Aku ke rumah member, dan dihidangkan dengan Magee Mee sambil menonton filem. Sedap Rasanya. Terlihat dalam mangkuk Magee, kuahnya tidak terlalu cair dan mee tidak terlalu lembab. Sedang-sedang enak. TeRasa bila makan. tapi Magee makanan Instant bukan? aku tak ada masaalah dengan itu, Magee itu kosong takde isi, sedap jugak. Tapi kalau di letak udang, sayur, telur, dll lagi sedap bukan? kata member aku ketika aku sedang enak makan Magee sambil menonton filem yang dekat dengan hati ( bukan Trainspotting ). Aku tersenyum.
Kita Rasa apabila makan dan minum, ketika menonton, melihat, mendengar, menyentuh dan juga membaca tulisan dan lain-lain. Rasa itu harus ada “based”nya. Magee mee pun ade rencahnya nya! Kalau tidak sesuatu itu tidak akan terasa, dan yang mungkin terasa hanya masin, manis, pahit atau kelat yang tidak secara keseluruhannya. Maksudnya ada sesuatu yang tidak kena atau there something missing kepada mereka yang peka tentang rasa.

Filem yang baik pada aku adalah apabila ia mengangkat perasaan dan terasa seperti mana apabila kita menikmati rasa terhebat tentang sesuatu. Aku paralelkan rasa itu dalam filem dan makanan. Dalam makanan, rasa yang terbaik adalah apabila ia terhasil dengan sempurna pada diri kita sendiri, sedap mata memandang, sedap lidah merasa, sedap hati tersentuh. Ya, pelbagai jenis makanan yang sedap! Ada Fast-Food yang rasanya juga sedap, datang dari pengilangan dan rasanya hampir sekata, tiada yang baru atau rasa yang lain-lain dapat dirasa dalam makanan fast-food, tiada cabaran untuk kita meneroka deria rasa dalam makanan fast-food. Atau mungkin kita sedar atau tidak bahawa fast food mendatangkan obesity dan ia bukan makanan yang sihat! Kita jadi addict dengan fast food kerana MSG nya? Tapi ia sedap bukan? Ada orang suka dan sememangnya aku sendiri kadang-kadang makan makanan fast-food ini. Sedap! Tapi terdapat pelbagai lagi jenis makanan yang lebih sedap dari fast-food ini. Ada juga makanan yang lain lebih sihat! Tiada lansung MSG. Tapi tak sedap sangat pun sebab bahan-bahan yang digunakan tidak lansung mementingkan tentang Rasa dan ia terlalu mementingkan kesihatan sehingga tiada rasa yang seimbang, hanya bahan-bahannya sahaja yang seimbang! Ada juga Italian cuisine, French, German, Chinese, Indian, Malay, Western, Asian dan lain-lain ( yang cukup besar skopnya dan hampir infiniti sifatnya ). Yang mungkin kita tak pernah rasa, kerana kita tak pernah tahu dan didedahkan. Maka deria rasa kita tidak dibentuk untuk merasa makanan itu. Deria rasa kita itu dibentuk ketika kita membesar dalam budaya persekitaran, dalam pengalaman hidup, kita disajikan dengan makanan kelaziman, sehingga apa yang disajikan menjadi kegemaran kita. Ya, kita dibentuk untuk mengatakan bahawa kelaziman itu sedap dan tiada yang lain lebih sedap. Manusia lain-lain bukan? Sebab kita dibesarkan lain-lain.. dibenua yang lain-lain.. dan bahan-bahan dari makanan kelaziman itu datang dari alam di sekitar kita. Dan deria rasa kita juga terbentuk oleh itu. Di Eropah dengan gandumnya dan di sini, dengan santan dan kelapanya! di Jepun dengan hasil lautannya.. Tapi dari benua atau pelusuk mana pun datangnya masakan itu, sifatnya tetap sama. Yang kita cari pada "Rasa" itu adalah satu nikmat yang sama. Ia tetap dimasak/disediakan dengan menggunakan "bahan masakan yang datang dari "alam" benua/persekitaran manusia masing-masing yang mungkin juga kadang-kadang bahan itu juga dipinjam untuk digunakan yang asalnya dari benua yang lain" untuk menghasilkan "Rasa" pada makanan. Bagaimana ia dimasak/disediakan itu yang harus kita cari/nilai/rasa untuk menikmati Rasa terhebat itu. Apa rencahnya? Apa bahan-bahan yang digunakan? Apa teknik masakan yang digunakan untuk meneroka Rasa bahan itu? Apa pemikiran dan kreativiti yang digunakan terhadap bahan serta teknik masakan itu? dan lain-lain.. Orang Cina dengan teknik masakannya, orang Melayu dengan cara dan bahan-bahannya, orang India dengan cara mereka, orang Itali dan lain-lain lagi bangsa dengan cara dan bahan masakan yang menjadi kelaziman mereka tersendiri. Maka kita tidak seharusnya bersifat prejudis dengan menolak untuk meneroka cara mereka untuk kita sama-sama meneroka deria Rasa kita bukan? Kalau tidak, sampai bila pun kita dengan makanan kelaziman kita sendiri dan kita juga tidak akan dapat mencabar dan meneroka bukan sahaja deria Rasa malah kita juga tidak akan dapat membuka minda kita untuk menerima dan menikmati makanan yang mungkin lebih sedap dari makanan kelaziman kita itu dan meneroka serta menikmati Rasa terhebat dalam hidup yang singkat ini! Rugi bukan?
