak 'sedap' malam tuh sambil mata gua terkuak menontonyang filem 8 jam terbitan M.I.G arahan Ahmad Idham. kah kah kah.



p/s : hanya apa yang gua rasa ketika menonton.

astro ; my home town?



lu org bikin! dorang tayangkan! dorang nak dengar citer lu org pasal pekan lu org!!!




gua bosan-bosan, cuba mengisi kebosanan lepas layan biskut kering, loya-toya, ketar lutut. budak cengeng nak cari idea. nampak pekan aku macam menarik malam ni. lain macam dia buat gua pening-migrain. gua amek kamera gua. layan rakam. jom kita layan benda ni?? 


gua sayang pekan gua!! kenapa gua sayang pekan gua? sbb kat pekan gua ada uncle wong. lelaki cina, umur 58 tahun, fasih berbahasa melayu, jual nasi lemak daun pisang siap bukus pakai kertas surat khabar tamil press!, sambal ikan bilis terbaik seluruh pangea!




click bawah ni pun boleh, tengok macam best je layan. ".... bila pekan kampung simpang siur nampak menarik tika-mana gelap-bosan-kosong melanda republik benak budak cengeng macam aku neh!" jom layan!  







Rebiu filem ; aku, kau dan dia




semalam, sebelum gua pergi menonton euro, gua ke panggung dengan awek gua! layan filem yang dikatakan naskah terbaik dari pengarah muda Pierre Andre, Aku, Kau dan Dia. Lakonan Remy Ishak, Pekin Ibrahim dan Zarinatasha Jamal apa ntah. lu org pi tanya lebai google lah nama pelakon baru ni, sebab dia maha mengetahui bukan?!

dalam panggung, tengah gelap, gua sibuk melayan sweetcorn gua yg kesedapannya tahap sedang elok di lahapkan tekak gua yg loya pada visual-image yang di momok kan oleh emosi watak dalam naratif yang semacam melankolik yang membutuhkan benak gua. Namun dari se-awal naratif bermula, gua faham juga apa yang hendak diceritakan Pierre dalam ruang-masa watak Mia ( lakonan Zarinatasha ) yang semacam "the beautiful mind' ini. Membuka sudut pandang dari 'state of mind' ( internal sunshine of the spotless mind ) seorang gadis comel molek, anak orang kaya  yang baru lepas kematian tunangnya Ilhan ( lakonan Pekin Ibrahim ). sedap bila indikasi kecil dalam naratif memberikan kita-gua terikut bersama dalam rentak Rasa schizophrenia  budak Mia ni. serasa gamat gagasan filem 'fightclub' apabila benak emosi di mainkan dalam koda warna sayu-melankolia. Tapi pada gua watak-watak fisikal imaginasi schizo bukan kah seharusnya tidak boleh berubah? umur, rupa, bentuk asal fragmentasi imaginasi harus kekal selamanya. yg gua faham lepas menonton filem 'the beautiful mind' arahan Ron Howard dulu!? atau mungkin naskah filem juga hanya sebuah naskah filem. tidak ada betul atau pun salah.

perjuangan Mia dalam mengharung duka-laranya akibat kehilangan cinta-agungnya Ilhan, sangat indah apabila pengarah (pierre andre) membawa kita-aku meneroka fikir-rasa gadis cantik-molek ini dalam visual gelap-kelam dan sesekali watak diletakkan dalam susuk silhouette. Gua juga Rasa terkesan dengan penggunaan bahasa alam seperti 'angin' dalam perkembangan naskah lakon layar Pierre. sangat menarik apabila angin yang seingat gua punya konotasi 'bahwa akan ada kematian atau mungkin juga kelahiran' ( dalam gagasan makna akan ada yang pergi atau datang kembali )  di gunakan dengan sangat baik oleh Pierre. Scene ketika Mia terbaring dalam bilik sedang terkunang mata lesunya untuk terlena, angin bertiup dan kedengaran bunyi loceng! Ting! dalam fragmentasi imaginasiNya.