Aku nak cerita tentang makanan yang memberi rasa terbaik! Setiap masakan itu ada mise-un plus nya. Segala-gala yang menyebabkan makanan itu terhasil sangat penting! Dan the assent adalah setiap makanan itu perlu ada “based”nya. Seperti sebuah bangunan yang perlu ada asas dan dasarnya. Sekiranya based itu tiada maka runtuh lah sesebuah masakan itu. Kosong! Yang mungkin terasa adalah MSG nya sahaja, atau terlalu masin, atau terlalu manis dan lain-lain. Atau mungkin yang terasa dalam makanan itu hanya pada rasa bahan-bahan makanan yang digunakan dan rasa itu sifatnya tidak secara keseluruhannya. Tanpa based makanan itu tidak akan seimbang dari segi rasanya ( lagi sekali semacam ada sesuatu yang hilang ). Dan based ini datang dari stock/rencah, the mother of all stock adalah rencah ayam. Mungkin juga rencah udang,seafood, tulang daging dan lain-lain. Maka based ini yang perlu ada dalam sebuah makanan. Tukang masak harus pandai menggunakan based ini dalam setiap makanan. Setiap bahan yang digunakan dalam masakkan itu, ada rasanya sendiri juga. Hanya tukang masak itu sedar atau tidak untuk menggunakan rasa bahan itu yang boleh juga dijadikan alternate based. Atau mungkin tukang masak itu akan mematikan tanpa sedar membunuh rasa itu. Contoh, daging/ayam kalau direbus terlalu lama, akan menghilangkan juice dan rasanya.
Terlalu besar untuk aku explain tentang the art of culinary kat sini, maka aku hanya akan focus pada bagaimana masakan yang baik itu terhasil. Tak kira budaya apa pun, makanan yang sedap apabila rencah atau based nya cukup kuat untuk memberikan rasa terhebat, dan letak apa sahaja bahan, sekiranya based itu sudah cukup kuat pasti makanan itu akan sedap. Biar pun hanya mee Magee kosong. Kalau rencahnya sedap, sudah cukup kuat untuk aku katakan bahawa makanan itu sedap. Tapi Magee ada MSG bukan? Maka ia tidak lah makanan yang sihat untuk dimakan pun. Tapi pasti, yang sedap itu harus juga mempunyai bahan-bahan lain yang menyedapkan lagi rencah tersebut. Yang jadi masaalah apabila bahan-bahan yang sedap dimasak tanpa based/rencah yang kuat! Maka rugi lah bahan-bahan itu kerana rasanya tetap akan kosong seperti there something missing. Tapi ada juga yang kadang-kala, tanpa rencah, bahan yang digunakan itu juga mampu menjadi rencah ( alternate based seperti yang aku explain di atas ), tapi tukang masak harus pandai menjadikan bahan itu sebagai rencahnya! Maka aku boleh juga menerima itu sebagai masakan yang sedap! Di dunia moden sekarang, segala-galanya ada instant! Seperti rencah instant Adabi dan lain-lain! Segala-galanya dah ada software dan template yang menginstant kan sesuatu sesuatu itu! Itu juga tak jadi masalah pada aku kerana apa yang aku cari adalah intipati rasa ( perasaan dan pemikiran pada idea/bahan ). Kalau dah sedap, sedap jugak walaupun instant macam Magee Mee. Yang menjadi masaalah bila dah guna instant pun tak sedap! Kan ke masaalah namanya tu? Belum lagi suruh estract meripua untuk stock rencah untuk dijadikan sebagai based..

Kita terlalu rigid dengan makanan yang kita selesa dengan. Wal hal, ada yang lebih besar untuk kita teroka tentang makanan. Sama-ada fancy fine-dining cuisine yang bahan-bahan masakkan di explore sehingga ia menjadi minimum dan semacam atom, ( makan pun tak kenyang ). Tapi fine-dining bukan untuk kenyang pun.. kita makan untuk menikmati kreativiti rasa dalam masakan. Nak kenyang pergi kenduri lah brader.. Atau kita masih lagi selesa dengan nasi goreng kampong, atau rendang daging dan gulai ayam? Aku tak ada masaalah tentang ini, aku bukan golongan manusia melayu yang terasa diri ini yuppies yang tak sedar ruang. Kerana aku juga suka makan makanan yang menjadi kelaziman itu. Yang jadi masaalah apabila kita menolaknya seratus peratus makanan yang aneh itu tanpa mencubanya dulu. Wal-hal ia lebih sihat dan lebih kreatif! Kalau orang Belanda boleh datang Malaysia dan suka makan durian, kenapa kita tak boleh menerima makanan pelik-pelik mereka juga? Kita tidak mempunyai pemikiran yang terbuka untuk menerima masakkan makanan yang lebih fancy dan kreatif yang mana apabila bahan,ramuan, rempah dan rasa serta method masakkan di teroka hingga ia menjadi sesuatu yang ganjil dan aneh yang kadang-kala bersifat minimalist dan pelik.
Untuk penonton filem kita ;
Sama seperti filem, bahan-bahan harus dimasak untuk menghasilkan sebuah filem. Dari idea ke script ke lakon layar ke visual. Dan untuk memasak, tukang masak itu harus tahu bagaimana dan apa bahan-bahan yang baik untuk menghasilkan makanan yang baik dan sedap! Ya memang benar, bahawa tukang masak harus juga tahu untuk siapa masakkan itu di buat. Bermaksud kalau kita masak Tonerelli Quail with Safron Foam Sauce untuk Cik Kiah dan makcik Milah, mungkin Quail itu akan di buang tanpa di makan pun. Rugikan? Dah lah Quail tu mahal! Maka terjadi lah kelaziman apabila kita dihidangkan dengan jenis makanan yang sifatnya stereotaip.Tapi kalau Quail itu dimasak dengan method kita bagaimana? Rendang Quial??.... *tapi pada rasa aku, masak je apa-apa pun dan pasti ada orang yang akan makan, menghargai dan menikmati Rasa itu sekiranya ia sememangnya sedap dan terbaik.. Tapi sama-ada fast-food atau apa pun makanan, biar pun makanan kampung yang kadang-kadang aku suka kerana dimasak oleh tukang masak yang bijak menggunakan bahan secara kreatif. Aku tak ada masaalah nak makan apa pun. Yang penting.. Sedap. Yang penting kita dapat menikmati Rasa itu dengan baik. Lagi bijak kita dapat menilai sesuatu rasa itu, lagi besar nikmat yang kita dapat. Tak kira pada makanan ke, minuman ke, filem ke, lukisan ke, kerja seni ke, penulisan ke. Semuanya ada rasa, dan rasa itu datang dari.. segala-gala yang disatukan. Bagaimana segala-gala itu disatukan yang memberikan rasa yang terbaik, itu kena belajar lah beb.. Ada orang belajar dari pengalaman, ada yang diberi kurniaan tuhan dengan pengamatan yang tajam ketika dibesarkan, ada yang pergi sekolah! Tapi ada juga yang belajar, tapi tak reti-reti masak. Tu Masaalah!
Teringat Yasmin Ahmad pernah juga paralel kan filem dan masakkan
Teringat Yasmin Ahmad pernah juga paralel kan filem dan masakkan
“Kau bagi aku batu pun aku makan”.. Aziz Satar dalam Bujang Lapok.
Yang terakhir selepas makanan itu siap dimasak, ia akan di letakkan di atas pinggan untuk dihidangkan. The final touch ( the platting stage selepas sous chef meletakkan masakan yang telah di masak oleh chef du parte dan asst cook/commis di depan head chef ) yang selalunya merupakan tanggung-jawap head chef ( dalam sesebuah kitchen ) akan juga menentukan kreativiti masakan itu. Bagaimana masakkan itu dihidangkan di atas pinggan dan menarik perhatian kita yang mahu makan/menilai/menikmati Rasa makanan itu. Di atas pingan itu lah kita dapat lihat sama-ada makanan itu dimasak dengan cara yang terbaik atau mungkin dimasak dengan cara yang malas, yang mana tiada perasaan atau pemikiran yang diteroka pada bahan-bahan dan mungkin tiada lansung kreativiti pada gabungan bahan-bahan masakan yang mampu menjadikan ia sebuah makanan yang sifatnya seperti atom pada Rasa ( atom pada Rasa itu sifatnya lebih bijak dan ada ruang untuk explorasi meneroka Rasa pada asas pemikiran idea yang digunakan pada bahan serta method masakan untuk bahan yang digunakan dalam masakan itu yang pada aku lebih baik untuk sebuah makanan ). Yang menjadi masaalah penonton kita, kreativiti di atas pingan itu yang menjadi isu atau yang lebih bijak sampai pinggan pun nak dipersoalkan dan menjadi isu untuk diteroka. Kenapa pakai square plate tidak round plate. Kenapa pakai fancy long plate tidak babyplate. Lebih baik lah dari bercerita pasal pinggan, kan lebih baik kita cari Rasa based yang digunakan, apa rencah dan rempah yang di satukan Rasanya dengan bahan ( ikan,daging,ayam,salad,dll ) dengan gabungan herba ( tyhme/rosemary/oregano/fernel/dll ) atau sauce yang bermacam-macam yang bukan sahaja tomato dan kecthup. dan lain-lain. Bagaimana ia bersatu yang memberikan atom Rasa terhebat!
p/s : Yang aku boleh bagi ialah sebuah makanan di atas pinggan dan mungkin ramuan/resepi serta cara masakannya tapi akhirnya kau sendiri kena Rasa untuk tahu bagaimana Rasanya. Tapi tolong jangan lah bercerita pasal pinggan atau benda-benda lain yang kau boleh nampak atas pinggan tu je. Cari Rasa dia lebih baik. kan?