terkesan juga apabila manusia di sekeliling Mia yang begitu tenang-terkawal apabila mengetahui akan penyakit yang sedang Mia harungi itu, membantu Mia dengan nada pluralisme (penuh kasih-sayang). Ini gua salut pierre!! namun di manakah sisi asas yg harus ada dalam gagasan filem yang dibikin oleh pengarah muda yang sesungguhnya berugama islam? dimanakah tuhan yang mencipta dan menentukan segala. dan kita-aku mencari rentetan pada indikasi jelas gagasan naratif yang akan membina sudut pandang kita-aku pada pengisian yang baktil yang mana kita hamba tuhan yang maha esa! harus redha pada qada dan qadar ketentuanNya! jadi dimana sisi ini dalam perkembangan-ruang-masa naratif? sayang kerna itu, gagasan naratif menjadi kosong-buta-tak bernyawa! hanya cerita dan emosi yang meleret tiada paksi!

namun begitu, scene hyper reality imaginasi Mia juga sangat indah diterjemahkan Pierre, bantuan Abg Khalid Zakaria ( Cinematographer ) juga set Abg Ashraf ( Art Director ) membantu menjelaskan indikasi penting perkembangan naratif yang disimpan ( fore shadow information ), memberi nadi pada gua untuk sama bernafas, mencari, dan mengenali watak dalam ruang-masa naratif. Maka fungsi entiti ruang-masa itu terisi benar. resolusi naratif diberi indikasi kecil sepanjang naratif bergerak dan berkembang (walau hanya dalam ruang-masa-pemikiran watak Mia ).

dari sisi pembangunan dan perhubungan watak, pierre bijak mengaturkan ruang pertemuan  Izlan ( Remy Ishak ) dan Mia dan bibit rasa yang membuka kembali semangat Mia yang duka-lara-parah kerna cintaNya itu. namun tiada apa yang dapat di lihat selain itu. "... dan gua mula menyedut air pepsi yang mulai kehabisan, hanya tinggal air batu yang menyenak benak kepala gua yang menggerutu! dahagakan sesuatu! nak keluar panggung takut terlepas momen-momen yang mungkin menarik jiwa-resah-gelisah gua yang mahu disentuh! dan gua budak cengeng terkedu dalam menanti sesuatu itu sambil cuba menyedut saki baki air pepsi yang sedikit itu!" sedih.

Namun yang jadi masalah pada gua bila dialog-dialog yang meloyakan gua, puisi cinta yang tak punya sebarang keberatan ( weight ) di tampal dan di sampaikan tak kena tempat. Semacam punya rasa kepura-puraan dialog puitis yang di ucapkan. kerna pada gua ritma patah kata yang tidak punya suara ( resah-gelisah sang pencerita tentang apa terbenak dalam hatinya tentang sesuatu yang lebih bermakna) yang hanyalah puisi yang tidak punya makna! (seperti budak darjah enam baca atau tulis puisi tanpa tahu apa makna sebenar puisi itu!) dan itu yang gua Rasa dalam patah kata puisi dalam filem Aku, Kau dan Dia! meloyakan sifat ruang-masa naratif yang tak punya tsaqafa!


gua punya pendapat, Aku. Kau dan Dia, semacam percubaan Pierre untuk bercerita sesuatu yang dekat dalam lubuk rusuk kiri tubuhnya, serasa benar karya cinta agungnya, namun sedikit mencuba dalam kepuraan. apa yang agungnya kalau sifatnya hanya liberal- dalam nada pluralis!?  sayang sebab bukankah ini filem terbitan Tayangan Unggul? lu ade team yg sangat baik untuk digunakankan. namun naratifnya masih mampu gua katakan punya sesuatu yang harus ditonton! jadi jum tgk di panggung dan mungkin lu org boleh share apa yg lu org rasa?? dari gua menceceh syok sendiri nak cuba hidang kat lu org?!